Catatan

Purnama di RnR Seri Kembangan

Ketika ini Tedi berdiri di selusur aluminium kaki lima dari tandas​ ke surau di RnR Seri Kembangan. Kami dari arah Kuala Lumpur menghala ke Putrajaya. Di sini kami berbuka dengan nasi campur gulai resepi dari Kelantan walaupun yang menjaga kedai tersebut adalah orang Indonesia. Terdapat 3 kawah yang menempatkan gulai daging, gulai kambing, dan juga sup daging. Di tepi RnR ini terdapat kawasan hutan yang Tedi percaya adalah tanah UPM. Nun jauh di sana kelihatan bulan terang menjadi penghias latar belakang hutan tersebut. Sebentar lagi kami akan menyambung perjalanan terus pulang ke rumah. Mommy ada temujanji dengan tukabg urut wanita untuk membantunya keluarkan banyak susu badan. Aina pula sejak pagi tadi sudah tiba di kampung di Bukit Rokan mungkin sedang mengamuk mengganggu tok mak dan tok ayah. Bayi Aina masih kerap berak-berak kata tok mak. Suasana di hentian rehat Seri Kembangan ini kembali sunyi selepas sebentar tadi dikerumuni orang ramai yang mahu berbuka puasa.

Mamai

Imej
Malang betul nasib Master, dia kena sound dengan bos sebab dia release skrip yang belum diuji untuk kegunaan penguji di luar. Melompat bos-bos di atas apabila ada beberapa isu dilaporkan semasa persediaan mesin ujian tersebut. Master bukan nak release sangat pun skrip tersebut tapi memandangkan pasukan penguji nak cepat untuk uji mesin tersebut, Master melepaskannya juga. Tambahan pula Master memikirkan pasukan penguji ada pasukan penyokong yang akan membantu jika ada masalah. Itulah yang berlaku, masalah timbul dan pasukan sokongan menjalankan kerja mereka dengan baik. Master meneruskan kerjanya dengan skrip automasi yang belum siap, diuji dan diuji beberapa kali, walaupun ditekan untuk diterbitkan. Sehingga kini dia masih belum sedia melepaskan skrip tersebut tetapi seperti biasa pasukan pengurusan mendesak untuk melepaskannya. Dalam pengalaman kerja, apabila semuanya berjalan lancar, tiada siapa pernah peduli, memandang semuanya enteng. Tapi apabila ada isu yang sebenarnya ada ja...

Lebih mobil

Imej
Tentu tuan puan perasan bahawa gaya teks yang Tedi kirim ke dalam interpretZZ sudah berubah. Jika dulu Tedi lebih gemar menaip ayat berjela-jela tapi kini kiriman Tedi lebih ringkas. Kiriman Tedi juga sudah kurang disertakan gambar atau foto. Ini adalah kerana Tedi sibuk dengan kerja sekolah dan juga tolong Mommy dan Master jaga bayi Aina. Tedi telah tidak cukup waktu untuk hadap notebook mencoret kiriman interpretZZ. Kadangkala sahaja Tedi gunakan notebook untuk kemaskini kiriman.berserta gambar. Selebihnya Tedi gunakan aplikasi mobile blogger.

Enfalac A+ Rumusan Khas di Tesco Nilai

Imej
Sekarang Tedi ikut Master beratur di Tesco Bandar Baru Nilai nak bayar barang yang kami beli di sini. Tedi kadangkala keliru sama ada Tesco ni Tesco Bandar Baru Nilai atau Tesco Putra Nilai? Tak kisahlah. Kami ke sini kerana membeli susu Rumusan Khas Enfalac A+ Post Discharge untuk bayi Aina. Susu formula ini dirumus khusus untuk bayi pra matang atau bayi tidak cukup bulan. Berat satu tin ialah 900 gram dan harganya ialah RM 132 (satu ratus dan tiga puluh dua Ringgit Malaysia) lebih kurang. Susu ini dipilih untuk berikan bayi Aina zat yang diperlukan oleh seorang bayi yang tidak cukup bulan sepertinya. Apa-apa pun susu terbaik sudah tentunya susu ibu. Susu formula khas Enfalac A+ ini juga dipilih sebab bayi Aina sesuai dengannya. Tapi tak lama kot bagi Aina susu ni sebab harganya tu mahal juga. Sebulan mungkin 3 tin susu ni diperlukan untuk menyusu Aina. Kami beli di Tesco Nilai ni sebab di sini sahaja susu ini boleh didapati selain di Giant Nilai. Masalahnya di Giant Nilai ...

Bolehkah bayi minum air?

Langkah terbaik adalah untuk elakkan pemberian air kepada bayi sebelum umur bayi berusia 6 bulan. Ketika fasa 6 bulan pertama susu badan ibu atau susu formula adalah mencukupi untuk bayi kekal sihat. Kita elakkan pemberian air kerana ia akan menyebabkan bayi berasa kenyang dan akan sebabkan bayi kekurangan zat. Ahli pediatrik juga berjaga-jaga tentang pemberian air kerana pemberian air yang terlalu banyak akan sebabkan buah pinggang bayi singkirkan sodium dan elektrolit menyebabkan bayi kekurangan garam. Jika serius ia akan menyebabkan bayi diserang sawan. Walaupun pada hari panas bayi masih tidak perlukan air, susu badan dan susu formula masih cukup untuk bantu bayi kekal terhidrat. Walau bagaimana pun jika bayi constipated, ahli pediatrik mungkin akan cadangkan pemberian air sebanyak 2 aun setiap hari untuk kembalikan bayi ke keadaan normal. Selepas bayi berumur satu tahun, bayi boleh dibenarkan menghirup air dengan lebih kerap.

Bolehkah bayi minum madu?

Imej
Jangan beri bayi anda sebarang jenis atau bentuk madu sebelum bayi anda berumur satu tahun (1 tahun) walaupun untuk mengubati batuk. Ini adalah kerana madu secara kebiasaannya boleh mengandungi sejenis spora bacterium yang dipanggil clostridium botulinum. Walaupun toksin boleh dihapuskan pada suhu tinggi tetapi spora tersebut tidak. Spora ini boleh menyebabkan sejenis keracunan makanan (botulism) yang jarang berlaku di kalangan bayi tetapi amat berbahaya buat bayi. Kehadiran bakteria tersebut tidaklah bermaksud bekalan madu manusia tercemar tetapi bakteria itu tidak merbahaya kepada orang dewasa dan bayi berusia lebih setahun .

Reunion sekolah Mummy di Taman Seri Empangan Putrajaya

Imej
Pagi tadi kami ke Taman Seri Empangan di Putrajaya. Ada majlis reunion kawan-kawan sekolah Mummy di sana. Kami bawa sekali baby Aina ke sana walaupun Mummy kata dah tak nak bawa Aina keluar berjalan-jalan naik kereta sebab tak mahu bayi Aina selsema terkena hawa sejuk dari corong penghawa dingin kereta. Pagi tadi juga kami mula gunakan stroller bayi Compatto Aldo A-baby. Agak bagus juga ada stroller boleh lipat ni, cukuplah untuk muat dalam kereta walaupun tidak dilipat penuh. Cuaca pagi sangat baik di Taman Seri Empangan, cuma tiada angin menyebabkan ada di antara kami yang berpeluh di bawah kehangatan mentari. Baby Aina pun mungkin kepanasan, mujur ada kawan Mommy tawarkan kipas mobile milik anak beliau. Tetapi baby Aina sangat behave, tidak buat perangai meragam, kebiasaan yang agak kebetulan apabila baby Aina berada di khalayak ramai. Master terpaksa buaikan baby Aina ketika mendukungnya supaya dia rasa berangin agar dia kekal berkelakuan baik. Pada penghujung majlis reunio...

Popular