[t17i19] Tukar minyak gear dan suis tingkap auto SAGA BLM
16-September 10:00 pagi ,Kosmopleks. Tedi ikut Master hantar kereta Proton SAGA BLM 1.3 Manual Transmission IAFM ke sebuah bengkel di Kosmopleks di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia. Destinasi kami pada kali ini adalah bengkel SY Tyres And Services di alamat No. 23, Jalan 10 , Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor. Nombor telefon 012-2522435 . Hajat kami adalah untuk menukar minyak gear transmisi manual kereta Proton SAGA BLM tersebut. Harga Tukar Minyak Gear Manual: RM 45 Bila ditanya berapakah harga ganti minyak gear manual SAGA BLM, mekanik kata RM 45 sahaja. Master jadi keliru dan tanya lagi jika dua botol diperlukan iaitu bermaksud jumlah harga tukar minyak gear SAGA BLM tu menjadi RM 90? Tidak. Itu jawapan mekanik. Hanya RM 45 sahaja kerana mereka gunakan kaedah pam. Master tak faham apa maksud mekanik tu tapi dia tidak kisah asalkan harganya RM 45 sahaja. Selalunya kalau kami ke pusat servis Proton, mereka akan gunakan dua bot...