Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2023

[t22j01] Kedah tersungkur di Darul Aman: Kedah 0 - 1 PJ City

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Harapan Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk meraih tiga mata ke atas Petaling Jaya City FC pada aksi Liga Super 2022 musnah apabila tewas 0-1 di Stadium Darul Aman pada malam Sabtu. Jaringan tunggal R Ruventhiran pada minit ke-69 cukup buat pelawat meraih kemenangan yang sebelum itu turut memperoleh beberapa peluang namun percubaan gagal menerjah gawang gol tuan rumah. Gol tersebut berpunca daripada serangan balas PJ City yang dilakukan oleh Mahali Jasuli yang kemudiannya menghantar bola tersebut dari sebelah tepi sebelum disambar Ruventhiran untuk menjaringkan gol. Kemenangan PJ City itu menamatkan rekod tiga kemenangan berturut-turut yang diraih oleh KDA FC sebelum ini. Pada minit ke-44, pelawat juga memperoleh peluang terbaik untuk berada di hadapan namun tandukan Shivan Pillay sekadar tersasar di tepi tiang gol KDA FC. Sang Kenari juga mempunyai peluang pada minit ke-61 den...

[t23c29] Ikan untuk Kucing

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Ikan adalah sumber protein yang baik untuk kucing dan boleh menjadi tambahan yang sihat kepada diet mereka. Beberapa jenis ikan yang baik untuk diberikan kepada kucing termasuklah: haruan keli kod salmon tongkol tuna Ikan-ikan ini tinggi protein dan asid lemak omega-3, yang merupakan nutrien penting bagi kucing. Mereka juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang dapat membantu menjadikan kucing kita sihat dan kuat. Rujukan Cats And Fish: What Fish Is Best To Feed Your Cat? - Pets Blog. https://www.getpebby.com/cats-and-fish-what-fish-is-best-to-feed-your-cat/ Cats And Fish: What Fish Is Best To Feed Your Cat? - Pets Blog. https://bing.com/search?q=fish+for+cats Truth About Feeding Fish to Your Cat | Hill's Pet. https://www.hillspet.com/cat-care/nutrition-feeding/is-fish-good-for-cats . ~20230329~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, te...

Siapa yang terkejut ni?

Imej
Gambar jelingan maut seekor Ikan Napoleon kepada seorang penyelam   Tak dapat Tedi fikirkan apakah sebenarnya yang bermain di benak fikiran Ikan Napoleon ini? Gambar ini merupakan gambar spontan pelancong bernama Henric Carlstorm yang diambil di terumbu karang Great Barrier Reef di Australia.  "Saya tak nampak dia pun, dan mungkin dia pun tak nampak saya, sebab itulah kami sama-sama terperanjat" - Carlstorm. Ikan Napoleon, juga dikenali sebagai ikan wrasse humphead , adalah sejenis ikan karnivor berwarna cerah yang sering ditemui di terumbu karang di selatan dan tengah Lautan Pasifik. Ikan Napoleon boleh membesar sehingga 8 kaki panjang dan boleh hidup sehingga 30 tahun. Ikan Napoleon ini juga dikatakan mesra dengan manusia. "Ramai tapak menyelam di Great Barrier Reef mempunyai satu atau dua 'tetamu tetap' yang menyukai penyelam dan segera keluar untuk menyambut mereka, sehingga ia menjadi sedikit tarikan," tulis pengguna Reddit lucilletwo. Ikan Napoleon te...

[t23c28] Pembaharuan Keahlian Badan Khairat Kematian Masjid Jamek Sultan Hisamuddin BBST secara offline dan online

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pesanan khidmat masyarakat dari Biro Khairat Masjid Jamek Sultan Hisamuddin Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) . Pembaharuan keahlian dibuka mulai 1 Januari dan akan berakhir pada 31 Mac. Ahli-ahli yang ingin memperbaharui boleh membuat bayaran di pejabat Masjid : Hari : Isnin - Jumaat Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang Bayaran pembaharuan : RM 40 / tahun Keahlian baru : RM 70 Bayaran secara online amatlah digalakkan dan boleh dibuat ke : Akaun AGRO BANK Badan Khairat Kematian 1005 5510 0004 1014 Sila hantar bukti pembayaran kepada Bendahari Khairat menggunakan aplikasi whatsapp berserta nombor ahli ke talian 014-2667694 Sekian. Terima kasih * bayaran secara online tiada resit khairat. Semakan boleh dibuat di laman web  Badan Khairat Kematian (masjidbbst.com) . Kiriman ini adalah nota buat Master mengenai cara pembaruan keahlian Badan Khairat Kematian Masjid Jamek Sultan Hisamu...

[t23b19] Bin Zayed penaja utama Kedah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan:  Bin Zayed penaja utama Kedah ,  Siapakah Bin Zayed International? Bin Zayed penaja utama Kedah KEDAH  Darul Aman (KDA) FC mendapat suntikan motivasi yang tinggi apabila menerima tajaan antarabangsa daripada Bin Zayed International bagi mengharungi cabaran sengit pada saingan Liga Malaysia 2023. Pemiliknya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, sokongan dari syarikat gergasi yang berpangkalan di Dubai diharapkan mampu merealisasikan hasrat pengurusan kelab untuk melihat skuad kendalian Nafuzi Zain muncul empat pasukan terbaik Liga Super pada musim ini. "Ketua Pegawai Eksekutif Bin Zayed International telah menyatakan bahawa ingin melihat KDA FC muncul satu pasukan yang boleh memberi saingan kepada semua pasukan dalam Liga Malaysia. "Kita mempunyai sasaran yang cukup umum untuk cuba membawa KDA FC muncul empat pasukan terbaik untuk tahun ini dan piala itu sat...

[t16d12] Pecah Rekod Peribadi 7.41 Kilometer

Imej
Alhamdulillah, dapat pecah rekod jarak terjauh peribadi 7.41 kilometer. Ambil masa 1 jam 8 minit 43 saat untuk habiskan jarak tersebut. Penat tak boleh nak katalah, terasa jauh yang amat 7.41 kilometer tu. Purata masa yang diambil pula jauh dari sasaran 7 minit per kilometer, iaitu 9 minit 16 saat per kilometer . Tedi telah berjaya membakar 468 kalori , tidak sampai sasaran 600 kalori. Ini bermakna Tedi telah menghilangkan lebih kurang 0.03 kilogram lemak . Huhuhuhu... Pecutan semakin perlahan. Tedi tak tahu apa sebabnya tapi nampaknya pecutan Tedi semakin perlahan. Semalam paling laju ialah 7 minit 41 saat , dan tidak konsisten selepas itu, ada yang 8, 9, dan 10 minit per kilometer, di mana yang paling perlahan adalah 10 minit 17 saat . Sepatutnya Tedi konsisten 7 minit untuk setiap kilometer, tapi tak tahulah, nak kata kaki sakit, tak pula.. cuma rasa agak keletihan tadi dan langkah pun tak konsisten, sepatutnya kekalkan kelajuan yang selesa. 20160412

[t23c20] Hantar borang daftar Aina sekolah KAFA sesi 2024

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Aina kembali ke tadika sesi 2023 Hari ini secara rasminya bermula sesi tadika Aina tahun 2023. Walaupun mengamuk dikejut dari tidur Aina berjaya sampai ke tadika sekitar jam 8:30 pagi. Aidan mengamuk tak mahu bawa seluar dalam Pagi hari ini Aidan mengamuk apabila tahu ada seluar dalam di dalam beg sekolahnya. Dia mengamuk tak mahu bawa seluar dalam dan masih mahu pakai lampin pakai buang. Mungkin dia trauma kerana diejek Mummy kerana kencing dalam seluar pada minggu lepas. Master hantar borang pendaftaran sekolah KAFA Aina sesi 2024 Hari ini selepas hantar Aidan ke Taska, Master hantar borang pendaftaran sekolah KAF untuk Aina bagi sesi 2024. Gotong-royong surau taman Malam ini selepas Isyak ada sesi gotong-royong bersihkan surau sempena kedatangan bulan Ramadhan. Master sempat turut serta sehingga jam 10 malam. Master balik awal kerana Tok Abah, Tok Ma, dan Cik Su datang ke rumah...

[t17l30] Travelog Nilai -> BBST

Imej
Kandungan: Bilik untuk disewa Bandar Baru Nilai  |  Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi Bilik untuk disewa Bandar Baru Nilai Ini adalah gambar sekeping poster Bilik untuk disewa di Bandar Baru Nilai untuk perempuan sahaja . Harga sewaan adalah RM 250* sebulan dengan deposit 1 bulan . Jika berminat boleh hubungi Nur di talian 019 200 2002 atau Nurul 018 662 9774 . *Sila berhati-hati semasa berurusan dengan mereka manalah tahu ada unsur penipuan. Tedi cuma saja nak sebarkan iklan ini kepada mereka yang berminat mencari bilik sewa. Iklan ini ditemui di Bank Rakyat Bandar Baru Nilai semasa Tedi ke Maxis Service Center yang berdekatan. Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi Sepanduk: AJ ARCHERY. AKADEMI MEMANAH AL-FATEH. KELAS MEMANAH TRADISIONAL. TRAINING CLASSES, ARCHERY SUPPLY, COURSES, CONSULTANCY, CORPORATE ACTIVITIES, NSO163371-D EN AIMAN 013-3090003 Papan tanda: SOLAT BUKANNYA PART-TIME, SOME-TIME, NEXT TIME, NO TIME. SOLAT MES...

Okay atau tak okay? KO?

Imej
Selalu kalau Mommy nak beli kain, Mommy akan tanya "pendapat" Master. Mommy: Abang, kain ni okay tak? Master: Okay. Mommy: Abang ni okay je, malas nak layanlah tu. Master: ??? Mommy: Abang, kain ni okay tak? Master: Tak okay. Mommy: Abang ni, semua saya pilih abang tak suka. Master: ??? Habis tu nak jawab apa lagi? Diam membatu je? Lagilah teruk kena nanti. Moral of the story? Layan je la. Buat tak dengar apa yang dikomen tu. Kiriman ini mula diterbitkan pada 20160828. Sumber gambar daripada Google.

[t18b03] Wakaf Bharu -> Kota Bharu -> Sultan Ismail Petra Airport -> klia2

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Tadika Al-Munir Cawangan Wakaf Bharu, Jalan Puteri Saadong, 16210 Wakaf Bharu, Kelantan. 0193833472. # Saturday, 3 February 2018, 16:15 # 20180203 # HUAWEI H30-U10 # IMG_20180203_161519 # ~20180203~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Maksud Nama Muslim Izza untuk Anak Perempuan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Mummy nak beri nama Izz Aida kepada Aina, tetapi akhirnya semasa mengisi borang di Pejabat JPN, Master berikan nama Izza Aida. Mummy tanya apakah maksud nama Izza tersebut? Izza adalah lebih kurang sama maksud dengan nama Izz, Izzah, Izzati, Aziz dan perkataan Arab berasaskan akar yang sama... itu jawapan pendek. Sengaja Master tambah huruf A di belakang nama Izz tu untuk bezakan nama kakak dan adik lelakinya nanti. Tedi pasti Mummy telah mencari maksud nama Izza dalam internet menggunakan enjin carian Google, tetapi tidak ketemu. Ya, bukan senang nak jumpa maksud nama Izza dalam dunia maya ni.   Mummy Tak Ketemui Maksud Nama Izza Jadi terpaksalah Tedi jelaskan maksud nama Izza di sini, manalah tahu penjelasannya panjang berjela, kalua panjang baguslah, boleh menjadi bahan bacaan kepada sesiapa sahaja yang mahu namakan anak mereka Izza. Semasa Master memilih nama Izza n...

Menara Rebung vs Cendol Time

Imej
Semasa menanti ketibaan Mommy dari pejabat beliau di seberang Lebuhraya Persekutuan sana, Tedi sempat mengambil gambar Menara Rebung. Tedi memang gemari rekabentuk menara ini yang seolah-olah tak tegak... harapnya ia bukan sebenarnya condong.   Di tengah perjalanan, Master singgah di Hentian Rehat dan Rawat Lebuhraya Maju hala Putrajaya. Kami sempat menghadap cendol yang dibeli di gerai Cendol Time. Ada pelbagai jenis dan rasa, ada juga minuman lain... Master macam biasa memilih yang biasa-biasa...   Tujuan Master ajak kami minum adalah untuk mengelakkan mengantuk semasa memandu, namun apabila mengantuk ditambah cendol, apalah sangat kesannya? 10 November 2014 jam 11:36 malam, 20141110

The Quran Project (6 foto)

Imej
The Quran Project yang Tedi maklum merupakan projek dakwah melalui pemberian terjemahan al-Quran percuma. Bila Tedi tunjukkan gambar2 ini kepada Master, dia hanya diam. Tidak berubah. Tidak pernah diubah. Billion yang membacanya. Berjuta yang menghafaznya. Pernahkah terfikir, kenapa? Berbeza sungguh mentaliti Muslimin Malaysia dengan muslimin di luar negara. Kalau boleh muslimin di sini mahu "sembunyikan" al-Quran supaya mereka sahaja "memilikinya". Kemudian apabila pihak-pihak tertentu membawa maksud terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia, mereka dihentam dengan kutukan karut-marut, mencalar imej Islam sendiri. Bukannya Tedi sokong mereka yang membawa masuk Bible Melayu tu, cuma dakyah sepatutnya dilawan dengan dakwah. Omongan ditentang dengan ilmu. Tapi Tedi percaya yang Muslimin Malaysia hanya bising2 membantah itu, tidak melalui hujah atau debat ilmiah, kerana kurang ilmu. Ilmu al-Quran tu pun mungkin hanya di takuk lama. Malaysia perlukan lebih ramai Zakir...

[t17l21] Kami Kemalangan di Cyberjaya

Imej
Tarikh 21 Disember pada jam 7:28 malam seperti dicatatkan dalam garis masa Google map, menjadi detik malang buat kami kerana telah mengalami kemalangan di susur keluar ke Dengkil di Cyberjaya. Kejadian ini berlaku ketika bayi Aina berusia 10 bulan 1 hari. Master hilang ingatan bagaimana kejadian itu berlaku dan masih tak dapat mengingati dengan jelas. Apa yang Master ingat adalah beliau memutuskan untuk tidak berhenti untuk solat Maghrib di RNR Seri Kembangan dan sebaliknya mahu menunaikan solat Maghrib di rumah. Apa yang jelas dalam fikiran Master ialah sejurus selepas kemalangan ialah Master ternampak asap, kemudian Master mengeluarkan Aina dan dibawa ke belakang kereta oleh seorang lelaki (yang kemudiannya kami kenali sebagai Konstabel Shafiq dari IPK Kuala Lumpur). Master kemudiannya membuka pintu belakang kiri dan Mommy keluar dari kereta. Konstabel Shafiq mengarahkan Master mengumpul semua barangan berharga dengan bantuan beberapa orang di sana. Seorang staf Hospital Putrj...

[t20c22] Aina angkat kain di jemuran #dudukDiRumah

Imej
    Hari Ahad pertama setelah seluruh Malaysia disuruh berkurung duduk dalam rumah kerana Covid-19. Aina membantu Master mengangkat kain di jemuran. Kasihan dia tidak dapat keluar rumah. Keluar angkat kain pun cukuplah. Pada mulanya Master melarang Aina daripada melakukannya kerana Aina ni jenis ganas main tarik je pakaian tu semua habis dengan penyidai pun kalau tak nak tumbang, mahu nak patah dibuatnya.    Tetapi setelah teringat kisah Dr Bruce Banner (Incredible Hulk) dalam filem Avengers: End Game yang menyatakan bertahun-tahun dia (Dr Bruce Banner) mengambil masa melawan Incredible Hulk, kenapa dia tidak menyatukan sahaja dirinya (bijak) dengan Incredible Hulk (gagah)?     Maka Master pun berkatalah kepada dirinya, daripada Master melarang Aina daripada melakukan sesuatu yang mahu dilakukannya (kerana takut Aina timbulkan masalah), lebih baik Master ajar Aina melakukannya dengan betul! Ternyata tak sampai beberapa helai kain, Aina dah berhenti pergi m...

[t13l22] Gambang Water Park

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini kita main air di Gambang Water Park. Setelah puas main air kita pun menapak ke kawasan letak kereta yang terletak agak jauh nun di sana. Dalam perjalanan itu dapat juga melihat  Bas RAPID Kuantan di Bukit Gambang Resort City  dan beberapa pemandangan lain. Gambar parit atau sungai yang kami seberangi dari tempat letak kereta ke Gambang Water Park. # Sunday, 22 December 2013, 16:26# 20131222 # EFFECTS.jpg # Canon EOS 500D # Gambang Water Park, Jln Bukit Gambang Resort, 26300 Gambang, Pahang # P362+4M Gambang, Pahang # Bersedia untuk bertolak pulang setelah seharian mandi-manda main air di sini, bersama cenderamata yang sempat diborong. Bukit Gambang Resort City. Leisure at its best. www.bgrc.com.my . # Sunday, 22 December 2013, 16:30 # Canon EOS 500D # _MG_1668 # ~20131222~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t14a25] Melawat Lobang Jepang di Kota Bukittinggi di Sumatera Barat di Indonesia

Imej
Lobang Jepang adalah satu lokasi bersejarah dan menarik di Kota Bukittinggi yang kami lawati pada 25 Januari. Lobang Jepang atau Lubang Jepun adalah sebuah kubu bawah tanah penjajah Jepun. Kami dibawa ke sini pada jam 8:15 pagi waktu tempatan atau 9:15 waktu Malaysia. Kubu bawah tanah ini tidaklah besar sangat tetapi kerana kami dimomokkan dengan keluasannya dan potensi untuk kami sesat jika tidak menggunakan khidmat pemandu pelancong yang menanti di pintu masuk, akhirnya kami mengupah seorang lelaki tempatan untuk membimbing kami. Tidaklah rasa rugi sangat kerana pakcik itu pandai bercerita maka kami dapat mengetahui apa yang kami takkan tahu jika kami melawat Lobang Jepang itu secara sendiri-sendiri. Kembara Bukittingi - Pagar Ruyung Gambar pintu masuk Taman Wisata Panorama dan Lobang Jepang di Kota Bukittinggi di Sumatera Barat di Indonesia. Kelihatan penjualan barangan cenderamata di sana. Bangunan ini menggunakan bumbung dengan senibina Minangkabau. # Saturday, 25 January 2014, 08...

[t16c13] Van Toyota HIACE untuk disewakan

Imej
Sambil makan tengahari di Kedai Ketereh di Kosmpoleks, tersua iklan yang menarik hati. Pada 13-Mac bersamaan hari Ahad jam 12:33 tengahari, kami singgah makan di Kedai Ketereh di Kosmopleks di Bandar Baru Salak Tinggi sebelum menghantar Mak Long Norly ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di mana dia berlepas dengan pesawat MAS ke Kota Bharu. Usai menjamu selera, satu sepanduk mengiklankan perkhidmatan sewaan van menggamit Tedi mengintainya kerna apa? Kerana ia menyediakan perkhidmatan sewaan van sama ada dengan pemandu atau tanpa pemandu. Iklan ini adalah sangat relevan bagi mereka yang mahu sewa van Hiace. Ia menggamit memori tatkala kami bercuti ke Indonesia dahulu. Perkhidmatan Sewaan Van (Toyota HIACE) sama ada van sahaja atau beserta pemandu Hubungi: UJANG Telefon: 017-608 4786 WhatsApp: 018-374 3091 Alamat: Pondok Bustanul Ariffin, Jalan Haji Amin, Kampung Labuhan Dagang, 42700 Banting, Selangor. Facebook: van sewa ujang Serba-sedikit tentang van Toyota Hiace Van ...

Kucing dan kotak

Imej
Sebelum ni Tedi kesedihan mengenangkan aktiviti pecah rumah yang berleluasa. Namun semuanya berubah apabila Tedi terserempak dengan kucing-kucing yang sungguh panjang akal ini. Macam-macam aksi mereka bersama kotak kesayangan sehingga membuatkan Tedi tersengih sendirian. Siapa berani masuk? Silakan. Robo-Cat sedang beraksi! Tiada yang musathil! Dengan teknik yang betul, semuanya boleh dicapai. "Kalau tuan kita tak tahu apa yang kita nak, memang sadis!" "Hey, hey. Aku ninja sejati!" Tiada kerja, cari kerja. "Kaki tak lurus! 1 markah."

[t23c07] Contoh Nama Kedai Unik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ  Ciri-ciri Nama Kedai Unik Ciri-ciri nama kedai unik biasanya adalah nama yang kreatif dan mempunyai makna yang menarik atau memberikan kesan yang unik kepada pengunjung. Berikut adalah beberapa ciri-ciri nama kedai unik: Kreatif - Nama-nama kedai unik biasanya dihasilkan melalui pilihan perkataan yang kreatif dan menarik. Mudah diingat - Nama kedai unik juga biasanya mudah diingat oleh pengunjung. Menarik perhatian - Nama kedai unik biasanya memiliki unsur keunikan atau daya tarikan yang menarik perhatian orang, seperti Anak Alam atau Pohon Terbang. Memiliki makna yang mendalam - Nama kedai unik juga dapat mempunyai makna yang mendalam, seperti Pahlawan Merah yang mewakili semangat dan keberanian. Memberikan gambaran produk atau perkhidmatan yang ditawarkan - Nama kedai unik juga dapat memberikan gambaran produk atau khidmat yang ditawarkan, seperti Jom Mengecat yang men...

Beko WMB101433LW: Mesin basuh terbaik bawah MYR 1700

Imej
Beko adalah jenama dari Turki yang menghasilkan banyak produk nilai terbaik dan digemari pengguna. Mesin basuh ini boleh memuatkan 10 kilogram basuhan dan menggunakan motor inverter dengan jaminan 10 tahun. Ia juga mempunyai kitaran basuhan yang serupa dengan mesin basuh berharga 3 kali ganda lebih mahal. Tidak banyak mesin basuh yang menawarkan Basuhan Tangan, Basuhan Sejuk, Jagaan Lembut, Pakaian Bayi, dan juga Duvet Serat sebagai senarai program basuhan mereka, tetapi mesin basuh Beko WMB101433LW memiliki semua program tersebut. Ia berupaya membasuh pakaian seberat 10 kilogram dalam 30 minit dan pakaian seberata 2 kilogram dalam masa 14 minit sahaja. Ciri lain yang menarik perhatian adalah saiz pintunya yang lebih besar berbanding kebanyakan mesin basuh lain. Berdasarkan kepada harganya yang murah dan ciri-ciri yang ditawarkan, anda mungkin menyangkakan mesin basuh ini tidak cekap dalam melaksanakan tugasannya, tetapi, sebaliknya mesin basuh cekap tenaga ini berfungsi dengan sangat ...

[t23a25] Nama Kawan Mickey Mouse

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ  Mungkin kerana ada beberapa kiriman dalam interpretZZ ini berkenaan Mickey Mouse, terselit pula pertanyaan mengenai siapa kawan-kawan Mickey Mouse. Tedi akan cuba senaraikan nama kawan Mickey Mouse {4.7} seringkas mungkin. Senarai ini tidak terhad kepada nama teman-teman Mickey Mouse {84} sahaja tetapi turut termasuk mereka yang ada hubungan dengan Mickey Mouse seperti ibu Mickey Mouse {9} , bapa kepada Mickey Mouse {7.1} , malahan nama anjing Mickey Mouse {10} . Ibu dan bapa Mickey Mouse Minnie Mouse Donald Duck Goofy Goof Daisy Duck Pluto Clarabelle Cow Horace Horsecollar Morty dan Ferdie Felicity Fieldmouse Clara Cluck Ludwig Von Drake Huey, Dewey, dan Louie Scrooge McDuck Darkwing Duck Dr. Einmug Colonel Doberman Karlissya Doc Static Dr. Spike Marlin Ibu dan bapa Mickey Mouse Ibu bapa Mickey Mouse hanya digambarkan secara ringkas dalam komik dan siluet mereka dalam Duck...

Prev Next

Popular