Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2022

[t20g07] Logitech M331 Silent - Mouse terbaru Master

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Master jarang membeli tetikus Tetikus atau lebih popular sebagai mouse adalah satu peralatan komputer atau satu aksesori komputer yang penting kepada para pengguna komputer. Tetikus membantu pengguna untuk memilih sesuatu ikon atau menu di dalam komputer. Walaupun penting, Master jarang membeli tetikus, sebaliknya Master banyak menggunakan tetikus yang disediakan oleh majikannya. Malangnya majikan terbaru Master tidak sediakan tetikus, terpaksalah Master beli sendiri kali ini.   Master minta Mummy belikan tetikus Hari ini Mummy nak keluar rumah bersama-sama kawannya. Mummy nak makan sushi bonanza di AEON Mall Bandar Baru Nilai. Mummy tanya Master jika ada apa nak dikirim. Master meminta Mummy belikan tetikus. Terpaksa beli sebab esok Master nak ke pejabat barunya. Takkan nak buat kerja tanpa tetikus? Boleh sahaja gunakan touch pad tetapi ia agak leceh. Tetikus Logitech M331 Silent adalah tetikus tanpa wayar yang dikatakan selesa ...

[t11e13] Sport Arena dan Century Square, Cyberjaya

Imej
Sambil melepak di pejabat Master di Century Square sempat juga Tedi bermain-main dengan Canon Digital IXUS 80 IS. Fungsi yang Tedi paling suka pada kamera IXUS 80 IS ni adalah tapis mengikut warna di mana kita boleh pilih satu warna dan kemudian tangkap gambar, objek yang paling sinonim dengan warna tersebut akan menyerlah. Sebagai contoh di bawah ni apabila Tedi pilih warna coklat, ia akan filter out warna lain, tinggal warna paling sinonim dengan coklat sahaja menyerlah. Selalunya Tedi akan pilih warna yang di tengah-tengah untuk hasilkan gambar yang suram. Apabila tiba waktu balik kerja, Master selalu berehat di kedai makan di Sport Arena. Di kawasan ini jugalah para penyewa meletakkan kenderaan mereka. Tiada bayaran parking yang dikenakan, tapi siapa lewat memang susahlah nak dapat parking . Pada waktu malam sebegini tidak hairan ada banyak kereta di sini, kerana ramai yang bekerja mengikut shift iaitu pada waktu malam, mungkin kerana mereka perlu support syarikat antarabangsa s...

[t16d19] Newcastle United harapkan Manchester City terganggu dek Real Madrid

Imej
Pagi esok jam 2.45 pagi waktu Malaysia akan menyaksikan Newcastle United melayan Manchester City. Rafael Benitez berharap fokus Manchester City akan terganggu oleh persiapan separuh akhir Champions League menentang Real Madrid. Perkara yang sama juga menjadi impian semua penyokong Newcastle United apabila pasukan kesayangan mereka akan menentang pasukan di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris itu. Tambahan lagi Manchester City telah membelasah Chelsea 3-0 minggu lepas. City mara ke separuh akhir Champions League untuk kali pertama, melayan kunjungan Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir pertama yang akan berlangsung pada 26 April, dan Benitez mencadangkan bahawa para pemain City mungkin akan jimatkan tenaga mereka dan cuba elakkan kecederaan supaya mereka dapat bermain di pertandingan peringkat Eropah tersebut, sekaligus memberi peluang kepada Newcastle untuk menang.  “Mereka adalah pemain professional dan mereka akan cuba menang tetapi Champion League akan berle...

[t16l02] Peribahasa Seperti Bertih Digoreng

Imej
Ada sahabat bertanya tentang satu peribahasa yang berbunyi " seperti bertih digoreng ". Maksud peribahasa seperti bertih digoreng percakapan yang petah becakap tidak berhenti-henti atau mengomel atau membebel bunyi bising yang bertalu-talu Asal-usul peribahasa "seperti bertih digoreng" Untuk memahami peribahasa ini kita kena terlebih dahulu mengenali apa itu bertih. Bertih adalah sesuatu bijirin yang kering, contohnya jagung dan beras. Maksud bertih dari kamus DBP  ialah : padi yg digoreng tidak berminyak sehingga berasnya mengembang dan merekah berdetus . Maksud bertih digoreng: Sifat bertih ini ialah apabila ia dipanaskan contohnya digoreng, ia akan mengembang dan meletup kerana ada bahagian lembut di dalamnya yang mengembang dan memecahkan dinding luar yang nipis. Ciri ini wujud pada bijirin untuk proses pertumbuhan jika ia ditanam. Proses menggoreng bertih tentunya melibatkan kuantiti yang banyak. Bertih yang dimaksudkan dalam peribahasa ini pastinya...

[t16e02] Klebang Original Coconut Shake

Imej
Sempena melancong ke negeri Melaka kali ini, Mummy ajak beli Klebang Original Coconut Shake. Tempat ni terkenal dan ramai orang sanggup beratur untuk mendapatkan minuman Coconut Shake di sini. Gambar: Pintu gerbang ke tempat letak kereta Klebang Original coconut Shake Teks: WALL's Klebang Original Coconut Shake. Selamat Datang (pintu masuk). Dilarang masuk (pintu keluar). Waktu berniaga Isnin - Ahad 11:00 pagi hingga 6:30 petang. Bila: 2016-05-02 jam 14:22 hari Isnin Kamera:  telefon pintar Sony D2533 Lokasi: 5, 75200 Klebang, Melaka, Malaysia Memang ramai orang di sini. Ada dua kedai yang satu resoran yang sebuah lagi jual coconut shake sahaja di tepi jalan. Ramai orang beratur nak beli  coconut shake ni. Gambar: Orang ramai sedang beratur untuk beli Klebang Original Coconut Shake. Peristiwa: Mummy beratur nak beli coconut shake. Kamera: telefon pintar Sony D2533 Bila: 2016-05-02 jam 14:24 hari Isnin. Lokasi: 5, 75200 Klebang, Melaka Nak tiba ke gerai jual coconut sh...

[t22e24] Peribahasa Muafakat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Sudah lama Tedi tidak mengkaji peribahasa Melayu. Kali ini Tedi meluangkan masa dan mengerah tenaga untuk mengkaji dan menaip peribahasa Melayu yang berkaitan dengan muafakat. Peribahasa muafakat ini telah dirisik oleh 4 kawan Tedi di tingkat 53 dan 76. Berikut disenaraikan peribahasa yang berkaitan dengan muafakat: Bingung tengkar, cerdik begar Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat Ganti hidup berkeredaan, ganti mati berkebulatan Habis adat kerana kerelaan Hendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya Hilang adat tegal muafakat Muafakat lalu di dalam gelap, adat lalu di tengah terang Pisang sesikat gulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama Bingung tengkar, cerdik begar Orang yang sukar diajak muafakat. tengkar = bantah, cekco...

[t17h25] Lihat gerhana matahari di Amerika Syarikat

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ KUALA TERENGGANU - Sekumpulan ahli akademik dari Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) telah ke Seattle, Amerika Syarikat bagi membuat pencerapan gerhana matahari penuh yang berlaku di negara itu pada 21 Ogos lalu. Delegasi itu diketuai pensyarah ilmu falak dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Prof Madya Dr Baharrudin Zainal dan turut disertai pelajar siswazah Unisza, Agku Bolkhizan; Koordinator Kelab Astronomi Amatur Malaysia, Shahrin Ahmad dan dua orang lagi pencerap. Menurut Dr Baharuddin, gerhana itu bermula jam 9.16 pagi waktu Oregon, Amerika Syarikat dan mula penuh pada jam 10.19 pagi. “Menariknya, fenomena kali ini hanya berlaku di Amerika Syarikat sahaja. Lokasi cerapan oleh kumpulan kami di Ashwood, yang disertai juga oleh pencerap dan penduduk tempatan. “Tempoh penuh gerhana kali ini selama 2 minit 3 saat dan boleh dilihat dari pantai b...

[t16e26] Versi Baru Tidak Semestinya Lebih Bagus

Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah, petang tadi selesai juga proses pemasangan sistem terbaru PBO yang diusahakan Master selama ini. Proses yang dimulakan petang semalam itu pada awalnya lancar kemudian tersekat kerana ada masalah keserasian di antara Windows service dan sistem pelayan. Hanya pagi tadi Master menemui kunci kepada permasalahan tersebut. Terima kasih kepada bro Nizam, Naqi, dan terutamanya Ilham yang telah membantu memasang sistem tersebut. Tinggal bahagian pengesahan di bahagian pangkalan data perlu diperhatikan. Mungkin pagi nanti Master perlu mencadangkan aliran kerja yang baru untuk menggunakan sistem terbaru itu. Kemasukan data daripada sistem POS di luar nampak bagus, cuma ada beberapa kelompongan yang perlu diperhatikan, mungkin disebabkan oleh enjin servis yang lama atau mungkin juga kerana POS itu tidak beroperasi lagi. Master kembali berbelah-bahagi sama ada untuk kekal dengan enjin SFTP yang digunakan sekarang atau menggunakan Web API. Kalau ik...

Saffana's Bamboo Rice & BBQ

Imej
 Tak pernah Tedi sangka boleh jumpa nasi buluh di Cyberjaya ni.   Malam ni kami singgah ke Affin Islamic Bank  cawangan  Shaftbury Square di Cyberjaya untuk bayar hutang kereta melalui mesin deposit tunai di sana. Kemudian selepas selesai urusan bayar hutang kereta tersebut, Mommy kata nak ke Tea Live . Tapi dalam perjalanan ke kedai minuman TeaLive tersebut tiba-tiba sahaja Mommy nampak restoran nasi buluh . Nama restoran tersebut adalah Saffana's Bamboo Rice & BBQ . Ia menawarkan hidangan Malaysia dan Arab . Contoh menu adalah seperti nasi putih dengan ayam bakar, pelbagai hidangan penyet, ada hidangan nasi arab, ada juga grill , ada juga pasta. Besar betul gelas air suam, barulah puas minum air.    Gambar nasi buluh dengan ayam bakar. Mommy kata nasi tu lembut. Sup kosong pun sedap juga. Nasi Mendy Lamb pun tak kurang sedapnya cuma rasa herbanya kuat. Mommy kata kambingnya sedap. Jumlah harga hidangan kami ialah RM 40 setelah dibundarkan kep...

[t16g15] Poster Pemilihan Pasukan Badminton Sekolah

Imej
Semalam, atau lebih tepat untuk disebut pada waktu petang semalam, lebih kurang satu jam sebelum tamat masa persekolahan, tiba-tiba sahaja presiden kelab raket minta Tedi sediakan poster untuk sesi pemilihan pemain badminton sekolah. Sesi itu akan diadakan pada malam ini di dewan badminton The Challenger di Petaling Jaya. Kelam-kabut Tedi dibuatnya, terpaksa mencari background sesuai melalui Google sebelum ditambah beberapa patah perkataan. Nasib baiklah siap walaupun menerima beberapa komen. Tak kisahlah nak komen pun, Tedi tak kisah. 20160715

[t13k19] San Francisco belanja USD$105000 untuk tunaikan impian Batkid

Imej
Impian kanak-kanak menjadi hero pujaan ramai direalisasikan.     Pada hari Jumaat lepas, penduduk San Francisco beramai-ramai memeriahkan majlis sempena meraikan Miles Scott sebagai Batkid . Program itu ditaja oleh Make-A-Wish Foundation , tetapi San Francisco tetap terpaksa berbelanja USD$ 105000 untuk majlis itu. Kebanyakan kos yang terlibat adalah untuk menyediakan sistem audio-visual gergasi di Moscone Center , di mana Miles Scott bertemu datuk bandar Ed Lee . Persiapan itu terpaksa dibuat apabila penganjur mendapati hampir 14000 penonton akan hadir. San Francisco menyatakan kos itu akan ditampung oleh keuntungan daripada konvensyen-konvensyen yang akan diadakan di Moscone Center . Mesti kawan-kawan terfikir kenapa mereka boleh layan imaginasi seorang budak sehingga macam tu sekali? Mungkin San Francisco sudah terlalu kaya atau sudah tiada orang miskin maka impian sebegini yang dituruti. Sebenarnya Miles Scott adalah penghidap leukimia sejak berumur 18 bulan. Pada awal...

[t15b12] Merah kepada hijau? atau hitam?

Imej
Hari ini Tedi tidak hadir separuh hari ke sekolah sebab lewat Setelah beberapa bulan menerima surat tunjuk sebab kerana lewat ke sekolah, maka Tedi telah diberi beberapa buah fikiran. Di antaranya ialah jangan hadir lewat ke sekolah. Apa punya cadangan lah tu kan? Walaupun benar tapi dah lewat, terlewat, bukannya melewat-lewatkan. Tapi apabila difikirkan semula, benarlah cadangan itu. Maka Tedi mengubah strategi. Apabila lewat, Tedi terus takkan pergi sekolah... hahahahaha... Jadinya nanti tiadalah rekod Tedi lewat ke sekolah kan? Ermmmmmm... Kepada kawan-kawan di luar sana, janganlah diikut perangai Tedi ni. 20150212

[t22e10] Templat Mesej di Luar Pejabat untuk Profesional

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Berikut ialah senarai mesej di luar pejabat (out of office) yang boleh Master gunakan pada konfigurasi pembalasan automatik (auto-reply) email pejabat jika mahu bercuti. Thank you for your message. I am out of the office on <tarikh cuti> and will have limited email access while I am away. I will respond to your email when I return. Mesej di luar pejabat ini penting untuk memaklumkan kepada penghantar email bahawa kita sedang bercuti jadi mereka takkan tertunggu-tunggu jawapan daripada kita. Selain hanya memaklumkan bila kita bercuti, kita juga boleh letakkan nama rakan sekerja yang boleh dihubungi jika ada keperluan mengejut. ~20220510~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t19i30] Aidan mencuba car-seat Graco

Imej
Perkembangan bayi Aidan sedang mencuba kerusi kereta untuk bayi (baby car seat) berjenama Graco berwarna kelabu di Midvalley Megamall. * recline n' ride * headrest 10 position harness * side impact tested * # Monday, 30 September 2019, 19:53 # 20190930 # DSC_9618 # kamera telefon pintar android Sony G3226 # Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur #

[t22e09] Tugas Pengurus Restoran

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Tugas dan tanggungjawab Pengurus Restoran Memaksimumkan  suasana yang menarik di restoran memerlukan sedikit pengetahuan perniagaan yang baik. Pengurus restoran lulusan sekolah masakan mungkin akan memberikan pengalaman menikmati makanan yang lebih baik dan lebih tersusun kepada para pelanggan restoran. Secara ringkasnya tugas seorang pengurus restoran adalah untuk mengurus sebuah restoran . Ini bermakna pengurus restoran perlu mengawasi semuanya  berkaitan restoran sama ada makanan, kakitangan, kegembiraan pelanggan atau kebersihan restoran. Sesetengah orang mengatakan tugas penyelia restoran adalah serupa dengan tugas pengurus restoran, dan kadangkala kedua-dua gelaran itu boleh digunakan secara bergantian. Tidak kira apa yang anda panggil sebagai orang yang bertanggungjawab, mengurus restoran adalah pekerjaan yang memberi tekanan, dan bukan semua orang sesuai untuk i...

Mesin Basuh Toto Berapa Kilogram?

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Sekarang Tedi sedang menunggu basuhan toto di kedai dobi layan diri Laundrybar di Taman Seroja di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia. Bergaduh pasal mesin basuh kedai dobi layan diri Basuh toto guna mesin basuh 15 kg Basuh Toto Mesin Basuh 10 KG di De'Salju Laundry Bergaduh pasal mesin basuh kedai dobi layan diri Tajuk karangan ni sebenarnya sudah wujud sejak 12 Oktober 2018 lagi, ketika itu Tedi dan Master bertelagah nak guna mesin basuh berat berapa kilogram untuk basuh toto? Hari ini masalah itu kembali menghantui kami dan kerana itulah Tedi teringat tentang tajuk karangan ini sekaligus berazam untuk menyudahkannya walaupun hanya dengan menaip di telefon pintar. Bila lagi nak dapat masa untuk mengarang ya tak? Di kedai dobi layan diri 24 jam Laundrybar ini ada 3 mesin basuh dengan berat berbeza iaitu 10 kg, 15 kg, dan 28 kg. Kami nak basuh toto seh...

[t17e03] Pesan dalam Diamku

Imej
Pedih hatiku, hilang suaraku Mengapakah begini? Rasa kerdilnya diri Ku yakin ia tidak harus sesekali begini. Sumber gambar: http://www.anasmara.com/2010/07/pesan-tanpa-kata-kata.html   Tatkala dia mengungkapkan, kekusutan, dalam jiwanya, Aku hanya mampu mendengar, Menunduk bisu Berulangkali dia bertanya, "Apa yang perlu ku lakukan?" Aku hanya menadah telinga, Tunduk membisu. Inginku, menyatakan, "Tabahkanlah hatimu teman" , Bersabarlah dengan ujian, Cuma bergema di hati. Matanya berkaca Menambah sebak di dada, Aku tidak membantu, Lidah kelu bak ditambat rapi Membatu, bisu, itu reaksi diriku. Pedih hatiku, hilang suaraku Mengapa begini? Rasa kerdilnya diri, tiada diriku berguna, Tiada makna hidup di bumi ini, [2:09] Dia bertanya lagi Kenapa kau tak membantuku? Tidakkah kau mahu melihat temanmu bahagia? Kenapa kau hanya diam? Inikah peranan seorang teman? Kata-katanya menghiris hati, tapi perlu ku akui Inginku, menyatakan, "Tabahkanlah hatimu teman" , Bersab...

Prev Next

Popular