T13G18 PayPal jadikan pakcik Chris Reynolds manusia terkaya di bumi
Puas Tedi memikirkan cara bagaimana untuk meningkatkan jumlah baki dalam akaun PayPal Tedi tetapi hampa. Tetapi berbeza dengan pakcik Chris Reynolds yang disedekahkan duit oleh PayPal sekaligus menjadikannya manusia terkaya di bumi. Wah, kayalah Tedi kalau senang macam tu Gambar pakcik bernama Chris Reynolds yang "menjadi" manusia terkaya di dunia apabila akaun PayPal beliau menunjukkan baki $92 quadrillion. Seorang pakcik bernama Chris Reynolds terkejut apabila menerima satu email daripada PayPal pada hari Selasa lalu (semalam la tu). Kenapa dia terkejut? Sebab penyata bulanannya menyatakan bahawa akaunnya mempunyai baki $92 quadrillion ! Apa itu 92 quadrillion? 92 quadrillion ialah 92 dengan 15 digit 0 selepasnya, atau dalam bahasa mudahnya $92,000,000,000,000,000. Jumlah itu akan menjadikannya sebagai manusia terkaya di muka bumi . Jumlah sebenar yang tertera pada akaun pakcik itu ialah $92,233,720,368,547,800. Namun itu hanyalah mimpi semata-mata kerana...