Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2021

UD25 Risik Penapis Air Luar Rumah

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Risik Penapis Air di KIP Mall Usai membeli-belah di Ninso kami ke KIP Mall Kota Warisan pula untuk bertanyakan mengenai penapis air untuk dipasang di luar rumah. Dah banyak kali lalu di depan kedai tu tetapi selalunya tiada orang yang menjaganya. Memandangkan Aidan terlelap sebaik saja masuk dalam kereta, hanya Mummy masuk ke dalam KIP Mall. Kelihatan dari tempat kami menunggu ini banyak juga kedai dalam KIP Mall ni. Boleh dikatakan di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi hanya KIP Mall pasaraya yang sesuai untuk beli barangan harian. Selalunya kami ke Bandar Baru Nilai yang mempunyai TESCO, Giant, AEON Mall dan Mesa Mall. Tetapi pada masa perintah kawalan pergerakan (PKP) ini tidak dibenarkan merentas negeri maka terpaksalah ke KIP Mall Kota Warisan. Menunggu dalam kereta di luar KIP Mall Kota Warisan sementara Mummy pergi bertanyakan pasal penapis air untuk dipasang di luar ru...

Sakinah, arnab dan kucing

Imej
Sakinah datang menjenguk haiwan perliharaannya pada hujung minggu Malam tadi Tok Mak, Tok Ayah, Pak Ngah, Mak Ngah dan Pak Su Ijim datang ke rumah. Turut hadir adalah si kenit, Sakinah. Mereka datang singgah sebab Tok Mak, Tok Ayah dan Pak Su Ijim sedang dalam perjalanan ke Pulau Pinang, jadi mereka tumpang bermalam. Hari ini si Sakinah tinggal seorang diri ditinggalkan Mak Ngah dan Pak Ngah. Nasib baiklah dia ada kawan-kawan di sini, jadi Tedi tak payahlah susahkan diri kawan dengan dia.  Patahkan ekor dia... hahaha... eh eh.. ada kamera la pulak! 20140322   Sayang meow...  

Tiga atau empat?

Imej
Pening sudah Tedi memikirkan jawapannya namun masih juga tidak ketemu Apakah jawapan kawan-kawan kepada permasalahan 2 orang watak di bawah ini? Ada tiga batang kayu kah? atau ada empat? Cuba tolong jawab sikit. Gambar kartun dua orang sedang meneka sama ada bilangan batang kayu yang ada di hadapan mereka adalah tiga batang atau empat batang. Gambar kartun tersebut mungkin kelihatan macam teka-teki. Tapi bagi Tedi gambar itu menggambarkan bahawa setiap makhluk mempunyai sudut pandangan sendiri. Mungkin tiada siapa benar dan tiada siapa salah. Apa yang wujud ialah sama ada kita dapat melihat dari sudut yang berbeza. Lagi mengenai 3 atau 4:    Anak kucing minum susu pada tiga atau empat minggu awal selepas kelahiran mereka.  Sedulang nasi arab boleh dimakan oleh tiga atau empat orang.      setiap kali anda mendermakan darah, anda boleh selamatkan tiga atau empat nyawa  Pakai anting-anting, rantai yang sepadan dengan gelang dan cincin anda. Tiga atau empa...

Plaza Tol Southville City

Imej
Sejak dibuka, Plaza Tol Southville City kini menjadi laluan utama kami apabila hendak ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara Selatan. Jika sebelum ini kami perlu menggunakan Plaza Tol Nilai untuk memasuki Lebuhraya Utara Selatan, kini kami ada pilihan yang lebih baik dengan jarak yang lebih pendek di mana kami dapat jimat 10 kilometer jarak perjalanan. Sebelum itu juga, laluan utama kami untuk ke Kuala Lumpur adalah dengan menggunakan Lebuhraya Maju (MEX) yang kini semakin sesak ditambah dengan jaraknya yang jauh. Kadar tol dari Southville ke Kuala Lumpur ialah MYR 2.10 (dua Ringgit Malaysia dan sepuluh sen sahaja). Kami juga selalu menggunakan Tol Southville ini untuk ke Bandar Baru Bangi dengan kadar tol 40 sen. Sebagai perbandingan kadar tol melalui MEX ialah MYR 3.50 (tiga Ringgit Malaysia dan lima puluh sen sahaja). Gambar Plaza Tol Southville City pada waktu malam. Plaza Tol ini adalah pintu masuk ke Lebuhraya Utara Selatan. # Friday, 11 October 2019, 21:30 # IMG_20191011_213020...

Newcastle akhiri kemarau tiga mata

Imej
NEWCASTLE UPON TYNE: Newcastle United akhirnya meraih kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris pada percubaan ke-11 musim ini selepas mengatasi Watford 1-0 di St James’ Park. Ayoze Perez menanduk masuk sepakan percuma Ki Sung-yeung pada minit ke-65 untuk tiga mata penting yang membawa Newcastle keluar dari zon penyingkiran ke tangga ke-17. Ia adalah gol pertama Newcastle di laman sendiri sejak kekalahan 2-1 kepada Arsenal pada 15 September. Gambar Perez jaringkan gol kemenangan Newcastle United - Reuters “Saya rasa (kemenangan) ini penting buat semua orang,” kata pengendalinya, Rafa Benitez. “Menang ke atas pasukan yang bagus dengan keyakinan tinggi, menang dengan sokongan padu semua pihak di belakang pasukan dan dengan tiga pemain simpanan memberi sumbangan besar, ia amat positif.” Watford mengharungi permulaan yang baik di liga tertinggi Inggeris itu musim ini manakala Newcastle masih tercari-cari kemenangan pertama untuk menutup permulaan buruk...

Serai Tedi dicantas orang

Imej
Keluar saja dari kawasan rumah, ku lihat serai yang ditanam sudah dicantas orang! Inilah perangai manusia Tak henti mencari pasal dengan Tedi Serai yang Tedi tanam dengan bantuan Master Kamu cantas Hahaha, takper la, nanti tumbuh la balik serai tu. Yang peliknya serai rumah sebelah ok jer, tak terusik pun. Tapi serai diorang kecik lagi, comel jer. Serai Tedi lak dah macam lalang di sawah terbiar. Tuhan tolonglah lembutkan hati dia. Tak cantas seraiku sesuka hatinya. Moga dia tahu, moga dia kenal. Beza antara lalang dan serai. Tetapi kemudian seorang pakcik menyatakan bahawa serai memang elok dicantas. Maka hati Tedi pun terpujuk dan berterima kasih kepada yang telah mencantas serai Tedi. Tedi mula membaca mengenai serai, dan serai memang perlu dicantas untuk mengelakkan reput. Apabila serai dicantas cahaya matahari dapat sampai dan mengeringkan bahagian batang serai. Jika asyik lembab ia akan mereput. Rupa-rupanya ada hikmah di sebalik "tragedi" ini. Ia memberi ...

Chimpanzi kurungan dicadangkan sebagai haiwan terancam.

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Eksperimen menggunakan Chimpanzi mungkin akan tinggal sejarah tidak lama lagi.   Gambar seekor Chimpanzi dalam kurungan Tedi minggu ni memuji U.S. Fish and Wildlife Service di atas usaha mereka untuk mengisytiharkan semua Chimpanzi sebagai terancam, meliputi yang di dalam kurungan, dan bukan hanya bagi Chimpanzi liar. Ted S. Warren/AP - Foto bertahun 2009 menunjukkan “Jody,” seekor Chimpanzi yang digunakan dalam pembiakan & penyelidikan biomedik. Fish and Wildlife Service mencadangkan mereka sebagai terancam, sekaligus menyusahkan pihak yang menyimpan Chimpanzi untuk disewakan sebagai bahan ujikaji. Hutang foto:  Fish and Wildlife proposes endangered listing for captive chimpanzees Tedi mengimbau kembali ke tahun 1990 di mana Endangered Species Act telah memecahkan Chimpanzi kepada Chimpanzi liar dan Chimpanzi kurungan di mana kategori kedua kurang ...

Saiz Iklan Paling Bagus untuk Mobile

Imej
Apakah Saiz Iklan Paling Sesuai untuk Mobile? Tedi telah lama berusaha untuk menambahkan pendapatan melalui Google Adsense ni namun masih belum membuahkan hasil. Jadi kalau kawan-kawan rajin, bolehlah tolong menabung di interpretZZ ni yaaa... hehe. Salah satu persoalan yang bermain di benak fikiran Tedi adalah apakah saiz yang paling sesuai untuk iklan Adsense di mobile seperti telefon pintar atau tablet? Tujuan utama adalah untuk meletakkan iklan tapi tidak beratkan laman blog mobile kepunyaan Tedi. Pada tahun 2014 saiz iklan mobile paling menarik bilangan CTR tertinggi adalah 320x100 . Tetapi pada suku ketiga tahun 2014, saiz iklan 320x50 dan 300x50 lebih banyak menarik pelanggan di atas telefon pintar, manakala saiz iklan 728x90 paling banyak dicapai di atas tablet. Saiz iklan yang lebih lebar adalah lebih cenderung menjana pendapatan berbanding iklan yang tinggi. Walau apa pun, saiz iklan terbaik adalah saiz iklan yang sesuai dengan laman anda. 20170116

Kedah 3 - 2 KL City

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ . Perlawanan yang sungguh epik! Sebaik sahaja sampai ke rumah selepas  makan colek di Kedai Makan Nasi Kerabu Aini , Master gelisah melihatkan Kedah Darul Aman FC ketinggalan 0-1 (minit 50). Kemudian Kedah berjaya samakan kedudukan 1-1 (minit 71) menerusi permainan cantik Kipre dan Fayadh, sebelum KL City kembali mendahului 1-2 menerusi sepakan sudut (minit 79). Lama juga Kedah mengekori dan Mummy pula mula mengejek Kedah kalah. Tetapi usaha pasukan Kedah yang tidak jemu menyerang akhirnya membuahkan hasil apabila mereka samakan kedudukan 2-2 (minit 93), dan kemudian jaringkan gol kemenangan 1 minit sebelum tamat permainan (minit 96). Senarai penjaring gol dan kedudukan Kedah dalam Liga Super Malaysia selepas habis perlawanan pada 20210424.   Aidil Kagum Kebangkitan Pemain Bukan ketua jurulatih Kedah sahaja kagum malahan mana-mana peminat bola sepak patut kagum dengan sem...

Aina dirawat guna nebulizer kali ke-4

Imej
Gambar kolaj Aina semasa menerima rawatan nebulizer kali ke-4 Malam semalam semasa dalam perjalanan pulang ke rumah kami singgah ke klinik Nur Qaseh di Bandar Baru Salak Tinggi sebab Nor Aina kelihatan sukar untuk bernafas. Aina bernafas gunakan mulut, manakala kedengaran bunyi kuat daripada hidung dan paru-paru. Aina juga batuk-batuk dan muntah-muntah banyak kali. Aina diberikan rawatan kabus menggunakan nebulizer , kali ini dia tak menangis malahan dia memegang nebulizer tersebut. Doktor suruh kami datang semula ke sana untuk rawatan kabus menggunakan nebulizer pada jam 10:30 malam jika keadaan Aina berulang semula. Kos rawatan adalah RM 73 termasuk dua botol ubat radang dan asma. Pada jam 10:30 malam Aina tidur dan keadaannya nampak stabil. 20171127

PG07 Beraya di Terengganu

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ PG07-R54: Beraya di Kuala Terengganu Mengikut rekod pada Google Map Timeline, kami telah ke Kampung Tok Adis untuk beraya di sana. Gambar mercu tanda Allah peliharakanlah Terengganu kelihatan dari jauh semasa kami dalam perjalanan dari rumah kawan Mummy di Batu Rakit ke rumah kawan Mummy di Kuala Terengganu untuk beraya. Kawan Mummy yang mana Tedi tak pasti, yang Tedi ingat abangnya jual insurans. Ketika balik dari rumahnya kalau tak silap kami melalui bawah jambatan Kuala Ibai yang berdekatan Masjid Terapung tu. # Thursday, 7 July 2016, 18:54 # 20160707_D2533 (8).JPG # Sony D2533 # ~20160707~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Rakyat Malaysia harus bersyukur.

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Sana-sini duk heboh pasal harga petrol nak naik lagi. Nota Kosong: Fakta mengenai RON 95 - Rakyat ditipu? Tedi hanya menyepikan diri kerana itu bukan bidang pencapaian utama Tedi. Cukuplah Tedi aman damai bersama kucing, badak, Woolly Mammoth, gajah dan binatang-binatang lain. Kenapalah rakyat Malaysia nak heboh sangat harga petrol RON 95 naik? Bukankah itu adalah langkah kerajaan untuk mengangkat taraf hidup rakyat ? Apabila kerajaan bagi kita guna petrol mahal, maka itu bermakna taraf hidup kita tinggi kerana gunakan barang mahal . Apa kelas guna petrol murah! Sepatutnya macam itulah kita berfikir. Bukan senang nak dapat guna barang mahal ni. Lebih-lebih lagi terpaksa guna. Tak dapat beg tangan mahal, cincin mahal, naik jet mahal, cukuplah bagi rakyat Malaysia merasa dapat guna minyak mahal. Seperti kata omputeh , sharing is caring , kita semua sama-sama mengg...

Mula yakini kewibawaan berita asing.

Imej
Sebelum ini Tedi sangkakan berita asing hanya memaparkan propaganda Ini adalah kerana agensi berita asing selalunya akan mendedahkan sesuatu berita dengan memaklumkan bahawa maklumat mereka itu diperolehi daripada "sumber yang boleh dipercayai" . Gambar Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak membuat sidang media berkenaan nahas kapal terbang MH 370 di Hotel Sama Sama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di mana apa yang dimaklumkan beliau telah dapat dibaca dalam berita yang dilaporkan agensi berita luar negara. Sumber mereka itu selalunya akan dirahsiakan. Contohnya dalam kes MH 370, mereka kata maklumat diperolehi daripada Pegawai Tentera atau Pegawai Kerajaan Malaysia. Tapi identiti mereka dirahsiakan sehingga Tedi tak tahu sama ada maklumat itu diperolehi daripada pegawai atau hanya kakitangan bawahan? Entah-entah maklumat daripada makcik cleaner , kita pun tak tahu. Tetapi tarikh 20140316 telah mengubah sangkaan Tedi itu. T...

Aina ke Sonotron Tawakal Bangi

Imej
Semalam , Aina tinggal di rumah sahaja sebab tak berani nak biarkan dia bercampur dengan masyarakat awam, manalah tahu dia belum kuat lagi. Mommy cuti semalam  (20180322)  untuk jaga Aina. Mommy pun sakit kepala juga macam nak demam. Master sahajalah yang ke pejabat menaiki Subaru XV STI. Sengaja Master tinggalkan Proton Persona 2008 di rumah sebab Persona tu ada kerusi bayi ( baby car seat ). Manalah tahu jika Mommy perlu bawa Aina ke klinik jika ada kecemasan. Hari ini (20180323) Master pula bercuti sebab tengok dada Nor Áina berombak laju sekitar 50 kali per minit. Bayi berumur setahun sepatutnya degupan jantungnya di bawah kadar 30 kali seminit. Berbeza dengan hari Selasa (20180320) lepas, kali ni Aina agak aktif. Makan pun berselera sudah makan 2 kali pada jam 5:02 petang. Minum susu pula dah dekat 4 botol. Mommy kata nak bawa Áina ke Senotron Bangi, dengan temujanji ditetapkan pada jam 6 petang. Tak tahulah sempat tak tunggu Mommy gerak dari pejabat...

Yob waspada kualiti jentera Kedah

PERAK FC perlu berwaspada dengan kualiti jentera Kedah Darul Aman (KDA) FC yang sentiasa boleh menjaringkan gol terutama di minit terakhir permainan jika tidak mahu kecewa ketika melayan kunjungan lawan di Stadium Perak pada Sabtu. Perkara itu menjadi perhatian Hafizul selepas melihat Kedah Darul Aman (KDA) FC yang sentiasa menjadi ‘cencaru makan petang’ apabila pernah mengecewakan Selangor FC 2-1 pada perlawanan ketujuh Liga Super melalui dua jaringan dalam tempoh 10 minit terakhir oleh Kpah Sherman serta Tchetche Kipre. Selain itu, KDA juga pernah mengikat Penang FC,1-1 melalui gol penyamaan pada minit-86 oleh Kpah Sherman selain kemenangan 3-1 ke atas PJ City FC, 17 Mac lalu. Tambahnya, faktor itu dibantu KDA mempunyai banyak pilihan di jentera serangan selain Kpah dan Tchetche, mereka turut dibantu Fayadh Zulkifli dan Azammuddin Akil yang sentiasa memberikan kekuatan tambahan pada 15 minit terakhir permainan. “Kedah sememangnya dari tahun lepas adalah lawan yang boleh menjaringkan ...

Makan di Fizo Mawar Kitchen

Imej
Ke Klinik Sonotron Tawakal Jumaat, 20180323, sekitar jam 7 malam. Kami terus bergerak menuju Seksyen 8 Bandar Baru Bangi kerana ada temujanji dengan Klinik Sonotron Tawakal pada jam 9:30 malam. Waze membawa kami melalui Lebuhraya PLUS dan keluar di susur Kajang. Dari plaza tol Kajang ke Bandar Baru Bangi tidaklah jauh. Kemudian kami menuju ke Petronas seksyen 7 di Bandar Baru Bangi kerana Master nak menunaikan solat fardhu Maghrib. Selesai solat Maghrib, kami mula mencari kedai makan untuk disinggahi. Banyak kedai makan untuk disinggahi, tetapi pada waktu itu sudah 8 malam, dan masa sudah suntuk untuk menepati temujanji rawatan Aina di Sonotron Tawakal Bangi. Nasib baik ada beberapa kedai yang sederet dengan Sonotron Tawakal tu walaupun jaraknya agak berjauhan tetapi kurang-kurang dalam kawasan yang sama, tidak perlu keluar ke jalan besar jika mahu ke Sonotron Tawakal. Jika RSMY Bangi dalam kawasan yang sama mahu sahaja Master mengulang makan nan cheese meleleh di sana .   ...

Nota HQL

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Tedi boleh katakan HQL adalah saudara jauh kepada SQL. Ia digunakan untuk query menggunakan framework Hibernate. Walaupun seumpama SQL syntax-nya tetap berbeza, dan kadangkala ada masalah ketika menggunakannya. Ini adalah nota HQL buat Tedi. Join tanpa association Kadangkala kita perlu join 2 model tables atau view yang tiada sebarang mapping di antara kedua-dua model. Tedi pun dah banyak kali perlu menggunakan penyelesaian sebegini. Maka kali ini Tedi masukkan dalam nota untuk rujukan masa depan. from A as table_a , B as table_b where table_a.c = table_b.c 20210416 ~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Tazkirah Subuh 29 Ramadhan

Imej
"Rupa-rupanya hari ini mungkin Ramadhan terakhir pada tahun ini. Tedi baru perasan apabila terdengar tazkirah subuh daripada corong pembesar suara di masjid depan rumah tok" - Tedi .  Masjid al-Muhajirin Hari Raya manakah lebih besar? Eidil Fitri atau Eidil Adha? Eidil Adha adalah lebih utama berlipat kali ganda:  takbir Eidil Adha adalah selama 4 hari,  manakala takbir Eidil Fitri pula hanya dari waktu Maghrib selepas Ramadhan sehingga solat sunat. Eidil Fitri VS Jumaat Mandi sunat Mandi sunat Eidil Fitri disunatkan kepada semua walaupun manusia tersebut tidak akan bersolat sunat Eidil Fitri. Mandi sunat Jumaat sunat kepada mereka yang akan menunaikan Solat Jumaat. Solat Solat sunat Eidil Fitri hukumnya sunat muakkad. Malahan kaum wanita yang haid juga digalakkan hadir untuk mendengar khutbah. Solat fardhu Jumaat diwajibkan kepada orang lelaki sahaja. Jika terlewat sampai dan imam telah bertakbir sebanyak 5 kali daripada 7 kali, perlukah ...

Pemeriksaan Aidan 2 tahun

Temujanji di Klinik Kesihatan Salak Hari ini mummy bawa Aidan ke Klinik Kesihatan sempena temujanji pemeriksaan kesihatan Aidan sempena umurnya yang bakal cecah 2 tahun. Master hantar Mummy ke Klinik Kesihatan Salak selepas hantar Aina ke Taska pada jam lebih kurang 10 pagi. Kami tiba di Klinik Kesihatan Salak sekitar jam 10:24 pagi Ramai betul manusia yang datang ke klinik kesihatan tersebut. Master balik ke rumah kerana bekerja dari rumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan. Sekitar jam 11:08 pagi Master ambil Mummy di Klinik Kesihatan Salak. Jururawat di Klinik Kesihatan Salak menasihatkan Mummy supaya sapu madu di bibir Aidan untuk ajar dia belajar menelan. Pada masa ini air liur Aidan masih meleleh dan salah satu puncanya ialah mungkin kerana bayi ada masalah untuk menelan. Selain itu jururawat berikan tempoh sehingga Julai untuk Aidan diperiksa semula sebelum dirujuk kepada doktor untuk masalah speech delay  (lewat bertutur). Ini kerana pada masa ini Aidan masih tidak s...

Aina punya susu, Aidan yang habiskan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini kami memulakan hari dengan Aina dan Aidan mandi-manda di kolam air pancut mini di halaman rumah. Kemudian kami bergerak ke Alamanda untuk baiki charm gelang tangan Mummy yang rosak di kedai emas Habib Jewels.   Enjin kereta Proton Persona tak boleh hidup Sebelum itu Master sempat cuba hidupkan kereta Proton Persona kerana dia tiba-tiba berasa tidak sedap hati. Ternyata enjin kereta tidak dapat dihidupkan dan hanya berbunyi tak tak tak. Nasib baik ada kiriman lama bertajuk  Enjin Kereta Proton Persona tak boleh start bunyi tak tak tak yang menjadi rujukan dalam mengatasi masalah itu. Kali ini Master sudah memiliki jumper sendiri jadi tidak perlu pinjam daripada sesiapa.   Makan tengahari di Nandos Alamanda Sebaik saja selesai urusan Mummy di kedai emas Habib Jewels, kami mencari medan selera untuk makan tengahari. Tetapi medan seleranya dilindungi d...

Bukan kemenangan mudah buat Kedah - Aidil

Alor Setar: Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Aidil Sharin Sahak mengakui tidak mudah mencapai kemenangan 3-1 ke atas Sri Pahang meskipun beraksi berhadapan 10 pemain pada aksi perlawanan Liga Super menentang Sri Pahang di Stadium Darul Aman semalam. "Kami tidak bermula dengan baik, dan bermula dengan tempo perlahan, tetapi saya bersyukur selepas tempoh 15 minit kami kembali bangkit dengan penguasaan yang lebih baik. "Sebenarnya tidak begitu mudah untuk kami walaupun berhadapan dengan pihak lawan yang hanya beraksi dengan 10 pemain selepas pihak lawan menyamakan kedudukan pada babak pertama, tambahan pula pertahanan Sri Pahang menjadi lebih kompak serta menyukarkan melalui gerakan melalui ruang tengah. "Pada waktu rehat, saya berkata kepada pemain di bilik persalinan bahawa kita hanya beraksi dengan 10 pemain dan kita tidak mahu tewas perlawanan ini dan pemain memberi reaksi yang baik dan terus bangkit mencari gol, dan hasilnya kita mendapat gol dari sepakan penalt...

KDA FC teruskan rentak kemenangan

ALOR SETAR: Misi meraih tiga mata di laman sendiri tercapai apabila Kedah Darul Aman FC (KDA FC) meneruskan rentak kemenangannya dengan menundukkan Sri Pahang 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman sebentar tadi. Dua gol Baddrol Bakhtiar dan satu oleh Kpah Sherman meletakkan Kedah di tangga kedua Liga Super setakat ini. Pada babak pertama, Kedah mendapat peluang terbaik melalui sepakan bebas oleh Rabih Ataya seawal minit keenam namun ditepis penjaga gawang Sri Pahang, Zarif Irfan. Sri Pahang dikejutkan apabila pemain import pertahanan, Herold Goulon dilayangkan kad merah pada minit ke-16 kerana mengasari Kpah Sherman. Serangan demi serangan dilakukan Kedah akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-36 menerusi Baddrol. Ia bagaimanapun tidak kekal lama apabila skuad Tok Gajah bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-41 menerusi Nur Izzat Che Awang yang menewaskan penjaga gol Kedah, Shahril Sa'ari selepas menyempurnakan hantaran daripada Nor Azam Azih. Seminit selepas...

Hari pertama Aina di rumah pengasuh

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Gambar hidangan bernama Lemang Pulut dengan rendang di atasnya sempena jamuan hari raya (agaknya) di pejabat Mummy di Bangsar. # Monday, 17 July 2017, 11:26 # 20170717 # IMG_20170717_112607.jpg # HUAWEI H30-U10 # 20170717 menjadi tarikh keramat bermulanya pengalaman hidup bayi Aina tinggal di rumah pengasuh. Sebelum ini aunty Yan yang jaga baby Aina, jadi tidaklah risau sangat sebab saudara yang jaga. Tambahan pula pengasuh bayi Aina ni tinggal di Pantai Permai berhampiran Bangsar South di mana Master bekerja, bermakna ia adalah pengalaman baru bayi Aina travel sejauh 100 kilometer sehari dalam perjalanan yang memakan masa lebih kurang 3 jam sehari. Malam tadi Aina duk menangis sahaja, tapi senyap jugalah apabila Master dukung dia bawa jalan-jalan dalam rumah, naik turun tangga. Tak tahulah kenapa bayi Aina asyik menangis saja, mungkinkah dia kepenatan travel jauh naik kere...

Bermula dari awal atau teruskan?

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Gambar seekor beruang Teddy sedang menelangkupkan mukanya di atas katil. # Tuesday, 28 May 2013, 07:55 # 20130528 # DSC_0439.jpg # Kamera telefon bimbit Sony Ericsson ST27i #   Susahnya kerja sekolah yang Cikgu Pogy bagi ni sehingga benar-benar menekan jiwa. Lepas tu ada kawan maklumkan yang kerja sekolah Tedi sebelum ni ada masalah dan perlu disemak semula. Ketika ini Tedi dihimpit oleh 2 persoalan: Perlukah Tedi berhenti dan mulakan semuanya daripada awal? Perlukah Tedi teruskan dengan apa yang telah dimulakan, walaupun masih tak nampak cahaya di hujung terowong? Kalau nak mulakan semula macam rugilah pula di atas semua usaha yang telah dicurahkan. Tapi kalau tak mulakan semula, takut projek itu memang berada pada jalan yang salah dan takkan menemui penamat yang diharapkan. ~20130529~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Penyelesaian Windows 10 matikan penyesuai tanpa wayar

Imej
Perbincangan Pada masa sekarang ni Master of Tedi menggunakan adapter WIFI USB TP-LINK TL-WN727N pada komputer riba beliau kerana entah kenapa berlaku kejelikan pada pembekal yang membekalkan komputer riba tanpa memasang adapter tanpa wayar di dalamnya. Penyesuai USB ni sama seperti apa yang kita panggil huddle tu. Masalahnya sekarang ni ialah penyesuai tersebut selalu dimatikan oleh Windows 10 ketika menggunakan bekalan kuasa daripada bateri sahaja. Ini menyebabkan komputer riba HP PROBOOK G5 tu selalu terputus sambungan internet. Melalui kajian di internet, rupa-rupanya ramai yang menghadapi masalah seperti ini, dan di bawah ni adalah salah satu panduan daripada Microsoft untuk selesaikan masalah tersebut. Penyelesaian kepada masalah penyesuai tanpa wayar dimatikan oleh Windows 10 Ramai pengguna yang mengalami masalah Windows mematikan adapter WiFi mereka secara automatik. Memadamkan pilihan "Allow windows to turn this device off for power efficiency" selalunya ti...

Prev Next

Popular