Cara Paling Seram Untuk Kuruskan Badan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Apa salahnya kuruskan badan dengan kaedah yang menyeramkan kalau ia berhasil... kan? Filem seram dirakam bertujuan untuk menakutkan manusia sehingga ke usus mereka, tetapi pada masa yang sama filem seram juga boleh menakutkan manusia sehingga terbakar segala kalori dalam badan mereka. Fakta ini ditemui dalam satu kajian oleh University of Westminster . Kajian itu menyatakan secara purata, keseraman dalam tempoh 90 minit boleh membakar 113 kalori – jumlah yang terdapat pada satu bar coklat. Filem The Shining membakar paling banyak kalori iaitu 184 kalori – yang bersamaan dengan 25 minit melakukan kerja rumah. Filem Jaws di tempat kedua dengan pembakaran 161 kalori manakala The Exorcist membakar 158 kalori. Fakta-fakta ini amat buat Tedi menyampah kerana Tedi berlari 5 km pun dapat bakar 300 lebih kalori, jumlah yang terdapat pada seketul ayam goreng . Kajia...