Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2020

Masjid Mukim Pulau Lima, Pasir Puteh, Kelantan

Imej
30 Januari 2013: Singgah di Masjid Mukim Pulau Lima untuk menunaikan solat Zuhur. Kejadian ini berlaku ketika kami menghantar menantu untuk satu majlis perkahwinan di Kelantan. Pengantin adalah sepupu Mommy di sebelah Perak, kalau Tedi tak silap. Tedi sukakan masjid ini kerana nampak terurus. Pandangan atas daripada bahagian kiri belakang. Tempat berwudhu berkolah ala-ala zaman dahulu kala. Tedi suka konsep sebegini kerana ia menggalakkan penjimatan air berbanding penggunaan paip air. Tempat berwudhu ala moden. Pintu masuk ke ruang solat utama (muslimin) Koridor di sebelah kiri masjid. Tandas lelaki. Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Tandas dan jalan masuk ke ruang solat muslimah di sebelah kiri masjid, betul-betul selepas jalan masuk utama ke masjid. Pandangan dari jalan masuk utama. Ini pintu masuk ke ruang solat muslimah. Masjid Mukim Pulau Lima, Daerah Bukit Awang, 16800 Pasir Puteh, Kelantan. 20140518

Sepetang di You Auto

Imej
Semalam pergi periksa kereta Proton SAGA BLM Mommy. Kami ke wakil Pusat Servis Proton di Bandar Baru Salak Tinggi (You Auto Sdn Bhd), sebabnya ada minyak hitam menitis keluar. Selain itu Master ajak kawannya bawa kereta Proton Savvy beliau untuk diperiksa. Seal salur minyak hitam rosak. Mekanik angkat kereta tu (bukan macam Superman) dan periksa bawah enjin. Ada minyak hitam menitis melalui nat salur keluar minyak hitam. Nat ni pomen akan buka apabila mereka nak keluarkan minyak hitam. Mekanik pun gantikan satu benda namanya seal , katanya dah rosak, mungkin kehausan (bukan sebab cuaca kemarau). Dia tak caj apa-apa, kira percumalah tu. Gear lima susah nak masuk. Lepas tu Master bertanyakan hal ada satu bunyi halus apabila tukar gear lima. Memula Master sangkakan kena tukar plat klac kereta, tapi  mekanik tu kata itu tanda bosch (ejaan ni betul ke tak, wallahua'lam) pecah. Dia pergi ke bawah kereta dan tunjukkan satu benda, dia usik j...

Dari Petaling Jaya ke Salak Tinggi

Imej
Dalam perjalanan melawat rumah yang sedang dalam pembinaan di Bandar Baru Salak Tinggi. Kami melalui Maju Expressway (MEX) atau dikenali juga sebagai Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya dari Petaling Jaya. Boleh juga melalui Lebuhraya ELITE. Gambar ini diambil ketika kami melintasi Cyberjaya melalui Pintasan Dengkil. Kelihatan di sebelah kiri flyover tu, Hotel Sepang. Ketika ini kami menaiki Proton SAGA BLM 1.3 MT. Rumah dah hampir siap, jalan masih belum diturap. Terletak berhampiran Bandar Baru Nilai dan juga Nilai 3 yang masyhur sebagai destinasi membeli-belah. Boleh melalui dua lebuhraya berhampiran iaitu PLUS Kuala Lumpur - Seremban dan juga ELITE. 20110410

Merayau-rayau...

Imej
Sejak kenali istilah blogwalking ni, makin rajin la Tedi follow blog manusia. Sumber: Langkawi Pulau Lagenda - Hari Ketiga Tapi setakat follow je tak guna, Tedi sebenarnya masih mencari blog yang seronok Tedi baca untuk dimasukkan dalam bloglist. Setakat ni ada la beberapa blog yang dah Tedi list , alhamdulillah nukilan  Tinta Asyraf ,  Aku di Fiji Islands , dan  Suka-suka  memang tak jemu membacanya mungkin kerana sesuai dengan jiwa raga Tedi. Apa lagi yang Tedi mahu? Erm, tak pasti la, mungkin blog yang:  boleh inspire Tedi untuk melakukan sesuatu?  Atau sesuatu yang sesuai dengan perjuangan Tedi?  Atau sesuatu yang Tedi benci? (kalau dah benci kenapa nak baca?) Entah la, mungkin benar kata Mommy, Master itu pelik. Eh, apa kena mengena Master dengan Tedi? Kubur kan asing-asing? Diterbitkan pertama kali pada 20130605, karangan ini adalah mengenai pengalaman awal Tedi melakukan aktiviti  blogwalking .

Verify function dalam class yang ditulis Unit Test itu sendiri

Kali ini Tedi nak periksa (verify) sesuatu function dipanggil dalam service yang sedang kita unit test. Jadi langkah pertama kita spy-kan dia. public class OutletCheckAplusBizTest { public static final String COMMON_OUTLET_ID = "outletId"; public static final String APLUS_OUTLET_ID = "outletId"; @Mock AntRestfulApi antRestfulApi; @Mock OutletDetailService outletDetailService; @Mock Logger log; @Spy @InjectMocks OutletCheckBiz outletCheckBiz; Seterusnya kita sudah boleh periksa function-nya sendiri. Harus diingat bahawa  function itu haruslah  public atau minimum  protected . Jika  private maka kenalah cari jalan lain. @Test public void testProcess() { when(antRestfulApi.callMerchantOutletCreate(any(MerchantOutletCreateRequest.class))).thenReturn(null); when(antRestfulApi.callMerchantOutletQuery(any(MerchantOutletQueryRequest.class))).thenReturn(null); when(outletDetailService.updateOutletDetail(any(OutletDe...

Macam-macam Masalah

Imej
Hari ini masalah macam-macam dalam IntelliJ IDEA ni.  Masalah bermula dengan IDE tunjuk error tak jumpa satu constant, padahal constant tu dah ada dalam library v93, dalam build.gradle pun memang dah set v93, tapi kelihatan macam kod tu baca v91. Pening memikirkan masalah ni akhirnya Tedi tertidur. Masalahnya projek boleh sahaja build dan deploy guna Gradle, masa nak run unit test dekat Intellij IDEA je ada masalah. Pada pagi hari seorang kawan kata mungkin project Tedi dah corrupted , maka dia kata delete je folder .idea dan buka balik projek tu. Setelah re-open projek tersebut dapat pula error gradle "could not find method leftshift() for arguments gradle" . Tedi tahu masalah ni kalau guna Gradle version baru untuk run script Gradle version lama sebab method << tu dah deprecated. Masalahnya Tedi memang gunakan Gradle 4.10, sepatutnya tiada masalah itu kerana versi ni memang telah lama ketinggalan zaman. Akhirnya Tedi pergi ke Settings dan cari Gradle, nampak...

Layan muvi

Imej
Semalam Tedi layan Prince of Persia  (Putera Parsi) di TV3, tonton dengan Master.  Mommy dah lama lelap.  Best gak citer tu, aksi sama macam dalam computer game yang kawan Tedi main dulu. Hero citer Prince of Persia http://wallpaperdownloads84.blogspot.com/2010/04/sfondo-prince-of-persia-movie.html Baru je tadi Tedi layan citer Matrix tapi tak tau la episod mana.  Banyak cakap je filem tu. Tedi pun tak tahu apa yang mereka bualkan. Inilah kot muvi yang Tedi tonton tu? http://www.repugnant-conclusion.com/the-matrix.html Sekarang layan filem koboi lak. Fuiyo ada gatling guns .  Tapi peliknya orang yang tunggang kuda mati, kudanya baik-baik sahaja. Nampak gaya penunggang kuda tu kena terlebih dahulu menuntut ilmu perperangan daripada si kuda yang ditungganginya. Gatling Gun http://vpcblog.files.wordpress.com/2008/02/gatling_gun_1865.jpg Jika kawan-kawan tak tau apa itu gatling guns , ia lebih kurang macam machine gun , bo...

Relevan setiap zaman?

Imej
 Tedi menonton Ali Baba Bujang Lapuk yang telah dipotong sesuka hati oleh RTM1.   "Tak baik tau Tedi tuduh RTM1 macam tu.. mana tau tu je bahagian yang masih ok setelah sekian lama diulang tayang?" Ok la, Tedi tarik balik kenyataan tersebut. Ternyata ada dalam sejarah bahawa Angkasapuri pernah terbakar dan bahagian arkib yang menyimpan khazanah filem negara Malaysia turut terjejas. Inilah beberapa pelajaran Tedi kutip:  Semua yang berlesen adalah "halal" ,  Orang Malaysia pentingkan jenama ,  Layanan Khas Jika Berpangkat ,  Orang kaya meminjam wang orang miskin ,  Membantu apabila ada kepentingan peribadi ,  Berubah kerana kekayaan , dan  Orang kaya lari daripada hutang . Lawak yang ada kelas dan sarat dengan mesej! http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Ali_Baba_Bujang_Lapok.jpg Bila menonton untuk kesekian kali, Tedi mula terfikir mengenai lawak P. Ramlee yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan, relevan setiap zaman....

Anak kucing comel (Tedi pun comel jugak)

Imej
Karangan Tedi kali ini adalah berkenaan perkataan comel yang tentu kawan-kawan tahu maksudnya. Comel dalam Bahasa Inggeris disebut, ' cute '. Sungguh comel disebut " so cute ". Orang Indonesia mungkin akan menegur Tedi dan berkata, "comel banget kamu ini sih" yang membawa maksud "kamu ini sangat comel". Iya, Tedi tahu itu kerana beruang memang seekor haiwan yang comel tambahan lagi si Teddy Bear. Bahagian mana pada beruang yang membuatkan beruang itu comel Tedi tak pasti. Tedi tak rasa kawan-kawan akan pergi menyapa seekor beruang yang kawan-kawan terserempak dengannya di dalam hutan? Tapi Tedi pasti kalian akan melakukannya jika beruang yang kalian temui itu adalah seekor Beruang Panda kerana ia adalah seekor beruang yang nampak comel sebab ia gebu dan  slow motion , menjadikannya beruang yang lebih dikagumi berbanding digeruni. Begitulah halnya dengan manusia, ada perangai kalian yang membolehkan kalian kelihatan comel dan ada juga perbuatan...

Mengkaji Tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun

Imej
Sebagai pecutan terakhir sebelum membeli tayar kereta baru saiz 195/60/R15 (rim 15 inci) untuk kereta Proton Persona transmisi manual kami, Tedi akan mengkaji mengenai salah satu calon tayar kereta saiz 15 baru itu iaitu tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun Malaysia untuk memastikan tayar Falken bagus tak? Pengenalan kepada Tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun Tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun adalah tayar kereta kategori Premium Touring Summer direka untuk kegunaan kereta penumpang. Tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun menggantikan tayar Falken ZE914. Tayar Falken ZIEX ZE914 EcoRun telah digantikan oleh tayar Falken ZIEX ZE310 EcoRun. Posisi tayar Falken ZIEX ZE914 dalam beberapa jenis ujian: 2017 Auto Express Summer Tyre Test - kedudukan ke 7 dari 11 tayar. 2017 AZ Summer Tyre Test - kedudukan ke 10 dari 10 tayar. 2016 AMS SUV / 4x4 Tyre Test - kedudukan ke 5 dari 9 tayar. Harga tayar kereta Falken ZIEX ZE914 EcoRun saiz 15 di Malaysia 195/50/R15 : RM 154 hingga RM 162 195/50/R15 : R...

Tunggakan gaji sudah sinonim dengan bola sepak Malaysia

Imej
KUALA LUMPUR: ‘Tak perlu panik, tak perlu bimbang!’ Itu pandangan bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah ketika mengulas tunggakan gaji yang dihadapi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sehingga menarik perhatian Penaung Diraja Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Jurulatih berpengalaman itu berkata, situasi itu bukanlah satu perkara yang luar biasa memandangkan ia sudah sinonim dengan ‘bola sepak Malaysia’ dan penjelasan yang diberikan KFA tampak sudah memadai. “Kalau lihat penjelasan KFA itu, kita perlu terimalah. Bukan setakat Kedah sahaja tetapi boleh dikatakan hampir semua pasukan turut bergantung kepada dana kerajaan negeri untuk bergerak kerana bola sepak Malaysia memang tidak dapat dipisahkan dengan politik. “Malah, dalam sejarah KFA pun saya rasa tidak pernah berhutang dalam jumlah yang besar, jadi saya yakin pengurusan ada cara untuk menyelesaikan m...

Salahkan FAM, MFL boleh 'makan diri sendiri'

KUALA LUMPUR: ‘Tembakan’ Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris terhadap Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disifatkan tidak wajar dan dikhuatiri memakan diri sendiri. Ini kerana KFA tidak seharusnya menuding jari kepada kedua-dua pihak terbabit atas kemelut tunggakan gaji yang dialami pasukan itu memandangkan ia sebenarnya boleh diselesaikan secara dalaman. Pengerusi Kelab Penyokong Jaguh Utara, Mohd Safarizal Mohd Sobri berpendapat tindakan Asmirul itu kemungkinan dibuat atas dasar emosi namun mereka memahami kekangan yang menyebabkan kemelut terbabit berlaku. “Sepatutnya KFA tidak perlu membawa isu ini ke pihak yang lebih tinggi sehingga membabitkan FAM dan MFL kerana kami tahu KFA boleh menyelesaikannya tanpa sebarang masalah. “Semua pun tahu Kedah menjadi pasukan yang paling lantang menyuarakan pendapat seperti agihan hak penyiaran musim lalu, jadi niatnya semata-mata untuk berjuang dem...

Katak Hula ditemui di Israel selepas 50-tahun 'pupus'

Imej
Spesis katak yang disangkakan pupus 50 tahun dahulu kini dijumpai di Israel. Seperti seekor bos. ... Pandangan sisi, agak aerodinamik juga katak ni. Syarikat kereta boleh amik inspirasi untuk design kereta mereka guna model kata katak Hula ni.  Researchers: Hula painted frog ‘is a living fossil’ Katak comel kan?   Extinct frog hasn't croaked -- it's a 'living fossil' ... Penemuan ini membolehkan katak itu dikeluarkan daripada senarai kepupusan milik International Union for Conservation of Nature’s (IUCN) katak itu juga mewakili keturunan yang telah lama tiada,menurut satu  laporan dalam jurnal Nature Communications . Ia telah dikategorikan di bawah kumpulan amfibia Discoglossus, tetapi ujian genetik dan pengimejan CT menunjukkan ia sepatutnya di bawah genus Latonia, kumpulan katak Eropah yang hilang daripada benua itu kira-kira 15,000 dahulu. Sebelum ini genus Latonia hanya boleh dikaji melalui fosil. Ia mempunyai belakang bertompok & ...

Jangan tuding jari, tipu penyokong - TMJ

Imej
KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa pemain Kedah sendiri yang bercerita mengenai masalah tunggakan gaji mereka bersama Helang Merah. Tunku Ismail menerusi kenyataan di laman Instagram miliknya, hari ini turut meminta persatuan tidak menuding jari kepada pihak lain dalam menangani isu itu selain berhenti menipu penyokong. "Yang mengadu pemain Kedah FA juga. Saya bersuara untuk semua pemain di dalam negara yang sudah lama menjadi mangsa janji kosong orang politik yang menguruskan bola sepak demi kepentingan peribadi. "Gaji lambat bukan sebelum COVID-19. Duit bonus Piala FA lambat. Gaji dua bulan lambat, hanya dibayar sebelum perlawanan Piala Sumbangsih. "Pemain Kedah FA sendiri yang bercerita. Striker (penyerang) import Kedah FA pun mengadu kepada pemain saya," tulis Tunku Ismail yang turut memuat naik gambar Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris bersama kenyataan itu. - IG Stories TMJ Kelmarin, TMJ ...

Otak primat memang takut ular.

Imej
Monyet dan manusia telah diciptakan untuk pantas mengesan ular. Satu kajian yang dijalankan oleh para pengkaji University of California melibatkan kajian ke atas otak dua ekor anak monyet macaques. Kedua-duanya ditunjukkan jujukan gambar-gambar dan masing-masing menghasilkan percikan neuron yang lebih pantas apabila melihat gambar ular. Monyet-monyet yang dilahirkan di sebuah ladang di Jepun itu tidak pernah melihat ular sebelum kajian itu, namun ternyata otak mereka masih mampu menghantar isyarat bahaya kepada mereka. Malahan gambar ancaman kepada kaum mereka juga tidak mampu mencetus aktiviti otak seperti itu. Para penyelidik percaya bahawa haiwan primat (termasuk manusia) telah berkembang untuk mengesan dan bertindakbalas kepada ular dengan secepat mungkin. Sumber rujukan Tedi untuk coretan ini: http://m.phys.org/news/2013-10-brain-specific-radar-snakes.html Kiriman ini telah diterbitkan pada 20131101.

Kucing ditangkap seludup telefon bimbit di penjara Rusia

Imej
Perkhidmatan penjara persekutuan Rusia berkata seekor kucing telah ditangkap di salah satu kemudahan penjara mereka ketika cuba menyeludup telefon bimbit.  Kucing yang tak bersalah menjadi mangsa kerakusan manusia! Bagaimanakah nasib kucing ini? Tedi rasa sungguh sedih. Alkisah disebutkan bahawa pengawal-pengawal yang sedang melakukan rondaan di Penal Colony No.1 di Rusia utara ternampak seekor kucing di atas pagar yang kelihatan seperti sedang membawa sesuatu. Setelah mereka melihat dengan lebih dekat mendedahkan bahawa telefon bimbit dan pengecas diikat ke perut kucing itu. Penghuni penjara Rusia biasanya merasuah pengawal untuk mendapatkan telefon bimbit. "Tidak jelas bagaimana kucing itu akan menghantar barang rampasan itu." , Kucing tertuduh, yang juga fasih berbahasa Rusia dan punyai beberapa tatu yang mencurigakan di bawah bulunya, enggan menjelaskan sebahagian daripada rancangan itu dan meminta untuk berjumpa dengan peguam beliau. Hahaha, gurau je. ...

Perang: Rohingya di Myanmar

Imej
Kesian kan diorang ni? Nasib baik la bangsa Tedi takde yang kejam macam sapa-sapa yang tindas diorang ni ... Seorang lelaki Rohingya di sisa rumahnya yang dibakar di Wilayah Rakhine, Myanmar Soe Than Win/Agence France-Presse — Getty Images   http://rendezvous.blogs.nytimes.com/2012/10/31/as-violence-continues-rohingya-find-few-defenders-in-myanmar/

Pro-11: Permainan Pengurusan Pasukan Bola Sepak

Imej
Pro-11 adalah permainan video berasaskan pengurusan kelab bola sepak. Tedi main permainan video Pro-11 dalam komputer riba dengan sistem operasi Windows 10 di mana permainan ini boleh di-install menggunakan Microsoft Store. Berikut adalah beberapa tips semasa bermain permainan Pro-11:  Mentaliti Pasukan ,  Tumpu Serangan ,  Formasi dan Taktik Pasukan Mentaliti Pasukan Bermain secara menyerang jika anda fikir pasukan bola sepak anda lebih bagus berbanding pasukan lawan. Bermain secara bertahan jika anda fikir pasukan lawan lebih hebat. Anda akan beroleh lebih banyak peluang untuk jaringkan gol jika bermain secara menyerang, dan sebaliknya. Tetapi jika anda bermain secara menyerang apabila bertemu pasukan lebih hebat, anda akan memberi pasukan lawan lebih banyak peluang menjaringkan gol. Bermain menyerang habis-habisan patut dilakukan hanya apabila pasukan anda ketinggalan pada lewat permainan, ini adalah kerana taktik ini akan menjadikan pertahanan anda sangat lem...

Bar coklat emas (Tedi tak makan coklat, emas)

Imej
Semua orang mesti kenal bar coklat kan? Tapi ada yang lagi best iaitu bar emas. CombiBar merupakan kepingan emas seberat 50g dan boleh dipatahkan kepada 50 kepingan emas seberat 1g. Valcambi suisse 50g fine gold 999.9 Kalau ikutkan teknik mematahkan emas ni, telah lama digunakan di Malaysia semasa zaman kegemilangan kesultanan Melayu seperti penggunaan pitis di Terengganu. Boleh patah macam tu aje. Pastu bolehlah buat shopping . Kalau Tedi memang tak patahkan dah... sayang kot? 1g fine gold 999.9 Emas cute  ini dikeluarkan oleh Valcambi sebuah unit di bawah Newmont. Sesuai dibeli untuk dihadiahkan. Golongan veteran yang lebih banyak terlibat dalam pelaburan emas setuju bahawa lebih baik mewariskan sekeping kecil emas daripada sejumlah wang. Ini adalah kerana nilai matawang boleh susut mengikut peredaran zaman manakala nilai harga emas selalunya meningkat. Saiz sebesar kad kredit. Err, Tedi takde kad kredit, jadi Jedi tak boleh nak anggarkan sangat saiz kad kredit tu....

IntelliJ IDEA Community 2020.1: cannot open vm options file

Imej
Hari ini 20200417 jam 3:40 pagi ada masalah pula selepas kemaskini Intellij Idea Community versi 2020.1. Tiba-tiba tak boleh start dengan error:  cannot open vm options file . Setelah pening kepala akhirnya Tedi pergi ke folder  C:\Users\<nama_pengguna>\.IdeaIC2019.3\config . Ini adalah folder versi sebelum Tedi update ke versi 2020.1. Tedi copy 1 fail bernama  idea64.exe.vmoptions daripada folder tersebut dan Tedi paste ke folder  C:\Program Files\JetBrains\IntelliJ IDEA Community Edition 2018.3.3\bin . Ini adalah folder di mana IntelliJ IDEA di-install pada komputer riba Tedi. Pada awalnya guna versi 2018.3.3, jadi walaupun dah update ke versi-versi terkini, ia tetap kekal berada pada folder tersebut. dalam folder itu ada file bernama idea64.vmoptions . Tedi rasakanlah nama file tu salah, sebab bila Tedi bandingkan kedua-dua file tu kandungannya hampir sama. Cuma folder config akan berubah iaitu  C:\Users\<nama_pengguna>\.IdeaIC<versi>\ Set...

Iklan AES yang sayu... huk huk

Imej
"Bukan abang yang langgar lampu merah. Saya harap dengan adanya AES .... bla bla bla" Pagi tadi Tedi dengar satu iklan, sungguh sayu. Mula-mula Tedi sangkakan iklan keselamatan jalanraya, tapi rupa-rupanya iklan AES. Kamera AES di Putrajaya

Kanak-kanak berkerusi roda dilarang masuk muzium, takut permaidani kotor.

Imej
Kerusi roda penghidap kernicterus didakwa akan mengotorkan permaidani.   Sebelum ini kisah seorang budak sekolah berkerusi roda yang dianaktirikan menarik perhatian Tedi, kini seorang budak perempuan yang menghidap neurological disorder pula menjadi mangsa.   Lexi Haas , 11 tahun yang dibawa ibu bapanya berjalan-jalan di Ships of the Sea Museum di Savannah, dihalang daripada masuk ke dalam muzium.    Ok lagilah kalau halangan itu ada alasan yang logik, namun kakitangan yang berkenaan memberi alasan, kerusi rodanya akan mengotorkan permaidani muzium!   Pihak muzium telah meminta maaf dan menunjukkan perasaan terkejut dengan sikap kakitangan tersebut.   Kakitangan itu telah dipecat.   Baca dan tonton video berkaitan di, " Museum issues apology after disable girl denied access. "   20130713  

Melayu buka Pulau Pinang? (Tedi tak makan pinang, betul, tak tipu)

Imej
Tedi sering dimomokkan bahawa Francis Light yang membuka Pulau Pinang.  Namun ada juga pihak yang memberi hujah menyatakan bahawa bangsa Melayu yang mula-mula membuka pulau itu. Keratan akhbar Berita Harian bertarikh 18 Jun 2012 ini amat menarik minat untuk Tedi membacanya.  Sejarah buktikan penempatan di Batu Uban 90 tahun lebih awal dari Georgetown. Fakta menarik mengenai pembukaan Pulau Pinang: Farncis Light berlabuh di Tanjung Penaga (Georgetown) pada 1786. Nakhoda Nan Intan yang berasal dari Aceh membina masjid di Batu Uban pada 1734 (52 tahun sebelum kedatangan Francis Light). Masjid itu kekal sehingga kini. Batu Uban didapati dalam peta Inggeris yang pertama lakaran Kapten Walter pada 1763 (23 tahun sebelum kedatangan Francis Light) 20120618

Nabi Anak Yatim

Imej
Tedi berbicara mengenai nasyid "Nabi Anak Yatim":   Dinyanyikan oleh kumpulan nasyid (munsyid) Raihan disertai kumpulan nasyid NowSeeHeart. Nasyid yang sungguh bagus yang menceritakan sebahagian sirah junjungan besar Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam. Nasyid ini fokus kepada kehidupan Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam sebagai seorang anak yang yatim piatu, namun diceritakan secara umum.   ... Hutang gambar:  Sebutir Kasih, Sejuta Sayang: Anak Yatim ... Lirik & komen: Muhammad, Muhammad, Muhammad Mustafa Salah satu gelaran Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam ialah al-Mustafa Ibunya bernama Aminah, ayahnya bernama Abdullah Dilahirkan di Makkah al-Mukarramah, ibu susunya Halimatus Sa'adiah Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam anak kepada Aminah binti Abdul Wahab & Abdullah bin Abdul Mutalib , orang baik-baik yang mengamalkan ajaran munif iaitu daripada Nabi Ibrahim alaihissalam. Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam...

Prev Next

Popular