Semalam Tedi layan Prince of Persia (Putera Parsi) di TV3, tonton dengan Master. 

Mommy dah lama lelap. 

Best gak citer tu, aksi sama macam dalam computer game yang kawan Tedi main dulu.

Baru je tadi Tedi layan citer Matrix tapi tak tau la episod mana. 

Banyak cakap je filem tu. Tedi pun tak tahu apa yang mereka bualkan.

Gambar poster filem Matrix.
Inilah kot muvi yang Tedi tonton tu?
http://www.repugnant-conclusion.com/the-matrix.html

Sekarang layan filem koboi lak. Fuiyo ada gatling guns

Tapi peliknya orang yang tunggang kuda mati, kudanya baik-baik sahaja. Nampak gaya penunggang kuda tu kena terlebih dahulu menuntut ilmu perperangan daripada si kuda yang ditungganginya.

Jika kawan-kawan tak tau apa itu gatling guns, ia lebih kurang macam machine gun, boleh tembak banyak das dalam satu masa. Jadi tak logik la kuda-kuda tu tidak terkena langsung tembakan yang membabi-buta dan bertali-arus laksana  tu. 

Zaman dulukala, gattling gun ni penentu dalam peperangan. 

Bilangannya pun tak banyak dalam satu-satu perperangan, mungkin 1 atau 2 sahaja. Tetapi siapa yang ada senjata ini pada masa tersebut ternyata memiliki kelebihan yang dahsyat. 

Tak seperti machine gun, ia besar dan berat. 

Selain itu harganya mahal, maka sebab itulah ia tak banyak pada masa dulu.

 

Ngantuk la. Tedi nak tido la.

 

Goodnight kawan-kawan.


Karangan ini diterbitkan pada 20130505. Menceritakan mengenai filem-filem yang ditontoni Tedi yang jarang menonton filem.