Kajian Tedi: Penggunaan Purata Petrol Proton SAGA BLM 1.3MT
Ramai pula yang bertanya tentang penggunaan petrol Proton SAGA BLM.
- Tedi rasa bersalah pula sebab lambat mengirimkan jawapan yang berkenaan.
- Kajian kali ini fokus kepada penggunaan purata petrol oleh kereta Mommy, Proton SAGA BLM 1.3MT (Transmisi Manual).
- Laporan kali ini berdasarkan data tahun lepas, data terkini Tedi masih tak masukkan lagi. Log dah banyak, tapi Tedi malas la pula nak buat kira-kira.
- Log adalah melalui laman web Fuelly.com seperti yang Tedi pernah cerita dalam kiriman bertajuk, "Laman web: fuelly.com rekod penggunaan bahan api kenderaan".
- Banyak lagi model kenderaan di sana untuk kawan-kawan jelajahi.
- Kajian ini tentunya berdasarkan gaya pemanduan Master:
- Purata 80KM/J.
- Brek beransur-ansur dari jarak jauh.
- Memandangkan kajian ini adalah berdasarkan purata, Tedi abaikan faktor-faktor seperti:
- beban
- perbezaan pecutan
- perbezaan jalan (jalan bandar, jalan kampung, lebuhraya)
- jenama petrol (tapi setakat ni Tedi dapati tiada beza, cuma data tak banyak untuk Tedi release)
- jenis petrol (tapi Tedi dapati setakat ni RON97 & RON95 tak menyumbang kepada jarak perjalanan, sama je, cuma RON97 akan sebabkan hampir 50% peningkatan kos!)
Keputusan Kajian:
Tedi print-screen je lah keputusan, lagi cantik rupanya, hehehe.
![]() |
| Penggunaan Petrol oleh Proton SAGA BLM 1.3MT: Purata: 7.1 Liter / 100 kilometer Minimum: 5.9 Liter / 100 kilometer Kos: RM 0.129 setiap kilometer |
Kiriman Tedi yang berkaitan:
- Kajian: Penggunaan petrol Proton Saga BLM 1.3M Mid-line; kajian ini merumuskan penggunaan petrol pada 3-bar yang pertama.
- Prestasi merosot; menyentuh mengenai peningkatan penggunaan petrol pada kelajuan melebihi kelajuan biasa.
penggunaan petrol blm
24 Julai 2013

Ulasan
Kak Secretary: sila cuba ya.. memang leceh nak isi data, tapi bila tengok result, memang awesome!
Kak Aiza: sebab kereta Mommy tak canggih, kena kira sendiri. Kalau Persona & Preve, Tedi rasa meter dia dh ada kira purata guna petrol.
Kak Aizamia3: ada kawan tanya, maka Tedi share la. Lagipun ini yg Tedi minat, hehe.
yang ni untuk tahun 2012 hingga Jan 2013. Bulan 12 & Jan tu sibuk angkat barang, mungkin sebab tu penggunaan petrol meningkat.
Tedi jangka tahun 2013 ni akan lebih meningkat sebab Master pecut habis2an. Tak drive 80km/j dah..