Gerai haram di sepanjang jalan Pantai Dalam akan diroboh.

Keratan akhbar Utusan Malaysia bertajuk gerai Pantai Dalam akan diroboh.
Tedi tak mahu komen banyak.

Tedi setuju sebab:
  • Sesak teruk di sana.
  • Jalan tu sepatutnya jadi jalan utama ke NPE.
Tedi agak berbelah-bahagi kerana:
  • Sana kawasan orang tak berapa nak senang.
  • Tiada kawasan sesuai untuk meniaga.
  • Kawasan meniaga ada, parking pula tiada.
Harapnya penyelesaian menang-menang akan diperolehi.

Kandungan berita:


UTUSAN MALAYSIA
MUKA 27
RABU, 24 FEBRUARI 2010

Gerai Pantai Dalam akan diroboh 

.  -;
KUALA LUMPUR, 23 Feb. -

Deretan gerai baram sepanjang Jalan Pantai Dalam akan dirobohkan sebelum akhir tahun ini tetapi hanya selepas pembinaan pusat penjaja bagi menempatkan penjaja yang terlibat disiapkan. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, langkah itu dijangka mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di kawasan itu terutama pada waktu tengahari dan malarn.

Gerai di tepi jalan di Taman Angkasa akan dirobohkan selepas gerai gantian untuk mereka disiapkan dalam tahun ini juga.

'Kita prihatin kepada nasih peniaga di situ dan banya akan meminta mereka berpindah selepas menyediakan kawasan penjaja yang lebih

"Ia sekaligus menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yangsering diadukan oleh penduduk berhampiran" , katanya di sini. 

Sebelum ini, kawasan jalan sepan-jang satu kilorneter di Pantai Dalam sering menjadi punca kesesakan jalan raya akibat gerailerai haram yang didirikan sepanjang jalan ter-rINOAKAN sesetengah pemandu yang meletakkan kenderaan di tepl jalan untuk makan dl gerahgeral sepanjangjalan di seb Pantai Dalam menjadi punca masalah kesesakan di jalan tenebut.

Banyak aduan sudah dibuat oleh penduduk berhampiran dan keputusan untuk membina sebuah pusat penjaja gantian bakal menyelesaikan masalah kesesakan yang sering dihadapi penduduk terbabit. Sebelum ini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah menampal notis untuk merobohkan gerai haram di sekitar kawasan berkenaan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nong Chik meminta penghuni flat empat tingkat di Kerinchi supaya berhati-hati dengan kewujudan ejen yang meminta wang RM100 daripada setiap keluarga yang akan berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi.

Katanya, pihak DBKL tidak pernah meminta mana.mana pihak untuk membuat sebarang kutipan terutama dengan alasan pengurusan perpindahan.

"Kita tidak pernah merninta sesiapa membuat kutipan. Sesiapa yang menjadi mangsa perlu segera membuat laporan ke pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," - Raja Nong Chik. 

Sebelum ini, penduduk di flat ernpat tingkat di Kerinchi sudah diminta berpindah ke PPR Kerinchi untuk membolehkan projek menaik taraf kawasan berkenaan dilaksanakan dengan lancar.

*** 24 Feb 2010 ***