بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Alhamdulillah setelah WhatsApp Subaru Bangi Service Center untuk dapatkan temujanji selenggara kereta Subaru XV STI 2015, akhirnya hari ini Master membawa kereta tersebut ke pusar servis tersebut untuk mendapatkan servis percuma terakhir.

Servis kali ini adalah untuk 80000 km. Servis percuma yang kami layak terima sepatutnya sehingga 100000 kilometer atau 5 tahun, mana yang lebih awal. Tarikh tamat tempoh jaminan pula pada 31 Mac 2021.

Ini bermakna kereta Subaru XV STI 2015 kami tu perlu diselenggara sebelum akhir bulan ini untuk mendapatkan servis percuma terakhir tersebut atau akan terlupus sebegitu sahaja. Master dah bercadang untuk hantar servis pada Disember 2020 tetapi tiba-tiba sahaja PKP dilaksanakan semula.

 

Servis 80000 kilometer

Servis 80000 kilometer adalah servis major. Service Advisor di Subaru Bangi anggarkan akan ambil masa dalam 3 hingga 4 jam.

Master turut meminta untuk diperiksa bearing tayar kereta Subaru XV tersebut.

Termenung sebentar Master mendengarnya kerana dia tidak bawa laptop. Kalau ada laptop mungkin tak perlu ambil cuti dan boleh sahaja bekerja di sana.

Kerja bermula pada jam 10 pagi seperti dalam temujanji. Pada masa itu hanya ada 3 pelanggan termasuk Master.

Nasib baik Subaru Bangi ada sediakan kuih-muih, maka Master dapat alas perut setelah beliau tidak bersarapan setelah hantar Aina dan Aidan ke Taska tadi.

 

Tukar bearing tayar belakang

Lebih kurang jam 11:00 service advisor datang semula dan maklumkan kereta dah siap. Eh cepat pula.

Dia memaklumkan bahawa bearing tayar belakang ada masalah dan perlu diganti. Harga ganti bearing belakang itu ialah RM 512 satu unit. Jika nak ganti kedua-duanya maka perlu darab 2.

Bearing ditanggung dalam jaminan 60000 kilometer atau 5 tahun, mana lebih awal. Jadi jika kereta Subaru kawan-kawan ada keluarkan bunyi seperti bunyi orang naik motosikal di sebelah ketika di lebuhraya, lebih baik periksa bearing tu dan tukar awal sementara masih dalam tempoh jaminan.

Master minta kira-kira keseluruhan dan jumlahnya dianggarkan RM 918. Master bersetuju untuk gantikan kedua-dua bearing tayar belakang Subaru XV STI tu memandangkan bengkel sebelum ni pun bagi harga RM 400 seunit.

 

Picture of the 2015 Subaru XV STI rear tire bearing change receipt.
Gambar resit tukar bearing tayar belakang Subaru XV STI tahun 2015. # Wednesday, 17 March 2021, 12:58 # 20210317 # IMG_20210317_125805.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A # Subaru Bangi Service Center #

 

Sebenarnya boleh dapatkan harga lebih murah jika beli sendiri bearing tu dan upah orang lain pasang, tetapi memandangkan sekarang ini zaman PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), Master malas nak tangguhkan. alang-alang dah tunggu sejam, lebih baik tambah tunggu lagi sejam, hehehe.

Pemasangan bearing tayar belakang Subaru XV STI tu ambil masa satu jam. Ia turut disertakan dengan jaminan alat ganti 1 tahun atau 20000 kilometerg, mana lebih awal yang boleh dituntut di mana-mana Pusat Servis Subaru di bawah dealer yang sama.

 

Senarai harga selenggara kereta Subaru di Subaru Bangi

Master ada minta senarai harga selenggara kereta Subaru XV tu. Dia dimaklumkan senarai harga ada di laman Facebook Subaru Bangi.

 


~20210317~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih