Langkau ke kandungan utama

Kereta Lembu

"Master, kereta lembu tu apa?"

"Kereta lembu tu ialah kereta yang dinaiki lembu."

Teddy pun Bing.com "kereta dinaiki lembu", dapatlah gambar ini....

eleh masuk lembu kat bonet kereta pun nak heboh. aku bawa bersiar-siar lagi. kereta usang warna biru. dua ekor lembu. gambar kereta bawa lembu
http://ohpemandu.com/2011/01/lembu-dalam-kereta-2/

Dan juga ini ...

misteri terjawab: lembu ditinggalkan dalam kereta Proton Wira selepas cubaan beberapa lelaki mencuri haiwan itu digagalkan penduduk Kampung Pondok Labu, Kulim, malam kelmarin
http://whatalulu.blogspot.com/2008_01_01_archive.html

Tedi pun tunjuk pada Master.

"Hahahahahahahaha, lawak la nko ni Tedi. Macam ini ha rupa sebenar kereta lembu.", Master pun tunjukkan gambar bawah ni.

"Kereta lembu ni sebenarnya pedati yang ditarik oleh lembu. Pedati yang belakang ada tayar tu. Kalau kuda yang tarik pedati tu, kita panggil kereta kuda. Kalau orang yang tarik, kita panggil beca.", jelas Master dengan panjang lebar.

 

gambar kereta lembuu di Yogyakarta menggunakan tayar kereta
Pedati di Yogyakarta, yang ini ditarik 2 ekor lembu.

"Owh, gitu ke Master?"

"Ha'ahla. Kalo Tedi nak tau, pedati ni dah lama digunakan sejak zaman dulukala lagi. Omputeh panggil Chariot. Gunanya lebih kepada kelengkapan perang."

 

gambar kereta kuda perang yang digunakan oleh Hittites
Hittites 3 man Chariot.

"Contohnya macam Hittites 3 man Chariot ni adalah pedati perang yang boleh dinaiki 3 orang iaitu seorang pemandu, pemanah & penombak. Pedati perang memberi pilihan kepada panglima perang untuk menyerang dengan pantas, selalunya dari jarak jauh menggunakan panah. Penombak berfungsi melindungi pemanah jika ada serangan jarak dekat."

 

Apa2lah Master, asyik2 perang. Tedi nak tido. zzzZzzZZzzzz.

Ulasan

Catat Ulasan

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.

Kiriman Berkaitan