Lamanya Tedi tak ambil tahu pasal gajet moden ni.
Hari ni Tedi baca pasal telefon pintar tahun 2010 & nak kongsi 5 telefon pintar yang boleh dikatakan terbaik.

Apple iPhone 4


Mesti ramai kenal akan iPhone 4 ni walaupun tak memilikinya.
Mula menggunakan iOS4, telefon pintar ini meninggalkan pesaing melalui hahan buatannya yang berkualiti (ada kelas), rupanya yang menarik & juga perisian yang mengandungi ciri2 mudah-guna, pantas & tawaran apps yang melambak.
iPhone 4 mempunyai masalah antena, namun tidak dipedulikan sangat oleh penggemar gajet.
Selain itu ia juga kurang keupayaan widget yang ada pada Android.

HTC Evo 4G

Produk terulung HTC bagi tahun 2010.
Telefon pintar pertama yang melebihi skrin 4-inci.
Telefon pintar 4G pertama di Amerika Syarikat.
Telefon pintar pertama menawarkan kamera 8.0-megapiksel.
Memandangkan saiznya, Evo 4G kuat "makan" bateri.

Google Nexus One

Telefon pintar terkemuka pertama untuk 2010, diperkenalkan tidak lama selepas tahun 2010 bermula, sebelum CES 2010.
Telefon pintar yang dijenamakan sebagai Google Phone ini dibangunkan oleh HTC di atas Android OS merupakan gajet Android pertama yang akan menerima sebarang kemaskini terbaru OS tersebut.

Samsung Galaxy S

Merupakan percubaan nekad Samsung untuk memecah pasaran telefon pintar yang dikuasai oleh Apple. Telefon ini beroperasi di atas enjin Android OS.

HTC Desire

HTC Desire mempunyai luaran metal berkualiti tinggi serupa Nexus One.
Telefon ini dengan segera menjadi telefon popular di Eropah dan Australia pada pertengahan tahun 2010 sebelum merebak ke benua lain.
Dikatakan mempunyai rupa yang terbaik apabila dibandingkan dengan Nexus One dan iPhone 4.