Catatan

Dream Badminton di Kompleks Sukan Airport Nilai 2018

Imej
Karangan ini akan menceritakan mengenai:  Court Badminton di Nilai ,  Harga Sewa Court Badminton Dream Badminton Nilai ,  Lokasi Kompleks Sukan Airport Nilai  bagi tahun 2018. Court Badminton di Nilai Apabila kawan-kawan Master mengajak beliau bermain badminton, mereka akan mencari court badminton di Nilai di Negeri Sembilan. Ini adalah kerana Nilai merupakan kawasan bandar yang terhampir dengan Bandar Baru Salak Tinggi, di mana BBST tidak mempunyai gelanggang badminton untuk disewa. Sebenarnya Tedi tidak pasti jika benar di Bandar Baru Salak Tinggi tiada dewan badminton. Mereka akan bermain selalunya di Dream Badminton Nilai yang terletak di tingkat 3 Kompleks Sukan Airport Nilai. Kompleks Sukan Airport Nilai ini kadangkala dipanggil Kompleks Sukan Nilai yang mana Tedi rasakan tidak sesuai kerana Kompleks Sukan Airport Nilai ini adalah di bawah pihak swasta. Kadangkala ada juga orang panggil Kompleks Sukan Airport Nilai ni sebagai Kompleks Sukan KLIA Nilai yang...

Interlud

Imej
Ya ya ya Lagu apa ni? Master selalu memainkan lagu ini dalam kereta. Tedi dengar dia punya lirik memang agak lain macam la. Tapi selalunya lagu yang Master pilih pun memang lain macam pemahamannya. Rumusan lagu Interlud oleh Nora   Lirik lagu Interlud oleh Nora Ariffin Pemahaman Tedi mengenai lirik lagu Interlude Kau berjalan di atas angin, Tak jejak di bumi bagaikan daun Si ibu tetap setia bersama anaknya, walaupun derita Apakah maksud "interlude"? Lagu Interlude nyanyian makcik Nora ni adalah salah sebuah lagu daripada album Nora yang bertajuk Sandiwara mungkin pada tahun 1994. Rumusan lagu Interlude oleh Nora Kali ini Tedi nak mulakan terus dengan rumusan apa yang Tedi fahami daripada bait-bait kata dalam lirik lagu Interlude ni. Lagu Interlude ni mengisahkan mengenai seorang ibu yang menyaksikan anaknya dalam kesesatan ataupun melakukan kesalahan, di mana ibunya cuba nak menyedarkan atau membantu anaknya itu, tapi anaknya tetap berterusan melakukan ke...

Surau An-Nur Hidayah di Pantai Permai

Imej
20 Disember 2018, 20:06, Khamis Gambar panorama Surau An-Nur Hidayah. Suasana ketika kuliah Maghrib. Surau An-Nur Hidayah memang aktif dalam menjalankan aktiviti yang malangnya lebih dihadiri oleh orang tua. Kelihatan mimbar, kerusi urut, kipas berdiri, pembesar suara, lampu kalimantang dan kipas angin. Gambar ini dirakam menggunakan kamera telefon Xiaomi Redmi Note 5A dan dihasilkan oleh Google Photos Assistant. Apa yang agak menarik mengenai Surau An-Nur Hidayah ini ialah: Ruang musafir yang turut menempatkan bahan-bahan bacaan. Berkongsi bumbung dengan PASTI ataupun TASKI, Tedi tak ingat apa nama pusat asuhan kanak-kanak Islam tu Sebenarnya adalah bangunan aras bawah rumah pangsa yang dipasang bumbung pada kawasan kosong di antara dua unit bertentangan. Menyediakan air minuman.

Berjalan ke UniKL Kuala Lumpur

Imej
12 Feb 2009 08:55 Khamis Gambar semasa Master dalam perjalanan pergi kerja ke UniKL Kuala Lumpur. Pada masa itu Master menggunakan LRT atau Komuter untuk berulang-alik ke UniKL Kuala Lumpur. Kalau naik LRT, turun di Stesen LRT Dang Wangi, tapi nak kena tukar train di Masjid Jamek. Kalau naik komuter, boleh naik di Stesen KTMB Bank Negara, tapi nak kena menapak jauhlah melepasi SOGO dan sebagainya. Gambar ini menunjukkan sebuah kereta Perodua Kelisa diekori sebuah van sedang melepasi persimpangan berlampu isyarat, di mana ketika itu ramai penunggang motosikal sedang menanti giliran mereka untuk meneruskan perjalanan. Kelihatan juga landasan monorail.

Geleng-geleng

Imej
12 Disember 2018, 20:50, Rabu Nor Aina duduk makan apa benda entah Mommy bagi sambil main geleng-geleng kepala. Seronok sangatlah gamaknya tu. Ketika ini kami sedang makan malam di Areeya Seafood [ peta ] lagi, kali ini makan nasi goreng ikan masin dan nasi goreng biasa bersama air suam. Ketika ini Nor Aina berusia 1 tahun 9 bulan 22 hari. Malam ini Aina tidak dibenarkan berjalan-jalan di sekitar kedai makan Areeya Seafood ini sebab ramai orang duduk merokok menghembus asap rokok macam naga. Tidak pedulikan orang lain tak suka bau asap rokok mereka, dan paling sedih tak peduli ada kanak-kanak kecil atau bayi di sekitar mereka. Macamlah mati kalau tak hisap rokok sekejap dalam kedai makan tu.

Aina dan Singa

Imej
7 Disember 2018 23:00 @ Sunway Velocity Mall Gambar Aina dan Arca Singa XiaomiR Redmi Note 5A Gambar Aina bersama arca patung singa di Sunway Velocity Mall. Ini adalah kali pertama kami sekeluarga menjejakkan kaki ke Sunway Velocity Mall ni. Ini adalah arca singa yang sungguh besar mungkin nama arca ni Victor. Tedi tak periksa betul-betul pula arca ni sebab kami dah kalut nak balik rumah. Apa kami buat di sana dah jam 11 malam ni? Kami ke sana untuk dengar kempen oleh Skymaster Solutions Sdn Bhd dan ambil voucher di sana. Tetapi lain kali sahajalah Tedi kongsikan pengalaman kami bersama Skymaster Solutions Sdn Bhd ni.

Newcastle United boleh menjadi pasukan bola sepak Liga Perdana terbaru memiliki pemilik Amerika dengan pengambilalihan MYR 1.6 billion

Imej
Perundingan yang berjaya akan membawa kepada penamatan 11 tahun pentadbiran pekak Mike Ashley di Newcastle United. Para penyokong Newcastle United FC amat bengang dengan Mike Ashley kerana tidak mahu mendengar pendapat demi kemajuan bola sepak sebaliknya lebih fokus kepada keuntungan kewangan. Ashley juga merupakan pemegang saham majoriti di rantaian sukan yang berpangkalan di UK Sports Direct dan memberikan satu wawancara kepada Sky News awal minggu ini dengan mengatakan perbincangan mengenai jualan "berada di tahap yang lebih ke hadapan daripada mana-mana perbincangan yang pernah mereka lakukan." Mike Ashley kata jangan risau dia akan berambus dan meninggalkan Newcastle United kepada pemilik yang bagus dan disenangi semua pihak. Ashley boleh mempertimbangkan sekurang-kurangnya tiga tawaran lain dari pihak yang berminat untuk membeli Newcastle United - dengan anggaran penilaian sebanyak £ 300 juta (MYR 1.6 billion). "Saya berharap - untuk peminat Newcastle, untuk k...

Popular