Catatan

Nyahtoksin bulan Ramadhan 5

Perkongsian yang baik daripada group Whatsapp Master . Siapa yang menulis kiriman ini tidaklah Tedi ketahui kerana tidak dinyatakan daripada mana sumbernya. Detox Ramadhan 5 Esok kita mula berpuasa. Ini fasa pertama puasa.  Malam ini kita solat terawih dan awal pagi esok kita bersahur. Apa yang nak dimakan untuk sahur nanti ?  Ada yang sudah beli bekalan mee segera . Ada yang sudah beli cereal dalam paket .  Ada yang beli telur lebih sedikit untuk goreng semasa sahur .  Ada juga bersiap sedia nak masak  nasi dengan lauk pauk untuk suami tercinta yang takut akan lapar semasa berpuasa jadi akan makan sebanyak yang boleh dengan makanan sama seperti makan tengahari .  Apa yang baik ye? Amalan saya untuk sahur adalah memakan yang ringan dan senang hazam. Kadang kala hanya beberapa biji korma dan minuman susu kambing atau campuran chia seeds baobab,  dan al manna campur  madu. Lagi banyak makan, lagi cepat lapar. Kalau nak makan buah, makan buah sebe...

Mommy dan Aina tiba dari Kota Bharu

Imej
Sekarang jam 08:16 tarikh 12 Mei 2018. Tedi dan Master sedang berada di Balai Ketibaan atau dalam Bahasa Inggeris disebut Arrival Hall di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) atau dalam Bahasa Malaysia dipanggil Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Walaupun namanya Kuala Lumpur International Airport, ia sebenarnya terletak dalam daerah Sepang di negeri Selangor yang tiada kena mengena dengan Kuala Lumpur. Cuma kalau Kuala Lumpur pun orang luar tidak berapa tahu di mana, apatah lagi jika dinamakan dengan nama Sepang? Tedi dan Master menunggu di luar Balai Ketibaan berhampiran dengan kaunter Airport Taxi. Tadi ada dua orang penumpang dari China bertanyakan sesuatu di kaunter Airport Taxi tersebut. Tampak mereka telah silap lapangan terbang di mana sepatutnya mereka ke KLIA2. Tapi staff di kaunter tampak sulit nak menjelaskan kepada mereka kerana pelancong itu tak fasih Bahasa Inggeris. Mungkin KLIA kena letak Kaunter Informasi berhampiran kawasan ini dengan kakitangan yang fa...

Buka Puasa di Avillion Port Dickson

Imej
Tedi tak suka buffet Ramadan kerana bagi Tedi ia adalah suatu bentuk pembaziran di mana kita berbelanja untuk sesuatu yang tidak perlu. Tapi Tedi faham ada syarikat yang mahukan pakej berbuka buffet Ramadhan untuk menghargai para pekerja mereka. Berita baik bagi mereka yang berada di sekitar Port Dickson kerana mereka ada pakej buffet Ramadhan yang dinamakan Nostalgia Ramadan. Ia adalah pakej berbuka dalam suasana kampung. Mungkin fokusnya adalah masakan tradisional Melayu. Pakej dewasa adalah berharga RM 75 ( tujuh puluh lima Ringgit Malaysia), manakala untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun perlu membayar RM 30 (tiga puluh Ringgit Malaysia). Masa makan adalah dari jam 7 malam sehingga 10 malam, sudah pasti kena tunggu dulu waktu Maghrib sebelum suap makanan tapi dah boleh ambil makananlah pada waktu itu. Mengenai masakan di Avillion Port Dickson, kawan Master kata tak sedap. Tedi tak biasa makan Di hotel tapi bagi Tedi makanan seperti nasi goreng dan mi goreng di Avillion Port D...

Error converting data type nvarchar to numeric

Imej
Isu Semasa guna function findOne(example), dapat error yang panjang berjela, didahului dengan tajuk masalah tukar data jenis nvarchar kepada numeric. Error yang sama juga berlaku apabila Tedi cuba gunakan isExists. Penyelesaian Setelah hantuk kepala beberapa kali akhirnya Tedi mendapati ada column dalam model utama yang asalnya ialah numeric telah ditukar kepada nvarchar dalam pangkalan data. Log 2018-04-17 17:36:23,100 [http-nio-8888-exec-11] ERROR org.hibernate.engine.jdbc.spi.SqlExceptionHelper - Error converting data type nvarchar to numeric. org.springframework.orm.jpa.JpaSystemException: org.hibernate.exception.SQLGrammarException: could not execute query; nested exception is javax.persistence.PersistenceException: org.hibernate.exception.SQLGrammarException: could not execute query      at org.springframework.orm.jpa.EntityManagerFactoryUtils.convertJpaAccessExceptionIfPossible(EntityManagerFactoryUtils.java:418)      at org.springframewor...

Master update resume

Imej
27 Mac 2018: Kemaskini CV Master mula kemaskini dan hantar resume kepada sebuah syarikat di Cyberjaya. Adakah Master akan bekerja di Cyberjaya selepas ini? Entahlah... Apa yang penting pada masa sekarang ni ialah update resume dan hantar sahaja kepada mana-mana job opening yang bersesuaian, mungkin di Cyberjaya dan Bangsar South. Semalam ada job hunter tanya Master jika berminat untuk bekerja di Mont Kiara... macam jauhlah pula... Dua Jumaat Lalu Pada dua minggu lepas semasa dalam perjalanan ke Masjid Ar-Rahah untuk menunaikan solat Jumaat, Master sempat berbual dengan seorang pakcik yang tidak dikenali. Perbualan itu berlaku dalam sebuah lift. Pakcik itu adalah pekerja Amway bahagian kewangan. Master tanpa segan silu bertanya jika ada kerja kosong di AMWAY. Pakcik tu kata ada.. memang ramai diperlukan, dan ada email dalaman syarikat AMWAY meminta para pekerja mereka mencadangkan sesiapa sahaja untuk bekerja. Bagi jawatan yang sesuai dengan Master, lokasi pejabatnya adalah ...

Nafas Aina laju, bawa ke Hospital Putrajaya

Akrhinya pada jam 4 petang, 20 Mac 2018, kami memutuskan untuk bawa Nor Aina sekali lagi ke Hospital Putrajaya. Keputusan itu diambil setelah Master mengira nafas Aina dan mendapati nafasnya ialah 48 kali seminit, sepatutnya di bawah 30 kali bagi seorang bayi berusia setahun (satu tahun satu bulan jika lebih tepat atau tiga belas bulan). Tambahan pula semua ubat telah diberikan kepada Áina tetapi dia kelihatan semakin lemah. Tidak bermain, tak aktif. Hanya melepek tidur, dan dia tidur menonggeng, mungkin tidak selesa tidak cukup nafas? Lagi sekali, Nor Aina dibawa ke hospital atau klinik pada hari dia meningkat usia sebulan. Adakah ini suratan atau hanya kebetulan ? Kami dah sedia bawa barang-barang Aina mana tahu dia ditahan di wad seperti sebelum ini . Kami mulakan perjalanan menuju ke arah Hospital Putrajaya, melalui Jenderam Hulu dan kemudiannya Jenderam Hilir. Hujan tiba-tiba lebat mengiringi pemergian kami. Aina tampak semakin tidak bermaya. Dia hanya tersenyum me...

Aina Happy Wheezing... again

Imej
Malam ni selepas waktu Isya', kami ke klinik Nur Qaseh sebab Aina ada wheezing. Wheezing ni bunyi macam bersiul pada dada apabila saluran pernafasan tersekat dan kita susah nak bernafas. Macam biasa apabila ke klinik, rawatannya adalah Nor Aina diberi nebulizer. Kali ini Aina dibekalkan ubat asma, salbutamol, dan ubat selsema. Ubat selsema tu doktor kata hanya perlu diberikan kepada Aina jika perlu. Doktor kata baby Aina ni happy wheezing, aktif saja bermain, walaupun mengah curi nafas. Esok Master akan ambil cuti untuk pastikan Aina makan ubat. Esok adalah 20 hari bulan, bermakna Aina akan berusia 13 bulan... 

Popular