Catatan

Aina dan Singa

Imej
7 Disember 2018 23:00 @ Sunway Velocity Mall Gambar Aina dan Arca Singa XiaomiR Redmi Note 5A Gambar Aina bersama arca patung singa di Sunway Velocity Mall. Ini adalah kali pertama kami sekeluarga menjejakkan kaki ke Sunway Velocity Mall ni. Ini adalah arca singa yang sungguh besar mungkin nama arca ni Victor. Tedi tak periksa betul-betul pula arca ni sebab kami dah kalut nak balik rumah. Apa kami buat di sana dah jam 11 malam ni? Kami ke sana untuk dengar kempen oleh Skymaster Solutions Sdn Bhd dan ambil voucher di sana. Tetapi lain kali sahajalah Tedi kongsikan pengalaman kami bersama Skymaster Solutions Sdn Bhd ni.

Newcastle United boleh menjadi pasukan bola sepak Liga Perdana terbaru memiliki pemilik Amerika dengan pengambilalihan MYR 1.6 billion

Imej
Perundingan yang berjaya akan membawa kepada penamatan 11 tahun pentadbiran pekak Mike Ashley di Newcastle United. Para penyokong Newcastle United FC amat bengang dengan Mike Ashley kerana tidak mahu mendengar pendapat demi kemajuan bola sepak sebaliknya lebih fokus kepada keuntungan kewangan. Ashley juga merupakan pemegang saham majoriti di rantaian sukan yang berpangkalan di UK Sports Direct dan memberikan satu wawancara kepada Sky News awal minggu ini dengan mengatakan perbincangan mengenai jualan "berada di tahap yang lebih ke hadapan daripada mana-mana perbincangan yang pernah mereka lakukan." Mike Ashley kata jangan risau dia akan berambus dan meninggalkan Newcastle United kepada pemilik yang bagus dan disenangi semua pihak. Ashley boleh mempertimbangkan sekurang-kurangnya tiga tawaran lain dari pihak yang berminat untuk membeli Newcastle United - dengan anggaran penilaian sebanyak £ 300 juta (MYR 1.6 billion). "Saya berharap - untuk peminat Newcastle, untuk k...

Benitez nafi mahu beli Miguel Almiron

Imej
Kebelakangan ini gamat dengan berita mengenai minat Newcastle United Football Club ke atas Miguel Almiron, sehinggakan presiden Atlanta memberi amaran kepada NUFC untuk membuat tawaran serius jika mahukan Miguel Almiron . Tetapi kem Newcastle United menafikan berita itu di mana pengurus Newcastle, Rafael Benitez, menafikan berita mengenai minat Newcastle United untuk membawa masuk penyerang Atlanta United, Miguel Almiron. Benitez menyatakan bahawa dia tidak pernah membuat sebarang kenyataan untuk mendapatkan Miguel Almiron, tetapi dia mendengar ada seseorang mendakwa Newcastle United telah membuat tawaran tersebut. Dan selepas itu, kami berkata 'Tidak, kami tidak membuat apa-apa tawaran' . Benitez menyatakan bahawa pihak akhbar tak semestinya akan dapat tahu jika Newcastle United membuat tawaran ke atas mana-mana pemain. "Kami tidak akan menghebahkan tentang minat kami ke atas mana-mana pemain. Jika kami membuat tawaran, pemain tersebut akan tahu, kami akan tahu dan ...

Amaran presiden Atlanta kepada Newcastle: Sediakan tawaran serius untuk Almiron

Imej
Presiden Atlanta, Darren Eales menegaskan mereka tidak akan menjual Miguel Almiron untuk bayaran murah. Terdapat pasukan dari Liga Perdana Inggeris yang berminat dengan Almiron, seperti Newcastle, Tottenham dan Arsenal yang dikatakan sedang menanda pemain itu. Tetapi Eales menegaskan bahawa Almiron hanya akan dilepaskan pada harga yang dikehendaki oleh Atlanta. Almiron dan rakan sepasukannya bersedia untuk perlawanan akhir MLS menentang Portland Timbers pada malam ini (Sabtu). "Saya telah melihat beberapa perkara yang menggembirakan di dalam akhbar, dengan jelas kami tidak akan meminjamkan salah seorang pemain kami dan kami pastinya tidak akan membiarkan mereka pergi untuk bayaran yang sedikit seperti yang saya lihat dalam beberapa laporan," katanya kepada Sky Sports . "Jika tawaran itu betul dan serius, kita akan pertimbangkan, tetapi bukan untuk angka-angka lucu yang saya lihat yang disebut dalam akhbar."

Dia hina kita dulu...

Imej
PEMAIN skuad Harimau Malaya menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan mereka tidak profesional ketika meraikan kemaraan Malaysia mara ke pentas final Piala AFF dengan aksi 'menghina' penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom sebaik wisel penamat ditiupkan di Stadium Rajamangala, Bangkok, semalam. Sebahagian pemain pasukan Malaysia tiba di KLIA dari Bangkok. FOTO Nurul Shafina Jemenon Pada separuh akhir kedua yang berkesudahan seri 2-2 itu, skuad kendalian Tan Cheng Hoe berjaya menamatkan perjuangan pasukan tuan rumah menerusi peraturan gol di tempat lawan namun cara pemain negara menyambut kemenangan itu dikatakan menimbulkan kemarahan penyokong skuad Gajah Perang. Menerusi rakaman video yang tular di media sosial sejak semalam, barisan pemain di bangku simpanan negara berlari ke arah Chatchai sebaik berakhirnya perlawanan dengan ada yang mengelilingi penjaga gol serta ada juga yang tidur di depannya. Penyerang negara, Syafiq Ahmad menjelaskan, insiden itu sebenarnya...

Jual Newcastle sebelum Januari

Imej
Sekali lagi Mike Ashley, pemilik Newcastle United FC yang juga bos SportsDirect.com kata nak jual kelab kepada pemilik baru. Para penyokong NUFC memang menantikan saat ini kerana Mike Ashley tidak berminat memperkasakan Newcastle United FC tetapi lebih kepada menjana keuntungan. Walaubagaimanapun, telah beberapa kali sebelum ini Mike Ashley "menipu" dengan janji-janjinya untuk menjual Newcastle United. LONDON: Pemilik Newcastle United, Mike Ashley mahu menjual kelab Liga Perdana Inggeris itu sebelum musim perpindahan Januari depan dengan rundingan ketika ini sangat memberangsangkan. Ashley pada Oktober lalu berkata, beliau belum menerima tawaran yang sesuai selepas mengumumkan untuk menjual kelab itu. Ditanya sama ada Newcastle sesuai untuk dijual sebelum musim perpindahan di buka 1 Januari ini, Ashley berkata ia kemungkinan boleh berlaku sambil berharap dapat mencari pemilik yang mampu memuaskan hati semua pihak. “Saya harap ia berlaku sebelum musim perpindahan pada ...

Kad Kredit AFFIN penuhi keperluan perniagaan, PKS

Imej
KUALA LUMPUR: Affin Bank Bhd (AFFINBANK) melancarkan Kad Kredit AFFIN Visa Business Platinum yang dapat memenuhi keperluan komuniti perniagaan dan kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFINBANK, Kamarul Ariffin Mohd Jamil, berkata kad itu dilengkapi pelbagai manfaat yang sesuai kepada kumpulan perniagaan dan PKS seperti pulangan tunai tanpa had sebanyak 1.5 peratus apabila berurus niaga di luar negara. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Kamarul Ariffin Mohd Ismail (tiga dari kanan) merasmikan majlis pelancaran kad kredit AFFIN Visa Business Platinum di Starhill Gallery. Foto NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA Beliau berkata, pihaknya menyasarkan 10,000 langganan kad kredit berkenaan pada 2019 yang disokong oleh permintaan dan kehadiran PKS dalam pasaran semasa di negara ini. "Kad ini mempunyai ciri yang pelbagai seperti pengurusan gaji untuk pekerja PKS, pengurusan kekayaan dengan pulangan tinggi dan penyelesaian pe...

Popular