Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel travelog Bangkok Thailand T16K

[t16k26] Hari ke-3 di Bangkok, melawat Pasar Terapung Amphawa

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pasar Terapung Amphawa Hari ketiga di Bangkok. Pemandangan pintu gerbang Pasar Terapung Amphawa yang merentangi salah satu cabang sungai Mae Klong, dilihat dari atas jambatan. 🕒 Jam 12:00 Tengah Hari 📅 26 November 2016 📍 Lihat Lokasi Google Maps Kembara Bangkok Hari Ke-3: Suasana meriah di kawasan pintu masuk. Terdapat gerai yang menjual pelbagai makanan tempatan dan kemeja-T cenderamata. 🍴 Makanan Keropok Ikan Kembung (6 bungkus: 100 Baht) 👕 Cenderamata Kemeja-T (Dewasa: 100 Baht | Kanak-kanak: 80 Baht atau 2 helai: 150 Baht) 🕒 Jam 12:11 Tengah Hari 📸 Kamera: Sony D2533 Pemandangan dari atas jambatan menunjukkan keunikan peniaga yang menyediakan makanan di atas perahu. Antara menu yang menarik perhatian ialah hasil laut bakar yang dimasak segar di atas sungai. 🛶 Konsep Jualan Jualan terus dari perahu kepada pelanggan di tangga tebing sunga...

[t16k25] Kembara Bangkok hari ke-2

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Gerak Dulu Dalam seksyen Gerak Dulu ni terselit koleksi gambar ketika kami berjalan dari hotel ke jalan besar. Van takkan masuk ke kawasan hotel kerana kesesakan yang ada di kawasan itu. Buang masa jika van datang menjemput kami. Lebih baik kami berjalan kaki ke tempat van akan menjemput kami. Kawasan ini sesak kerana ia kawasan tumpuan pelancong. Terdapat pasar pagi atau mungkin pasar sepanjang hari di kawasan ini di mana pada waktu pagi sebegini mereka akan mula melakukan persiapan untuk berniaga, jadi kawasan ini memang sibuk. Gambar bahagian depan sebuah pusat urutan berwarna ungu di Thailand bernama Sangkarn Massage yang menyediakan urutan Thai, urutan kaki, urutan minyak, dan urutan aroma. Dibuka dari jam 11 pagi sehingga 12 malam. Nombor telefonnya ialah 084-702-8664 dan Wi-Fi percuma disediakan. # Friday, 25 November 2016, 08:34 # 20161125 # DSC01518.JPG # Dirakam menggun...

[t16k28] Hari Terakhir di Bangkok

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Gambar pada hari terakhir (hari ke-5) percutian kami melancong ke Bangkok edisi T16K . Memandangkan kami perlu naik kapal terbang pada jam 2:15 petang , aktiviti kami terhad di sekitar hotel berjalan-jalan, sebelum daftar keluar dan bergerak ke lapangan terbang antarabangsa  Don Mueang International Airport . Penerbangan antarabangsa ni kena daftar masuk awal jadi sekitar jam 12:15 tengah hari kami sudah berada di lapangan terbang . Perjalanan menaiki teksi ke lapangan terbang dalam 15 minit hingga 20 minit . Jadi hari terakhir ini bukanlah hari melancong di Bangkok tetapi hari untuk kami transit sahaja dari Bangkok ke Kuala Lumpur . Hari terakhir di Bangkok (T16K) Gambar pramugara AirAsia sedang menjual cenderamata AirAsia dalam kapal terbang AirAsia penerbangan AK885 dari Bangkok (Dong Mueang) ke Kuala Lumpur (KLIA2) # 20161128 # Monday, 28 November 2016, 17:21 # DSC02352 #...

[t16k27] Perabot Kayu di Chatuchak

Imej
Hari ini hari ke-4 kami melancong ke Bangkok dalam Travelog Bangkok T16K . Salah satu aktiviti pada hari ini adalah pergi ke Pasar Minggu Chatuchak (Chatuchak Weekend Market) iaitu katanya pasar terbuka terbesar di Bangkok. Tetapi sempena tajuk kiriman ini, Tedi akan fokuskan kepada gambar perabot kayu yang Tedi perasan di sekitar pasar minggu tersebut. Google StreetView menunjukkan salah satu suasana di sekitar Pasar Minggu Chatuchak Gambar pada jam 14:31 dan bertarikh 27 November 2016 di bawah ini adalah 3 keping gambar yang Tedi sempat ambil semasa kami mengejar teksi untuk pulang ke kawasan hotel setelah membeli-belah dan menjelajah Pasar Minggu Chatuchak di bandaraya Bangkok di negara Thailand . Gambar kerusi bar kayu di depan sebuah kedai perabot di Chatuchak Thailand # 20161127 # Gambar meja bar kayu ini diambil di sebuah kedai di seberang jalan bertentangan dengan Chatuchak JJ Mall . Hajatnya, Mommy berkenan nak tempah perabot seperti ini untuk diletakkan di dapur su...

[t16k27] Melancong ke Bangkok hari ke-4

Imej
Diari hari ke-4 kembara di Bangkok ini dipenuhi dengan aktiviti free and easy... shopping... shopping. Chatuchak Weekend Market  Kami ke sana menaiki tuk-tuk. Pasar ni terletak di sekitar Jatujak Plaza. Macam-macamlah mereka jual. Figura aksi Detektif Conan yang menjadi kegilaan Mummy. Tapi cukuplah sekadar window shopping... atau mungkin ada beli seketul dua... tak ingat pula.. macam tak ada je dalam stor. # Sunday, 27 November 2016, 12:00 # 20161127-bangkok-hari-4 (72).JPG # SONY ILCE-5000 # Unnamed Road, Khwaeng Chatuchak, Khet Chatuchak, Krung Thep Maha Nakhon 10900, Negara Thai # Gambar kraftangan anyaman berbentuk haiwan yang pelbagai dijual di Chatuchak Weekend Market. # Sunday, 27 November 2016, 14:27 # 20161127-bangkok-hari-4 (87)-EFFECTS.jpg # SONY ILCE-5000 # weekend market, Khwaeng Chatuchak, Khet Chatuchak, Krung Thep Maha Nakhon 10900, Negara Thai Gambar deretan jersi lelaki dan jersi wanita kelab bolasepak Eropah seperti Manchester United, Liverpool, Inter Milan, Bar...

Popular