Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel _nufc_

Newcastle vs Man Utd W29: Nick Woltemade Diragui, Jacob Ramsey Kembali Beraksi

Imej
Premier League • Minggu 29 NUFC lwn MUFC Khamis, 5 Mac 2026 • 4:15 AM Stadium: St. James' Park Navigasi Artikel: 1. Kedudukan Carta EPL 2. Statistik Head-to-Head 3. Kebarangkalian Menang 4. Berita Skuad & Lineup Kedudukan Terkini EPL Pos Pasukan Status 3 Manchester United Mengejar konsistensi di tangga ketiga 7+ Newcastle United 7 mata di belakang kelompok tempat ke-7 Analisis Statistik (Head-to-Head) Newcastle mengelak kekalahan dalam 6 daripada 8 pertemuan liga terakhir (4 Menang, 2 Seri, 2 Kalah). Rekod MUFC di Tyneside mencatatkan hanya 1 kemenangan daripada 6 kunjungan terakhir (W1 D1 L4). The Magpies mengekalkan clean sheets dalam dua daripada tiga kemenangan terakhir di laman sendiri. Kebarangkalian Kemenangan Newcastle 36% Seri (Draw) 26% Man United 38% Berita Pasukan & Ramalan Lineup Berita Skuad: Nick Woltemade diragui akibat sakit, manakala Bruno Guimaraes dan Fabian Schar masih diketepikan. Berita baik, Jacob Ramsey sudah pulih dan tersedia. Ramalan Ba...

[t17j01] Benitez buat Klop kecewa

Imej
Analisis Perlawanan: 1. Taktikal Benitez vs Klopp 2. Analisis Gol & Impak Pemain 3. Rumusan & Kedudukan Liga Taktikal Rafa Benitez & Formasi Hari ni apa yang menjadi buah bicara ialah bagaimana Newcastle United berjaya mendapatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Liverpool . Newcastle United yang diurus oleh Rafael Benitez telah mempertaruhkan formasi 4-2-3-1 untuk menentang formasi 4-3-3 Liverpool. Detik Gol & Analisis Pemain Liverpool menguasai permainan namun jentera serangan mereka tumpul. Gol pertama disumbat oleh Coutinho melalui rembatan melencong dari luar kawasan gol. Gambar Coutinho melepaskan rembatan jarak jauh ke dalam gol Newcastle United ditonton melalui live streaming. Newcastle menyamakan kedudukan apabila Shelvey menghantar bola jauh kepada Joselu . Bentesan Matip menyebabkan bola membias masuk ke dalam gol sendiri. Rumusan & Kedudukan Liga Keputusan seri ini memuaskan memandangkan perbezaan nilai skuad (£100j vs £400j). Newcastle United...

Jersi 2011-12 Newcastle United

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم NEWCASTLE United hari ini mendedahkan jersi tempat-sendiri yang akan digunakan pada musim depan. Jersi keluaran Puma itu yang telah pun sedia untuk pra-tempahan, akan mula dijual pada 19 Mei. Newcastle menyertakan gambar-gambar kapten Kevin Nolan dan penjaga gol utama, Steve Harper memperagakan jersi tersebut – juga turut melancarkan 1 versi edisi terhad yang mempunyai jata kelab emas untuk pemegang tiket bermusim. Rekabentuk jersi ini pada pandangan interpretZZ, amatlah melanggar tradisi, di mana hanya 2 line putih di depan dada. Kalau tak silap, dulu ada ura-ura rekabentuk jersi Malaysia sebegini yang telah mendapat kritikan disebabkan terhasilnya tanda salib apabila ruangan untuk penaja disediakan. Gambar pemain Newcastle United memperagakan jersi yang bakal digunakan pada musim 2011-2012   20110504

Kurang bajet punca tewas

Imej
LONDON: Pengurus Newcastle Rafael Benitez berkata, perbezaan bajet perpindahan pemain punca utama skuadnya tewas kepada West Ham, semalam. Javier Hernandez yang dibeli pada 2017 dengan harga £16j (RM85 juta) meledak dua gol dan jaringan lewat Felipe Anderson - £36j (RM192 juta) menamatkan rekod tiga kemenangan berturut-turut Newcastle. Pasukan pelawat turut mempunyai penyerang bernilai £20j (RM106 juta), Marko Arnautovic yang dibeli musim lalu. Berbanding Hammers yang membelanjakan hampir £100j (RM533 juta) pada jendela perpindahan sebelum ini, Newcastle mengaut keuntungan £20j (RM106 juta) hasil urusan jual beli pemain. Benitez berkata: “Mereka membelanjakan wang ke atas pemain serangan dan sekali gus kelebihan buat mereka.” “Kami cuba melakukannya pada Januari ini tetapi persoalannya adalah wang. Apa yang mereka belanjakan, apa yang kami belanjakan anda dapat lihat di atas padang.” “Saya tak boleh merungut usaha pemain atau k...

Soalan sebelum Newcastle bertemu West Brom

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 1. Adakah ini masanya untuk menggunakan Rolando Aaron? Kecederaan Gabriel Obertan memerlukan posisi di bahagian sayap kanan diisi segera. Pardew boleh saja menggunakan khidmat Mousa Sissoko, pemain tengah, namun langkah itu mungkin tidak beberapa sesuai. Minggu ini mungkin masanya untuk Rolando Aaron menunjukkan belangnya, namun Newcastle perlu berjaga-jaga dalam menggunakan khidmat pemain muda itu bagi mengelakkan kecederaan berpanjangan. 2. Adakah perlu setia dengan Papiss Cisse 4 gol Papiss Cisse telah membantu menyelamatkan kerjaya Alan Pardew, malangnya dia tidak menyerlah ketika bertemu Liverpool pada minggu lepas. Manakala Ayoze Perez pula tampak lebih menyerlah dalam perlawanan itu. Adakah Pardew akan menggugurkan Cisse? atau adakah dia akan tampil dengan formasi yang akan membantu corak permainan Cisse? Cisse selalunya lebih menyerlah dalam posisi 4-3-3. 3. Tanpa penguasaan bola, adakah Newcastle akan terus berjaya. ...

[t23j05] UCL: Newcastle United 4 - 1 PSG

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ PSG jadi mangsa belasahan Newcastle NEWCASTLE  United mempamerkan persembahan cemerlang untuk meraih kemenangan 4-1 ke atas juara Perancis, Paris St Germain (PSG) dalam perlawanan Liga Juara-Juara di laman sendiri, awal pagi Khamis. Newcastle membuka tirai jaringan menerusi Miguel Almiron sebelum Dan Burn menjaringkan gol menerusi tandukan enam minit sebelum rehat untuk menggandakan kelebihan tuan rumah. Sean Longstaff memastikan pasukan yang kembali semula ke kancah Liga Juara-Juara selepas 20 tahun itu selesa dengan gol ketiga, lima minit selepas babak kedua bersambung. Lucas Hernandez cuba merapatkan kedudukan untuk PSG enam minit kemudian, namun pertahanan Newcastle, Fabian Schar melengkapkan kemenangan pada masa kecederaan separuh masa kedua untuk meletakkan Newcastle di puncak Kumpulan F dengan empat mata, satu mata di depan PSG di tempat kedua. PSG mengalami...

[t17k30] Formasi 5-3-2 dan 4-2-4 Watford kalahkan formasi 4-4-2 NUFC

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Karangan kali ini adalah mengenai formasi bolasepak dengan fokus kepada kekalahan terakhir pasukan Newcastle United kepada pasukan Watford. Pasukan Newcastle United Football Club telah mengubah formasi mereka daripada formasi 4-2-3-1 kepada formasi 4-4-2. Mungkin ini adalah satu taktik untuk mendapatkan lebih banyak gol. Pasukan Watford pula menggunakan formasi bertahan 5-3-2 di mana lapan orang pemain mereka bertahan di hadapan gol. Keadaan ini jelas membantutkan serangan Newcastle United.   Apabila Watford mendapat bola melalui pertahanan mereka, serangan balas terus dilakukan melalui hantaran bola jarak jauh. Kebanyakan serangan Watford adalah melalui bahagian sayap kiri mereka menembusi pertahanan kanan Newcastle United Football Club sebab pemain pertahanan kanan the Magpies iaitu Yedlin suka naik ke atas menyerang. Tabiat ini disedari pengurus Watford lal...

Popular