Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2024

[t12j06] Mawar Putih buat Mommy

Imej
Hari ini Tedi kemas fail-fail lama yang telah berdebu dilitupi debu. Tiba-tiba telinga Tedi tegak, apabila melihat foto yang sungguh rare  ini! "Apa yang rare Tedi oooi? Gambar biasa je tu." - fikir para pembaca interpretZZ sekarang ini. Ha'ah, gambar biasa je tu, cuma gambar Tedi dan sejambak bunga. Itu bukan perkara luar biasa, kan? Kandungan: Perkara luar biasa , Maksud Mawar Putih , Bunga yang sesuai digabungkan dengan Mawar Putih Perkara luar biasa Apa yang luar biasanya ialah... Master bagi bunga kepada Mommy! Bunga Mawar Putih pula tu. Selalunya Master hanya bagi Bunga Ulam Raja. Kenapa Master susah sangat nak bagi bunga? "Sebab Master bukannya kaya-raya. Bunga yang diberi kepada Mommy tu sekejap sahaja akan menjadi layu. Lainlah kalau bunga orkid, tahan lama. Tapi apa nilai orkid pada wanita? Bunga liar yang tiada bau." - itulah mentaliti Master. Daripada Master bagi bunga yang tak tahan lama, ada baiknya Master bagi duit tu kepada Mommy. Tapi taqdir Tu...

Satu Dollar Satu Peluru

Mata ini Menatap kata-kata Di atas kertas usang kekuningan   Satu dolar satu peluru Sumbangan muslimin Membunuh saudaranya di bumi Palestin   Aku memahamkan kalimat tercoret rapi Di atas kertas usang kekuningan Satu dolar satu peluru Adakah kita terlibat??? Dalam tindakan kezaliman zionis Di bumi anbiya bumi palestina Tubuh layu keguguran Satu dolar satu peluru Hasilnya darah membasahi bumi Alangkah sedihnya   Tidakkah kau dengari mereka bernyanyi? Lagu duka meluahkan kesedihan hati Ku merenungi hari-hari Beruntungkah diri ini Kerna gembiranya hati   Hingga melupakan saudara yang jauh di sana Bertarung nyawa mengemis akan haknya Satu dolar satu peluru Sokongan membunuh Dalam keriangan kita di sini Lontaran batu berbalas peluru Siapakah pengganas sebenarnya? Siapakah akan mendengari rintihan mereka? Sedangkan kita turut menyumbang dana Menikmati makanan enak di sini Mengahayati hiburan melalaikan Satu dolar satu peluru Itulah reali...

Tambah Nilai Touch 'n Go Online

Imej
Adakah persoalan ini pernah bermain dalam minda anda para pengguna Kad Touch 'n Go? Bolehkah reload Touch 'n Go secara online? Bagaimana topup Touch 'n Go menggunakan Maybank2u? Tidak boleh reload Touch 'n Go melalui online banking Straight to the point kan jawapan Tedi tu? Hehe. sebenarnya pada suatu masa dahulu boleh topup Touch 'n Go menggunakan sistem perbankan atas talian. Touch 'n Go memperkenalkan produk Quik2Go untuk tujuan itu. Tedi tak pastilah sama ada ia dieja Quick2Go atau Quik2Go? Tedi pun tak pasti pada tahun bilakah produk itu diperkenalkan, namun apa yang pasti ia menemui kegagalan dan tidak diteruskan. Kenapa ia gagal? Mungkin kerana pengguna terpaksa membeli peralatan khusus untuk topup kad TNG. Atau mungkin juga teknologi internet Malaysia pada masa itu tidak canggih? Atau mungkin sahaja idea itu terlalu jauh mendahului masa? Apa-apa pun Touch 'n Go kena faham, rakyat Malaysia tak suka membayar untuk perkhidmatan yang mereka pe...

[t18i30] Hari ke-3 di Cameron Highlands

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ The 200 Seeds Cafe (Abang Strawberry) Kampung Taman Sedia di Cameron Highlands ni memang lokasi yang menarik kerana di kampung ini banyak pusat tanaman strawberry. Sepatutnya kami ke sini sahaja tak perlu petik strawberry di lokasi sebelum ini. Salah satu lokasi tumpuan adalah The 200 Seeds Cafe yang juga dikenali sebagai Abang Strawberry. Salah satu cabaran di Kampung Taman Sedia ini ialah kesesakan lalu lintas. Pada pendapat Tedi para penduduk kampung ini harus berpakat untuk mewujudkan lorong sehala atau memikirkan cara yang sesuai untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di sini. Animasi Aina sedang menghalau seekor anak kucing semasa di the 200 Seeds Cafe (Abang Strawberry) di Kampung Taman Sedia pada hari ke-3 kami di Cameron Highlands. Umur Aina ialah 1 tahun 7 bulan dan 10 hari.   # Sunday, 30 September 2018, 12:26 # 20180930 # CH-trip-2018-3rdDay (26)-ANIMATION.g...

[t20l24] Kedah Darul Aman FC tampilkan pasukan paling mantap

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) telah melengkapkan 99 peratus dalam melengkapkan sebuah pasukan bagi menghadapi beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan. Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, KDA FC bakal menjadi salah sebuah pasukan paling mantap dalam persediaan menghadapi pertarungan yang lebih mencabar tahun 2021. Menurutnya, pasukan itu hampir melengkapkan barisan pemain dan kejurulatihan serta persiapan kewangan. Katanya, pada masa sama, pihaknya juga melakukan persiapan bersungguh-sungguh dalam mengikuti ketetapan yang disyaratkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). “Insya-Allah pasukan Kedah akan menjadi pasukan paling mantap dan terbaik pada saingan musim hadapan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Kongres Tahunan KFA Kali Ke-45 di Wisma Darul Aman di sini hari ini. Kedah akan membuka tirai cabaran Liga M berentap dengan pasukan Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan merebut Piala Sumba...

[t24d25] Tertidur Semasa Buat Kerja Sekolah, Eksperimen Rasa, Crystal Palace 2:0 NUFC

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Ini adalah beberapa keping gambar berkenaan keluarga kami pada hari ini, Tertidur Semasa Buat Kerja Rumah Eksperimen Rasa Crystal Palace 2 : 0 Newcastle United Tertidur Semasa Buat Kerja Rumah Sebentar sahaja Master meninggalkan Aina semasa dia sedang menyiapkan kerja rumah Bahasa Inggeris, tengok-tengok Aina sudah terlelap di meja tulis. Kasihan, mungkin kepenatan bersekolah pagi dan petang. Master terpaksa Whatsapp guru Bahasa Melayu memberitahu Aina tidak sempat menyiapkan kerja rumah Bahasa Melayu kerana sudah tertidur semasa menyiapkan kerja rumah Bahasa Inggeris. Jam pun sudah hampir jam 11 malam maka tidak hairanlah Aina mengantuk. Keterangan  Aina terlelap tak sempat siapkan kerja sekolah Bahasa Inggeris. Ktika ini Aina sedang menyalin perkataan Bahasa Inggeris daripada kamus bergambar ke dalam buku notanya. Umur Aina ialah 7 tahun 2 bulan 5 hari. Bila?  Thursday ...

Template Format Keterangan Gambar dan Kandungan Baru

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Format yang perlu digunakan semasa menetapkan keterangan gambar dalam interpretZZ. [Kandungan Template interpretZZ.com] Format Standard  |  Format Ringkas  |  Saiz Font Default  |  Saiz Ketebalan Garis Font  |  Jenis Font  |  Scrollable div  | Template untuk kandungan baru v2  |  Template Scrollable Table  |  Penggayaan caption gambar |  Saiz Gambar | Format dan Penggayaan Seksyen Kandungan Format Standard Gunakan format ringkas ini untuk gambar yang dimiliki interpretZZ atau bukan milik interpretZZ tetapi mempunyai keterangan gambar yang mencukupi. interpretZZ.com | [DAY]-[M2]-[Y] [T1] | [N1] @ Lokasi # Keterangan # [MAKE], [MODEL]  Versi kurang lebar interpretZZ.com | [DAY]-[M2]-[Y] [T1] @ Lokasi # Keterangan # [MAKE], [MODEL] # [N1] [Kandungan Template interpretZZ.com] Format Ringkas Gunakan format ringkas ini untuk gambar yang selalunya daripad...

Bagaimana kilat terjadi pada awan volkanik

Para penyelidik Jepun telah menemui jawapan bagaimana petir boleh terhasil pada awanan debu Gunung berapi. Melalui penggunaan kamera berkelajuan tinggi dan alatan penderia akustik, mereka mendapati bahawa petir awan volkanik hanya terdapat berdekatan lohong kawah gunung berapi sahaja. Ini adalah kerana apabila debu volkanik itu dilepaskan, lahar gunung berapi (magma) akan mencaskan cas elektrostatik pada debu itu. Apabila debu itu menjauhi lohong gunung berapi tersebut, cas elektrostatik yang terkumpul pada debu itu akan mengalami proses nyah-cas melalui penghasilan petir. 20160620

Munuk, Thailand - spy Tedi beraksi.

Imej
Puas Tedi cari tempat ni dalam Google Map, tak jumpa-jumpa. Tempat yang Tedi nak sentuh kali ni orang Malaysia panggil Munduk . Tapi daripada iklan yang ditemui di sana, Master kata nama tempat tu Munuk . Manakala carian melalui Google Map menyatakan bahawa nama tempat itu ialah Muno . Tedi letak gambar sahaja mengenai pengalaman melancong ke Munduk ni. Malas Tedi nak cerita takut-takut menyentuh isu keselamatan negara Malaysia juga kesejahteraan mereka yang mencari rezeki. Tu pun banyak gambar yang Tedi censored , hehe. Encik Mazidul mungkin ada cerita yang hampir sama ( http://www.mazidulakmal.com/2010/01/ada-siapa-kisah.html ), tapi takde kena mengena dengan cerita Tedi ni. Buat makluman, tidak dibenarkan bawa kamera ke sana. Hal ini dimaklumkan oleh penduduk Munuk kepada Master. Tapi sebab Master tak tahu & accidentally bawa kamera, sempatlah  snap sikit-sikit. Ambil gambar dengan penuh berhati2 macam spy  pun ada sebab polis atau askar Thailand ada merata-rata di...

CC Kucing Klon Pertama di Dunia

Imej
Oleh NAJIBAH HASSAN ENAM tahun lalu, kelahiran Dolly kambing biri-biri betina yang berjaya diklonkan mendapat perhatian dunia kerana ia dianggap sebagai kejayaan pertama bidang teknologi sains pengklonan. Kelahirannya yang hanya diumumkan setahun selepas dilahirkan telah mencetuskan kontroversi dan kebimbangan penduduk dunia yang membantah cubaan ke arah pengklonan manusia. Selain Dolly, banyak lagi haiwan mamalia lain yang turut terlibat dalam percubaan pengklonan termasuk kambing, tikus, babi dan lembu. Semuanya tidak membuahkan hasil kerana kebanyakan haiwan yang dihasilkan daripada teknologi ini mempunyai banyak implikasi besar seperti menghidap penyakit-penyakit tertentu dan kecacatan. Bagaimanapun, kekurangan itu dianggap sebagai cabaran kepada para saintis untuk terus menghasilkan spesies haiwan menggunakan teknologi ini. Rentetan daripada kelahiran Dolly, dunia teknologi pengklonan sekali lagi mencatatkan kejayaan apabila para saintis yang diketuai oleh Dr. Mark Westhusi...

Prev Next

Popular