Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2023

[t23b21] Apakah Keburukan E-Dompet?

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ E-Dompet adalah satu bentuk aplikasi atau platform yang membolehkan pengguna untuk membuat transaksi secara digital. Seperti semua teknologi atau aplikasi, ia mempunyai kelebihan dan kelemahan. Berikut adalah beberapa kelemahan atau keburukan yang mungkin dikaitkan dengan penggunaan E-Dompet. Risiko Keselamatan Penggunaan E-Dompet mungkin meningkatkan risiko kehilangan wang atau maklumat peribadi jika akaun pengguna disusupi oleh pihak yang tidak sah. Keterbatasan Penerimaan Pengguna E-Dompet mungkin menghadapi keterbatasan dalam penerimaan pembayaran atau transaksi melalui E-Dompet, terutamanya jika pedagang atau peniaga yang mereka hadapi tidak menerima kaedah pembayaran ini. Betul juga, dan penyedia khidmat e-Dompet di Malaysia ni agak bernasib baik kerana Covid-19 dan juga inisiatif kerajaan telah menggalakkan perkembangan e-Dompet. Kini para peniaga lebih ramai memilih untuk ...

[t23h26] Peribahasa Berkaitan Melancong

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Mungkin tiada peribahasa yang betul-betul dikhususkan untuk aktiviti melancong atau industri pelancongan, namun ada beberapa peribahasa yang mempunyai maksud yang sesuai untuk dimasukkan dalam karangan bertemakan aktiviti melancong. [Senarai Peribahasa "Melancong"] Berjalan jauh banyak dilihat Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan Sebab bahasa menunjukkan bangsa Berjalan jauh banyak dilihat Banyak pengalaman. Peribahasa " Berjalan jauh banyak dilihat " boleh digunakan sebagai peribahasa melancong kerana ia mengandungi frasa " berjalan jauh ". Ia boleh membawa maksud kita akan mendapat lebih banyak pengalaman apabila kita melancong kerana ada banyak perkara baru dapat kita lihat . Ini adalah salah satu peribahasa faedah melancong . [Senarai Perib...

[t23j30] Punca Kerosakan Tayar Kereta

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pada 26 Oktober yang lalu Master menukar 2 biji tayar belakang kereta Subaru XV kami, menggunakan tayar Continental UC7 sepertimana yang digunakan pada tayar hadapan. Ini adalah set tayar ke-3 dalam masa 8 tahun penggunaan kereta Subaru XV. Kali ini pembelian tayar Continetal disertai dengan program jaminan selama 1 tahun. Master perlu mendaftar menggunakan aplikasi Conti TCP dan daftar maklumat diri, maklumat tayar-tayar yang dibeli, dan maklumat penjual. Ini adalah satu program yang menarik, tetapi mungkin bukan semua kerosakan tayar akan ditanggung? Kiriman ini adalah untuk mempelajari tentang kerosakan tayar kereta secara umum. Punca Kerosakan Tayar Kereta Beberapa punca kerosakan tayar kereta adalah: Pecah atau bocor akibat benda tajam seperti paku, kaca atau batu Haus atau retak akibat penggunaan berlebihan, pendedahan kepada suhu tinggi atau bahan kimia Bengkak atau meletup...

[t22l25] Kedai Makan Kak Ani Ajil

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ [Kandungan] Mencari Nasi Lemak Ikan Aya Lokasi Kedai Makan Kak Ani Ajil Mencari Nasi Lemak Ikan Aya Rupa-rupanya bukan senang nak memenuhi permintaan Tok Mak nak makan nasi lemak, nasi dagang bersambalkan ikan aya . Kebanyakan kedai yang Master singgah jual nasi lemak biasa-biasa sahaja ala-ala Kuala Lumpur juga. Takkanlah kami dari jauh datang Terengganu ni nak makan nasi lemak biasa-biasa saja, mestilah nak merasa juga sarapan pagi ala Terengganu. Ketika berasa hampa kerana gagal menunaikan amanah yang diberi dan banyak juga kedai telah dilawati sama ada diterjah atau melalui carian Google atau bertanya pemilik kedai-kedai (yang diterjah tadi), akhirnya Master ternampak papan tanda Kedai Makan Kak Ani ini. Niat Master ini adalah kedai makan terakhir akan dikunjungi pada pagi ini jika tiada juga apa yang dicari, beli sahajalah apa yang ada. Tetapi nasib kami baik, ada juga rezek...

[t23g16] Beli tiles di Winstone; Tukar Cooling Coil Subaru XV STI

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan: Pilih Tiles di Winstone MAX AUTO SERVICES & TYRE Ujian Angin Kereta Subaru XV STI Siap Dibaiki Pilih Tiles di Winstone 12:02 - 14:20 Hari ini kami ke Teluk Panglima Garang kerana membeli tiles dinding bilik air, lantai bilik air, dinding dapur, lantai dapur, tiles table top , dinding counter bar , dan mangkuk tandas. Selesai urusan di sana kami bergerak pula ke Super Ceramic Tiles Bukit Puchong . Nota: keesokannya kami ke Super Ceramic Tiles dan mendapati harga tiles di sana lebih murah dan cantik, juga ada contoh bagaimana susunan  tiles yang menarik. <top> MAX AUTO SERVICES & TYRE 14:37 - 14:48 Tetapi rencana kami terjejas kerana air cond kereta Subaru XV tidak sejuk. Kami singgah ke sebuah bengkel di Rimbayu di mana kami top up gas air cond dengan harga  RM 60 . Mekanik yang top up gas pendingin hawa kereta Subaru XV kami tu kata ada kebocora...

[t14j29] Kerana kita akan akhirnya... Sendiri

Imej
Nasyid "Sendiri" oleh munsyid Saujana seringkali dipandang sebagai sebuah lagu cinta yang memuja seorang wanita. Benarkah lagu Sendiri ini adalah bukti Saujana telah menyimpang daripada nasyid dan berpaling menyanyikan lagu-lagu jiwang? https://andafcian.wordpress.com/tag/sendiri-saujana/   Pendapat itu sebahagian benar... ia adalah lagu cinta bukan buat sebarangan wanita, tetapi buat wanita bergelar ibu.   Terasa tersisih Sendiri di pinggir sana Kau tiada lagi di sampingku Berbicara menyalakan api   Tedi pun tak faham maksud bait ini. Adakah ia bermakna si ibu sering berbicara tika memasak? Atau adakah si ibu sering memberi nasihat yang membuatkan anaknya bersemangat? Kedua- duanya mungkin benar.   Tika kau di sampingku  Tuturmu ku anggap bisu  Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku  Harapanmu padaku, tidakku endahkan   Selalunya ibu apabila masih ada, kita tak endahkan. Perasaannya kita tak hiraukan.   Nasihatmu madu penyembuh luka  Pa...

[T17E12] Carik-Carik Bulu Ayam, Lama-lama Bercantum Juga

Imej
Kandungan:  Prakata  |  Maksud Peribahasa  |  Contoh ayat  |  Bulu ayam mewakili keluarga  |  Peribahasa sama maksud, sinonim |  Apakah maksud perkataan "carik"?  |  Jika dicarik, bagaimana boleh bulu ayam bercantum semula?  |  Gambar Bulu Ayam Dicarik-carik  |  Bukan "cari-cari bulu ayam"  |  Penjodoh bilangan bulu ayam  |  Idea menulis karangan Prakata Tadi Mommy bertanya bagaimanakah rupanya bulu ayam dicarik-carik itu? Tedi akan huraikan satu-persatu tentang peribahasa carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga tersebut mengikut pemahaman Tedi. Jika anda memerlukan pemahaman lanjut sila bertanya kepada para professor atau pakar bahasa. Ada juga yang menulis peribahasa ni sebagai carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua . Tedi tak pernah kaji pula jika perkataan  juga dan  jua adalah sama maksudnya. Tedi rasa memang macam tu, mungkin ejaan jua tu adalah bahasa la...

[T21H27] Contoh Nama Kedai Makan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Mencari nama kedai makan unik sudah tentu adalah salah satu ciri-ciri ketika mahu memberi nama kepada perniagaan kedai makan kita. [Kandungan] Kata Kunci untuk Nama Kedai Makan Contoh nama kedai makan Kata Kunci untuk Nama Kedai Makan Tetapi nama kedai makan unik sahaja tidak memadai, patut kena ada kata kunci yang menjelaskan jenis perniagaan yang dijalankan iaitu kedai makan yang selalunya terdiri daripada : perkataan yang menampakkan jenis kedai , perkataan yang menampakkan jenis makanan yang dijual, perkataan yang menunjukkan peralatan memasak sebagai kiasan, perkataan berkaitan perbuatan atau pengalaman yang sesuai dengan aktiviti makan, nama bahan untuk memasak (walaupun tiada kena mengena dengan menu) Contoh kata kunci nama kedai makan berasaskan jenis makanan ialah: ayam golek budu kari (curry) gulai gulai kawah kuey teow laksa mi (mee) nasi ayam nasi kandar nasi kerab...

Kod Ralat Mesin Basuh BEKO

Imej
Beko adalah salah satu jenama elektronik yang terkenal di dunia, jenama Turki ini meliputi pelbagai peralatan rumah dan dapur seperti mesin basuh yang menjadi tumpuan dalam karangan ini. Tidak kira setinggi mana kualiti sesuatu perkakasan, lambat-laun ia akan tetap menghadapi masalah. Salah satu cara untuk mengetahui masalah yang dihadapi ialah dengan menggunakan kod ralat. Mesin basuh moden kebanyakannya akan memaparkan kod ralat apabila berlaku sebarang masalah melalui paparan LED kepada pengguna. Karangan kali ini akan mengkaji apakah kod ralat yang bakal dipaparkan oleh sesebuah mesin basuh BEKO apabila ia menghadapi masalah. BEKO jadi penaja jersi latihan FC Barcelona   Kod Ralat Beko Sistem kod ralat Beko adalah sangat mudah, iaitu menggunakan kod E1 hingga E18. Jika kita boleh membaiki masalah itu sendiri maka kita hanya perlu menekan lama butang mula (start) untuk mengosongkan kod ralat. E1 Kod ralat E1 bererti terdapat ralat NTC yang dikesan di mesin basuh. Ini bermakna ad...

Formasi bertahan 4-5-1 Top Eleven

Imej
Formasi 4-5-1 adalah formasi yang sering digunakan oleh mereka yang mahu bertahan dan menyerang balas. Ia adalah formasi yang terkenal di Eropah. Ada beberapa formasi 4-5-1, tapi formasi bertahan Top Eleven yang Tedi gunakan adalah formasi 4-1-2-2-1 yang pernah Tedi jelaskan dalam kiriman sebelum ini. Barisan formasi 4-5-1 bertahan ini adalah menggunakan 4 pertahanan, 1 defensive midfielder, 2 central midfielder, 2 winger, dan 1 striker. Serangan adalah melalui bahagian sayap Kiri dan kanan. 3 pemain paling atas. Ini bermakna ketika menyerang formasi 4-5-1 ini boleh berubah menjadi formasi 4-3-3, namun kita memerlukan pemain penyerang yang tegap bertubuh besar, tinggi dan mempunyai kebolehan kawalan bola yang baik sama ada di udara mahu pun di darat, dan boleh mempertahankan bola dalam tempoh yang lama. Pemain penyerang sebegitu boleh dilihat pada Didier Drogba. Kenapa perlu pemain penyerang yang besar? Sebab formasi 4-5-1 ini memerlukan pemain penyerang bermain bersendirian di bahagi...

Merayau ke Hospital Tawakkal dan Mydin Mall USJ.

Imej
Tadi temani Master yang bawa Mommy pergi Hospital Tawakkal. Bila penat, mata pun berpinar-pinar... Penatnya Tedi, baru jer sampai rumah. Hari ni Master cuti, bawa Mommy pergi Hospital Tawakkal di Bulatan Pahang tu. Dah la mula-mula tu salah masuk simpang disebabkan papan tanda, menghala ke Sentul Link pula. Mujur Master mempunyai ilmu pengakap yang diamalkan iaitu tengok landasan monorel menghala ke mana, hehehe. Master pun follow la landasan tu dan akhirnya jumpa jalan keluar. Petua yang menarik, tapi sudah tentulah takkan boleh dipraktikkan di dalam hutan. Bertapa di Hospital Tawakkal sehingga jam 1 petang, kemudian bergerak ke Mydin Mall USJ untuk berbeli-belah. Sementara Mommy membeli-belah, Tedi keluar dan cari bangku untuk merehatkan diri. Sempat tidur sejam di sana, hahaha. Orang ramai pasti akan kepelikan, namun Tedi peduli apa? Apa je lah Mommy beli di Mydin kali ni? Bangkit daripada tidur, dengan semangat baru, Tedi pergi menjenguk apa yang dibeli oleh...

[t23g12] Peribahasa Masa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Ada baberapa peribahasa tentang masa seperti ada masa, masa kini, masa makmur, masa banyak, masa sikit, masa baik, masa sempit, masa kecil, masa besar, dan masa berkabung. Metafora masa yang selalu digunakan dalam peribahasa tentang masa ialah bulan terang, pagi, petang, rebung, dan buluh. [Kandungan: Peribahasa Masa] Senarai peribahasa berkaitan dengan masa ialah: Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas Ada hujan ada panas, ada masa boleh balas Adat memakai, syarak mengata Adat yang menurun, syarak yang mendaki Bulan terang paksa baik; payang ke laut, balok pun ke laut juga Cermat masa banyak, jimat masa sedikit Hari baik dibuang-buang, hari buruk dikejar-kejar Hari pagi dibuang-buang, hari petang dikejar-kejar Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang Kecil anak besar onak Kecil-kecil anak sudah besar menjadi onak Kering pengayuh di tangan, kering wang di pinggang Masa lagi...

Doa untuk ibu bapa

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa ibu bapaku dan kasihanilah mereka kedua-duanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil. Amin. ~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t14b07] 20 Orang Utan dilepaskan ke hutan lindungan Kalimantan Tengah.

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Tedi menerima khabar gembira mengenai pelepasan 20 ekor Orang Utan di mana 7 ekor daripadanya jantan ke dalam sebuah hutan lindungan Bukit Batikap di Kalimantan Tengah Pembebasan ini dilakukan oleh Yayasan Kesinambungan Orang Utan Borneo ( The Borneo Orangutan Survival Foundation ). Orang Utan di mana? Sejak 2012, sebanyak 140 ekor Orang Utan telah dibebaskan ke habitat semulajadi mereka di Kalimantan Tengah dan Kalimantan Timur . Angka itu diberi oleh pakcik Denny Kurniawan yang bertanggungjawab menjadi pengurus kepada Program Pengenalan Orang Utan (Orangutan Reintroduction Program) . Kini Bukit Batikap mempunyai 119 ekor Orang Utan. Pelakon Pulau Orang Utan Orang Utan yang dibebaskan di antaranya bernama Jupiter , Mercury , Reno , Hamlet dan Manisha . Kelima-lima Orang Utan yang Tedi sebutkan tadi adalah pelakon dalam filem Pulau Orang Utan ( Orangutan Island ) yang dit...

[t23j06] Peribahasa Melayu: Mengharapkan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Peribahasa Melayu: Mengharapkan adalah pertaruhan terbaru interpretZZ.com dalam kiriman koleksi peribahasa Melayu kami di mana kami senaraikan peribahasa yang maksudnya berkaitan dengan "mengharapkan". Ini adalah kiriman pertama daripada siri Zero to Hero yang bersandarkan kepada statistik dalam Google Search Console.  Bayang-bayang disangka tubuh Maksud peribahasa: Mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Bercintakan geliga di mulut naga Maksud peribahasa: Mengharapkan sesuatu yang mustahil Berketak dulu sebelum bertelur Maksud peribahasa: Bersuka-ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan. Gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu Maksud peribahasa: Daripada mengharapkan sesuatu yang besar yang tak mungkin didapati, lebih baik terima saja yang sedikit yang sudah ada di dalam tangan. ar...

[T18F13] Tiada rotan, akar pun berguna

Imej
Maksud peribahasa tiada rotan akar pun berguna Maksud peribahasa: Kalau tiada yang baik, maka yang kurang baik pun boleh juga. Versi lain bagi peribahasa ini ialah "tiada rotan, akar pun jadi" . Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Komentar Peribahasa ini pertama kali Tedi sebut dalam travelog  Pulau Mabul, Sabah hari 1  yang menyelitkan gambar aktiviti seorang budak Bajau Laut di Sipadan yang menggunakan besin sebagai sampannya. Kawan-kawan pun pasti tahu maksud peribahasa Tiada rotan, akar pun berguna tersebut. Secara ringkas ia bermaksud jika tiada alat atau benda yang paling diingini atau paling sesuai untuk melakukan sesuatu, peralatan lain yang kurang bagus pun cukuplah untuk laksanakan tugasan tersebut.   Kenapa rotan lebih baik berbanding akar? Tentu kawan-kawan juga pernah terfikir sedemikian? Kenapa peribahasa tiada rotan, akar pun berguna ini mengatakan rotan lebih baik berbanding akar? Tentunya kenyataan ini datang daripada satu keadaan atau perspektif di...

[t23b01] Peribahasa tentang persahabatan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek Berlapik seketiduran, sebantal sekalang hulu Berlompat sama jatuh, menyorok sama membongkok Berpatah arang berkerat rotan Bukit sama didaki, lurah sama dituruni Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni Menyelodok sama bongkok, melompat sama patah Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu Putus tali boleh disambung, patah arang mudah sekali / Putus tali boleh disambung, patah arang putus sekali Sebagai aur dengan tebing Sepantun kasau dengan bubungan Seperti gerup dengan sisir Seperti keroncor dengan belangkas Terapung sama hanyut, terendam sama basah / Terapung sama hanyut, lulus sama terbenam Tidak kekal bunga dikarang Persahabatan ada banyak ragamnya maka begitu juga peribahasa tentang persahabatan sama ada mengenai pe...

Prev Next

Popular