Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2023

[t21a13] Berkebun di belakang rumah BBST

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Lukisan Aidan dan Aina di kebun sekangkang kera di belakang rumah kami. Kelihatan pohon pisang, serai, betik dan pohon mangga. Aidan sedang duduk bersimpuh manakala Aina sedang menjahanamkan pokok-pokok dengan menggunakan cangkul besi.    ~20210113~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t15h21] Ke Bukit Jalil tonton Kedah FA juarai Liga Perdana Malaysia

Imej
Karangan Tedi kali ini adalah mengenai pengalaman kami berkunjung ke Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur di Malaysia untuk menyaksikan Persatuan Bolasepak Negeri Kedah yang dikenali sebagai Lang Merah atau Hijau Kuning menjuarai Liga Perdana Malaysia tahun 2015. Pada malam itu Kedah FA menentang Kuala Lumpur DRB Hicom. Kami ke sana tentulah dengan menaiki kereta Proton SAGA BLM 1.3 IAFM transmisi manual. Kami letakkan kereta di kawasan perumahan orang, susah jugalah nak cari parking, maklum sahajalah ramai yang mahu melihat Kedah membelasah DRB Hicom. Gerai yang Master dan Mommy serbu untuk cari jersi Kedah edisi lengan panjang buat Mommy  20150821

[t23e25] Babi punya babi, dimakannya anak pisang yang ditanam Master

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ  Pagi ini sekitar jam 2 ke 3 pagi Master sedang menyidai kain. Tidak beberapa lama lalu dua buah motosikal ditunggangi anggota Rela yang membuat rondaan menjaga keselamatan taman perumahan kami. Tiba-tiba salah seorang di antara mereka menyuluh ke kawasan tanah lapang di hadapan rumah kami sambil berkata "Besar weh". Master pun memerhatikan apa yang disuluh mereka dan kelihatan seekor babi sedang meratah anak-anak pisang yang baru dialihkan Master. Babi punya babi. Kata Master dalam hati sambil kemudian beristighfar cuba mengikhlaskan hati meredhai pemergian anak-anak pisang itu dimakan babi. Mungkin itu rezeki sang babi dan alhamdulillah Master menjadi perantaraan untuk babi itu merasa makan anak pisang. Pada waktu siang Master pun menjenguk anak-anak pisang dan kelihatan 5 batang anak pisang telah tumbang, hilang akarnya dan lunyai batangnya. Mungkin babi itu mencari u...

[t14i01] Eksperimen Sangkar Baja

Imej
Kepada pihak yang berkenaan, Kasihan melihatkan pokok-pokok Tedi kekurangan kasih sayang Merujuk kepada subjek di atas, Tedi dengan rasminya ingin memaklumkan semua warga Malaysia bahawa Tedi telah melancarkan Ops Sangkar Baja .   Ini gara-gara Tedi terjumpa satu produk dipanggil Fertilizer Funnel  ketika merayau di MYDIN Mall Seremban 2 pada hujung minggu yang baru berlalu.   Benda ini hanya berharga RM 8.90 (lapan ringgit sembilan puluh sen) untuk 10 (sepuluh) unit.   Benda ini membolehkan Tedi meletakkan baja tidak di atas tanah tetapi di dalam sarang khas. Idea utama Tedi adalah untuk mengelakkan baja-baja yang diletakkan dihanyutkan begitu sahaja jika ditimpa hujan . Selain itu ia membantu Tedi menyukat baja dengan mudah... isi sahaja sampai penuh, hehehe...   Selain itu Tedi juga telah membeli sejenis baja yang kami gelar Baja Kuning dengan nombor jersi 40 bercap Baja Serbajadi .   Pembelian baja ini adalah hasil perbincangan Tedi dengan seoran...

[t19d24] Sakit Gigi Bahaya untuk Jantung Berlubang

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ  Hari ini (ketika kiriman ini mula ditaip) temujanji Aina bersama Paediatric Cardiologist di Hospital Serdang. Temujanji ini untuk menggantikan temujanji bulan Disember tahun lepas. Letak Kereta di MAEPS Serdang guna Touch 'n Go Master Berebut Belon dengan Budak Beri Aina Ubat Tidur Lubang Atas Sudah Tertutup Jangkitan Kuman pada Gigi Boleh Beri Kesan Buruk pada Jantung Berlubang Singgah di Wisma Sumber Asli Singgah di Areeya Seafood Mesyuarat Combi Paras Gula dalam Darah Mummy Naik Letak Kereta di MAEPS Serdang guna Touch 'n Go Master menurunkan Mummy dan Aina di lobi utama Hospital Serdang sebelum meletakkan kereta di MAEPS menggunakan kad Touch n Go. Bas shuttle  dari MAEPS ke Hospital Serdang disediakan. Bayaran yang dikenakan kepada kami ialah RM8 (lapan Ringgit Malaysia) untuk tempoh lebih kurang 6 jam. Kawan Master kata caj RM 8 adalah kadar maksimum bayaran letak...

Beruang Hitam pecah masuk zoo.

Imej
Selalunya zoo berusaha untuk memastikan haiwan di dalamnya tidak keluar.     Namun sebaliknya bagi seorang penjaga Knoxville Zoo di Tennessee apabila dia menyaksikan seekor Beruang Hitam memanjat tembok 10-kaki sebelum merayau-rayau di dalam zoo itu.   Dia segera memeriksa semua Beruang Hitam dalam zoo itu, dan selepas pasti bahawa Beruang Hitam yang dijumpainya tadi adalah "penceroboh", dia segera mencarinya semula namun tidak ketemu.   Selepas tiada kesan beruang itu dijumpai, pihak zoo berpendapat beruang itu telah blah daripada zoo tersebut.   "Black Bear Falls kelolaan zoo kami adalah di antara terbaik di negara ini, jadi mungkin berita itu sudah tersebar di kalangan masyarakat Beruang Hitam." - Pengarah Eksekutif Knoxville Zoo, Lisa New.   Sumber:  Black bear scales 10-foot fence to visit Knoxville Zoo 20130627

[t14a26] Melawat Batu Malin Kundang di Pantai Air Manis Padang Sumatera Barat Indonesia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Sebenarnya Tedi mencari gambar air manis dalam koleksi foto interpretZZ tetapi yang keluar adalah gambar replika batu tong kayu di bawah. Tedi pun terkesima dan mengkaji mengenai gambar ini, rupa-rupanya ini adalah foto semasa Mummy dan Master melancong ke Padang Indonesia di Batu Malin Kundang di Pantai Airmanis. Ia adalah hari terakhir mereka berada di Padang sebelum kembali ke Malaysia iaitu pada 26 Januari. Salah satu gambar pada hari tersebut terselit dalam kiriman bertajuk Selamat tinggal InterpretZZ ??? . Gambar kononnya peti kayu di atas kapal Malin Kundang yang telah menjadi batu akibat sumpahan ibunya. # Sunday, 26 January 2014, 10:40 # 20140126 # Canon EOS 500D # 20140126-padang (96)-EFFECTS # Air Manis, Padang Selatan, Padang City, West Sumatra, Indonesia # Malin Kundang ini kisahnya adalah serupa kisah Si Tanggang di Malaysia di mana watak ini akhirnya dikatakan ...

[t16k26] Hari ke-3 di Bangkok, melawat Pasar Terapung Amphawa

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Amphawa Floating Market Hari ke-3 di Bangkok. Salah satu gambar dalam album bertajuk Trip to Bangkok and Kao Yai menunjukkan pintu gerbang Amphawa Floating Market (Pasar Terapung Amphawa) di satu jambatan yang merentangi salah satu cabang sungai Mae Klong. # Saturday, 26 November 2016, 12:00 # 20161126 # Kamera: Sony D2533 # Gambar: DSC_6176 # https://goo.gl/maps/VLR5qXoJegrLnsXq9  # ~20161126~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t23e24] Contoh nama yang sesuai untuk perniagaan dalam talian

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Ciri-ciri nama sesuai untuk perniagaan online: Pilih nama yang mudah diingat dan sebut . Nama yang terlalu panjang atau rumit boleh menyukarkan pelanggan untuk mencari atau mengingati perniagaan anda. Pilih nama yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan . Nama yang relevan boleh menarik minat pelanggan dan memberi gambaran tentang apa yang anda jual. Pilih nama yang unik dan menonjol . Nama yang terlalu biasa atau mirip dengan perniagaan lain boleh menyebabkan kekeliruan atau persaingan. Anda juga perlu memeriksa ketersediaan nama tersebut di domain, media sosial dan pendaftaran syarikat. Pilih nama yang positif dan profesional . Nama yang negatif atau tidak sesuai boleh memberi kesan buruk kepada imej perniagaan anda dan menjejaskan kepercayaan pelanggan. Beberapa contoh nama sesuai untuk perniagaan online adalah: BajuKu : Perkataan baju b...

[t21h02] Joging

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Rupa-rupanya ada perkataan joging dalam Bahasa Melayu. Tedi jika boleh apabila mengarang sesuatu dalam Bahasa Melayu akan gunakan perkataan Bahasa Melayu baku sepenuhnya. Apabila keadaan memaksa barulah Tedi akan gunakan istilah asal contohnya dalam Bahasa Inggeris, tetapi Tedi akan usahakan supaya perkataan itu dicondongkan ( Italic ) atau ditebalkan ( bold ), atau kedua-duanya sekali ( italic bold ). Pagi ini Tedi mahu menaip mengenai kasut  jogging dan tiba-tiba Tedi terfikir, apakah perkataan sesuai untuk  jogging dalam Bahasa Melayu? Kandungan:  Joging  |  Maksud "joging"  |  Joging dalam Bahasa Inggeris  |  Joging atau jogging?   Joging Melalui semakan Tedi di  Carian Umum (dbp.gov.my)  perkataan Bahasa Melayu untuk  jogging ialah joging. Perbezaannya cuma jumlah huruf 'g'. Joging dalam tulisan Jawi ialah:...

[t15i04] Bercuti di Vietnam

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Naik perahu dalam alor kecil Gambar para pelancong menaiki sampan kecil dalam alor kecil. Jika difikirkan macam kelakar tetapi ternyata benda sebegini boleh sahaja dijadikan produk pelancongan. Mungkin bagi yang belum pernah naik sampan ini adalah pengalaman yang sangat mahal seperti mana budak-budak bandar gembira bertemu ayam. Padahal bagi budak kampung apalah sangat melihat ayam? # Friday, 4 September 2015, 12:24 # 20150904 # Kamera: Sony D2533 # Gambar: 20150904_D2533-vietnam (48) # Lokasi: Vietnam #  ~20150904~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t21f07] Sirih dalam Peribahasa Melayu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan:  Maksud "sirih" , Senarai peribahasa: Ada sirih hendak makan sepah Ayam berinduk, sirih berjunjung , Hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih Lenggang bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu Seduit dibelah tujuh, sirih sehelai dicabik-cabik Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai Seikat bak sirih, serumpun bak serai Sekebat bagai sirih Sirih berlipat datang sendiri Sirih pulang ke gagangnya , Sirih naik, junjungan patah Sirih naik, junjungan naik Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat ke pucuk junjung Sirih memang rapat dalam budaya orang Melayu, tetapi kanak-kanak pada zaman ini mungkin tak kenal pun apakah itu sirih. Jadi jika anda tidak kenal maka anda takkan dapat menghubungkan peribahasa yang menggunakan sirih ni. Pertama anda harus tahu bahawa sirih itu adalah sejenis tumbuhan. Daun sir...

[t23e08] Peribahasa Kera

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Peribahasa yang melibatkan kera turut melibatkan haiwan sejenis dengannya seperti kungkang dan lotong. Lotong Lotong ada banyak definisi mengikut kamus tetapi definisi yang berkaitan dengan peribahasa tentang kera ialah: sejenis kera yang berekor panjang   (Kamus Dewan Edisi Keempat) ; lotong Bangkatan, Nasalis larvatus; lotong ceneka, Presbytis melalophos; lotong cengkung atau lotong ber­celak, Presbytis obscura; lotong kelabu, Presbytis cristata; beberapa jenis kera yang berekor panjang, Presbytis spp..  (Kamus Pelajar Edisi Kedua) lotong hitam: Presbytis melalophos. lotong kelabu: Presbytis cristata. lotong mata putih: Presbytis obscura. Kungkang / kongkang Pelik, tiada maksud untuk kungkang dalam kamus Bahasa Melayu, tetapi yang ada ialah kongkang . sejenis kera kecil yang tidak berekor dalam famili Lorisidae, Nycticebus coucang.  (Kamus Dewan Edisi Keempat)...

[t3e12] Perumpamaan Melayu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan:    Apakah itu perumpamaan Melayu    Fungsi dan kelebihan menggunakan perumpamaan Melayu    Artikel akhbar berkenaan perumpamaan Melayu    Artikel majalah berkenaan perumpamaan Melayu Apakah itu perumpamaan Melayu Perumpamaan Melayu adalah ungkapan yang mengandungi makna kiasan atau sindiran.  Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan maksud perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang berupa perbanding­an dengan sesuatu yang lain (umumnya me­ngandungi ajaran) . Kamus Pelajar Edisi Kedua pula menyatakan perumpamaan adalah  peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain dan umumnya berisi pengajaran . Perumpamaan - Wikipedia Bahasa Melayu  pula menyatakan perumpamaan adalah peribahasa yang menggunakan perkataan bagai , laksana , seperti dan ibarat . Perumpamaan Melayu digunakan untuk menyampaikan na...

R.I.P? Maksud dan komen seorang pakcik

Imej
Hari ini terbaca komen seorang pakcik mengenai ungkapan "Rest in Peace". Maksud R.I.P Rest in Peace ini selalunya ditulis R.I.P atau RIP. Maksud ayat Rest in Peace ini boleh dirujuk kepada Wikipedia seperti di bawah:   Rest in Peace adalah ungkapan berima yang memohon keamanan dan kerehatan kepada seseorang yang telah mati. Ungkapan ini biasanya dijumpai pada kubur Katolik. Walaupun dikaitkan dengan Kristian, ia dikatakan berasal daripada Judaism dengan ungkapan asal daripada bahasa Hebrew.   Ungkapan "come and rest in peace" pula telah digunakan dalam doa kaum Talmudic dalam campuran Hebhrew dan Aramaic. Ia digunakan sehingga kini dalam perayaan orang Yahudi.   Terdapat perbezaan dalam sudut keamanan itu, ada yang kata keamanan selepas mati hanya kepada roh, ada kata hanya kepada fizikal & ada yang kata kepada kedua-duanya kerana roh dan fizikal akan bergabung kembali selepas mati.    Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Rest_in_peace Seorang p...

[t22l12] Naik bot di Taman Tasik Seremban

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini selepas selesai bekerja dan waktu persekolahan, kami sekeluarga tak tahu mana nak tuju. Master akhirnya mencuba jalan yang baru diketahuinya yang mana akhirnya jalan itu membawa kami ke Seremban. Tiada sebarang destinasi kami tetapkan tetapi Master teringat mengenai Taman Tasik Seremban yang pernah kami intai semasa menginap di sebuah hotel di Seremban ini. Kami tiba di Taman Tasik Seremban itu pun sudah lewat iaitu sekitar 6:30 petang, tetapi Aidan nak naik bot yang bermacam jenis di sana. Ketika kami sewa bot itu pun kaunter sudah hendak tutup kerana pada waktu bekerja kaunter tutup jam 7 malam. Master tersilap kira kerana sangkakan bahawa hari ini adalah cuti umum sempena hari keputeraan Sultan Selangor sedangkan cuti umum itu hanya untuk negeri Selangor sahaja. Kami teruskan juga menaiki bot dan pengusaha bot di sana mungkin memberi kami lebih masa untuk menikmati ...

[t21a20] Menunggu kepulangan Mummy di muka pintu

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Gelagat Aidan dan Aina menyambut kepulangan Mummy dari pejabat dengan memanjat jeriji besi pintu rumah kami. Hari ini mummy ke pejabat manakala Master bekerja dari rumah. Umur Aina pada masa ini ialah 3 tahun 11 bulan, manakala umur Aidan ialah 1 tahun 7 bulan 23 hari. # Wednesday, 20 January 2021, 17:19 # 20210120 # Xiaomi M2003J15SC # IMG_20210120_171952 # ~20210120~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t16e07] Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di MAEPS Serdang

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Bertemu Ziela Jalil Mummy minta autograf pada novel bertajuk Permata Hati dan bergambar bersama artis pelakon Ziela Jalil semasa di booth Karya Seni Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bertempat di MAEPS Serdang. # Saturday, 7 May 2016, 15:59 # Kamera: SONY ILCE-5000 # Gambar: DSC09758 # Lokasi: MAEPS Serdang # ~20160507~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t23c25] Shopping di Bangi Gateway

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Gambar sebuah mesin jahit SINGER di sebuah Kedai Jahit yang menawarkan perkhidmatan Alteration & repairing. Jean potong kaki. Jean potong sambung ori. Jean potong biasa dan sharp. Jean. Jean tampal (kain sendiri). Jean tukar zip besi. Jean tukar zip sorok. Slack potong dan sharp. Slack potong biasa. Semua uniform. Alter tudung. Langsir sesuai kuantiti. Lening dan biasa. Slack lening. Skirt lening. Seluar biasa. Jubah dan skirt potong. Bawah biasa (jubah biasa). Bawah lening (jubah dan lening). Tempahan jahitan murah. Nombor telefon 011-28009170 (Hamid) # Saturday, 25 March 2023, 21:34 # 20230325 # Kamera Xiaomi M2101K7BG # IMG_20230325_213436 # Bangi Gateway, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor # ~20230325~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t23e05] Masalah semasa uji endpoint API

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ HTTP Status 404 - Not Found Sepatutnya masalah ini straight to the point je maksudnya webservice tak hidup. Tapi jadi complicated pula apabila webservice itu hidup. Rupa-rupanya kena tambah headers semasa send request. ~20230505~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t16f22] Tak Larat Tidur Atas Lantai

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Malam ni Sakinah datang rumah. Resam kalau dia datang mesti tidur di ruang tamu di hadapan tv, di atas lantai berhamparkan toto. Tapi Master tetap cari katil juga untuk tidur, jadi tinggal Mommy sahajalah temani Sakinah tidur di bawah. Master hairan juga tengok mereka tidur di atas lantai, tidak kesejukankah? Walaupun beralaskan toto Master tetap berasa dingin lantai marmar menyerap ke dalam tulang belulang beliau. Paling teruk apabila bangun esok hari Master berasa seolah-olah paru-paru beliau dipenuhi cecair disertai hidung yang tersumbat dengan mukus. Master hanya boleh tidur di lantai jika permaidani tebal yang keras menjadi alasnya. Apakah tidur atas lantai ada kesan buruknya? Sampai sekarang Tedi belum ketemui jawapan saintifiknya. Belum lagi Tedi berkesempatan mengkaji permasalahan ini. Gambar si Sakinah sedang mewarna sebelum tidur di ruang tamu beralaskan toto. # W...

[t11k28]Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, Perak, Malaysia

Imej
Lokasi:  Taman Rekreasi Gunung Lang , Gunung Lang , Ipoh , Perak , Malaysia . Karangan ini adalah berkenaan Taman Rekreasi Gunung Lang yang terletak di Ipoh di Perak di Malaysia. Waktu Operasi Bot dan Harga Tambang Bot Menara Tinjau Perasmian Taman Rekreasi Gunung Lang Pembangun: Majlis Bandaraya Ipoh  & Jabatan Lanskap Negara. Mercu tanda Taman Rekreasi Gunung Lang, boleh dilihat dari Lebuhraya Utara Selatan Papan tanda melarang pengunjung daripada memberi makan dan mendekati kera liar di kawasan taman. Awas. Dilarang memberi makanan dan mendekati kera-kera liar di kawasan taman ini. # Monday, 28 November 2011, 12:55 # 20111128 # Canon EOS 500D # _MG_2328 #   Waktu Operasi Bot dan Harga Tiket Eh apa kena-mengena pula bot dengan Taman Rekreasi Gunung Lang? Jawapannya ialah keunikan taman rekreasi ini ialah anda kena menaiki bot untuk ke sana. Jika nak naik bot anda kena bayar tambang bot. Jika tidak maka anda mungkin hanya setakat dapat bergambar dengan mercu tanda Ta...

Prev Next

Popular