بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Kandungan: 

  1. Maksud "sirih",
  2. Senarai peribahasa:
    1. Ada sirih hendak makan sepah
    2. Ayam berinduk, sirih berjunjung,
    3. Hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih
    4. Lenggang bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu
    5. Seduit dibelah tujuh, sirih sehelai dicabik-cabik
    6. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
    7. Seikat bak sirih, serumpun bak serai
    8. Sekebat bagai sirih
    9. Sirih berlipat datang sendiri
    10. Sirih pulang ke gagangnya,
    11. Sirih naik, junjungan patah
    12. Sirih naik, junjungan naik
    13. Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat ke pucuk junjung

Sirih memang rapat dalam budaya orang Melayu, tetapi kanak-kanak pada zaman ini mungkin tak kenal pun apakah itu sirih. Jadi jika anda tidak kenal maka anda takkan dapat menghubungkan peribahasa yang menggunakan sirih ni.

Pertama anda harus tahu bahawa sirih itu adalah sejenis tumbuhan. Daun sirih pada zaman dahulu dikunyah oleh orang Melayu. Rumah orang Melayu pula ada tepak sirih di mana ia akan dihidangkan kepada tetamu. Pada zaman ini tepak sirih ini mungkin boleh dilihat dalam hantaran perkahwinan, atau mungkin hanya ada sirih junjung.

Jadi sebelum kita pergi kepada peribahasa-peribahasa yang menggunakan daun sirih untuk sampaikan maksudnya, kita rujuk dulu apakah maksud sirih.

 

Maksud "sirih"

[si.rih] | سيريه

Definisi : 

sejenis tumbuhan (pokok renek yang memanjat dan daunnya dimakan dengan pinang, gambir, kapur, dan lain-lainl), Piper spp.;
bujur sirih: bentuk seperti bentuk daun sirih (muka), lonjong lancip ke bawah;
menghantar sirih: (sastera lama) selalu menghantar berbagai-bagai barang kepada bakal besan;
wang sirih: wang upah;
sirih air: sejenis sirih, Piper miniatum;
sirih berbunga: (dialek Kelantan) alat perlengkapan untuk meminang;
sirih carang: daun sirih yang muda;
sirih duduk: sejenis sirih, Piper sarmentosum;
sirih hantu: sejenis sirih, Piper cani­num;
sirih hutan: sejenis sirih, Piper caninum (cur­tisii);
sirih kaduk: sejenis sirih, Piper caba;
sirih kerakap: daun sirih yang di bawahnya kasar dan keras;
sirih masak: sirih selengkapnya (untuk dikunyah);
sirih Melayu / sirih Cina / sirih hudang: sejenis sirih, Piper betle;
sirih murai: sejenis sirih, Piper ribesioides;
sirih pinang: barang-barang yang dibawa kepada seseorang (sebagai tanda penghormatan);
sirih rakit: (dialek Kelantan) susunan daun sirih yang ada seratus dua puluh helai;
sirih rimau: sejenis sirih, Piper porphyro­phyllum;
sirih rimau putih: sejenis sirih, Piper argy­rites;
sirih seberkas: (dialek Kelantan) susunan daun sirih yg seratus helai banyaknya;
sirih sekapur: (setampin) sirih segulung (selengkapnya);
sirih sesusun: (dialek Kedah "sirih suson") susunan daun sirih yang dua puluh helai banyak­nya;
sirih tanya: sirih selengkapnya yang diberikan kepada ibu bapa anak gadis yang dipinang;
penyirih: orang yang suka makan sirih. 

Sumber (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Wah, baca maksud berkenaan sirih daripada Kamus Dewan Edisi Keempat itu pun sudah cukup membuatkan kita lelah.

Mari kita terjah pula peribahasa Melayu yang berasaskan kepada sirih.

 <top>

Ada sirih hendak makan sepah

Peribahasa ini bermaksud "ada yang baik, hendakkan yang buruk".

Bandingkan dengan: a. Ada biduk, serempu pula, b. Ada sampan hendak berenang, c. Ada tangga hendak memanjat tiang.

Sepah yang dimaksudkan di sini adalah hampas benda yang telah dikunyah dan dihisap airnya. Jadi peribahasa ini sebenarnya boleh dipanjangkan sebegini, "ada sirih hendak makan sepah sirih". Jadi tak perlu dijelaskan lagi, sudah terang lagi bersuluh.

 

Ayam berinduk, sirih berjunjung

Tiap-tiap yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan.

<top>

Hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih

Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik.

Peribahasa lain yang sama makna: Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah.

<top>

Seduit dibelah tujuh, sirih sehelai dicabik-cabik

  1. Bersatu hati.
  2. Sangat sedikit atau sangat miskin.

Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai

Maksud peribahasa "seikat bagai sirih, serumpun bagai serai" ialah: 

  1. seia sekata
  2. sehina semalu

Rujuk peribahasa "sekebat bagai sirih".

Contoh ayat bagi peribahasa "seikat bagai sirih, serumpun bagai serai" ialah:

  1. Pemimpin parti politik itu menasihati para pengikutnya supaya tidak berlumba-lumba mahu merebut jawatan dalam parti dan jika mahu dihormati rakyat dan pihak parti lawan mereka perlu amalkan sikap seikat bagai sirih, serumpun bagai serai. [Sumber]
  2. Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat seikat bagai sirih, serumpun bagai serai. [Sumber]
  3. Masyarakat harus bersatu ibarat seikat bak sirih, serumpun bak serai dalam setiap keputusan atau setiap pekerjaan supaya beroleh kebaikan kepada semua.
  4. Pepatah ada menyatakan seikat bagai sirih, serumpun bagai seraidijadikan pegangan untuk kita hidup bersama dan terus kekal menjadi juara perpaduan.

seikat bak sirih serumpun bak serai {52}, seikat bagai sirih serumpun bagai serai {46} maksud seikat bak sirih serumpun bak serai {13} maksud peribahasa seikat bak sirih {9.5}

Seikat bak sirih, serumpun bak serai

Contoh ayat bagi peribahasa "seikat bak sirih, serumpun bak serai" ialah:

  1. Pemimpin parti politik itu menasihati para pengikutnya supaya tidak berlumba-lumba mahu merebut jawatan dalam parti dan jika mahu dihormati rakyat dan pihak parti lawan mereka perlu amalkan sikap seikat bak sirih, serumpun bak serai. [Sumber]
  2. Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat seikat bak sirih, serumpun bak serai. [Sumber]
  3. Masyarakat harus bersatu ibarat seikat bak sirih, serumpun bak serai dalam setiap keputusan atau setiap pekerjaan supaya beroleh kebaikan kepada semua.
  4. Pepatah ada menyatakan seikat bak sirih, serumpun bak seraidijadikan pegangan untuk kita hidup bersama dan terus kekal menjadi juara perpaduan.

Sekebat bagai sirih

Seia-sekata; sehina semalu.

Peribahasa lain yang sama makna:

  1. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
  2. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
  3. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai
  4. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu.

 <top>

Sirih berlipat datang sendiri

Peribahasa ini bermaksud "mendapat orang yang dicintai dengan tak payah berusaha", atau "beroleh keuntungan dengan mudah".

Tak pasti jika maksudnya sama dengan peribahasa "pucuk dicita ulam mendatang".

Tedi tahu nak makan sirih kena lipat dulu dengan bahan-bahan tertentu yang mungkin agak leceh persediaannya. Jadi apabila dah ada sirih siap berlipat, tak perlulah kita nak melipat sirih itu sendiri, tunggu masuk mulut sahaja.

 

Sirih pulang ke gagangnya

Seperti sirih pulang ke gagangnya.

Peribahasa ini bermaksud "kembali ke tempatnya", "orang yang kembali kepada asalnya".

[ga.gang] | ݢاݢڠ

Definisi : 1. tangkai (bunga, gayung, dan lain-lain), hulu (keris, tombak, dan lain-lain); 2. (Dialek Minangkabau) pucuk ranting atau batang pokok yang melata (melilit), sulur; gagang pena: batang pena; gagang senapang: pemegang senapang; gagang telefon: pemegang telefon; menggagang: mempunyai sulur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Definisi : 1. bahagian pangkal daun, buah atau bunga yang tidak berteras dan melekat pada ranting atau pada batang pokok; tangkai. 2 batang tumbuh-tumbuhan yang menjalar atau melilit, seperti batang sirih. 3 bahagian daripada sesuatu yang dipegang apabila menggunakannya: gagang keris: hulu keris; gagang pena: batang pena; gagang telefon: bahagian pada telefon yang dipegang apabila bercakap (semasa menelefon). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Jadi bersandarkan kepada definisi gagang di atas, Tedi percaya peribahasa ini bermaksud sirih pulang ke tangkainya. Tapi kenapa macam pelik ya? Apa maksud sirih pulang ke tangkai? Adakah ia bermakna daun sirih ini boleh bercantum semula dengan tangkai?

bagai sirih pulang ke gagang {75}, maksud sirih pulang ke gagang {38}, sirih pulang ke gagang maksud {36}

Sirih naik, junjungan patah

Peribahasa ini bermaksud "baru hendak mendapat kesenangan, tiba-tiba mendapat bencana pula".

Erm, Tedi tahu sirih junjung sejenis sirih yang dihias untuk upacara adat Melayu. Tetapi apakah itu junjungan?

[jun.ju.ngan] | جونجوڠن

Definisi : 1. benda yang dijunjung; 2. orang yang dimuliakan (khusus utk Nabi Muhammad SAW); 3. (Dialek Minangkabau) suami; 4. galah tempat pokok menjalar atau memanjat, jalaran, junjung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1. sesuatu yang dijunjung: junjungan itu sangat berat. 2 orang yg dimuliakan: junjungan kita Nabi Muhammad SAW. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Owh, rasanya Tedi sudah salah faham maksud "sirih naik" tu. Tedi ingatkan ia bermaksud sirih itu sedang diangkat. Tetapi setelah berfikir daripada konteks keseluruhan ayat, Tedi rasa peribahasa ini berasal dari sudut pertanian. "Sirih naik" itu mungkin bermakna sirih yang ditanam mula menjalar naik atau mula menjadi.

Barulah kena dengan salah satu maksud junjungan iaitu "galah tempat pokok menjalar atau memanjat". Mungkin pengusaha sirih pada suatu masa dahulu sediakan junjungan ini supaya daun sirih menjalar naik. Jadi logiklah maksud "tiba-tiba mendapat bencana" kerana jika junjungan itu patah pada masa penting tersebut, mungkin merosakkan daun sirih itu.

 

Sirih naik, junjungan naik

Peribahasa ini bermaksud "mendapat keuntungan dan bahagia silih berganti".

Rasanya ini berlawanan kepada peribahasa Sirih naik, junjungan patah, jadi boleh rujuk di situ untuk memahami asal-usul peribahasa ini.

 <top>

Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat ke pucuk junjung

Peribahasa ini bermaksud "tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya".

Panjang betul peribahasa ini kan? Nampaknya peribahasa ini menguatkan hujah Tedi bahawa peribahasa Sirih naik, junjungan patah dan Sirih naik, junjungan naik berasal daripada kegiatan pertanian.

umpama sirih menjalar dulu {10}

Lenggang bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu

Peribahasa ini bermaksud "orang yang tidak sedarkan kekurangan dirinya".

Erm susah nak faham ni, kena tahu bagaimana lenggang sirih jatuh tu dan apa pula tampuk layu tu. Tedi tak rasa ia ditujukan  kepada "sirih", mungkin ditujukan kepada "buah" kerana tampuk ini tempat buah melekat kepada tangkai. 

 

bersambung ...


~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
# peribahasa melayu dan maksud {90}