Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2023

[t16d30] Taman Buaya & Rekreasi Melaka

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Teks: SELAMAT DATANG KE TAMAN BUAYA. WELCOME TO TAMAN BUAYA. TARIAN KEBUDAYAAN, TAMAN TEMA AIR, PETTING ZOO, MALAYSIA IN MINIATURE KAUNTER PEMBAYARAN OPEN ADULT: RM 15.00 - RM20.00 CHILDREN: RM 11.00 - RM 17.00 OKU: RM 7.50 Discount 50% SENIOR CITIZEN: RM 14 & RM 10.00 FOREIGNERS: RM 33.00 TAMAN BUAYA MELAKA. KAMI TERIMA. WE HONOUR. Papan Aktiviti / Activities Board MUSYKIL TENTANG BUAYA ??? DI SINILAH TEMPATNYA!!! Tunai sahaja ACTIVITY Package RM 10.00 (promotion) RM30.00 (harga asal) Term & condition apply. Koi Fish Feeding, Chicken & Goose Feeding, Duck & Birds Feeding, Rabbit Feeding SAKSIKAN!!! Demonstrasi Memberi Makan kepada BUAYA! 11:30 AM & 3:30PM Special Weekends Cultural Show 12.30 AM & 2.30 PM Magic Show 11:30 AM & 3:30PM # Saturday, 30 April 2016, 15:13 # 20160430 # Canon EOS 500D # IMG_7774 # Taman Buaya & Rekrea...

[t16c05] Tugu Peringatan Keluarga Dato Hj Sidek

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Selepas selesai mengunjungi Pantai Morib kami bergerak pulang melalui Banting. Jika kawan-kawan merupakan peminat badminton Malaysia mungkin kawan-kawan sedia maklum bahawa Banting telah melahirkan satu keluarga legenda badminton Malaysia iaitu anak-anak Sidek. Kami mengambil kesempatan untuk singgah di rumah keluarga Dato Haji Sidek yang turut menempatkan Tugu Peringatan Keluarga Dato Haji Sidek. Tugu peringatan ini menampilkan arca 2 raket badminton mengapit satu bulu tangkis. BERJUANG UNTUK KECEMERLANGAN BANGSA DAN NEGARA TUGU PERINGATAN KELUARGA DATO HJ SIDEK DIABADIKAN KERANA KEJAYAAN ANAK-ANAKNYA DI ARENA BADMINTON:  HJ MISBUN, RAZIF, JALANI, ABD. RAHMAN, ABD. RASHID, JAMALIAH # Saturday, 5 March 2016, 21:02 # SONY ILCE-5000 # 20160305 # DSC09448 # Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor # Pada masa kami berada di situ Tok Mak turut menemuramah anak-anak muda yang ...

Review tayar Viking CityTech CT5

Imej
Kiriman kali ini Tedi sediakan khusus untuk tidak menghampakan permintaan beberapa kenalan yang mahukan Tedi memberikan komen atau review berkenaan tayar Viking CityTech CT5 yang kami gunakan sejak bulan Mei 2016 yang lalu. Bagi mereka yang belum tahu, tayar Viking CityTech CT5 tersebut kami beli dari Lim Tayar cawangan Bangsar . Harga tayar Viking CityTech CT5 bersaiz 185/60R14 itu kami beli pada harga RM 170 sebiji bagi menggantikan tayar Michelin Energy XM2 yang digunakan pada kereta Proton SAGA BLM 1.3 Transmisi Manual . Harga tayar Viking di Malaysia untuk tahun 2017 boleh disemak di sini . Jadi  review Tedi kali ini adalah berdasarkan kepada pengalaman kami menggunakan kedua-dua tayar, bukan nak membandingkan, cuma sebagai ukuran sahaja. Pengalaman menggunakan tayar Viking CityTech CT5: Ia mengeluarkan bunyi yang agak kuat berbanding Michelin Energy XM2, mungkin kerana bunganya yang lebih lebat. Tapi bunyi itu tidak ketara jika kereta dipandu laju dan radi...

[T17J09] Nor Aina dan Irsyad

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Mohd Irsyad singgah tumpang tidur di rumah kami kerana dia akan berlepas pulang ke Kota Bharu esok pagi menaiki kapal terbang melalui penerbangan AirAsia, setelah hadir ke Shah Alam untuk meraikan majlis pertunangan sepupu perempuannya. Ini adalah gambar bayi Nor Aina sedang duduk di pangkuan abang Irsyad, tampak janggal Irsyad kerana dia bukanlah berani dan nak sangat main dengan bayi. Semasa ini Nor Aina berusia bulan dan foto ini ditangkap sebelum kami keluar mencari Nasi Arab di Bandar Baru Nilai. Kedua-dua mereka sedang duduk di atas bean bag hitam dan tidak tahulah apa yang Aina sedang buat, mungkin sedang menonton BoboiBoy Galaxy gamaknya. ~20171007~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t19j25] Enjin Kereta Proton Persona tak boleh start bunyi tak tak tak

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pada hari Isnin, 21 Oktober tiba-tiba sahaja kereta Proton Persona 2008 transmisi manual kami tidak dapat dihidupkan enjinnya. Ada bunyi engkol (crank) enjin sedikit sebelum disudahi dengan bunyi tak tak tak. Melalui rujukan antarabangsa, enjin kereta Proton Persona tidak dapat dihidupkan dan disertai bunyi tak tak adalah berpunca daripada masalah pada bateri tersebut. Tetapi bukan bateri sahaja boleh menjadi punca masalah kepada enjin tak boleh start dan berbunyi tak tak, masalah pemula (starter) enjin juga boleh menyumbang kepada masalah yang sama. Bagi memastikan bahawa masalah sebenar adalah pada bateri dan bukan pada  engine starter , Master telah meminjam kabel  jumper  milik Pak Lang Epul untuk  jump start (hidup lompat) enjin kereta Proton Persona tersebut. Jump Start Enjin Kereta Proton Persona Jump start secara umumnya adalah kaedah menghidupkan enji...

Gambar Klasik Masjidil Haram di Makkah al-Mukaramah

Imej
Ini adalah koleksi gambar lama Masjidil Haram yang Tedi terima melalui email. Saja Tedi masukkan dalam interpretZZ ni semoga dapat Tedi tengok kembali pada masa akan datang. Masjidil Haram adalah masjid di Makkah yang di dalamnya terdapat Kaabah yang menjadi kiblat buat umat Islam. Ia adalah salah sebuah daripada 3 masjid teragung umat Islam selain Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid al-Aqsa. Gambar Kaabah lama versi hitam putih diselubungi dengan kelambu Kaabah berwarna hitam. Tedi tertanya-tanya bangunan apakah yang berhampiran dengan Kaabah tersebut? Pada zaman sekarang sudah tidak kelihatan bangunan itu. Bagus juga kerana ia mencemari penampilan Kaabah. Gambar orang sedang bersolat di sekeliling Kaabah. Kelihatan bangunan-bangunan di kawasan bukit-bukau di sekitar Masjidil Haram.   Gambar ini seperti kawasan Masjidil Haram dilanda banjir. Mungkin sukar bagi kita untuk menggambarkan bagaimana Makkah dan Kaabah boleh banjir sedangkan ia berada di kawasan padang pasir? Namp...

[t23d20] Contoh Perniagaan Perkhidmatan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan: Apakah itu perniagaan perkhidmatan? Contoh perniagaan perkhidmatan Perkhidmatan latihan olahraga / kecergasan Perkhidmatan Kemas Rumah Rundingan perniagaan Perkhidmatan penyelenggaraan Rekaan grafik Khidmat nasihat kewangan Bimbingan akademik Kedai mekanik kenderaan Perkhidmatan pengangkutan Mencuci kereta Syarikat landskap Servis kolam Penjagaan kanak-kanak Mengecat rumah Terapi urut Industri perkhidmatan adalah penting kerana ia menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan untuk memenuhi keperluan dan memudahkan kehidupan mereka. Keperluan pelanggan adalah keutamaan dan menjadi misi perniagaan untuk memuaskan hati pelanggan mereka. Mempelajari perniagaan perkhidmatan membantu memahami kepentingan khidmat pelanggan dalam mengembangkan perniagaan. Apakah itu perniagaan perkhidmatan? Perniagaan perkhidmatan adalah syarikat aygn melaksanakan sesuatu tugas untuk faedah pe...

[t18i29] Mencari Kedai Dobi Layan Diri di Cameron Highlands

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pada pagi hari Sabtu Master melilau mencari kedai dobi layan diri di Cameron Highland dan akhirnya ketemui juga di kawasan Perumahan Makmur Cameron Jaya di Tanah Rata. Pusat Rawatan Urut Kaki Foot Reflexology Family Spa. Abang Dol Laundry, Dobi Layan Diri, Bersih - Selesa - Harum, 24H Self Service, Dimiliki oleh AN99 Enterprise (CA0269812-H) # Saturday, 29 September 2018, 08:27 # SONY ILCE-5000 # DSC06800 # Blok B5-1-7(S) Jalan PMCJ 7, Perumahan Makmur Cameron Jaya, Darulmakmur, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang # ~20180929~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t16k25] Kembara Bangkok hari ke-2

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Gerak Dulu Dalam seksyen Gerak Dulu ni terselit koleksi gambar ketika kami berjalan dari hotel ke jalan besar. Van takkan masuk ke kawasan hotel kerana kesesakan yang ada di kawasan itu. Buang masa jika van datang menjemput kami. Lebih baik kami berjalan kaki ke tempat van akan menjemput kami. Kawasan ini sesak kerana ia kawasan tumpuan pelancong. Terdapat pasar pagi atau mungkin pasar sepanjang hari di kawasan ini di mana pada waktu pagi sebegini mereka akan mula melakukan persiapan untuk berniaga, jadi kawasan ini memang sibuk. Gambar bahagian depan sebuah pusat urutan berwarna ungu di Thailand bernama Sangkarn Massage yang menyediakan urutan Thai, urutan kaki, urutan minyak, dan urutan aroma. Dibuka dari jam 11 pagi sehingga 12 malam. Nombor telefonnya ialah 084-702-8664 dan Wi-Fi percuma disediakan. # Friday, 25 November 2016, 08:34 # 20161125 # DSC01518.JPG # Dirakam menggun...

[t20b13] Anak-anak Unicorn, Master Urut

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan:  Kolaj Gambar Anak-anak Unicorn ,  Master Urut Kolaj Gambar Anak-anak Unicorn Kalau sebut pasal unicorn memang Aina sukakan unicorn selain pony, Elsa dan Mickey Mouse. tetapi jika pasal aksesori perhiasan atas kepala, adiknya si Aidan yang lebih lekat aksesori di atas kepalanya. Aina tak boleh pakai aksesori kepala sekejap saja pasti mahu dicabutnya. Tak kisahlah sama ada topi, tudung, cekak dan sebagainya. Dua ekor anak unicorn, seekor betina dan seekor jantan hehe. Gaya unicorn manakah yang betul-betul serupa macam unicorn? Gambar kolaj Aina dan Aidan memakai cekak kepala bertemakan unicorn. Umur Aina ialah 2 tahun 11 bulan 20 hari pada masa gambar diambil. Umur Aidan ialah 8 bulan dan 14 hari semasa gambarnya diambil.   # Friday, 14 February 2020, 08:33 # PhotoGrid_1581640412835.jpg # 20200214 # Rumah Sepang #   Master Urut "TAK CUBA TAK TAHU, DAH ...

[t14a30] Maksud sebenar warna bendera Negeri Sembilan?

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan: Prakata Makna warna pada Marawa Minangkabau (Bendera Minangkabau) Maksud warna Bendera Negeri Sembilan Persamaan Istilah? Prakata Mungkin ramai mengetahui bahawa kerajaan Negeri Sembilan ada hubungan dengan Kerajaan Pagaruyung di Batu Sangkar. Alhamdulillah, ketika Tedi berkunjung ke Padang, Indonesia, kami juga dibawa melawat Istana Basa Pagaruyung (Istana Besar Pagaruyung) yang terletak di Batu Sangkar. Kalau nak cerita pasal Istana Besar ni, memang akan meleret-leretlah coretan Tedi ni nanti. Semoga Tedi diberikan masa dan kerajinan untuk merakamkan kenangan kami di sana. Cuma ada satu perkara yang Tedi teruja nak kongsikan bersama kawan-kawan. Pada istana ini terdapat 3 warna yang cukup meriah, iaitu kuning, merah dan hitam. Sekilas pandang warna-warna ini sahaja Tedi dah terasa semangat Negeri Sembilan meresap ke jiwa, kerana ketiga-tiga warna ini terdapat pada ben...

Prev Next

Popular