Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2022

Peribahasa Gaduh

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Apa digaduhkan: pengayuh sama di tangan, perahu sama di air Tidak takut menghadapi lawan apabila sama-sama mempunyai kebolehan. Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah Orang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar-besar akhirnya ia sendiri yang binasa. Lawak-lawak main, bunga tahi Bergurau senda yang akhirnya membawa kepada pergaduhan. Nasi disaji pula digaduhkan, padi di ladang dilanyak gajah tidak disusahkan Belanja yang sedikit yang digaduhkan, sedangkan belanja yang besar tidak dihiraukan. ~~~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t14e24] Pesanan buat diri

Imej
Kau kebuntuan namun tidak keseorangan Kau punya jalan, namun tidak ketemukan Kau berasa dalam kegelapan walaupun disirami cahaya Mungkin kerana dadamu sesak ditekan masa Tetapkan langkahmu, langkah satu-persatu Utamakan jalan yang lurus daripada yang berliku Semoga kau ketemukan destinasi yang dicari Dengan usaha diri dan ketetapan Illahi Rabbi Oleh itu teruskan berusaha dan berdoa Jalan itu tidak semestinya lurus Ia kan ada persimpangan, punya halangan Pilihlah yang mana sesuai dengan keupayaan dan kekangan. Kau punya masa, namun takkan pernah jadi pemiliknya Maka bahagikan ia sebaiknya Manusia takkan pernah faham Maka jangan kau harap belas ehsan mereka Kerana hakikat manusia melihat hasil Berbeza dengan Allah yang melihat usahamu Tetapkan niatmu Dan berserah kepada Illahi. Dia Maha Penentu. Tedi di sekolah ni, cuba menyiapkan projek yang terbantut. Mati idea dibuatnya padahal solusinya dah lama Tedi punya. Cuma mungkin...

[t19l28] Melawat kawan baik Tok Abah di Kampung Laksamana

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Tok Abah ajak Master pergi mencari kawan baiknya yang telah lama tidak berjumpa di Kampung Laksamana. Rupa-rupanya kawan baik Tok Abah itu telah diserang strok. Memang kalau ada hubungan silaturrahim Allah akan gerakkan hati kita jika ada sesuatu menimpak saudara-mara atau kawan-kawan. Cuma kita sahaja yang perlu membuat keputusan sama ada segera menemui mereka atau menangguhkannya sehingga tidak ada peluang untuk bersua. Tok Abah sedang berbual dengan kawan baiknya bernama Yunos yang telah diserang stroke. Tok Yunos tidak mampu bercakap seperti biasa menyebabkan dia berbual dengan Tok Abah melalui ejaan dengan menunjuk kepada huruf-huruf. # 20191228 18:10 Jalan Laksamana 6 # Saturday, 28 December 2019, 18:10 # 20191228 # Xiaomi Redmi Note 5A # IMG_20191228_181026 # ~20191228~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t20g21] Master Tolak Huawei

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pada masa sekarang banyak iklan gajet Huawei dimainkan. Jika kita tonton YouTube sahaja entah berapa banyak iklan Huawei, belum masuk " review " daripada para YouTuber mahupun artis. Kenapa banyak sangat iklan Huawei? Jika kawan-kawan tak tahu, Huawei telah diharamkan di Amerika Syarikat. Pengharaman ini mungkin atas dasar perang ekonomi yang  dilancarkan oleh Donald Trump. Pengharaman ini juga menyebabkan Huawei kerugian kerana kehilangan pasaran yang menguntungkan. Selain itu Huawei juga tidak dibenarkan menggunakan perisian yang dibangunkan oleh Google, ini menyebabkan mereka tidak boleh gunakan sistem operasi Android yang terkenal itu. Huawei membangunkan sendiri sistem operasi mereka yang dinamakan HarmonyOS dan juga stor aplikasi mereka sendiri yang diberi nama AppGallery .  Oleh sebab itu Huawei telah bertindak agresif dalam membangunkan prod...

[t16h31] Tok Ayah kemalangan

Imej
Malam semalam dalam jam 9:30 kami menerima berita bahawa Tok Ayah kemalangan di simpang Lui Barat. Ketika itu Tok Ayah dalam perjalanan ke sambutan malam kemerdekaan di Felda Lui Barat. Kemalangan berlaku melibatkan Perodua Kembara dan sebuah kereta secara berhadapan. Tok Ayah kata dia tak apa-apa. Manakala nasib teman tok ayah dan keluarganya belum diketahui. Pak Lang Epul, Mak Lang Yan, dan Adam Irfan ke Puchong Prima untuk menjemput Mak Ngah Zira, Pak Ngah Shah, Nasrullah, Sakinah dan juga Pak Teh Judin. Master pula berhajat untuk bertolak esok pagi kerana dia tidak larat memandu.   Lokasi simpang Felda Lui Barat di mana kemalangan berlaku: 20160831

Ke manakah penguin mati pergi?

Imej
Manusia tentunya tahu ada ramai penguin di Antartika. Tapi pernahkah manusia bertanya, kenapa manusia tidak pernah menemukan bangkai penguin di atas ais di Antartika. Sedangkan jika mengikut logik nisbah bilangan penguin dan habitatnya, tentulah akan dapat ditemukan bangkai penguin di mana-mana di atas muka bumi kiub ais itu. Ke manakah kesemua bangkai penguin itu pergi? Tidak dapat disembunyikan lagi bahawa penguin adalah haiwan yang penuh ritual yang hidup dalam keadaan yang tersusun dan penuh kompleks. Penguin sangat pentingkan keluarga dan akan berpasangan untuk seumur hidupnya. Jika ada seekor penguin ditemui mati di atas permukaan ais oleh masyarakat penguin, ahli keluarganya dan rakan sosialnya akan menggali lubang di dalam ais menggunakan kepak dan paruh mereka. Apabila lubang itu cukup dalam, penguin yang mati akan digulingkan ke dalamnya dan kemudian ditanam. 20161106

Buku: Atlas Perang Salib

Imej
Sebuah buku yang menarik. Tedi jumpa di booth di Lapangan Terbang Kota Bharu , Kelantan. (Ha'ah Tedi pergi Kelantan, jalan-jalan) Malangnya harga buku tu RM200++ di booth tersebut (masih dalam lingkungan harga atlas sepertinya).  Tedi tak jadi beli buku ni, nanti kalau Tedi ada duit, Tedi nak beli kat mana-mana pesta buku di Malaysia. :) Ermm... nak mintak duit dengan Pogy la, Pogy mesti banyak duit.  

DreamBowl Kompleks Sukan Airport Nilai

Imej
Baru 2 kali kami bermain di sini, harganya pun tidak kami ingat berapa? Peluang kerja sebagai juruwang dan marshall lorong di DreamBowl. Harga satu permainan adalah di antara RM 5.50 sehingga RM 6.50 mengikut masa dan hari. Main bowling di Kompleks Sukan Airport ni agak best sebab tempatnya selesa, ada juga ruangan VIP yang Tedi tak tahu digunakan oleh siapa? Mungkin sesiapa sahaja boleh menggunakannya asalkan sanggup bayar lebih? Kepada mereka yang mahu bekerja di sini mungkin boleh mencuba nasib, itupun jika masih terbuka peluangnya. Kalau kerja di sini, mungkin boleh menggilap bakat sebagai pemain bowling, manalah tahu suatu masa nanti boleh menjadi pemain negara? Lagipun Tedi tengok pekerja di sini selalu juga bermain (berlatih barangkali) di tempat kerja mereka sendiri. 24 Jun 2015,20150624

Tonton TV melalui HyppTV Everywhere

Imej
Tonton TV melalui HyppTV Everywhere Malam ini Master nak tonton Final Piala Malaysia di antara Selangor dan Kedah yang berlangsung di Stadium Shah Alam Malangnya Mommy nak conquer TV kerana ada Gegar Vaganza, padahal siaran Gegar Vaganza tu yang tahun lepas lepas lepas pun ada ulangannya. Terpaksalah cari alternatif macam mana nak tonton TV, perlukah Master menonton siaran lansung Final Piala Malaysia itu di kedai makan? Malas pula Master nak tonton di luar kerana tidak seseronok menonton di rumah sendiri Teringat pasal HyppTV Everywhere Master teringat pasal HyppTV Everywhere dan mula install aplikasi tersebut ke dalam telefon pintar ZTE Blade , kemudian register akaun, dan kemudian login. Mudah saja. Tapi apabila nak tonton TV, duk loading sahaja tanpa ada sebarang gambar. Kemudian di rumah Master cuba pula guna web browser untuk menonton HyppTV Everywhere. Selepas beberapa kali cuba install plugin yang diperlukan dengan sedikit sumpah seranah ke atas TM akibat kesukara...

[t16i22] 10 Langkah Tangani Serangan Ransomware

Imej
Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk bagi Tedi. Pertama kerana ada permintaan untuk menambah satu fungsi baru ke dalam Modul Akses Terlindung. Keduanya, kerana ada satu isu peningkatan trafik yang menyebabkan salah satu pengguna sistem Tedi terhalang daripada menghantar data. Apa yang membimbangkan adalah setelah disiasat, didapati bahawa ada mesin mereka yang telah diserang ransomware yang Tedi gelar perisian tebusan. Ia adalah satu perisian hasad yang akan menyulitkan fail dalam komputer anda, dan meminta anda membayar tebusan jika mahukan kandungan fail itu dinyah-sulitkan. Bagi kita semua, penting untuk kita menangkis serangan ransomware ini kerana tentunya kita tidak mahu membayar untuk fail milik kita sendiri, tambahan fail-fail itu kita perlukan dalam kehidupan kita di zaman IT ini. Untuk menangani serangan ransomware, pegawai IT dan keselamatan maklumat perlu melakukan perkara berikut: Pastikan semua aset digital dan lokasinya ditanda kan dengan jelas untuk men...

[t14a23] Topik sama, perspektif berita berbeza

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Siang tadi Tedi selamat sampai di Padang, Indonesia.   Kemudian kami terus bergerak ke Bukit Tinggi . Ada beberapa tempat kami singgah, tapi Tedi nak cerita pasal berita mengenai banjir yang sedang melanda Jakarta . Beritanya sangat berinformasi dan memang banyak liputan yang dibuat. Rasanya hampir 50% berita adalah mengenai banjir! Mula-mula berita pasal masalah kesihatan akibat banjir, banjir mulai surut, penyediaan makanan untuk mangsa banjir, aktiviti pembersihan selepas banjir, kerajaan takkan beri pampasan kepada mangsa banjir, kebakaran di pusat pindahan banjir, dan mangsa banjir mati lemas. Banyak kan berita bertajuk banjir? Tedi tak berganjak menonton berita tu kerana ia betul-betul berita! Dan berita itu memang membantu Tedi mengetahui kesadisan masalah banjir di Jakarta. Cuba kita imbas kembali  berita banjir edisi Malaysia ... Adakah ia memberi maklumat bagaimana keadaan banjir di negara kita? 20140123

[t13e05] Beza Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat... master berbicara.

Tedi bagi laluan la untuk Master berceloteh pagi ni, sempena pilihanraya umum yang ke-13 pada tahun 2013. Master kata (tiru style Tun Dr. Mahathir) : Barisan Nasional adalah parti pelbagai kaum melalui gabungan parti2 berasaskan kaum masing2. Pakatan Rakyat pula merupakan gabungan parti pelbagai ideologi di mana setiap parti komponen tidak berasaskan kaum tetapi berdiri atas ideologi masing2. Contohnya PAS di atas prinsip Islam, PKR mungkin atas prinsip sosial, manakala DAP mungkin atas dasar demokratik. Ironinya, Barisan Nasional sering mencanang Pakatan Rakyat mementingkan dasar perkauman. Bagi Master, tuduhan itu tidak benar sama sekali kerana setiap komponen Pakatan Rakyat boleh dianggotai mana2 kaum asalkan mereka patuh kepada ideologi parti tersebut. Mempunyai 1 parti yang dianggotai oleh banyak parti komponen yang berasaskan kaum mungkin multi-racial, namun tidak menjadikan Barisan Nasional lebih anti-perkauman berbanding Pakatan Rakyat. Ini cuma pendapat ilmiah. t...

[t13f07] Peperangan ini akan bermula... harapnya yang finale

Imej
Tedi bangkit pada pagi ini dengan semangat untuk menguasai mereka Gambar bayangan peperangan beruang dalam Battle Bears. Menguasai siapa? Para manusia yang selama ini menuntut Tedi melakukan pembentangan demi pembentangan. Semoga pembentangan ini adalah yang terakhir, kerana Tedi sudah tidak berdaya lagi. Tedi sudah penat. Tedi fed up . Namun banyak yang Tedi belajar dalam ujian ini. Bukan hanya pengalaman dunia malahan akhirat juga. Mungkin ini bukan penamatnya, tetapi hanya satu episod permulaan. Lihatlah dunia, seekor Tedi memulakan langkahnya. 20130607 06:36

Lee Chong Wei masuk... Chong Wei Feng keluar...

Imej
Sungguh dramatik pemilihan pemain ke Kejuaraan Dunia kali ni. Sebelum ini Tedi tak pernah kisah siapa yang terpilih kerana pastinya mereka terpilih kerana kedudukan mereka dalam ranking dunia. Namun kali ini Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terpaksa membuat pemilihan drastik tentang siapa yang bakal ditendang jika mereka memilih Lee Chong Wei untuk mewakili Malaysia di kejohanan tersebut. 2 pemain Malaysia yang layak adalah Chong Wei Feng (ranking 31), dan Zulfadli Zulkiffli (ranking 41), manakala Lee Chong Wei di ranking ke-6. BAM tentunya akan memilih Lee Chong Wei kerana status pemain bintang itu. Namun siapa yang perlu ditendang? Secara mudahnya, jika ikut ranking, jika Lee Chong Wei masuk, maka Zulfadhli Zulkiffli keluar, namun tentu sahaja pemain itu tidak bersetuju kerana bukan senang untuk sertai kejohanan berprestij seperti itu. Tambahan baginya, itu adalah urusan dalaman BAM, dan dia sebagai pemain bebas tak patut terjebak. Chong Wei Feng juga tentunya t...

Anime: Prince of Tennis (Putera Tennis)

Imej
Tedi amat menyukai anime dari Jepun yang bertajuk Prince of Tennis (Putera Tennis) . Ia mengisahkan tentang pemain tennis muda Jepun terutamanya watak utama Echizen Ryoma dan sekolahnya Seigaku . Kalau nak tonton anime Prince of Tennis ni, Tedi pergi ke YouTube sahaja, tapi tidaklah Tedi tonton habis sekaligus. Ada masanya Tedi akan tinggalkan ia buat beberapa lama sebelum Tedi sambung tonton semula. Ini adalah catatan episod yang Tedi dah tonton. Ada episod yang menarik terutama bab pertandingan, tapi ada masanya juga muncul episod selingan yang agak membosankan. Disertakan link buat kesenangan Tedi untuk tonton semua episod lepas. Episod Tajuk Sinopsis URL di YouTube 141   Seigaku berpecah-belah sejak pemergian jurulatih mereka Tezuka kembali ke Jepun untuk menjadi jurulatih pengganti buat Seigaku, namun dicabar oleh beberapa pelatih untuk berlawan bagi membuktikan kredibilitinya sebagai seorang jurulatih di Kem Jemputan Remaja Nyanyian khas oleh Seigaku sem...

[t17a14] Penggunaan Petrol Subaru XV STI

Imej
Semalam macam biasa tiba sahaja dari pejabat, Master akan cari makan malam. Kami tiba di rumah agak lewat, dalam lingkungan jam 9 malam, sebabnya kami bertolak lewat dari pejabat Master di Bangsar South kerana jalan yang sesak selepas hujan pada hari Jumaat. Lazimnya hari Jumaat memang akan sesak sebab bermulanya hari minggu di mana ramai manusia mencari tempat untuk berlibur, dan ramai juga yang memulakan perjalan keluar dari Kuala Lumpur untuk mencari tempat berehat. Master hantar Mommy ke rumah dulu kerana Mommy diet gula dan garam, manakala Master memerlukan makanan untuk mengisi perut yang agak kekosongan. Pada mulanya Master ke Gerbang Selatan untuk mencari sesuap nasi, tetapi kedai makan tersebut tutuplah pula. Akhirnya Master ke Nija untuk makan Roti Nan. Hendak dijadikan cerita, di situ Master terserempak dengan seorang pemilik XV STI. Berapa minyak XV kau pakai? Itu adalah soalan yang diajukan oleh pakcik tersebut kepada Master. Sambil itu dia memaklumkan bahawa XV mil...

[t13i07] Cinta mereka berakhir di Poring

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Tidak pernah Tedi sangka bahawa lawatan Tedi ke Poring akan disambut dengan sebuah kisah cinta... Foto ini Tedi ambil selepas selamat mendarat daripada canopy walk di Poring Hot Spring. Ia adalah puisi daripada seorang makcik kepada pakcik yang bernama Sydney Arthur Morrell. Pakcik ini "tidur" ketika lawatan mereka ke kawasan pelancongan ini, tak pasti sama ada beliau "tidur" selepas mendaratkan kaki ke bumi. Tedi syak yang makcik itu akan selalu ke Poring untuk mengimbau kenangan mereka di sana.   You never said I'm leaving You never said goodbye You were gone before I knew it And only God know why A million times I've needed you A million time I've cried If love alone could have saved you You would never have died In life I loves you deadly In death I love you still For in my heart you hold a place That no one else could fill It...

[t16e20] Sampai sudah.. XV STI kepanasan

Imej
Alhamdulillah, kami selamat tiba setelah Master bergelut dengan dua kali bayangan semasa memandu. Tok Mak, Tok Ayah, dan Pak Su Jim meneruskan perjalanan mereka ke Batang Benar pula. Lain kalilah cerita pasal bayangan tu. Perkongsian mengenai bayangan tersebut dikongsikan dalam kirirman " [T16E21] Bayangan Ketika Memandu ". Kereta Subaru XV STI mengeluarkan bunyi besi kepanasan, kalau kekawan pernah dengar bunyi besi kepanasan tu tentu tahu bahawa ia seperti bunyi tin  Milo apabila dibakar api. Ini pertama kali Tedi dengar mungkin sebab ini kali pertama XV STI tu travel habis-habisan dalam sehari. Semalam ia bergerak dari Sepang ke Ipoh . Pagi tadi ia ke  Nibong Tebal sebelum ke  Bukit Mertajam dan pulang semula ke Sepang. Dalam perjalanan ke Sepang kami singgah di RNR Tapah di mana Tedi rakamkan dalam kiriman  Beriklan dengan netqlix . Rasakanlah penangan ujian panduan Master dan Mommy.. hehe. Okayla, Tedi nak tidur, esok nak sekolah. Gambar panel pe...

[t16e21] Rush Hour: Landing Time

Imej
18:30, Kota Bharu. Baru mendarat di Lapangan Terbang Ismail Petra, Pengkalan Chepa setelah tidur dalam penerbangan berdurasi 50 minit. Tadi terkocoh-kocoh berlari kejar cari pintu balai berlepas. Penerbangan jam 5:30 petang, dan jam 4:30 baru tiba di KLIA2. Jam 5:10 petang pintu balai berlepas akan tutup jadi kami memang kena berlari. Check in pun lewat tadi, dapat pula hot seat . Tapi hot seat tu cuma dapat duduk depan saja pun, seat sama ja macam biasa. Sudahlah jauh berjalan ke balai berlepas tu. Berpeluh jugalah dibuatnya. Flight jam 5:30 petang, kami bergerak jam 3 lebih, tiba di ERL Salak Tinggi jam 4:00 petang. Tren seterusnya hanya akan tiba dalam 22 minit. Sampai di KLIA2 dalam jam 4:30 dan terus berlari kejar kapal terbang. Benarlah kalau nak naik kapal terbang di KLIA2 ni kena 2 jam sebelum kapal terbang berlepas, bukan seperti naik bas, turun kereta boleh terus naik bas. Naik kapal terbang di KLIA2 mula-mula kena check in, lepas tu lalui pemeriksaan imigresen, le...

[t19f30] Pejabat Penggawa Daerah Pengkalan Kubor; Roti Tempayan Pasir Pekan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pagi tadi ke Klinik Kesihatan Delima kerana  Aidan menerima suntikan 1 bulan , manakala pada waktu petang ni kami merayau ke kawasan sekitar Pengkalan Kubor. Pejabat Penggawa Daerah Pengkalan Kubor Kompleks Penggawa Daerah Pengkalan Kubor, Kampung Geting, Tumpat, Kelantan. Parti Islam SeMalaysia (PAS) * Ikhlas daripada YB Ustaz Hj Wan Roslan bin Wan Mamat * Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan * ADUN Pengkalan Kubor dan Majlis Tindakan DUN (MTD) Pengkalan Kubor * wifi komuniti # Sunday, 30 June 2019, 17:56 # IMG_20190630_175647 # Xiaomi Redmi Note 5A # Jalan Kota Bharu - Pengkalan Kubor, Kampung Geting, 16200 Tumpat, Kelantan # 6497+M7 Tumpat, Kelantan Lokasi dalam Google StreetView: Kompleks Penggawa ini terletak di persimpangan jalan Kota Bharu - Pengkalan Kubor menuju ke Pantai Geting menjadikan kewujudannya agak sukar untuk tidak diperhatikan tambahan pula rekabentukn...

[t13g21] 5 saudara yang comel!

Imej
Yang manakah paling comel di antara mereka ni? Masing-masing ada identiti sendiri dan wajah mereka kadangkala kelihatan nakal. Ada yang ada jambul, ada yang bertelinga mencacak. Gamaknya mereka ni memang up-to-date dengan dunia fesyen? Alpacas berhampiran kaki Cotopaxi Volcano, Ecuador (© Steve Bloom Images/Alamy)  http://www.stevebloom.com/ Tak dapat Tedi nafikan kecomelan mereka ini. Dah lama Tedi tak hantar kiriman seperti ini, mengambil gambar daripada web dan dipamerkan di blog ini tanpa sebarang cerita yang sesuai.   Tapi 5 ekor Alpaca ni menggoda Tedi untuk berkongsinya dengan kawan-kawan. Kalau kawan-kawan cari sendiri pun pasti akan ketemu gambar yang lagi comel.   Maka Tedi tanpa segan silu mahu promo laman  http://www.stevebloom.com/  yang penuh dengan gambar-gambar hidupan liar.   Kerja yang bagus, Steve Bloom! 21 Julai 2013, 20130721

[t19f30] Aidan suntik 1 bulan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Hari ini hari Ahad kami bawa Aidan ke Klinik Kesihatan Delima untuk ambil suntikan pelalian bayi umur 1 bulan.   Selain itu kehadiran kami ke sana adalah untuk kutip keputusan pemeriksaan penyakit kuning Aidan. Malangnya internet tidak berfungsi di Klinik Kesihatan Delima tersebut.   Mummy dan Master sebenarnya tak mahu bawa Aina sekali, tapi dek kerana Aina tiba-tiba bangun awal pada pagi kejadian, terpaksalah bawa dia sekali.   Hasilnya terpaksalah Master berkejar-kejaran dengan si Aina sepanjang berada di Klinik Kesihatan Delima.   Selain itu Aina juga berjaya membeli-belah 1 kotak air susu, 1 kek Apollo perisa pandan, dan 2 bungkus biskut beruang. Biskut beruang bukanlah sejenis biskut untuk santapan beruang tetapi ia adalah biskut berperisa coklat dengan bentuk beruang yang comel.   Pada sebelah petang pula kami ke sekitar Pangkala...

[t16f24] Adakah Kereta Kebal Rusia Tidak Bagus Berbanding Kereta Kebal Jerman atau Tentera Bersekutu?

Imej
Ini adalah bacaan sejarah dan tidak menunjukkan sokongan Tedi kepada mana-mana pihak. Soviets telah cuba sedaya upaya untuk menjauhkan tentera Jerman dari Moscow. Stalin terpaksa memindahkan angkatan tentera dari Timur Jauh dan juga Leningrad untuk kukuhkan pertahanan. Pada masa yang sama juga Soviet berjuang habis-habisan untuk menamatkan kepungan musuh ke atas Leningrad. Pada hujung kepungan selama 900 hari itu, sejuta orang awam kehilangan nyawa mereka. Soviet juga hampir hilang Stalingrad keseluruhannya kepada Jerman, di mana pada masa itu Jerman telah menawan 90% kota yang telah musnah itu. Dalam keadaan yang kritikal seperti itu, mereka terpaksa menggunakan semua tentera dan mesin yang ada. Tentera mereka selalunya tidak terlatih, dan jentera mereka selalu bermasalah. Keadaan ini memberikan jawapan kepada persoalan di atas - ya, kereta kebal Soviet lemah pada masa itu. Bagaimana jika dibandingkan dengan kereta kebal Jerman? Soalan ini susah untuk dijawab. Kereta kebal Jerman...

[t22i17] Potluck house warming rumah kawan Mummy di Sungai Merab

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini ada majlis makan-makan di rumah kawan Mummy yang baru didudukinya. Rumah banglo itu terletak di Jalan Caa Villa di Sungai Merab, bersebelahan dengan ladang ternakan ayam kampung Nuralis Agro sekaligus memudahkan mereka memperolehi bekalan daging ayam dan telur ayam. Mummy sibuk berbual dengan kawan-kawan beliau manakala Master pula mendengar para suami kawan-kawan Mummy berborak. Lukisan menggambarkan Mummy swafoto bersama kawan-kawan beliau semasa majlis potluck di rumah banglo baru kawan Mummy di Sungai Merab. # Saturday, 17 September 2022, 12:50 # OPPO Reno8 Pro 5G # IMG20220917125033 # Jalan Casa Villa, Kajang, Selangor # Maksud Merab? Tedi agak tertanya-tanya apakah maksud nama Sungai Merab itu? Malangnya perkataan "merab" tiada dalam kamus Bahasa Melayu. Tedi dapat tahu melalui internet bahawa di Sungai Merab ini ramai orang Bengkulu, tetapi tiad...

T21G07 Jangan dikenang lagi Piala AFC

KEKECEWAAN tidak dapat beraksi dalam Piala AFC tidak seharusnya menghantui pemikiran para pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) ketika mereka sedang berusaha untuk terus berada di kelompok teratas Liga Super dan hanya berada empat mata di belakang pendahulu, JDT. Justeru kata ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak, beliau mahu para pemain untuk tidak ‘meratapi’ kekecewaan itu dan perlu segera memberi fokus kepada saingan liga tempatan. Katanya, semua pihak perlu percaya akan hikmah di sebalik pembatalan aksi melibatkan KDA FC dan Terengganu FC (TFC) dalam saingan peringkat Asia tersebut selain berusaha menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin demi kebanggaan penyokong setia. “Di peringkat Piala AFC, kita mungkin sudah ‘selesai’ tetapi masih banyak tugas perlu dilaksanakan dalam liga tempatan, setidak-tidaknya menyamai pencapaian berada di kedudukan kedua Liga Super seperti tahun lalu. “Kami perlu lupakan segera kekecewaan ini dan segera bergerak ke depan. Dalam masa sama, saya memuji bari...

[t22c26] Membandingkan Mi Air Purifier 3H dengan Xiaomi Smart Air Purifier 4 Lite

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pelik pula kebelakangan ini hidung tersumbat teruk pada setiap pagi. Puas sudah bersihkan bilik menggunakan pembersih hampagas atau penyedut habuk  iLife V55 Pro , PerySmith , dan Philips dan dipasang juga pembersih udara Cuckoo tetapi masih juga gatal-gatal hidung kami. Master selalu menyalakan lampu suluh pada telefon pintarnya dalam kegelapan bilik tidur utama di rumah kami dan kelihatan masih banyak debu-debu halus berterbangan dengan bebasnya. Adakah pembersih udara Cuckoo model  CAC-CD1210FW C-MODEL itu sudah tidak relevan dengan tahap pencemaran udara dalam rumah kami? Adakah teknologinya sudah ketinggalan zaman? Adakah sudah tiba masanya Master mencari pengganti kepada produk yang perlu dibayar RM 56.60 setiap bulan itu (bersamaan RM 679.20 setahun )? Atau adakah sebaliknya Master perlu menambah bilangan alat pembersih udara dalam rumah kami? Walau...

Pak Anjang meninggal dunia, Kenduri di Menara TM, ambil kunci Desa Mentari

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Terima berita kematian Pak Anjang Tok Mak, Tok Ayah, Pak Su Jim bertolak ke Salak Tinggi Singgah di Kampung Kenangan Puchong Tiba di Homestay Nur Kasih, Taman Desa Indah Menuju rumah arwah Pak Anjang Singgah di Kari Corner Bergerak ke Menara TM Singgah di Desa Mentari Singgah di D'Pulze Terima berita kematian Pak Anjang Kami menerima berita daripada Tok Mak pada sekitar jam 7 pagi, 7 Jan mengenai pemergian arwah Pak Anjang pada sekitar jam 5 ke 6 pagi. Master mengambil masa yang lama untuk memutuskan bahawa kami akan mengikut Tok Mak dan Tok Ayah pulang ke Pulau Pinang atau tidak. Master agak keberatan kerana beberapa faktor: Jarak yang jauh ke Bukit Mertajam di Pulau Pinang mengurangkan kadar peratusan kami untuk sempat mengikuti jenazah. Ini adalah kerana apa yang dituntut adalah bukannya melawat jenazah kerana kita patut menziarahi manusia semasa mereka ...

Planet paling terasing di angkasa lepas ditemui

Imej
Ahli kaji bintang (astronomi) temui planet tanpa matahari. Planet ini adalah 6 kali ganda lebih besar daripada Jupiter. Terletak kira-kira 80 tahun cahaya daripada Bumi. Ia tidak mengorbit mana-mana matahari. Ia terasing daripada mana-mana planet. Penemuan ini merupakan kes pertama kali saintis temui objek terapung bebas di angkasa lepas. Planet ini dikelaskan sebagai Objek Planet Berjisim dan dinamakan sebagai PSO J318.5-22 *** Tedi agak la kan, mesti ada apa-apa yang planet tu orbit.  Tapi kalau Allah nak jadikan sesuatu, perkara mustahil sebegini pun tiada masalah. *** Sumber bacaan Tedi : www.nbcnews.com - Astronomers say they've spotted lonesome planet without sun. 20200131, 20231026

[t19i13] Master mencari harta karun

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini Master ada aktiviti mencari harta karun bersama rakan sekerja, meninggalkan Mummy dan anak-anak di rumah. Terpaksalah  Mummy bawa Aidan ambil pelalian 3 bulan  di Klinik Kesihatan Salak. Tamat aktiviti mencari harta karun, Master dan team lead beliau singgah di Masjid Selat Melaka untuk menunaikan solat fardhu Jumaat. Ini adalah kali pertama Master bersemahyang di masjid ini. # Friday, 13 September 2019, 14:07 # 20190913 # SONY ILCE-5000 # DSC09174 #   Bangunan apakah yang kelihatan dari bilik hotel Master di DoubleTree by Hilton ni? Nampak menarik seolah-olah setiap unit kediaman di atas ada kawasan luar mereka sendiri. Mesti mahal ni. # Friday, 13 September 2019, 16:56 # 20190913 # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # IMG_20190913_165609 # DoubleTree by Hilton Melaka # Jam 7:24 malam, Master turun untuk dinner tapi belum ada apa-apa pun...

Prev Next

Popular