[t16j15] Berbicara Hal Kereta Conti (Continental)
Pagi ini Tedi nak melalut sedikit pasal kereta conti kerana ada dua kisah yang agak menggelikan hati Tedi apabila terdengar perkataan "kereta conti". Kereta Jaguar adalah salah sebuah kereta conti (continental) kerana berasal dari benua Eropah Apakah kereta conti? Kereta conti (disebut "konti") adalah nama manja kepada kereta continental yang dihasilkan rekaannya oleh syarikat pengeluar kereta Eropah. Tetapi ada juga yang menganggap kereta buatan Amerika Syarikat sebagai kereta continental. Contoh jenama yang popular di Malaysia adalah seperti BMW, Mercedes Benz, Ford, AUDI, VW, Renault dan Peaugeot. Negara-negara yang mengeluarkan kereta continental terbaik adalah seperti Jerman, Itali, Perancis dan England. Kelakarnya mengikut pembacaan Tedi, istilah kereta conti ini adalah digunakan oleh orang Malaysia dan terkenal juga di Singapura kerana lazimnya cukai untuk kereta keluaran benua Eropah adalah lebih mahal berbanding kereta keluaran negara Asia. Kereta continen...