Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2022

[t11c29] Malam Pertama di Kuching, Sarawak, Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Aktiviti kami pada malam pertama di Kuching adalah kesinambungan dari aktiviti pada petang tadi. Kami berjalan balik dari Waterfront Esplanade ke kereta menyusuri tepi Sungai Sarawak melalui Kuching Waterfront. Master dan Mummy sempatlah bergambar berlatarbelakang Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru dan bangunan Astana yang bermandikan cahaya di seberang Sungai Sarawak. Malangnya kebanyakan gambar kelabu kerana teknik mengambil gambar yang amatur, hihihi.   Gambar Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru dari Kuching Waterfront pada malam pertama kami di sana. # Tuesday, 29 March 2011, 20:31 # _MG_7363.JPG # Canon EOS 500D #   Gambar bangunan Astana Negeri Sarawak iaitu istana Yang di-Pertua Negeri Sarawak diambil dari Kuching Waterfront pada malam pertama kami di Kuching. # Tuesday, 29 March 2011, 20:38 # _MG_7393.JPG # Canon EOS 500D # Seronok meny...

[t15h03] Hargai Perpaduan Dalam Pelbagai Kaum

Imej
gambar keratan akhbar bertajuk "Hargai perpaduan dalam pelbagai kaum" REMBAU, 3 Ogos 2015 – Rakyat negara ini perlu menghargai perpaduan dalam kepelbagaian kaum yang sedang dinikmati sekaligus menjadikannya sebagai asas pembinaan negara bangsa bagi kelangsungan ge­nerasi akan datang. Menteri Besar, Datuk Seri  Mohamad Hasan berkata, perpaduan tersebut perlu dihargai menerusi sambutan hari-hari kebesaran agama yang disambut dengan meriah dalam suasana harmoni.

[t12e28] Perpaduan kaum elak tragedi

Imej
(14)NASIONAL, Isnin 28 Mei 2012, BERITA HARIAN keratan akhbar bertajuk "Perpaduan kaum elak tragedi" Raja Perlis minta rakyat tidak termakan hasutan boleh gugat keharmonian Oleh Shamsul Munir Safini bhnews@bharian.com.my KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail meminta rakyat menjadikan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama sebagai nadi kemakmuran negara bagi mengelak berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 . Titah baginda, rakyat seharusnya tidak termakan hasutan segelintir golongan cuba memecahbelahkan perpaduan serta keharmonian negara dengan menyebarkan hasutan bagi sesetengah kes kecil, dengan harapan masyarakat bergaduh dan berbalah sesama sendiri. Baginda bertitah, rakyat di negara ini perlu menjadikan panduan peristiwa di negara luar apabila rakyat sebangsa dan seagama bergaduh sesama sendiri hingga menyebabkan kehancuran dan penderitaan. Tanpa perpaduan, negara terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan yang bol...

[t13a30] Tedi tanam kubis

Imej
Malam ni Tedi semai kubis. Sengaja Tedi lakukan malam-malam supaya tidaklah semaian itu kepanasan. Sawi yang dah tanam 2 minggu lepas, Tedi tabur tahi ayam, sebab daun ia dah kuning, tak cukup nutrisi agaknya. Itu yang kat depan rumah, yang kat belakang rumah Tedi semai kacang botol atau kacang kelisa. Bila nak keluar dia punya daun pun Tedi tak tau. Tak sabar Tedi tunggu. Sekarang sebelum pergi sekolah mesti Tedi siram dulu pokok-pokok Tedi. Sebab kalau panas nanti, pokok-pokok tu tak tahan. Balik dari sekolah pula, Tedi mandikan lagi pokok-pokok tu. Lepas tu Tedi bagi makan lagi. Tedi suka tanam je, Tedi tak makan sawi dengan kubis, hahaha. 20130130

Newcastle United 0 West Ham 3: Hernandez Hentikan Magpies

Imej
Nampaknya persaingan Newcastle dan West Ham yang hanya dibezakan oleh perbezaan gol telah dimenangi oleh West Ham dengan jaringan besar. Hal ini sebenarnya tidak menghairankan kerana barisan pemain West Ham lebih ternama, menunjukkan kesungguhan pemilik West Ham untuk beraksi baik dalam Liga Perdana Inggeris tatkala pemilik Newcastle United lebih kedekut dan hanya mementingkan keuntungan berbanding kejayaan bola sepak. Rafael Benitez pun turut bersetuju dengan pendapat Tedi ni. Newcastle United telah memenangi tiga perlawanan berturut-turut, tetapi beraksi buruk menentang West Ham dan dihukum apabila Javier Hernandez menjaringkan dua gol. Javier Hernandez menandakan panggilan semula namanya ke dalam kesebelasan utama West Ham dengan 2 gol ketika anak buah  Manuel Pellegrini menamatkan permainan menentang Newcastle United dengan kemenangan 3-0 di St James 'Park. Selepas permulaan musim yang buruk, Newcastle telah melepaskan diri dari zon penyingkiran Liga Perdana dengan...

[t18i26] KFA perlu ada pasukan khas nilai pemain import

Imej
PASUKAN  yang menilai pemain import wajar dibentuk oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi memburu pemain berkualiti untuk Lang Merah musim hadapan. Pengerusi Kelab Penyokong Jaguh Utara (JUFC) , Mohd Safarizal Mohd Sobri berkata, pasukan khas ini mampu memastikan persatuan tidak bergantung sepenuhnya kepada ejen. Menurutnya, kesilapan memilih pemain import yang dibawa oleh ejen sebelum ini wajar dijadikan pengajaran dan tidak seharusnya berulang lagi pada musim 2019. Liridon Krasniqi akan tamat kontrak bersama Kedah pada hujung musim ini. "Seeloknya tubuhkan satu pasukan pemantau untuk menilai dan menyiasat latar belakang pemain-pemain import ini. "JUFC tidak mahu ada tangan-tangan ghaib yang menentukan pemilihan pemain import ini. Skuad pemantau hendaklah terdiri di kalangan individu yang mempunyai kepakaran tentang bolasepak dan bukannya orang-orang yang menjaga persatuan bolasepak," katanya ketika dihubungi Sukan Sinar. Bagaimanapun, pemilihan tersebut meme...

[t22b14] Mummy terima suntikan vaksin penggalak AZ di SIC

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kad pengesahan suntikan vaksin booster AZ milik Mummy # Telah menerima suntikan vaksin COVID-19 jenama: * Has received COVID-19 Vaccine: * COVID-19 Vaccine AstraZeneca Tarikh temujanji dos ke-2/ Date for second vaccination: * Booster * DOS 1 / 1st Dose * Tarikh Penerimaan: Date Vaccine Given: * 12/22 * Fasiliti * Pemberian Vaksin: Vaccination Centre: * PPVSIC * DOS 2/2 nd Dose * No. Kelompok: Batch No.: * Tarikh Luput: Expiry Date: * 31/5/22 * No. Kelompok: Batch No.: * Tarikh Penerimaan: Date Vaccine Given: * Fasiliti * Pemberian Vaksin: Vaccination Centre: * Tarikh Luput: Expiry Date: # # Monday, 14 February 2022, 14:39 # IMG20220214143906.jpg # OPPO Reno2 # ~20220214~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t22a21] Raptai Perkahwinan Pak Teh Izzuddin

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini selain rutin harian biasa, Master telah menghadiri raptai majlis perkahwinan Pak Teh di dewan perkahwinan Royal Palace di SkyTech Tower 2, bangunan sama yang menempatkan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP). Mengikut rekod Master bergerak dari rumah sekitar jam  2:46 petang dan tiba di destinasi pada jam 3:10 petang. Memandangkan belum ada yang sampai, Master telah menjamu selera di gerai bersebelah bangunan letak kereta.   Prosedur untuk dapatkan bayaran tempat letak kereta kadar rata (flate rate parking) jika anda menghadiri majlis perkahwinan di Royale Palace Cyberjaya. # BALAI POLIS CYBERJAYA AFFY 4000 TENAGA NASIONAL BERHAD THE CYBERJAYA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG JIKA BERLAKU KEBAKARAN SILA JANGAN GUNAKAN LIF ROYALE PALACE SKYVIEW CYBERVIEW FLAT RATE PARKING RM2 PLEASE PAY AT THE PARKING COUNTER ON YOUR WAY OUT JUST MENTION YOU ARE FROM ROYALE PALACE SKYVIE...

[t22a26] Pertama Kali Gunakan e-Dompet Malaysia MAE untuk Bayar Makan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pertama Kali Guna MAE untuk Pembayaran Malam ini setelah selesai urusan pengeringan baju budak-budak di Clean Pro Taman Seroja, Master berasa sangat lapar. Oleh itu beliau mencari tempat makan dan kedai makan yang bertuah pada malam ini ialah kedai makan Desa Vista di Salak Business Park. Master tempah hidangan Maggi Goreng Mamak dan minuman Nescafe Tarik yang berharga RM 7.50. Ketika urusan pembayaran Master ternampak ada kod QR untuk pembayaran menggunakan MAE di kaunter pembayaran. MAE adalah salah satu e-dompet Malaysia di bawah syarikat perbankan Maybank. Pada masa ini selalunya Master menggunakan e-dompet Malaysia yang lain untuk pembayaran di kedai iaitu Touch 'n Go e-Wallet selain e-dompet Setel untuk pembelian minyak dan runcit di stesen minyak Petronas. Pada zaman pandemik Covid-19 ini penggunaan wang tunai adalah sangat leceh kerana kita kena keluarkan duit d...

[t22b06] Master terima vaksin penggalak AstraZeneca di Litar Antarabangsa Sepang, sempat tengok latihan pramusim MotoGP

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Sebagai rekod pada 6 Feb bersamaan hari Ahad, Master telah menerima suntikan vaksin penggalak (booster) di Litar Antarabangsa Sepang. Ini adalah kesinambungan kepada  suntikan vaksin Covid-19 dos ke-2  walaupun suntikan vaksin sebelum ini adalah keluaran syarikat Pfizer. Gotong-royong Surau Temujanji adalah pada jam 3:30 petang. Pada sebelah pagi Master telah menyertai gotong-royong membersihkan bangunan kedai untuk dijadikan surau sementara di taman perumahan kami memandangkan rumah yang dijadikan surau sebelum ini telah diduduki oleh tuannya. Pantang larang selepas suntikan vaksin Pegawai di sana menerangkan kepada Master bahawa selepas suntikan vaksin penggalak tersebut adalah penting untuk tidak melakukan kerja-kerja berat, minum banyak air, elakkan makanan berkolestrol, dapatkan tidur yang cukup, dan sediakan Panadol (mungkin maksudnya paracetamol). Gamb...

[t22b10] Mi Smart Band 5 dibeli Master akhirnya sampai

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Master telah membeli satu unit penjejak kecergasan Mi Smart Band 5 atau lebih dikenali sebagai Mi Band 5 melalui portal e-dagang Lazada pada 20220205 yang lalu pada harga RM 78. Akhirnya gajet tersebut diterima Master pada hari ini. Pakej Mi Smart Band 5 ini disertakan dengan 1 unit Mi Band 5, 1 unit pencas magnetik, dan 1 unit manual pengguna. Master teruja untuk menggunakan gajet tersebut tetapi selepas dikeluarkan dari kotak ia tidak memaparkan apa-apa walaupun Master telah menyentuh skrinnya. Master terus memasang kabel pencasan jenis magnetik kepada Mi Band 5 itu tetapi ia tidak paparkan sebarang ikon sedang dicas. Apabila disemak melalui carian Google didapati bahawa ini adalah perkara biasa dan para pengguna perlu cas lebih kurang 10 minit untuk Mi Band 5 berupaya memaparkan sebarang maklumat. Lega hati Master membacanya, ingatkan sudah kena tipu dengan scammer. Se...

[t22a23] Majlis Perkahwinan Pak Teh Izzuddin di Royal Palace Cyberjaya

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Aktiviti kami pada hari ini bermula dengan bersiap-siap memakai pakaian yang sesuai dengan majlis perkahwinan. Tema warna pakaian kami ialah biru muda. Pada jam 10:10 pagi Master memecut ke SkyTech Tower 2 Cyberjaya dari rumah kami di Bandar Baru Salak Tinggi dan kami tiba di sana pada jam 10:30 pagi. Pada jam 11 pagi kami sebagai tuan rumah menjamu selera terlebih dahulu. Rekod daripada gambar menunjukkan bahawa Aidan telah merampas dan mengawal kamera merah jambu seawal jam 11:29 pagi menyebabkan Master kurang mengambil gambar. Pada jam 12:17 tengah hari kelihatan Aidan telah melepaskan kamera merah jambu, ini bermakna mungkin kami telah bergerak duduk di Meja Dome VVIP yang terletak di depan pelamin. Pada jam 12:30 tengah hari, pengantin mula masuk ke dalam dewan. Pada jam 4:00 petang majlis tamat dan dewan dikemas seawal jam 3 lebih. Aina dan Aidan main buai di luar...

[t22b08] Aina Aidan: Jeng Jeng Jeng

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Sudah lama Aidan menonton dan ulang tonton filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng melalui Unifi TV. Tetapi kini kegilaannya menjadi-jadi apabila mendengar lagu Jeng Jeng Jeng tu. Aidan kini memiliki sebuah ukulele, dram dan cermin mata Hello Kitty (kepunyaan kakaknya si Aina) yang dikhususkan untuk kegilaannya kepada lagu Jeng Jeng Jeng tersebut. Ilustrasi gambar Aina dan Aidan beraksi membuat konsert semasa menonton filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng. Aina duduk bermain dram manakala Aidan berdiri bermain gitar siap pakai cermin mata hitam Hello Kitty lagi. # IMG_20220207_225651.jpg # Xiaomi M2101K7BG # Kepada sesiapa yang berminat untuk beli NFT di atas (tanpa bingkai dan watermark) boleh ke  Aina Aidan - Jeng Jeng Jeng - Rarible | Rarible Filem Jeng Jeng Jeng adalah sebuah filem hybrid animasi dan lakonan sebenar terbitan Les Copaque dan KRU Studio. Ia berkenaan tentang Upin Ip...

[t22a30] Terbang balik Kota Bharu dengan AirAsia melalui KLIA2

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Setelah sekian lama tidak menaiki kapal terbang kerana wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia, akhirnya kami menaiki kapal terbang AirAsia untuk pulang bercuti di Kelantan sempena cuti Tahun Baru Cina 2022. Kandungan Menaiki ERL dari Salak Tinggi ke KLIA2 ,  E-boarding tak boleh guna di KLIA2 ,  Beg diukur dan ditimbang di KLIA2 ,  Pengalaman pertama Aidan menaiki kapal terbang ,  Beg muntah sudah tidak disediakan ,  Senarai harga tambang teksi dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu   Menaiki ERL dari Salak Tinggi ke KLIA2 Kami seperti kebiasaan ketika menaiki kapal terbang, sekali lagi meletakkan kereta di Stesen ERL Salak Tinggi sebelum menaiki ERL ke Stesen ERL KLIA2. Jaraknya dekat sahaja iaitu cuma 2 stesen. ERL akan berhenti di Stesen ERL KLIA dan kemudian Stesen ERL KLIA2. Jadi jangan terburu-buru keluar, sila pastikan n...

Prev Next

Popular