[T14D13] Travelog Mabul hari ke-3
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan: Mabul Turtle Hatchery Hari ini adalah hari terakhir kami berada di Pulau Mabul di Sabah di Malaysia ini. Oleh sebab itu kami menghabiskan masa pada hari ini untuk merayau sekeliling pulau buat kali terakhir sebelum bergerak pulang ke Semenanjung Malaysia. Mabul Turtle Hatchery (Tempat Penetasan Penyu Mabul) Salah satu aktiviti yang menarik perhatian di Pulau Mabul adalah program penetasan penyu. Tapaknya kecil sahaja terletak agak jauh dari pantai diapit oleh kawasan kampung dan kawasan resort. Secara ringkasnya ini adalah projek yang ditaja oleh Scuba Junkie melibatkan kerjasama dari pusat-pusat menyelam di sini dan para penduduk pulau. Ini tidak menghairankan kerana tentunya kehadiran penyu akan menambah daya tarikan kepada aktiviti menyelam di sini dan kebanyakan pusat pelancongan di sini menawarkan pakej menyelam. Apa-apa pun ini adalah usaha yang m...