Bagaimana Google Map dapat maklumat trafik
Alhamdulillah, Tedi telah terpilih sebagai penguji beta untuk aplikasi Google Map. Oleh itu Tedi telah memilih untuk mula gunakan Google Navigation berbanding Waze. Tedi kadangkala terfikir adakah Google Map lebih baik berbanding Waze? Bagaimana pula Google Map boleh dapatkan maklumat trafik masa nyata padahal aplikasi tersebut tidak benarkan pengguna masukkan data sebagaimana Waze. Setakat ini Tedi lebih banyak sampai ke salah tempat apabila menggunakan Google Map berbanding Waze, selain Google Map juga kurang tepat mengesan jalan yang kita lalui contohnya dia akan fikir kita duduk di jalan sebelah. Oleh itu apabila sesat, Tedi akan tutup Google Map dan gunakan Waze. Berbalik kepada persoalan bagaimanakah Google Map memperolehi data? Melalui pembacaan Tedi, Google Map gunakan data daripada 3 sumber utama. 1. Google Location Service Apabila pengguna gunakan Google Map, aplikasi tersebut akan dapatkan lokasi pengguna menggunakan Google Location Service dengan erti kata lain mengin...