Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2019

Kata-kata buat remaja

Imej
Pengetua Northland College, John Tapene telah mengungkapkan kata-kata seorang hakim yang selalu menangani kes melibatkan remaja. "Selalu kita dengar remaja merengek,'Apa boleh kami buat? Ke mana kami boleh pergi?'" Jawapan hakim itu ialah, "Balik rumah, potong rumput di laman, cuci tingkap, belajar memasak, bina rakit, dapatkan kerja, lawat orang sakit, ulangkaji pelajaran anda dan selepas habis, baca buku. Pekan anda tidak hutang anda kemudahan rekreasi dan penjaga anda tidak hutang anda keseronokan." "Dunia ini tidak perlu memberikan anda kehidupan, tapi anda perlu berikan sesuatu kepada dunia. Kamu perlu berikan kepada dunia masa, tenaga dan bakat anda supaya tiada sesiapa berada dalam peperangan, kesakitan dan kesepian." "Dalam kata lain, jadi kuat dan hentikan merengek, dapatkan dunia impian anda dan jangan hanya meminta. Mula jadi orang yang bertanggungjawab. Anda penting kepada dunia dan diperlukan." "Terlalu lewat ...

Kenapa Jepun serang Pearl Harbor

Imej
Ramai yang tahu bahawa Jepun pernah serang Pearl Harbor, satu perlabuhan tentera Amerika Syarikat di Hawaii. Serangan ini terkenal kerana Jepun berjaya serang Pearl Harbor secara mengejut dan menerima hanya sedikit tentangan. Tapi Tedi kurang arif mengapa Jepun perlu serang Pearl Harbour? Kenapa Jepun mahu serang perlabuhan Pearl Harbor tersebut? Serangan Jepun ke atas Pearl Harbor adalah kerana beberapa sebab. Menghancurkan armada laut Amerika di Pasifik (Pacific Fleet) Jepun mahu memusnahkan aset penting armada perang Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Pacific Fleet sebagai langkah mengelakkan Amerika Syarikat daripada masuk campur atau menghalang Jepun menjajah Belanda India Timur dan juga Tanah Melayu. Selain itu kemusnahan kepada Pacific Fleet akan membolehkan Jepun menjajah Asia Tenggara dengan mudah Ketika itu, Jepun mahu meluaskan tanah jajahannya kerana mereka kekurangan sumber untuk menyokong pertumbuhan industri mereka. Memberi masa kepada Jepun menguatkan armad...

Kemuliaan Ramadhan

Lagu bertajuk Kemuliaan Ramadhan ini adalah dendangan kumpulan nasyid (munsyid) In-Team dengan penampilan kumpulan UNIC dari Malaysia. Kedua-dua kumpulan nasyid Malaysia ini adalah kumpulan abang adik di bawah naungan Hijjaz Records Sdn Bhd pada masa nasyid Kemuliaan Ramadhan ini dikeluarkan. Nasyid Kemuliaan Ramadhan adalah sebuah lagu yang  catchy membuatkan ia tidak jemu didengari namun pada masa yang sama memuatkan bait-bait yang indah bermakna yang menggulung tazkirah-tazkirah umum mengenai Ramadhan. Makna liriknya sangat tepat dan mudah difahami, tetapi jika seseorang itu mempunyai ilmu mendalam mengenai Ramadhan, dia akan dapat merungkai makna lagu Kemuliaan Ramadhan ini dengan lebih teliti. Mendengarnya menjadikan kita bersemangat untuk menempuhi bulan Ramadhan. Lirik lagu Kemuliaan Ramadhan Ramadhan bulan ibadah Bulan kerahmatan dan keampunan Para malaikat merendahkan sayap Untuk menghitung pahala berganda Ramadhan bulan berpuasa Bulan kesabaran dan keinsafan Lapar...

Lukisan Kampung

Imej
Kerja sekolah Tedi kali ini adalah untuk melukis satu lukisan menunjukkan suasana kampung. Mari kita terjah beberapa lukisan untuk mendapatkan idea. Lukisan Kampung Melayu Tradisi Pantai Timur Sumatra Oleh: Indonesian School Lukisan pensil hitam putihi ini menunjukkan suasana perkampungan Melayu di tepi sungai berlatarbelakang pokok kelapa berhiaskan sampan dan perahu yang menjadi cara pengangkutan utama. Lukisan Kampung Melayu Singapura 1865 H.Zuber Dahsyat. Sekali tengok macam gambar bukannya lukisan. Dua kali tengok pun nampak macam gambar. Tiga kali tengok pun... Jika inilah suasana kampung Melayu di Singapura pada tahun 1865, maka pada zaman sekarang kita boleh lihat suasana yang sama di Sabah. Lukisan perkampungan Melayu dengan rumah di tepi sungai atau laut, menampakkan perahu bersama penumpangnya, masih berlatarbelakang pokok-pokok terutamanya pokok kelapa. Lukisan Kampung Malaysia Oleh: Vintage Envisionary Lukisan yang ceria ini menggambarkan perkampungan Malaysia,...

FELCRA Air Hitam - Lebuhraya Kajang Seremban via Route 86

Imej
Siapa yang selalu travel  ke Negeri Sembilan mungkin tahu di mana FELCRA Air Hitam. Master semalam cuba 1 jalan ke Seremban melalui jalan yang tak pernah dicuba sebelum ini iaitu jalan yang dikenali sebagai Route 86 dalam Google Map. Akan tempuhi: Air Hitam - Simpang Pertang - Kuala Klawang - Jelebu - LEKAS Jalannya agak ok, ada jalan baru yang lebar & diluruskan. Jalan terus jer, xde masuk simpang kecuali di Bandar Kuala Klawang dan simpang masuk ke LEKAS. Ada juga jalan lama dengan tanah runtuh yang merisaukan. Tempuh Jeram Toi yang popular di Negeri Sembilan. Ada jalan naik turun bukit seperti di jalan lama Bukit Putus, tapi 2 lorong, sungguh senang untuk memotong dan mungkin akan membuatkan pemandu lupa diri. Rumah2 pun agak banyak di kiri kanan jalan. Jumpa 2 kawasan kubur Cina. Kubur Islam pun ada tapi tak ingat berapa. Kedai2 makan tak berapa nak ada. Kesimpulannya: jalan ni ok kalau lalu siang. Agak jauh tapi lebih baik daripada terkandas dalam ke...

Gajah faham isyarat tangan.

Imej
Satu kajian di University of St. Andrews menunjukkan bahawa gajah memahami isyarat tangan. Mereka mempunyai kemahiran itu tanpa memerlukan sebarang latihan tidak seperti anjing dan kucing. Penyelidik bernama Richard Byrne telah mengkaji sekumpulan Gajah Afrika dan mendapati bahawa mereka berjaya mengikuti isyarat yang diberikan untuk mendapatkan makanan 2 daripada 3 kali. Secara kasarnya keupayaan itu adalah setara dengan kanak-kanak manusia berusia 1 tahun yang boleh melakukan perkara yang sama pada kadar kejayaan 70% (tujuh puluh peratus). Apa yang mengejutkan kami ialah mereka (gajah) boleh melakukannya tanpa belajar. Pemahaman mereka sama hebat daripada permulaan sehingga tamat ujian, di mana kami tidak menjumpai sebarang tanda-tanda mereka belajar di sepanjang ujikaji.  - Richard Byrne. Penemuan baru ini menjadikan gajah termasuk dalam kumpulan "terpilih" yang merangkumi anjing, kucing dan lumba-lumba bottlenose. Cimpanzi yang telah hidup dengan manusia boleh dilat...

Kartun: Sistem Pendidikan Kita

Imej
Kartun di bawah ini menggunakan metafora haiwan yang diuji memanjat pokok demi kesetaraan dalam penilaian. Mana boleh semua pelajar dinilai dengan satu set ujian kerana kemahiran masing-masing adalah berbeza. Menyentuh hal ini cikgu Tedi berkata bahawa peperiksaan bukan untuk menduga keilmuan kita sebaliknya bagaimana kita berjaya  survive dalam tekanan. Albert Einstein berkata: If you judge a fish by its ability yo climb a tree, it will spend its entire life believing its stupid. Jika anda menghakimi seekor ikan melalui keupayaannya untuk memanjat pokok, ikan itu akan menghabiskan hayatnya menyangkakan dirinya bodoh.  Kartun di bawah pula menggambarkan sistem pendidikan kebangsaan yang mengejar GPA mempunyai banyak kebocoran (kelemahan). Sumber:  Apa yang Salah dengan Sistem pendidikan Kita?   28 Jun 2012

Aina makan aiskrim IKEA kali pertama

Imej
Pergi IKEA Cheras cari almari baju untuk adik Aina. Nak beli rak baju IKEA MALM tapi kehabisan stok, tapi kalau nak beli online masih ada dalam stok. Sebelum kami ke IKEA Cheras, Mummy dah periksa masih ada 84 rak baju IKEA siri MALM 4 laci berwarna putih tersebut, tetapi apabila cari di rak sudah kehabisan. Apabila disemak semula dalam talian, masih tercatat ada bekalan 84 set perabot tersebut. Rak baju IKEA siri MALM berwarna putih 6 laci adalah, tapi nanti tak sama tinggi dengan rak baju Aina pula. Rak baju IKEA siri MALM  laci warna selain putih pun ada tapi nak buat apa beli warna lain pula kalau nak susun sebelah menyebelah. Animasi Aina makan aiskrim soya IKEA buat pertama kali. # tarikh: 3 Mac 2019 jam 17:32 petang hari Ahad. # nama gambar: IMG_20190303_173154-ANIMATION.gif # kamera: telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # lokasi di Google Map: 2a, Jalan Cochrane, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Aina minta aiskrim IKEA Sampai sahaja di IKEA,...

Taman Kenangan

Imej
Ku amati jingga mentari, Ianya akan sirna sebentar nanti, Begitulah pertemuan kita ini, akhirnya berpisah. Sumber foto: Karena Nya Kegelapan malam mula menyelubungi, Sayu sunyi terjah hati, Tanpa dirimu di sisiku, hambar senyuman. Tatkala daku tiada daya Kau kuatkanku dengan sokongan, Walaupun daku sering kelewatan, Bersama waktu dikau menanti... kesabaran. Damainya renungi laut membiru, Terjatuh lemas ditelan ombak, Engkau terjun menghulurkan tangan, Menarikku ke daratan... Taman Kenangan. Gerun meredahi ribut menggila, Menyambar diriku masih merangkak, Kau berlari melindungi, pasir kaburi mata. Tika riang tertawa bersama, Kedukaan engkau pendamkan, Tidak adil begitu, Tak pernah kau suakan gelisahmu, wahai teman. Damainya renungi laut membiru, Terjatuh lemas ditelan ombak, Engkau terjun menghulurkan tangan, Menarikku ke daratan... Taman Kenangan. Begitulah kita, Peribadi berbeza, Kau serasikan ia seolah kita sama, Insan yang sama, di Taman Kenangan, Terima kasih duhai teman... Kau ser...

Dari Kota Bharu TESCO ke Kerinchi

Ini adalah catatan perjalanan umum yang Master alami semasa berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan ke Kuala Lumpur. Di Kota Bharu, Master naiki bas di Terminal Bas Lembah Sireh yang lebih dikenali sebagai Terminal Bas Tesco. Selalu orang sebut naik di TESCO. Ini untuk membezakan stesen ini dengan Stesen Bas Kota Bharu yang terletak dalam bandar dan ada perkhidmatan bas jarak dekat. Untuk ke Kerinchi, kita kena naiki bas ke Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan dan lebih terkenal dengan akronim TBS. Ada banyak bas ke TBS ni tapi bas yang Master pilih adalah bas yang akan berhenti di Hentian Rehat Gua Musang yang baru. Antara bas yang Master perasan berhenti di sana ialah bas Ekspress Musafir, Ekspress Mutiara, Queen Express, dan Ekspress Sani. Master lebih suka naik bas jam 9 malam atau 9:30 malam. Jangkaan tiba di Hentian Rehat Gua Musang ialah sekitar jam 1 pagi, dan tiba di TBS ialah jam 5 pagi. Setelah tiba di TBS bolehlah mencari tandas untuk gosok gigi dan ...

Kedah Kecewakan Felda United

ALOR SETAR: Kedah memperoleh bekalan tipis apabila menewaskan FELDA United 1-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman, malam tadi.  Beraksi penuh semangat di hadapan penyokong sendiri, Kedah membuat gerakan untuk mencari gol awal  tetapi tandukan pemain tengah Jonatan Bauman tersasar selepas menerima hantaran Zaquan Adha pada minit ke-5.  Kedah terus mengasak pintu gol lawan dengan percubaan pemain mudanya Hidhir Idris pada minit ke-10 melepasi palang gol tatkala FELDA tampak lebih gemar bertahan dan kekal berdisiplin dalam menangkis serangan yang dilancarkan tuan rumah.  Penjaga gawang FELDA Norazlan Razali terus memastikan gawangnya tidak dibolosi apabila menyelamatkan dua percubaan menerusi tandukan daripada Bauman pada minit ke-31 dan Renan Alves pada minit ke-36. Pada babak kedua, Kedah terus melancarkan usaha memburu gol tetapi sepakan percuma oleh Baddrol Bakhtiar pada minit ke-49 berjaya ditepis keluar Norazlan. Serangan bertali a...

Pentagon benarkan iPhone & iPad untuk kegunaan ketenteraan

Imej
Spy  Tedi di bahagian teknologi militer melaporkan bahawa kaum manusia di Amerika Syarikat telah mengambil langkah drastik dengan membenarkan penggunaan iPhone dan iPad untuk tujuan ketenteraan. Perkara ini menimbulkan keraguan bagi Tedi atas tujuan mereka berbuat demikian, kerana sebelum ini hanya produk BlackBerry diberikan pelepasan. Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat memberikan pelepasan itu bagi mana2 gajet Apple yang beroperasi di atas sistem operasi iOS 6 . Selain itu gajet Samsung yang beroperasi atas sistem operasi Android juga diberikan pelepasan jika ia ditambahbaik dengan perisian Knox . Tedi akan cuba adakan mesyuarat dengan semua panel penasihat ketenteraan Tedi bagi membincangkan ancaman ini. Sumber: iPhones, iPads get Pentagon approval for military use 18 Mei 2013

Kenapa Tedi ber-blog?

Haha, nak bagi jawapan apa ek? Sebenarnya Tedi suka membaca terutamanya bahan bacaan dalam Bahasa Melayu, maklum sahaja Tedi tak berapa pandai Bahasa Inggeris. Pada mulanya Tedi tak niat pun nak simpan semua yang Tedi baca ke dalam satu blog, dan sebenarnya ini bukan blog Tedi! InterpretZZ adalah blog Master sebelum Tedi ambil alih. Penyumbang kepada Google Translate Sebelum mencoret dalam interpretZZ, Tedi sebelum ini menyumbang kepada Google Translate. Tapi Tedi berhenti kerana sumbangan Tedi itu seolah-olah tiada kesan kepada Google Translate itu sendiri. Ayat yang mereka terjemahkan masih tetap tunggang terbalik. Penyunting Wikipedia Bahasa Malaysia Kemudian Tedi mula menyunting dalam Wikipedia Bahasa Malaysia, namun kesedihan melanda apabila kiriman Tedi dengan selamba badaknya telah dipadamkan oleh penyunting lain yang lebh otai. Kebebasan dalam mencoret Akhirnya Tedi pun ambil alih interpretZZ daripada Master kerana Tedi tengok ia telah bersawang. Master p...

Tulang gergasi misteri

Imej
Tedi teruja apabila ada di kalangan manusia melaporkan mengenai penemuan tulang bersaiz gergasi . Adakah kaum Dinosaur masih wujud? Jika benar, bolehkah mereka membela kaum haiwan di dunia ini? Telah hadirkah sinar baru buat kaum haiwan? Adakah kawan Tedi yang digeruni masih ada lagi iaitu Sang Dinosaur? Atau hanya bangkai Ikan Paus yang hanyut ke pantai? Jikalau Dinosaur masih wujud, Tedi nak ajak beliau serang manusia jahat di muka bumi ni yang selalu membuli kaum haiwan. 13 Mei 2013

Bersyukurkah kita? ... versi Tedi.

Imej
Apakah yang kalian fikirkan ketika melihat gambar ini? Sila baca kiriman ni dulu sebab Tedi sambung komen je, hehehe:  " Dunia Kecil: Serupa tapi tak sama. " Siapakah yang lebih perlu bersyukur kerana lebih beruntung, mereka di sebelah kiri atau di sebelah kanan? Kalau dalam al-Quran, jawapannya golongan di sebelah kanan yang menerima buku amalan mereka dengan tangan kanan daripada hadapan.  Surah? Tak ingat, Tedi ingat-ingat gitu sahaja, mungkin al-Waqiah atau ar-Rahman... Jadi Tedi akan sebut yang sebelah kanan sahaja, supaya kita berfikir daripada perspektif lain. Yang sebelah kiri tu takyah sebut, semua orang dah sedia faham & tentunya mahu berada di situ.   Hidup aman dikeliling teknologi VS berperang menuntut keadilan Yang manakah patut bersyukur? Yang manakah lebih bertuah? Dalam hal ini Tedi tersentuh dengan ayat warga Palestin yang bersyukur kerana mereka lahir di Palestin yang "tidak aman" berbanding Malaysia itu. "Kami bersyukur kerana dipilih A...

Doa Qunut & maksudnya.

Imej
Doa Qunut adalah satu doa yang dibaca dalam solat, lazimnya dibaca dalam rakaat kedua Solat Subuh semasa iktidal. Selain itu ia dibaca juga dalam Solat Sunat Witir terutama pada dan selepas 15 Ramadhan. Doa Qunut ada bermacam bacaan seperti biasa mengikut hajat si pembaca doa. Doa Qunut biasa di Malaysia http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tarawih/ Maksud Doa Qunut dalam Bahasa Melayu Ya Allah! Tunjukilah daku sebagaimana orang yang telah Engkau berikan hidayah. Sejahterakanlah daku sebagaimana orang yang Engkau berikan kesejahteraan. Muliakanlah daku sebagaimana orang yang telah Engkau muliakan. Berkatilah segala yang telah Engkau kurniakan kepadaku. Jauhkanlah daku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tentukan. Sesungguhnya Engkau Maha Penentu dan tiada sesiapa yang dapat mengubah ketentuan-Mu. Sesungguhnya tidak menjadi hina orang yang Engkau muliakan dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. Demi berkat-Mu, wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau! Maka ha...

Jalaluddin Hassan dan budak sekolah menengah..

Imej
Peel Master ialah beliau akan mengambil masa sebulan sebelum memotong rambutnya. Apabila rambut beliau memanjang, melepasi telinga, nampaklah sedikit serabut, walaupun masih handsome . Buktinya apabila kawan beliau menegur, "Dah macam Jalaluddin Hassan, aku tengok rupa kau ni." Tedi pun tak tahu sama ada itu satu pujian atau satu sindiran? Tapi sebab Jalaluddin Hassan tu kira famous  juga di bumi Malaysia ni, maka Tedi rasa pakcik tu memuji Master. Manakala Master pula blur  dan masih tak dapat merungkai pujian pakcik tersebut. Jadi, disebabkan Master rasa terhina dek kata kawannya itu, beliau pun memotong rambutnya pada hujung minggu lepas. Keesokannya, apabila Master pergi ke pejabat, kawannya yang lain pula menegur, "Macam budak tingkatan 4 rupa engkau ni." Master menepuk dahi beliau... "Tak kisahlah, asal jangan kata macam Anuar Zain, sudah." - getus hati Master. 19 Mac 2014.

Long Ghaffar

Imej
Papan tanda yang merumuskan kisah Long Ghaffar.

Susah betul nak komen

Imej
Tedi adalah seekor beruang yang suka komen penulisan manusia. Malangnya bukan semua manusia sukakan komentar Tedi. Buktinya adalah seperti dalam gambar di bawah: Namun dek kerana Tedi suka komen maka Tedi bersabar dan teruskan memberi komen. Buktinya, adalah seperti gambar yang Tedi lampirkan di bawah: Bukanlah Tedi nak melarang, cuma Tedi kecewa kerana kod yang dipaparkan itu sangatlah susah nak dibaca. Buat kod simple present tense cukuplah, supaya Tedi tak tension. Nasib baik Tedi ni beruang yang comel dan penyabar, kalau tidak semestinya Tedi malas nak komen... 27 April 2014

Tedi bersedia merampas kuasa!

Imej
Berani si Sakinah merampas kekuasaan Tedi daripada katil itu! Perkara seperti ini tidak patut dibiarkan. Tedi perlu melakukan sesuatu agar seluruh dunia tidak memperlekehkan diri Tedi. Namun perisik kesayangan Tedi, si Tetot telah membawa khabar yang mendukacitakan. Melalui risikan beliau, ramai kawan-kawan Tedi yang terpedaya dengan kecomelan Sakinah . Comel tang mana pun Tedi tak tahulah. Oleh itu Tedi tidak boleh bertindak semberono dalam usaha mengusir Sakinah daripada markas Tedi itu. Jika Tedi dilihat memusuhi Sakinah, sudah tentu manusia tidak melihat Tedi sebagai beruang yang cute  selepas ini. Tedi mungkin akan menjadi alasan untuk manusia menghapuskan kaum beruang di muka bumi ini. Jadi Tedi perlukan seseorang yang sesuai untuk mengusir Sakinah dan merampas kuasa, hahaha. Tedi akan memiliki katil itu semula! Akhirnya Tedi telah menemui insan yang luarbiasa dan sesuai untuk tugasan itu. Tedi menemuinya di MYDIN Mall USJ dan dengan bayaran kurang daripada RM10, beliau ...

Contoh Nama Kedai Dobi

Berikut adalah senarai nama kedai dobi di Malaysia yang boleh dijadikan contoh nama yang boleh diberikan kepada kedai dobi. Mungkin juga menjadi ilham kepada mereka yang mahukan contoh nama syarikat dobi. Bagi Tedi nama kedai dobi patut mudah diingat dan juga memaklumkan jenis kedai dobi tersebut. Nama kedai dobi yang unik juga penting supaya mudah dikenalpasti. Contohnya ABC Dobi menunjukkan ia sebuah kedai dobi, tapi Tedi tak tahu ia kedai dobi layan diri atau tidak? Nama seperti Kedai Dobi ABC Layan Diri membayangkan ia sebuah kedai dobi layan diri tapi namanya mungkin tidak sedap. Nama kedai dobi layan diri mungkin panjang berjela untuk memaklumkan jenis khidmat dobi disediakan. Jika anda yakin bahawa nama yang unik tanpa membayangkan jenis perniagaan sudah mencukupi kerana keluasan pasaran di tempat anda berniaga, maka boleh teruskan dengan kepercayaan tersebut, mungkin anda boleh membina satu jenama yang melekat kuat di minda pelanggan tanpa sebarang keyword yang menunjukkan jen...

Suu Kyi kutuk had 2 orang anak ke atas keluarga Muslim Rohingya

Imej
Hari ni rasa gembira sikit apabila Tedi baca berita ni " Suu Kyi denounces two-child limit on Myanmar Rohingya families ". Pemimpin pro-demokrasi Myanmar,  Aung San Suu Kyi bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada mesyuarat pertama jawatankuasa eksekutif pusat National League for Democracy di dewan Royal Rose di Yangon pada 27 Mei 2013. Kredit: Reuters / Soe Zeya Tun Sebelum ni mood  Tedi tak berapa baik apabila pihak berkuasa daerah Rakhine mengenakan undang2 menghadkan bilangan anak kepada keluarga Muslim Rohingya [ Press TV: Myanmar imposes two-child limit on Rohingya Muslims ]. Undang2 ini kononnya wujud sejak 1994 tapi baru dikuatkuasakan. "Mereka tidak boleh mendiskriminasi. Ini adalah bertentangan dengan hak asasi manusia,"  kata Suu Kyi. Tedi sebelum ni memang hangin  dengan Suu Kyi ni sebab macam berdiam diri jer  melihat penindasan ke atas kaum Rohingya. Konon menang Hadiah Nobel Keamanan , tapi kaum Rohin...

Hanya untuk para karyawan

Imej
Selamat pagi! Hari ini Tedi bangun awal, sekitar jam 5 pagi, tapi bukan disebabkan Piala Dunia!  Nak pergi jenguk Brazil lawan Croatia pun Tedi malas, kerana bolasepak itu memang menarik jika ditonton, tapi kalau tak ditonton ia tak menarik, maka Tedi tak berasa rugi apa-apa pun kerana Tedi tak menontonnya. Pagi ini Tedi cuma nak beri amaran kepada kekawan yang berkunjung ke Medan di Indonesia , sila jangan serbu mana-mana tandas di sana lebih-lebih lagi jika anda bukan seorang karyawan! Ternyata orang Medan menyanjung tinggi para karyawan sehinggakan ada tandas khas buat mereka... Tapi janganlah kembang hidung sangat jika anda sorang perngkarya di Malaysia, terus mahu masuk ke tandas VIP seperti ini semata-mata kerana anda adalah seorang karyawan! Kerana "karyawan" yang dimaksudkan mereka adalah "kakitangan" atau "pekerja".. Maksudnya? Tandas itu khas buat pekerja mereka saja... :P 13 Jun 2014.

Tedi DIY: topup kad sim ADT

Imej
Selalunya dalam masa beberapa bulan, sistem ADT kami akan keluarkan bunyi beep yang membingitkan telinga. Apabila hal itu berlaku, Master faham benar yang kredit prepaid telefon GSM untuk ADT itu telah kehabisan. Untuk pastikan, Master akan periksa panel pantauan kawalan ADT, dan selalunya lampu kuning akan menyala dengan mesej "masalah komunikasi" dipaparkan. Rupa panel pemantau ADT. Ikon kuning segitiga menyala jika ada masalah. Kemudian Master akan semak jika telefon Master berfungsi kerana Master menggunakan penyedia perkhidmatan yang sama iaitu Celcom. Jika tiada liputan, itu bermakna ada masalah dengan rangkaian, tapi jika telefon Master berfungsi dengan baik, maka sahlah kredit ADT itu kehabisan. Selalunya Master akan pindahkan kredit, tetapi jika mahukan tempoh luput yang lebih lama, Master akan topup nilai kad sim itu. Masa inilah Master kena buka kotak kawalan komunikasi ADT dan cabut kad sim sebelum topup nilainya. Rupa kotak kawalan pusat ADT mi...

Untuk muslimah bertudung sahaja...

Imej
Seorang artis dikutuk peminat kerana melakukan aksi-aksi yang tidak sepatutnya dilakukan oleh muslimah bertudung. “Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang MUSLIMAH YANG MASIH LAGI DALAM PROSES MENCARI KEMILAU CAHAYA ISLAM SEBENAR, BERUSAHA MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH, tapi BUKAN bermaksud aku adalah MANUSIA SEMPURNA. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari REDHA ALLAH SWT…” Hutang gambar:  http://www.suhainisaperan.com/   Berasap telinga Tedi mendengar kenyataan itu dari corong radio. Apa? Muslimah bertudung jer tak boleh buat aksi2 kurang sopan tu? Maksudnya muslimah tak bertudung boleh la buat apa yang dia nak? Ini adalah mentaliti yang sungguh sesat ( literally ). Sepatutnya kalau mengaku muslim patut patuh kepada apa yang dilarang & apa yang disuruh, tidak berdasarkan kepada pemakaian seseorang. Mungkin si pengucap nak kata "kal...

Besar periuk, besarlah keraknya ...

Imej
Alah, cikgu besar Pogy bagi keje rumah lagi. Kali ni dia mahu kami terangkan maksud peribahasa "Besar periuk, besarlah keraknya." Kawan2 Tedi semua Bing.com jer  maksud peribahasa itu sesuai dengan kemodenan negara. Tapi Tedi memilih untuk tanya Master. Nak Bing.com pun takleh sebab Mommy culik tab Tedi.

Kurang ajar atau biadab

Imej
Tadi Tedi sempat melawat Tetot di kelas beliau. Beliau kelihatan merungut seekor diri. Kisahnya Tetot ni merupakan ketua kelas beliau. Tradisi ketua kelas adalah untuk mengunci pintu kelas sebaik saja tamat sesi persekolahan. Selain itu kelas Tetot ni dikongsi oleh sebuah persatuan. Tapi pintu masuk adalah berbeza dan 2 set kunci berbeza digunakan. Tetot hanya boleh buka Pintu A manakala ketua persatuan itu hanya boleh buka Pintu B. Apa yang mendukacitakan ahli2 persatuan ni selalu masuk jer ke kelas tersebut tanpa bagi salam dan kemudian dengan selamba melepak di belakang kelas.  Mereka tak minta izin dan tak tanya pun sama ada Tetot dah nak balik atau belum. Itu yang buat Tetot naik angin. Suatu petang, Tetot kunci je kelas tu. Terkulat-kulat lah ahli persatuan tersebut dalam kelas tu. Terpaksalah mereka tunggu ketua mereka datang buka pintu kelas. Erm, ganas jugak Tetot ni walaupun selalu senyum je kejenya. Tapi apa nak kata? Lain kali minta izin dulu sebelum masuk. ...

Google: Kami boleh hapuskan imej lucah kanak-kanak

Imej
Jika Google menjayakan rancangan ini, mereka mendapat sokongan Tedi! Google menegaskan bahawa mereka telah menemui senjata ampuh untuk menentang bahan lucah melibatkan kanak-kanak di internet. Google punyai kuasa, kini mereka perlu gunakan kuasa itu. Sumber tidak Tedi nyatakan sebab owner blog ni sekadar bersuka-suka dengan carian ini. Mereka telah membina satu kaedah untuk berkongsi maklumat mengenai penyalahgunaan imej kanak-kanak . Kaedah ini melibatkan penggunaan pangkalan data baru mereka yang membenarkan sebarang imej "ditanda" oleh kumpulan pelindung kanak-kanak untuk dipadamkan daripada semua server  pihak yang terlibat. Buat masa ini mungkin hanya melibatkan server  rakan kongsi Google. Dongeng terbesar mengenai penganiayaan kanak-kanak adalah ia selalu dilakukan oleh orang asing, namun dalam kebanyakan kes, kenalan keluarga yang menjadi dalangnya. Usaha ini khabarnya berpotensi untuk memadamkan semua gambar yang ditanda dalam internet se...

Hawadax adalah nama baru kepada Rat Island

Imej
Sekarang bebas daripada tikus, Rat Island mendapat nama baru yang tidak berkaitan dengan tikus Apa yang kita terbayang apabila mendengar nama Rat Island? Sudah tentulah sebuah pulau yang dipenuhi tikus. Oleh itu pulau itu kini diberi nama Hawadax Island yang disebut sebagai " How-ah-tha ". Nama ini merupakan nama tradisional Aleutian yang bermaksud "pintu masuk" dan "dialu-alukan". Pulau ini merupakan pulau terpencil di Alaska dengan keluasan 10-batu-persegi. Tikus-tikus mula menguasai pulau itu apabila sebuah kapal Jepun karam di sana pada tahun 1780. Burung auklets ini terjejas dek kehadiran tikus. Pulau itu bebas tikus pada 2008 apabila pengurus hidupan liar di sana menggugurkan racun tikus. Ini adalah untuk menggalakkan populasi burung laut di sana yang terjejas dek kehadiran burung-burung pemangsa tikus. Sumber berita untuk kiriman ini: Alaska's rodent-free Rat Island gets new name - Hawadax Goodbye, Rat Is...

Rizki, bayi orang utan yang ditinggalkan ibu.

Imej
Tadi Tedi baca satu berita kurang enak mengenai Zoo Surabaya di Indonesia. Tedi jadi marah, lalu Tedi segera mengerah si Tetot untuk menyiasat. Anehnya gambar-gambar ini pula yang Tetot serahkan kepada Tedi. Tedi tak jadi marah. Rizki bermain ketika kakitangan Zoo Surabaya cuba memberinya minum susu. Sungguh comel... Rizki tidak dipedulikan ibunya. Fikir apa tu? Kerenah Rizki tak ubah seperti manusia. Sebelum Rizki, kakaknya bernama Damai turut diabaikan ibu mereka. Kini dijaga oleh Unit Penjagaan Rapi Zoo Surabaya, Indonesia. Rizki juga menangis ketika lapar! Kadangkala, Rizki kelihatan kesepian. Menyusukan Rizki ketika dia mengantuk memang susah. Terpaksa dijaga apabila ibunya tak mahu susukan atau menjaganya. Kat rumah nenek Tedi ada seekor kucing macam ni, tapi selalunya masa dia beranak kecil, ada seekor lagi ibu kucing belaan nenek yang menyusu anak akan mengangkut anak kucing itu sekali. Indah sungguh perancangan Allah. ...

Prev Next

Popular