Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad dan juga keluarga baginda dan juga para sahabat.

Kisah ini berlaku pada hari Ahad yang lalu di mana kami berada di sebuah kedai hiasan konkrit di Nilai.

Hendak dijadikan cerita semasa Master mematikan enjin kereta Proton SAGA BLM transmisi manual kami, kuncinya telah terkopak terbelah dua menampakkan isi perutnya berupa bateri dan litar elektronik.

gambar mobilizer kunci kereta proton saga blm

Master mencantumkan kembali kedua-dua belah kunci tersebut dan terus keluar kereta untuk urusan membeli hiasan konkrit untuk diletakkan pada pagar rumah kami yang akan diubahsuai kepada pagar bata.

Setelah urusan dan tiba masa untuk kami pupang tiba-tiba sahaja kereta Proton Saga BLM IAFM 1.3 MT itu tidak mahu hidup.

Ketika kunci dipulas semua peralatan elektronik hidup tetapi enjin langsung tak berbunyi apa, senyap sunyi macam tiada apa berlaku.

Kalau bateri lemah mesti ada bunyi gak, tambahan alarm kereta dan hon semua okay, maka masalah bateri diketepikan sebagai punca.

Master telefon Pak Lang Epul untuk dapatkan bantuan. Hanya selepas itu Master teringat kawannya pernah menghadapi masalah sama yang akhirnya diketahui disebabkan oleh masalah pada kunci keretanya.

Master mula beranggapan bahawa ada masalah dengan mobilizer kereta tersebut yang selalunya ada pada kunci kereta moden.

Master periksa balik bahagian dalam kunci kereta Proton SAGA BLM tersebut dan mendapati ada satu ruangan kosong yang agak menghairankan. Kenapa ada ruang kosong di sana? Nak jimat kos? Atau mungkin di sana patut ada sesuatu?

Master ambil keputusan untuk mencari sesuatu yang tidak pasti di lantai kereta. Akhirnya Master ketemui satu benda kecik yang berbentuk agak segitiga dan nampak macam litar elektronik.

Master memasukkannya ke dalam ruangan kosong tersebut dan akhirnya kereta kami berjaya dihidupkan dengan mudah.

Mobilizer adalah device dalam kunci kereta zaman sekarang yang hanya membolehkan kereta dengan kunci dan mobilizer yang betul untuk dihidupkan. Ia bertujuan mengelakkan kecurian kereta melalui penyalinan kunci, tapi pada zaman sekarang ni mobilizer pun mungkin boleh diklon.

Pakcik tokay kedai tu kata dia pernah dinasihatkan agar sentiasa membawa kunci pendua pada perjalanan jaub sebab jika ada apa-apa masalah pada kunci utama, kunci pendua boleh digunakan. Ini adalah kerana kunci kereta pada zaman sekarang susah untuk disalin.

Tedi menyeru agar sesiapa pemilik Proton SAGA BLM agar segera melekatkan kunci anda jika terkopak agar jangan keciciran mobilizer dalam kunci kereta tersebut.

1 Jun 2017