بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


KUALA LUMPUR: Boleh dikatakan pengendali Kedah FA, Aidil Sharin Sahak antara jurulatih terbaik dalam kempen Liga Malaysia (Liga M) apabila membantu Lang Merah menamatkan Liga Super Malaysia 2020 sebagai naib juara dan meraih slot ke Piala AFC musim depan.

Bagaimanapun, rekod itu tidak menarik minat Selangor untuk mendapatkan khidmat jurulatih dari Singapura itu bagi mengendali pasukan Red Giants musim depan.

Gambar Aidil Sharin sahak jurulatih Kedah FA tahun 2020

Malah, Selangor kini dilihat berada dalam prestasi terbaik di bawah jurulatih sementara Micheal Feichtenbeiner selepas B. Sathianathan dipecat oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada 21 Disember 2020 lalu.

Buktinya dua perlawanan terakhir Liga Super menyaksikan Red Giants merekodkan 13 gol menerusi kemenangan 7-0 ke atas PDRM dan 6-1 ketika berdepan Felda United.

“Khabar angin menyatakan Selangor berminat untuk mendapatkan khidmat Aidil adalah tidak betul,” jelas Setiausaha Agung FAS Dr. Johan Kamal Hamidon secara ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Jawapan itu sekali gus menjawab persoalan bahawa Selangor berminat mendapatkan bekas pemain Home United berusia 43 tahun itu.

Sebelum ini, dikatakan Aidil ibarat ‘pisang panas’ apabila menjadi rebutan sekurang-kurangnya lima pasukan dalam Liga M bagi mengharungi musim depan.

Difahamkan lima pasukan tersebut ialah Melaka, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.


~20201016~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm