بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Menukar Taska

Akhirnya setelah 2 hari percubaan, kami memutuskan untuk menukar taska.

Ini kerana Aina menangis tidak mahu masuk taska manakala si guru tidak menunjukkan kemahiran memujuk, dan pemilik taska pun menyatakan bahawa mereka biasanya menolak kanak-kanak seperti Aina kerana katanya memerlukan perhatian khusus.

Taska seterusnya dipilih Master kerana kawasan rumahnya kelihatan luas dan ramai kanak-kanak sebaya Aina, harapannya mereka boleh berkawan. Aidan pula dihantar ke rumah pengasuh yang hanya 2 pintu dari taska Aina.

animasi gambar budak lelaki menunggu di depan pintu pagar taska
Animasi Aidan sedang menunggu di pintu pagar taska baru kakaknya si Aina. Aidan juga akan dihantar ke tempat asuhan baru selepas Aina tidak sesuai di tempat asuhan yang kami cuba pada minggu lepas. Ketika ini Aina sedang menangis meronta-ronta sambil ditenteramkan cikgu barunya dan juga Mummy. # Monday, 7 September 2020, 08:58 # 20200907 # VID_20200907_085751-ANIMATION.gif #

Belanja Aina makan aiskrim Baskin Robbins

gambar kanak-kanak perempuan bernama Aina sedang makan aiskrim Baskin Robbins
Belanja Aina makan aiskrim di Baskin Robbins di AEON Mall Nilai sempena hari pertama dia berjaya duduk di taska baru. Umur Aina pada masa ini ialah 3 tahun, 6 bulan, 3 minggu, 5 hari # 20200907 # Monday, 7 September 2020, 19:40 # COLOR_POP # OPPO OPPO Reno2 #

~20200907~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm