Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Dream Badminton di Kompleks Sukan Airport Nilai 2018

Imej
Karangan ini akan menceritakan mengenai:  Court Badminton di Nilai ,  Harga Sewa Court Badminton Dream Badminton Nilai ,  Lokasi Kompleks Sukan Airport Nilai  bagi tahun 2018. Court Badminton di Nilai Apabila kawan-kawan Master mengajak beliau bermain badminton, mereka akan mencari court badminton di Nilai di Negeri Sembilan. Ini adalah kerana Nilai merupakan kawasan bandar yang terhampir dengan Bandar Baru Salak Tinggi, di mana BBST tidak mempunyai gelanggang badminton untuk disewa. Sebenarnya Tedi tidak pasti jika benar di Bandar Baru Salak Tinggi tiada dewan badminton. Mereka akan bermain selalunya di Dream Badminton Nilai yang terletak di tingkat 3 Kompleks Sukan Airport Nilai. Kompleks Sukan Airport Nilai ini kadangkala dipanggil Kompleks Sukan Nilai yang mana Tedi rasakan tidak sesuai kerana Kompleks Sukan Airport Nilai ini adalah di bawah pihak swasta. Kadangkala ada juga orang panggil Kompleks Sukan Airport Nilai ni sebagai Kompleks Sukan KLIA Nilai yang...

Interlud

Imej
Ya ya ya Lagu apa ni? Master selalu memainkan lagu ini dalam kereta. Tedi dengar dia punya lirik memang agak lain macam la. Tapi selalunya lagu yang Master pilih pun memang lain macam pemahamannya. Rumusan lagu Interlud oleh Nora   Lirik lagu Interlud oleh Nora Ariffin Pemahaman Tedi mengenai lirik lagu Interlude Kau berjalan di atas angin, Tak jejak di bumi bagaikan daun Si ibu tetap setia bersama anaknya, walaupun derita Apakah maksud "interlude"? Lagu Interlude nyanyian makcik Nora ni adalah salah sebuah lagu daripada album Nora yang bertajuk Sandiwara mungkin pada tahun 1994. Rumusan lagu Interlude oleh Nora Kali ini Tedi nak mulakan terus dengan rumusan apa yang Tedi fahami daripada bait-bait kata dalam lirik lagu Interlude ni. Lagu Interlude ni mengisahkan mengenai seorang ibu yang menyaksikan anaknya dalam kesesatan ataupun melakukan kesalahan, di mana ibunya cuba nak menyedarkan atau membantu anaknya itu, tapi anaknya tetap berterusan melakukan ke...

Surau An-Nur Hidayah di Pantai Permai

Imej
20 Disember 2018, 20:06, Khamis Gambar panorama Surau An-Nur Hidayah. Suasana ketika kuliah Maghrib. Surau An-Nur Hidayah memang aktif dalam menjalankan aktiviti yang malangnya lebih dihadiri oleh orang tua. Kelihatan mimbar, kerusi urut, kipas berdiri, pembesar suara, lampu kalimantang dan kipas angin. Gambar ini dirakam menggunakan kamera telefon Xiaomi Redmi Note 5A dan dihasilkan oleh Google Photos Assistant. Apa yang agak menarik mengenai Surau An-Nur Hidayah ini ialah: Ruang musafir yang turut menempatkan bahan-bahan bacaan. Berkongsi bumbung dengan PASTI ataupun TASKI, Tedi tak ingat apa nama pusat asuhan kanak-kanak Islam tu Sebenarnya adalah bangunan aras bawah rumah pangsa yang dipasang bumbung pada kawasan kosong di antara dua unit bertentangan. Menyediakan air minuman.

Berjalan ke UniKL Kuala Lumpur

Imej
12 Feb 2009 08:55 Khamis Gambar semasa Master dalam perjalanan pergi kerja ke UniKL Kuala Lumpur. Pada masa itu Master menggunakan LRT atau Komuter untuk berulang-alik ke UniKL Kuala Lumpur. Kalau naik LRT, turun di Stesen LRT Dang Wangi, tapi nak kena tukar train di Masjid Jamek. Kalau naik komuter, boleh naik di Stesen KTMB Bank Negara, tapi nak kena menapak jauhlah melepasi SOGO dan sebagainya. Gambar ini menunjukkan sebuah kereta Perodua Kelisa diekori sebuah van sedang melepasi persimpangan berlampu isyarat, di mana ketika itu ramai penunggang motosikal sedang menanti giliran mereka untuk meneruskan perjalanan. Kelihatan juga landasan monorail.

Geleng-geleng

Imej
12 Disember 2018, 20:50, Rabu Nor Aina duduk makan apa benda entah Mommy bagi sambil main geleng-geleng kepala. Seronok sangatlah gamaknya tu. Ketika ini kami sedang makan malam di Areeya Seafood [ peta ] lagi, kali ini makan nasi goreng ikan masin dan nasi goreng biasa bersama air suam. Ketika ini Nor Aina berusia 1 tahun 9 bulan 22 hari. Malam ini Aina tidak dibenarkan berjalan-jalan di sekitar kedai makan Areeya Seafood ini sebab ramai orang duduk merokok menghembus asap rokok macam naga. Tidak pedulikan orang lain tak suka bau asap rokok mereka, dan paling sedih tak peduli ada kanak-kanak kecil atau bayi di sekitar mereka. Macamlah mati kalau tak hisap rokok sekejap dalam kedai makan tu.

Aina dan Singa

Imej
7 Disember 2018 23:00 @ Sunway Velocity Mall Gambar Aina dan Arca Singa XiaomiR Redmi Note 5A Gambar Aina bersama arca patung singa di Sunway Velocity Mall. Ini adalah kali pertama kami sekeluarga menjejakkan kaki ke Sunway Velocity Mall ni. Ini adalah arca singa yang sungguh besar mungkin nama arca ni Victor. Tedi tak periksa betul-betul pula arca ni sebab kami dah kalut nak balik rumah. Apa kami buat di sana dah jam 11 malam ni? Kami ke sana untuk dengar kempen oleh Skymaster Solutions Sdn Bhd dan ambil voucher di sana. Tetapi lain kali sahajalah Tedi kongsikan pengalaman kami bersama Skymaster Solutions Sdn Bhd ni.

Newcastle United boleh menjadi pasukan bola sepak Liga Perdana terbaru memiliki pemilik Amerika dengan pengambilalihan MYR 1.6 billion

Imej
Perundingan yang berjaya akan membawa kepada penamatan 11 tahun pentadbiran pekak Mike Ashley di Newcastle United. Para penyokong Newcastle United FC amat bengang dengan Mike Ashley kerana tidak mahu mendengar pendapat demi kemajuan bola sepak sebaliknya lebih fokus kepada keuntungan kewangan. Ashley juga merupakan pemegang saham majoriti di rantaian sukan yang berpangkalan di UK Sports Direct dan memberikan satu wawancara kepada Sky News awal minggu ini dengan mengatakan perbincangan mengenai jualan "berada di tahap yang lebih ke hadapan daripada mana-mana perbincangan yang pernah mereka lakukan." Mike Ashley kata jangan risau dia akan berambus dan meninggalkan Newcastle United kepada pemilik yang bagus dan disenangi semua pihak. Ashley boleh mempertimbangkan sekurang-kurangnya tiga tawaran lain dari pihak yang berminat untuk membeli Newcastle United - dengan anggaran penilaian sebanyak £ 300 juta (MYR 1.6 billion). "Saya berharap - untuk peminat Newcastle, untuk k...

Benitez nafi mahu beli Miguel Almiron

Imej
Kebelakangan ini gamat dengan berita mengenai minat Newcastle United Football Club ke atas Miguel Almiron, sehinggakan presiden Atlanta memberi amaran kepada NUFC untuk membuat tawaran serius jika mahukan Miguel Almiron . Tetapi kem Newcastle United menafikan berita itu di mana pengurus Newcastle, Rafael Benitez, menafikan berita mengenai minat Newcastle United untuk membawa masuk penyerang Atlanta United, Miguel Almiron. Benitez menyatakan bahawa dia tidak pernah membuat sebarang kenyataan untuk mendapatkan Miguel Almiron, tetapi dia mendengar ada seseorang mendakwa Newcastle United telah membuat tawaran tersebut. Dan selepas itu, kami berkata 'Tidak, kami tidak membuat apa-apa tawaran' . Benitez menyatakan bahawa pihak akhbar tak semestinya akan dapat tahu jika Newcastle United membuat tawaran ke atas mana-mana pemain. "Kami tidak akan menghebahkan tentang minat kami ke atas mana-mana pemain. Jika kami membuat tawaran, pemain tersebut akan tahu, kami akan tahu dan ...

Amaran presiden Atlanta kepada Newcastle: Sediakan tawaran serius untuk Almiron

Imej
Presiden Atlanta, Darren Eales menegaskan mereka tidak akan menjual Miguel Almiron untuk bayaran murah. Terdapat pasukan dari Liga Perdana Inggeris yang berminat dengan Almiron, seperti Newcastle, Tottenham dan Arsenal yang dikatakan sedang menanda pemain itu. Tetapi Eales menegaskan bahawa Almiron hanya akan dilepaskan pada harga yang dikehendaki oleh Atlanta. Almiron dan rakan sepasukannya bersedia untuk perlawanan akhir MLS menentang Portland Timbers pada malam ini (Sabtu). "Saya telah melihat beberapa perkara yang menggembirakan di dalam akhbar, dengan jelas kami tidak akan meminjamkan salah seorang pemain kami dan kami pastinya tidak akan membiarkan mereka pergi untuk bayaran yang sedikit seperti yang saya lihat dalam beberapa laporan," katanya kepada Sky Sports . "Jika tawaran itu betul dan serius, kita akan pertimbangkan, tetapi bukan untuk angka-angka lucu yang saya lihat yang disebut dalam akhbar."

Dia hina kita dulu...

Imej
PEMAIN skuad Harimau Malaya menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan mereka tidak profesional ketika meraikan kemaraan Malaysia mara ke pentas final Piala AFF dengan aksi 'menghina' penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom sebaik wisel penamat ditiupkan di Stadium Rajamangala, Bangkok, semalam. Sebahagian pemain pasukan Malaysia tiba di KLIA dari Bangkok. FOTO Nurul Shafina Jemenon Pada separuh akhir kedua yang berkesudahan seri 2-2 itu, skuad kendalian Tan Cheng Hoe berjaya menamatkan perjuangan pasukan tuan rumah menerusi peraturan gol di tempat lawan namun cara pemain negara menyambut kemenangan itu dikatakan menimbulkan kemarahan penyokong skuad Gajah Perang. Menerusi rakaman video yang tular di media sosial sejak semalam, barisan pemain di bangku simpanan negara berlari ke arah Chatchai sebaik berakhirnya perlawanan dengan ada yang mengelilingi penjaga gol serta ada juga yang tidur di depannya. Penyerang negara, Syafiq Ahmad menjelaskan, insiden itu sebenarnya...

Jual Newcastle sebelum Januari

Imej
Sekali lagi Mike Ashley, pemilik Newcastle United FC yang juga bos SportsDirect.com kata nak jual kelab kepada pemilik baru. Para penyokong NUFC memang menantikan saat ini kerana Mike Ashley tidak berminat memperkasakan Newcastle United FC tetapi lebih kepada menjana keuntungan. Walaubagaimanapun, telah beberapa kali sebelum ini Mike Ashley "menipu" dengan janji-janjinya untuk menjual Newcastle United. LONDON: Pemilik Newcastle United, Mike Ashley mahu menjual kelab Liga Perdana Inggeris itu sebelum musim perpindahan Januari depan dengan rundingan ketika ini sangat memberangsangkan. Ashley pada Oktober lalu berkata, beliau belum menerima tawaran yang sesuai selepas mengumumkan untuk menjual kelab itu. Ditanya sama ada Newcastle sesuai untuk dijual sebelum musim perpindahan di buka 1 Januari ini, Ashley berkata ia kemungkinan boleh berlaku sambil berharap dapat mencari pemilik yang mampu memuaskan hati semua pihak. “Saya harap ia berlaku sebelum musim perpindahan pada ...

Kad Kredit AFFIN penuhi keperluan perniagaan, PKS

Imej
KUALA LUMPUR: Affin Bank Bhd (AFFINBANK) melancarkan Kad Kredit AFFIN Visa Business Platinum yang dapat memenuhi keperluan komuniti perniagaan dan kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFINBANK, Kamarul Ariffin Mohd Jamil, berkata kad itu dilengkapi pelbagai manfaat yang sesuai kepada kumpulan perniagaan dan PKS seperti pulangan tunai tanpa had sebanyak 1.5 peratus apabila berurus niaga di luar negara. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Kamarul Ariffin Mohd Ismail (tiga dari kanan) merasmikan majlis pelancaran kad kredit AFFIN Visa Business Platinum di Starhill Gallery. Foto NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA Beliau berkata, pihaknya menyasarkan 10,000 langganan kad kredit berkenaan pada 2019 yang disokong oleh permintaan dan kehadiran PKS dalam pasaran semasa di negara ini. "Kad ini mempunyai ciri yang pelbagai seperti pengurusan gaji untuk pekerja PKS, pengurusan kekayaan dengan pulangan tinggi dan penyelesaian pe...

Takaful IKHLAS tukar lesen takaful kepada 2 entiti

Imej
KUALA LUMPUR: Takaful Ikhlas Bhd yang kini dikenali dengan nama baharu Takaful Ikhlas Family Bhd (Takaful IKHLAS Family) mengumumkan penukaran lesen takaful kompositnya kepada dua entiti untuk menguruskan perniagaan takaful keluarga dan perniagaan takaful am secara berasingan. Penukaran itu adalah selaras dengan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam, 2013 (IFSA). Penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berlandaskan prinsip Syariah itu menerusi kenyataannya berkata, perniagaan takaful amnya akan diuruskan oleh entiti baru, Takaful Ikhlas General Bhd (Takaful IKHLAS General). “Langkah ini dirangka untuk membawa pendekatan lebih fokus dan terbaik dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. “Struktur baharu ini juga mencerminkan komitmen Takaful IKHLAS terhadap perniagaannya dalam memastikan pengurusan modal dan sumber yang cekap untuk mewujudkan peluang pertumbuhan yang berterusan,” katanya di sini, hari ini. Bagi memimpin struktur korporat baharu itu, Taka...

Leeds United intai Freddie Woodman

Imej
Leeds United berminat dengan penjaga gol bawah-21 Newcastle United dan juga England, Freddie Woodman , menurut beberapa laporan. Leeds pada waktu ini kekurangan pilihan penjaga gol, di mana hanya Bailey Peacock-Farrelltheir sahaja penjaga gol yang cergas dan mempunyai pengalaman senior. Penjaga gol Jamal Blackman yang dipinjam dari Chelsea telah kembali ke kelabnya setelah kakinya patah. manakala Will Huffer yang berusia 20-tahun membuat penampilan pertamanya di Championship ketika menentang Bristol City dalam bulan November ini disebabkan oleh krisis kekurangan penjaga gol di kelab Leeds United. Freddie Woodman adalah penjaga gol skuad bawah-21 England dan Newcastle United. The Mirror melaporkan bahawa Leeds akan beralih kepada Woodman yang berusia 21 tahun itu dalam jendela perpindahan pada bulan Januari nanti sebagai penyelesaian kepada isu tersebut. Woodman hanya membuat satu penampilan bersama skuad senior Newcastle United, ketika beraksi dalam perlawanan Piala FA mu...

Aina meragam pergi rumah pengasuh

Imej
Ini jujukan gambar Nor Aina semasa berusia 1 tahun 9 bulan dan 9 hari. Aina kuat meragam ketika ini apabila tiba saat dihantar ke rumah pengasuh. Adakalanya dia akan menangis apabila tiba di rumah pengasuh, atau ketika lif sampai di tingkat rumah pengasuh, dan adakala semasa keluar kereta. Pada mulanya risau juga sebab tangisan Aina tu memang  real tak tipu punya. Tapi setelah beberapa peristiwa, kami mencadangkan bahawa Aina hanya mengada-ngada tak mahu ke rumah pengasuh, maklum sahajalah dia kurang bersama Master dan Mommy, hanya menghabiskan masa dalam kereta, dan apabila sampai di rumah, tiba masa untuk dia tidur. Tangisannya akan lebih kuat jika Mommy yang menghantarnya ke rumah pengasuh. Aina juga akan menangis jika Master yang mahu menghantarnya ke rumah pengasuh dan bukannya Mommy. Ini membuktikan bahawa Aina sebenarnya nak bermanja dengan Mommy. Ini tidak menghairankan kerana Aina lebih banyak bersama Master berbanding Mommy. Apabila Aina berak, Master yang basuh ...

Jenama Mesin Basuh Terkemuka di Dunia 2018

Imej
Karangan ini adalah mengenai senarai 10 jenama mesin basuh yang terbaik di dunia pada tahun 2018. Mesin basuh pada zaman sekarang boleh didapati dalam dua jenis muatan iaitu muatan atas, dan muatan hadapan. Terdapat juga mesin basuh semi-automatik yang memerlukan bantuan manusia untuk beroperasi dan ada juga mesin basuh automatik yang mengawal proses basuhan sepenuhnya. Kesemua fungsi mesin basuh ini disediakan oleh para pengeluar sama ada untuk memenuhi kehendak kewangan pengguna iaitu harga yang murah, atau sebaliknya menawarkan fungsi-fungsi yang banyak dan canggih pada harga yang lebih mahal. Apa-apa pun jika jenama yang anda pilih adalah daripada 10 jenama mesin basuh terkemuka di bawah, and mungkin tak perlu pening kepala tambahan ada yang tawarkan jaminan sehingga 10 tahun! Malangnya mesin basuh yang kami gunakan iaitu mesin basuh jenama Haier tidak termasuk dalam senarai di bawah ini, tapi masih bertahan selama 10 tahun sejak kami gunakannya pada tahun 2008. Senarai 10 Je...

Jangan Harap Kerajaan Hapuskan Tol

Imej
Beberapa bulan lepas Tedi sempat berbual dengan seorang pakcik. Pakcik ni adalah seorang berjawatan pengurus di sebuah syarikat yang berkaitan dengan tol di Malaysia ni. Perbualan kami sudah tentu berkaitan dengan tol di Malaysia ni, di mana rakyat masih menantikan kerajaan Malaysia menunaikan janji menghapuskan tol setelah memenangi pilihanraya dan membentuk kerajaan Malaysia "baru". Pakcik itu dengan yakin dan lantang menyatakan bahawa kerajaan Malaysia yang diterajui Pakatan Harapan (PH) takkan dapat hapuskan tol. Tak Mungkin Hapuskan Tol Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Fakta pertama yang dikongsi oleh pakcik itu ialah mengenai tol PLUS. Kerajaan baru sahaja memperbaharui perjanjian konsesi dengan PLUS, jadi adalah amat mustahil untuk kerajaan menamatkan konsesi tersebut kerana akan terpaksa membayar ganti rugi dalam jumlah yang besar. PLUS adalah pemegang konsesi untuk Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Pantai Timur fasa 2 ...

Hafizh gembira kuasa jentera KTM RC16

Imej
KUASA pecutan terbaik jentera KTM RC16 yang menjadi taruhan Tech 3 dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim depan menggembirakan pelumba muda negara, Hafizh Syahrin Abdullah . HAFIZH teruja untuk terus menguji jentera KTM RC16 dan tekad bekerja keras untuk mendapatkan pelarasan terbaik pada sesi ujian akan datang. Biarpun hanya sempat melakukan 20 pusingan pada sesi ujian pertama di Litar Ricardo Tormo, Valencia kelmarin, namun ia sudah memadai bagi pelumba berusia 24 tahun itu merasai pengalaman pertama menunggang jentera RC16 itu. “Buat masa ini saya merasakan jentera ini sangat baik dari segi kawalan. Kuasa pecutan RC16 juga sangat hebat. “Secara keseluruhan saya sangat berpuas hati dan tidak sabar untuk terus menguji jentera ini selain bekerja keras untuk mendapatkan pelarasan yang lebih sempurna,” kata Hafizh dalam satu kenyataan semalam. Pada musim 2019, Tech 3 akan menggunakan jentera KTM selepas menamatkan kerjasama selama 18 tahun den...

Tempahan Anda Telah Disahkan #TIICEE0GFIDGV

Imej
Tiba-tiba sahaja Master menerima e-mail yang agak mencurigakan. Mungkinkah ia adalah satu lagi teknik penipuan melalui internet? Atau adakah sesiapa sahaja telah mencuri identiti Master? Apakah yang perlu dilakukan? p.s: sebenarnya Mommy yang shopping online gunakan identiti Master di Lazada.... Pesanan anda telah dibuat pada hari Ahad, 11 November 2018 03:57:08 melalui Kredit atau Kad Debit. Anda akan dikemaskini dengan e-mel lain selepas item anda dihantar. Catatan: Sila ambil perhatian tentang tarikh jangkaan tarikh penghantaran untuk pesanan anda. Item yang dihantar dari luar negara akan mempunyai masa penghantaran yang lebih lama. Untuk Perkhidmatan, Pembekal Perkhidmatan kami akan menghubungi anda dalam masa 1 hari bekerja untuk menjadualkan temujanji. APP EKSKLUSIF: Memperkenalkan Ganjaran Laz, sehingga 5% rebat tunai apabila anda berbelanja dengan dompet. Tunai balik akan dikreditkan ke dalam baldi Lazada Wallet 'Rebat' anda dalam masa 15-21 hari selepas anda ...

Benitez puji Rondon "yang berbeza" selepas jaring 2 gol

Imej
Pengurus Newcastle United, Rafa Benitez gembira dengan dua gol jaringan Salomon Rondon selepas kemenangan ke atas Bournemouth. Rondon meledak dua kali apabila Toon menang 2-1. Benitez berkata selepas perlawanan: "Apabila kami menandatangani Rondon, kami bercakap mengenai seorang penyerang yang boleh menang pertarungan di udara, boleh mempertahankan bola dan pada masa yang sama boleh bergerak dengan bebas dan mudah." "Dia berbeza dengan Ayoze, Muto atau Joselu dan ini berita baik untuk kami kerana kami mempunyai pilihan yang berbeza yang boleh kami uruskan bergantung kepada permainan." "Dia benar-benar beraksi baik, dan dia masih boleh memperbaiki kecergasan perlawanannya - iaitu dengan bermain lebih banyak dalam perlawanan - tetapi jika dia terus berlatih keras dalam sesi latihan, dia akan menjadi lebih baik dan lebih baik. "Dia tidak begitu pantas, tetapi dia cukup kuat dan seperti yang saya katakan sebelum ini, dia masih boleh meningkat maju."...

Pemain muda Elias Sorensen bakal jadi penyelamat Newcastle United?

Imej
Bos Newcastle United, Rafa Benitez mungkin akan memasukkan Elias Sorensen untuk membantu dalam perlawanan Liga Perdana selepas prestasi hebatnya bersama pasukan Bawah-23. The Sun berkata Benitez telah menaikkan pangkat pemain berusia 19 tahun itu untuk menyertai latihan pasukan pertama menjelang pertembungan pada hari Sabtu ini sebagai tuan rumah melayan kunjungan Bournemouth. Pemain muda Denmark, Sorensen menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-1 menentang Manchester United Bawah-23 tahun Jumaat lalu untuk meraih gol ke 13 pada tahun ini. Rafael Benitez dikhabarkan akan memasukkan pemain muda Danish si Elias Sorensen untuk membantu jentera serangan Newcastle United. Toon telah menjaringkan hanya tujuh gol Liga Perdana pada musim ini dan berada di tangga kedua jaringan gol paling sedikit iaitu selepas Huddersfield yang hanya jaringkan 5 gol. Joselu mengetuai penjaring terbanyak dengan dua gol manakala Salomon Rondon, Yoshinori Muto dan Ayoze Perez hanya menyumbat satu gol setaka...

Satu dalam Perjuangan - Sau7ana

Imej
Tajuk Nasyid: Satu dalam Perjuangan Munsyid: Saujana (Sau7ana) Terbitan: InTeam Records Lirik Nasyid "Satu dalam Perjuangan" Atas nama cinta dan kemanusiaan Tiada bangga atau ternama Duniaku yang kian parah dan terancam Kerna kejahilan yang kini mencengkam Jiwa tertindas tanpa belas dan pembelaan Jangan kau ingat ku keseorangan Menyinarkan cahaya kebenaran Tiada suara kan terbungkam Tiada kuasa kan menghalang Teguh ku berdiri bersama kotakan janji Di samping teman sahabat sejati Memerah segala keringat ku Hingga ku capai saat terulung Satu dalam perjuangan Biar apa pun seragam wira ku Berundur tak wujud dalam kamus hidup ku Terus ku menyusuri perjalanan Ku sematkan rasa kasih dan sayang Suatu pengharapan Semarakkan cinta luhur yang ku impikan Jangan kau ingat ku keseorangan Menyinarkan cahaya kebenaran Tiada suara kan terbungkam Tiada kuasa kan menghalang Teguh ku berdiri bersama kotakan janji Di samping teman sahabat sejati Memerah segala keringat ku Hingga ku c...

Aina ketika 1 tahun 8 bulan 15 hari

Imej
Sekali lagi kami ke Nasi Kukus Sambal Tumis Kok Lanas yang Tedi pernah kisahkan sebelum ini . Ini mungkin kali kedua kami sekeluarga ke sini dan kali ketiga buat Master. Biasalah kan Mommy mesti nak cari makanan Kelantan dan ini tempat baru buat Mommy dan kira masih  fresh , belum jemu dan bosan lagi. Memandangkan Tedi dah pernah ceritakan perihal kedai makan Nasi Kukus Sambal Tumis Kok Lanas ni, tiadalah masa untuk Tedi ulangi lagi. Nak cari tajuk untuk karangan ini pun sudah cukup payah kerana Tedi bukan nak ceritakan lagi mengenai gerai makan Nasi Kukus Sambal Tumis Kok Lanas. Aina dan Ayam Bakar Cuma kali ini nak kongsi gambar Nor Aina sedang makan ayam bakar dengan  peel mengada-ngadanya tu. Biasanya Aina tak suka makan ayam macam Master tapi entah kenapa kali ini Aina gemar pula makan ayam bakar tersebut, siap makan seketul  drumstick .    Setakat tengok gambar kolaj di atas tidak menggambarkan perangai si Aina ni, nah silakan perhatikan perangai b...

Kambing Perap, Karpet Aina, dan TeaLive

Imej
Newcastle United kalahkan Watford 1-0 Akhirnya Newcastle United berjaya memenangi perlawanan bolasepak Liga Perdana Inggeris musim 2018/2019. Namun begitu, pertahanan Newcastle United masih teruk dan memerlukan penambahbaikan. Ayoze Perez berjaya menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan tersebut setelah dibawa masuk mengantikan Muto yang mengalami kecederaan. Kambing Perap Menyengat Pergi memenuhi jemputan kenduri akikah anak kawan Mommy di Bangi, di kawasan Sungai Merab lebih kurang.  Di  kenduri akikah tu ada lauk kambing grill. Pakcik yang membakar kambing tu kata dia jual kambing perap tu dengan harga MYR 45 (empat puluh lima Ringgit Malaysia sahaja) untuk bungkusan satu kilogram. Qaleenas Kitchen | Kambing Perap Menyengat | 017-6026271 | campuran madu dan 15 (lima belas) rempah istimewa Pakcik tu kata produk kambing perap tu dibuat di kawasan Bangi dan dia sedia hantar secara percuma ke Salak Tinggi jika pembelian dalam 6 kilogram. Hafizh Shahrin dapat keduduka...

Macam Mana Nak Tahu Minyak Enjin Tiruan

Imej
Harga minyak enjin terlalu murah sehingga membuatkan anda curiga jika ia adalah minyak palsu atau tiruan? Jika anda bimbang bahawa mereka meletakkan minyak enjin yang digunakan di dalam kereta anda bukannya minyak enjin asli, anda boleh mengesahkannya dengan pemeriksaan pantas. Bau minyak. Minyak baru mempunyai bau perindustrian atau bau kilang, sejenis bau logam baru. Minyak enjin yang digunakan, walaupun tidak berapa digunakan, mempunyai bau bakar dengan sedikit bau minyak petrol. Warna Minyak Enjin Minyak baru kelihatan seperti minyak kanola menjadi gelap seperti warna minyak zaitun - tetapi sentiasa telus atau lutsinar. Jika ia mempunyai warna yang lebih gelap padanya - bermaksud ia telah digunakan. Kenyataan ini tepat untuk minyak enjin konvensional, manakala minyak enjin sintetik datang dalam pelbagai warna.   Definisi Definisi minyak": cairan yg tidak boleh bercampur dgn air (diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan, binatang, ataupun lombong), lemak yg cair; minyak ang...

Popular