Apabila Tedi ditanya soalan ini, dengan spontan Tedi menjawab "Ya!"

Namun setelah membaca beberapa bahan bacaan berkaitan lembu, maka jawapan yang diperolehi agak klise.
  • Lembu tidak minum susu, sebaliknya hanya anak lembu minum susu.
  • Apabila lembu telah makan rumput, ia akan kurang bergantung kepada susu.
  • Majoriti lembu akan bercerai susu setelah mencapai usia 9 minggu.
  • Setelah bercerai susu, lembu seperti kebanyakan haiwan mammalia lain akan kehilangan keupayaan untuk menghadamkan susu.
  • Manusia pula sebahagiannya mempunyai keupayaan untuk menghadamkan susu dalam diet harian setelah bermutasi.
  • Anak lembu sangat memerlukan susu ibunya untuk hidup.
  • Lembu dewasa pula mungkin akan muntah jika minum susu, selain membina lemak dalam badan mereka.