[t18k13] Kes Zulfarhan: Saksi gambarkan seperti perlawanan tinju
KUALA LUMPUR - Seorang saksi menggambarkan kejadian pukul yang dilakukan terhadap penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang meninggal dunia dipercayai didera rakan seuniversitinya, tahun lalu, ibarat perlawanan tinju. Bekas penuntut UPNM, Mohd Syafiq Abdullah, 22, yang menyaksikan kejadian itu memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa Zulfarhan Osman kelihatan menahan sakit dan berpeluh-peluh ketika dipukul oleh rakan-rakannya sebelum seorang daripada tertuduh, Noriznan Izzairi Noor Azhar, yang merupakan tertuduh ke-17, yang didakwa mencederakan Zulfarhan Osman, mengelap peluh mangsa. “Ya, masa tu arwah tengah berpeluh sebab kena pukul,” katanya ketika pemeriksaan semula Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah pada perbicaraan hari ke-19. Saksi pendakwaan ke-25 yang merupakan rakan sebilik Zulfarhan Osman itu menjelaskan, selepas Noriznan Izzairi mengelap peluh mangsa, tertuduh-tertuduh lain kemudian menyambung ...