Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2024

Pertama kali dalam sejarah interpretZZ

Imej
Wow! Terngaga sekejap mulut Tedi hari ini. Gol ke 1000 Pele? Bukannya apa, tak sangka hari ini boleh mencecah 1000 paparan laman . Bagi rakan-rakan blogger yang lain, paparan 1000 itu mungkin ambil masa tak sampai sehari, tapi bagi interpretZZ pula, sehari selalunya tak sampai 100 paparan pun, hehehe. Untuk sebuah diari yang hanya dikemaskini selepas Tedi balik dari sekolah, ini agak mengembangkan hidung Tedi yang mancung ini. Dan buat pertama kali juga jumlah pengikut mencecah 100 orang. Terima kasih kepada semua yang sudi menuruti blog Tedi ni. Selepas ini Tedi akan cuba kemaskini hari-hari setiap kali balik sekolah. 20131010

Semua Itu Silap Sistemmu

Imej
Sistem adalah satu alat untuk membantu manusia memudahkan kerja mereka. Malangnya manusia selalu anggap sistem adalah untuk selesaikan pekerjaan mereka. Apabila kerja mereka selesai dengan jayanya dengan bantuan alat tersebut mereka okay sahaja. Tapi apabila mereka hadapi masalah dengan kerja mereka, sistem disalahkan atau menjadi "kambing hitam". Tedi tak boleh hadap mereka yang negatif sebegini. Jika mereka tak mampu nak gunakan sistem itu dengan betul, usah gunakan. Jika mereka rasa alat itu tidak membantu, usah gunakan. Ini tidak, nak salahkan sistem, mentang-mentanglah sistem itu Tedi yang perkenalkan. Pisau.. pisau adalah alat untuk memotong. Ia boleh digunakan untuk menyiang ikan, tapi jika manusia tidak pandai siang ikan, adakah salah pisau? Ia boleh digunakan untuk mencederakan orang, dan jika ia digunakan untuk cederakan orang, adakah pisau yang salah? Padahal ia diciptakan untuk memudahkan kerja manusia. Atau mungkin sahaja manusia mahukan pisau yang bol...

75 Tahun Kehidupan Superman

Imej
Klip video berdurasi 2-minit menceritakan sejarah 75 tahun Superman. Superman kini sudah berusia 75 tahun dan logo khas ini dihadiahkan kepada beliau.     75 tahun telah berlalu semenjak Jerry Siegel dan Joe Shuster melahirkan Superman pada tahun 1938 .  Sejak kemunculan pertamanya di dalam komik, watak yang juga digelar Manusia Besi ( Man of Steel ) itu telah melalui pelbagai kisah. Gelaran manusia besi diberi kerana Superman adalah seorang hero yang kebal di bumi. Beliau menentang peperangan, bertarung dengan "salinan" dirinya sendiri dan juga wataknya telah diadaptasi ke dalam drama TV, filem dan juga permainan video. Pernah juga Superman mati, tapi sebagai hero dia terpaksa hidup kembali. Sempena sambutan ke 75 tahun Superman, DC Comics telah menerbitkan animasi pendek yang diterbitkan oleh pengarah filem Man of Steel , Zach Snyder , yang dibantu Bruce Timm , salah seorang pencipta " Superman: The Animated Series ". Video ini disertai alunan muzik latar bel...

Kompilasi penakluk Giant's Keep B8 - Raksasa Angin

Imej
Baiklah hari ini Tedi nak buat sedikit catatan tentang Giant Dungeon yang baru sahaja Tedi berjaya takluki setelah mencuba beberapa kombinasi raksasa yang ada dalam koleksi Tedi. Giant Dungeon yang paling tinggi Tedi takluki setakat ini adalah B8 iaitu Wind Giant (Raksasa Angin). Secara teorinya untuk menewaskan Wind Giant di B8 tentunya memerlukan makhluk berunsur Api. Malangnya Tedi tidak punyai ramai makhluk api yang bagus tapi nasib baik Tedi ada 2 ekor makhluk api dari kategori NB5 dan NB4. Kompilasi makhluk yang Tedi gunakan untuk menewaskan Giant B8 adalah: Sekhmet 5*, Raoq 6*, Chasun 6*, Fire Occult Girl 5*, dan Belladeon 5*. Sekhmet 5* Tedi pilih Sekhmet sebagai ketua kerana dia boleh menaikkan HP rakan seperjuangan sebanyak 33%. Dia ni belum hebat lagi kerana Tedi belum habis build barisan rune miliknya disebabkan kekurangan mana stone. Tapi Tedi suka 1 skill dia yang boleh mencuri buff pihak lawan dan digunakan pada dirinya sendiri. Sungguh awesome kan? Skill itu bukan...

[t24b14] Peribahasa Tidak Peduli

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ [Kandungan] Senarai Peribahasa Berbenak ke empu kaki Seperti kelekatu masuk api Definisi perkataan "peduli" daripada Kamus Dewan Edisi Keempat Definisi perkataan "peduli" daripada Kamus Pelajar Edisi Kedua Berbenak ke empu kaki Maksud peribahasa: Tidak peduli baik atau jahat. Maksud "empu kaki": ibu jari kaki (Kamus Dewan Edisi Keempat) berbenak: berotak Peribahasa ini dalam ayat lain mengatakan meletakkan akal di kaki atau bahasa kerasnya tidak berfikir. Sesuai digunakan kepada mereka yang menerima tiap sesuatu tanpa fikir baik dan buruk. Seperti kelekatu masuk api Tiada peduli akan bahaya maut [Kandungan] Definisi perkataan "peduli" daripada Kamus Dewan Edisi Keempat menghiraukan, meng­ambil perhatian akan, endah akan: dia sedar ramai orang memerhatikannya tetapi dia tidak peduli. Peduli apa dengan benda-benda yang tidak menguntungkan. amb...

[t24b14] Tayar Goodride oleh ZC Rubber

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Alhamdulillah, Tedi masih berkesempatan untuk menaip satu kandungan baru iaitu kiriman pertama bulan Februari tahun ini. Baru satu kiriman pada pertengahan bulan. Selain kesibukan dengan tugasan hakiki, Tedi sebenarnya masih mengemaskini kiriman-kiriman lama agar malar segar. Selain itu Tedi juga disibukkan dengan anime Rurouni Kenshin: Meiji Kenkaku Romantan (2023). Lupakan semua itu kembali kepada kiriman kali ini adalah sedikit kajian mengenai tayar Goodride, pada awalnya Tedi membuat kajian ini kerana mahu mengetahui sama ada tayar Goodride ini adakah keluaran Thailand, tapi kesudahannya Tedi mendapati bahawa tayar Goodride ini daripada China dan bukan Thailand. Tedi masih belum berpuas hati tetapi Tedi rekodkan kajian ini mungkin akan menjadi rujukan untuk kajian seterusnya nanti. Tayar Goodride Tayar Goodride merupakan jenama yang dikeluarkan oleh ZC Rubber. Produk tayar Goo...

Iron Baju Susah Nak Iron

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Baru sahaja balik dari berlari di Dataran Nilai. Menghadap komputer riba ( laptop ) berjenama DELL sebentar untuk mengemaskini interpretZZ yang telah lama dibiarkan bersawang. Apabila disemak secara rawak pada kiriman ke 5 di halaman ke 12, Tedi terserempak dengan draft yang kandungi sekeping foto seperti di bawah ini. Ini adalah foto sehelai baju yang diperbuat daripada kain kapas yang amat sukar untuk digosok. Kain seperti ini selalunya memerlukan bantuan seterika berwap air ( steam iron ) untuk digosok. Malangnya ketika itu kami berada di rumah Mak Long di Sungai Besar di mana seterikanya telah lama tidak gunakan wap air kerana Mak Long lebih suka gunakan penyembur. Ketika inilah bala mula menimpa kerana beberapa faktor iaitu (a) jenis kain yang sukar digosok (b) seterika yang Tedi tiada pengalaman menggunakannya (c) sterika yang telah lama tidak dicuci. Mungkin kawan-kawan ha...

Kelemahan Formasi 4-1-4-1 Top Eleven

Imej
Terima kasih kerana sudi bertanya perihal kelemahan formasi 4-1-4-1 bolasepak ni. Tedi akan cuba jawab dengan sebaik dan selurus mungkin. Kepada kekawan yang mahu tahu pasal formasi yang sesuai untuk tewaskan formasi 4-1-4-1 di dalam Top Eleven bolehlah membaca kiriman Tedi yang lalu di capaian bertajuk " Cara tewaskan formasi 4141 Top Eleven " Formasi 4-1-4-1 adalah formasi bertahan di mana anda perlu memiliki pemain yang boleh menyerap asakan hebat pihak lawan. Ia boleh di-variasi-kan kepada formasi 4-3-3 dan 4-5-1 semasa menyerang. Formasi 4-1-4-1 hanya menggunakan seorang penyerang, jadi anda perlu menggunakan hantaran bola jauh untuk menghantar bola kepada penyerang. Jika anda ada pemain sayap yang laju dan boleh naik ke atas dengan cepat maka anda boleh gunakan hantaran bola pendek untuk menyesakkan kawasan lawan, tapi jika tidak, maka penyerang anda akan keseorangan menyebabkan peluang menyumbat gol adalah terhad. Penyerang yang tegap, tinggi, dan berkemahira...

[t24a30] Peribahasa Bersungguh-sungguh

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Koleksi peribahasa bersungguh-sungguh juga peribahasa tidak bersungguh-sungguh. [Kandungan] Bagai gadis jolong menumbuk Bagai tanah pelempar balam; kalau mujur tiba di balam, kalau tidak surut ke tanah Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam Berteguran dulu maka berkenalan, mendaki dulu maka tahu lelah Ditumbuk dikisar barulah lumat Esa hilang, dua terbilang Hangat-hangat tahi ayam / Hangat-hangat cirit ayam Lekuk batu dititik air selalu Lembu dogol jangan dibalun Menjangkau sehabis tangan Pertama hilang, kedua terbilang Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga Selembab-lembab puntung di dapur, ditiup menyala juga / Selemau-lemau puntung di dapur, ditiup menyala juga Umpama lembu dogol, tak boleh menanduk cuma menyondol Bagai gadis jolong menumbuk Maksud peribahasa: Rajin dan bersungguh-sungguh. jolong: (Pahang) lebih tinggi daripada yang lain. [Kandungan] Ba...

[t16e29] Pasar Kemboja (bangunan) Parit Buntar

Imej
11:30, Pasar Kemboja, Parit Buntar. Hari ini sepatutnya gerak balik ke Sepang, namun seperti biasa Mommy nak kederat (berjalan) pula. Persinggahan jalan-jalan cari pasar Parit Buntar kami kali ini adalah Pasar Kemboja. Hasrat awalnya nak ke Pasar Kemboja yang betul-betul pasar di tepi jalan, tapi apabila tiba sahaja di Permatang Tok Mahat, kami rasa ditipu Waze kerana hanya tiang-tiang khemah yang kelihatan. Tapi Waze ternyata tidak bersalah kerana setelah Master bertanya kepada warga stesen petrol Petronas berdekatan, mereka memaklumkan bahawa waktu operasi Pasar Kemboja Parit Buntar itu adalah sehingga jam 1 petang sahaja, dan hanya dibuka pada hari Sabtu sahaja. Jadi kami menukar arah ke Gudang Pasar Kemboja atau Bazar Kemboja atau Tedi panggil juga Kompleks Pasar Kemboja kerana destinasi ini adalah di dalam sebuah bangunan kekal. Lokasinya adalah:   Kualiti enam bulan sahaja? Jadi kami ke singgah di Pasar Kemboja yang di dalam bangunan. Orang lokal kata harga di sini mahal ...

Musuh terbaru GOOGLE memusnahkan kabel gentian optik!

Imej
Ramai sedia maklum bahawa Google sering bercakaran dengan Apple. Seteru Google banyak sekali termasuklah Apple, Bing, Facebook, kerajaan China dan Yahoo. Persaingan mereka itu melibatkan banyak masa dan wang. Namun kini ada musuh yang lebih ganas menghantui Google berbanding musuh tradisinya si Apple. Siapa sangka Sang Jerung pemangsa semulajadi bisa menjadi musuh kepada Google. Tak sangka musuh mereka kali ini datang dari kalangan kawan-kawan Tedi iaitu Sang Jerung. Sang Jerung telah diumumkan melanggar dan mengunyah kabel fiber optik bawah laut milik Google yang merentasi Lautan Pasifik sejauh 100,000 (satu ratus ribu) batu. Dikhabarkan bahawa Sang Jerung keliru dengan denyutan elektrik yang dihasilkan kabel tersebut yang menyerupai denyutan elektrik yang dihasilkan mangsa mereka. Kabel gentian fiber optik milik Google dilindungi bahan menyerupai Kevlar yang sering digunakan sebagai bahan utama jaket kalis peluru. Sebagai langkah perlindungan, Google tidak meminta bantuan Abang Long ...

[t23f19] Peribahasa Ibu Bapa

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ [Kandungan] Berikut adalah senarai peribahasa ibu bapa: Badan bersaudara; emas perak tiada bersaudara; kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata; kasih sahabat sama binasa Bagai bertemu buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu. Bagai makan buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu. Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa. Bagai tekukur mengikut kata Bomoh mencari orang sakit Bulat waris mengadakan buapak, bulat buapak mengadakan lembaga. Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa. Jangan meludah ke langit Kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta, kasih ibu sama rata, kasih sahabat sama binasa. Seperti cebok dengan tempayan Seperti gayung dengan tempayan Badan ber...

Bina Ayat Bahasa Melayu

Imej
Hai kawan Tedi yang dikasihi semua. Terima kasih kerana sudi membaca. Selain sibuk dengan lukisan, Tedi juga sedang sibuk membina ayat daripada perkataan-perkataan yang telah dipilih oleh cikgu Bahasa Melayu seperti dalam senarai berikut: [Senarai perkataan] bagi ,  baik ,  bagaimana ,  berani ,  berkunjung ,  berkelip-kelip ,  bijirin , bulat dapat ,  demi ,  digunakan ,  dinafikan ,  gundah-gulana ,  jangan , kecil , keluh-kesah ,  kepada , kerana , kulinari lalu , lama , lintang-pukang ,  luas Perkataan huruf "m" ma~: makan ,  makanan , malahan , maya ,  me~: memangkas , memasak ,  memberi,   menanak , mengancam ,  mengelakkan ,  mengukus , mengutip ,  menjamu selera ,  merebus , merenung ,  patik ,  pengalaman ,  penggunaan , periuk ,  sejak , seolah-olah , serta ,  serangga perosak , suntuk , supaya tatkala , tegap , tersengguk-sengguk , tetapi ,  t...

Prev Next

Popular