Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2023

[t23j26] Peribahasa Melayu: Adat

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   [Kandungan] Ada batang, cendawan tumbuh Adat bernegeri memagar negeri; adat berkampung memagar kampung Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah Adat bertentu, bilang beratur Adat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat Adat diisi, janji dilabuh Adat dipakai baru, kain dipakai usang Adat dunia balas-membalas, syariat palu-memalu Adat gajah terdorong Adat juara kalah menang Adat lama pusaka usang Adat lurah timbunan sarap Adat memakai, syarak mengata Adat muda menanggung rindu Adat orang mengail, kalau ikan terlepas tentulah besar Adat pasang berturun naik Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak Adat pulau limburan pasang Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung Adat teluk timbunan kapal / Adat teluk timbunan kapar Adat tua menahan ragam Adat yang kawi, syarak yang lazim Adat yang...

[t23l20] Peribahasa Tidak Bertanggungjawab

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Berikut adalah beberapa peribahasa yang menyentuh tentang sikap tidak bertanggungjawab atau lepas tangan. Ini adalah kesinambungan daripada  Peribahasa Bertanggungjawab .   Tangan yang celaka kerja jatuh Maksud peribahasa "tangan yang celaka kerja jatuh" adalah: Mendapat kerugian kerana perbuatan anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab . Terimpit hendak di atas, terkurung hendak di luar / Terhimpit hendak di atas, terkurung hendak di luar Maksud peribahasa: Tidak mahu bertanggungjawab terhadap kesalahan yang diperbuatnya. Mahu melepaskan diri daripada kerugian.   ~20231220~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t23l20] Peribahasa Perkahwinan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ [Kandungan] Berhubung kerana hendak panjang, berkampuh kerana hendak lebar Kuah tertunggang ke nasi, nasi akan dimakan juga Makan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong Menghubung hendak panjang, menyebar hendak lebar Minyak habis sambal tak enak Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu Putus tali boleh disambung, patah arang mudah sekali / Putus tali boleh disambung, patah arang putus sekali Tali terentang tidak putus, sangkutan tergantung tidak rekah Berhubung kerana hendak panjang, berkampuh kerana hendak lebar Maksud peribahasa: Perhubungan kekeluargaan melalui perkahwinan. [Kandungan] Kuah tertunggang ke nasi, nasi akan dimakan juga Maksud peribahasa: Perkahwinan antara kaum keluarga sendiri. [Kandungan] Makan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong Maksud peribahasa: Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan ...

Soalan sebelum Newcastle bertemu West Brom

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 1. Adakah ini masanya untuk menggunakan Rolando Aaron? Kecederaan Gabriel Obertan memerlukan posisi di bahagian sayap kanan diisi segera. Pardew boleh saja menggunakan khidmat Mousa Sissoko, pemain tengah, namun langkah itu mungkin tidak beberapa sesuai. Minggu ini mungkin masanya untuk Rolando Aaron menunjukkan belangnya, namun Newcastle perlu berjaga-jaga dalam menggunakan khidmat pemain muda itu bagi mengelakkan kecederaan berpanjangan. 2. Adakah perlu setia dengan Papiss Cisse 4 gol Papiss Cisse telah membantu menyelamatkan kerjaya Alan Pardew, malangnya dia tidak menyerlah ketika bertemu Liverpool pada minggu lepas. Manakala Ayoze Perez pula tampak lebih menyerlah dalam perlawanan itu. Adakah Pardew akan menggugurkan Cisse? atau adakah dia akan tampil dengan formasi yang akan membantu corak permainan Cisse? Cisse selalunya lebih menyerlah dalam posisi 4-3-3. 3. Tanpa penguasaan bola, adakah Newcastle akan terus berjaya. ...

Kedah atasi MIFA 3-2

Imej
KEDAH  mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk mengatasi MIFA 3-2 pada aksi ketiga Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Darul Aman sebentar tadi. Pada perlawanan tersebut, pemain tengah MIFA, Beomgeun Bae mencuba dari luar kotak penalti pada minit ke-3 namun mudah diselamatkan penjaga gol Kedah, Abdul Hadi Hamid . Liridon menjaringkan dua gol buat Kedah. Kedah membalas serangan menerusi Syazwan Zainon pada minit ke-9 namun lepakan leretnya terus ke dakapan penjaga gol pelawat, Mohd Muhaimin Mohamad. Pada minit ke-15, L Iman Seydi hampir meletakkan MIFA di hadapan namun percubaannya terkena tiang tuan rumah. Gol yang diburu MIFA akhirnya muncul pada minit ke-27 menerusi Sherman yang menolak masuk hantaran cantik Bae untuk kedudukan pelawat di hadapan 1-0. Pelawat berpeluang menjarakkan jurang  kedudukan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-38 selepas Sherman dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Nurfiqrie Abdul Talib. Bagaimanapun Abdul Hadi berjaya menyelam...

[t23k131] Harga Servis 130000 KM dan Tukar Palam Pencucuh Subaru XV STI 2023

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Rekod Bayaran Kos Servis 130,000 kilometer Subaru XV Kos Ganti Palam Pencucuh Subaru XV Kiriman pertama bulan Disember 2023 ini adalah sebagai rekod kos penyelenggaraan Subaru XV Malaysia yang telah ditetapkan pada pagi tadi jam 10:00 pagi bertempat di SS Auto Venture Sdn Bhd yang Master lebih gemar panggil sebagai Subaru Bangi Service Center . Tujuannya adalah untuk servis kereta Subaru XV STI 2015 yang ke 130,000 kilometer . Walaupun jarak perbatuan kereta Subaru XV STI kami telah mencecah 140,000 kilometer , Master masih menurut jadual asal. Subaru XV sepatutnya diselenggara setiap 10,000 kilometer atau 6 bulan sekali, yang mana lebih awal.  Sampai sahaja di sana Master melihat ada pilihan untuk menggantikan palam pencucuh yang sepatutnya ditukar apabila jarak perjalanan mencecah 100,000 kilometer . Maka Master pun memilih untuk menukar palam pencucuh. Rekod Bayaran I...

[t19j10] Aidan meniarap

Imej
Tiba-tiba sahaja Aidan meniarap di depan kami dan melakukan aksi berenang kuak kupu-kupu. Sebenarnya Aidan telah beberapa kali meniarap tapi selalunya tak lama dan bukan atas tilam yang landai. Hari ini dia meniarap atas tilam landai yang menyukarkan bayi lelaki berusia 4 bulan 13 hari tu menggolekkan badannya. Aidan juga mengangkat kepala dan buat aksi nak merangkak. Ini adalah kali pertama kami dapat rakam aksi beliau begini. Perkembangan bayi si Aidan ni pada usia 4 bulan 13 hari telah menunjukkan usaha untuk bergolek dan meniarap. Aidan juga telah mengangkat kepalanya semasa meniarap sekaligus mengelakkannya daripada lemas. Harus diperhatikan bahawa bayi yang baru belajar meniarap mungkin akan kepenatan dan kelemasan terutama di atas alas yang lembut. Kolaj jujukan gambar perkembangan bayi dengan aksi Aidan mula meniarap. Ketika ini Aidan adalah seorang bayi lelaki berusia 4 bulan 13 hari. Thursday, 10 October 2019, 21:53 # IMG_20191010_215344-COLLAGE # Kamera telefon pintar ...

[t19k15] PPR Pantai Permai; al-Furqaan: 74

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Balik dari PPR Pantai Permai Al-Furqaan: 74 Balik dari PPR Pantai Permai Jam 7:27 malam baru dapat jemput Aina dan Aidan dari rumah pengasuh di Blok D Projek Perumahan Rakyat  Pantai Permai , kemudian kami akan menaiki kereta untuk pulang ke rumah kami selama 1 jam atau lebih. Aina balik dari rumah pengasuh. Umur Aina pada masa ini ialah 2 tahun 8 bulan 26 hari Friday 15 November 2019, 19:27 # kamera: Sony G3226 # gambar: DSC_0059 # Projek Perumahan Rakyat Pantai Permai  # Al-Furqaan: 74 Al-Furqaan : 74 Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara- perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.   ~20191115~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, t...

[t21k28] Menunggang Haiwan di Nilai 3

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ [20211128 18:53] Jalan Nilai 3/2, Negeri Sembilan # Aidan tunggang seekor beruang Panda # Aidan 2 tahun 6 bulan 1 hari # tarikh: Sunday, 28 November 2021, 18:53 # kamera: Xiaomi M2101K7BG # gambar: IMG_20211128_185304 # lokasi: 24, Jalan Nilai 3/2, Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan   # Aksi Aidan memeluk patung beruang panda sambil diperhatikan oleh Aina. Tak sampai tangan Aidan nak peluk patung panda tersebut. # Aidan 2 tahun 6 bulan 1 hari # Aina 4 tahun 8 bulan 23 hari # tarikh: Sunday, 28 November 2021, 19:09 # kamera: Xiaomi M2101K7BG # gambar: IMG_20211128_190951 # ~20211128~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Formasi Terkuat Top Eleven

Imej
Ini adalah karangan pertama Tedi dalam interpretZZ ini mengenai formasi terkuat Top Eleven. Saya telah bermain dalam 10 musim Top Eleven. Seperti mana dunia bola sepak sebenar, tiada formasi tunggal yang kebal dalam Top Eleven. Formasi paling sesuai adalah bergantung kepada kemahiran setiap pemain dalam pasukan kita. foto formasi 4-3-1-2 dianggotai Jarolim, Ashby, Kim, Sobrosa, Grund, Tepstra, Monchau, Solhi, Grosskopf, Adiatma, dan Dasmasela. Selain itu ia bergantung juga pasukan lawan kepada kemahiran dan taktikal yang digunakan oleh pasukan lawan. Di antara kedua-dua faktor yang Tedi sebutkan di atas, Tedi lebih cenderung untuk menyusun formasi terhebat pasukan Top Eleven berdasarkan kepada taktik pihak lawan. Tedi akan memantau apa formasi yang mereka gunakan, sejarah perlawanan mereka dengan pasukan lain, dan menilai strategi lawan yang berjaya mengalahkan mereka. Pada pendapat saya, formasi 4-4-2 bukanlah formasi yang bagus kerana sepanjang menggunakannya, saya tidak meme...

Prev Next

Popular