[t22a22] Majlis Pernikahan Pak Teh Izzuddin
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Jika semalam Master menghadiri Raptai Perkahwinan Pak Teh Izzuddin , pada pagi ini berlangsung pula majlis pernikahan Pak Teh Izzuddin. Lokasi majlis pernikahan tersebut adalah di Masjid Besi atau Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya. Slot masa pernikahan adalah pada jam 11 pagi tetapi kesemua ahli keluarga perlu hadir sebelum jam 10:30 pagi. Kami bertolak dari rumah sekitar jam 10:01 pagi dan tiba di kawasan masjid pada jam 10:25 pagi. Jarak perjalanan adalah 22.6 kilometer. Sempena musim Covid-19 ni hanya 10 ahli keluarga dari setiap belah pengantin lelaki dan perempuan dibenarkan masuk. Kanak-kanak berusia bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk sama sekali, menyebabkan hanya Master dan adik-beradik beliau kecuali Mak Lang Yan menyertai majlis tersebut. Master telah mengeluarkan kamera DSLR Sony Alpha a5000 berwarna merah jambu untuk merakam gambar-gamba...