Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2021

[T21H26] Saintis Mesir temukan fosil paus berkaki empat

Imej
KAHERAH: Para saintis menemukan fosil ikan paus berkaki empat dan dipercayai merupakan haiwan amfibia di Mesir . Penemuan itu menunjukkan fosil tersebut dari kumpulan paus yang sudah pupus ketika proses evolusi haiwan itu dari hidupan di darat ke laut yang dikenali sebagai Protocetidae . Gambar imaginasi hidupan Protocetidae yang dikatakan sejenis paus yang sedang berevolusi daripada hidupan darat kepada hidupan laut. Fosil haiwan unik tersebut ditemukan di celah batuan Eocene di kawasan yang dinamakan Fayum Depression di sebuah gurun barat Mesir yang sebelum ini dipercayai merupakan lautan. Fosil yang dinamakan Phiomicetus anubis itu dianggarkan mempunyai badan sepanjang tiga meter dan berat 600 kilogram. Ketua pengkaji, Abdullah Gohar dari Pusat Palaentologi Vertebrata di Universiti Mansoura (MUVP) berkata, paus berkaki empat itu berkemungkinan berasal dari Afrika. Phiomecetus anubis merupakan kunci kepada spesies ikan paus dan merupakan penemuan penting untuk Mesir serta...

[T21H30] Letih kini musuh utama Kedah

ALOR SETAR: Ketika pemburuan tempat kedua Liga Super menjadi taruhan, faktor keletihan akibat jadual yang padat mula menjadi ‘musuh’ kepada pemain-pemain Kedah Darul Aman bagi menghadapi perlawanan seterusnya selepas ini. Mengakui perkara itu, jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak bagaimanapun tidak mahu perkara tersebut dijadikan alasan untuk anak-anak buahnya bermain sambil lewa hingga menyebabkan keciciran mata. Katanya selaku pemain profesional, anak-anak buahnya perlu bijak menjaga diri untuk tampil lebih segar dalam perlawanan seterusnya. “Selepas beraksi lima perlawanan untuk tempoh yang singkat, keletihan sudah tentu membelenggu para pemain.  “Para pemain jelas kepenatan tetapi mereka tetap memberikan yang terbaik dan kami berjaya memperolehi tiga mata penuh seperti dimahukan. Kredit harus diberikan kepada mereka kerana ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas perlawanan menentang Perak di Stadium Darul Aman d...

[T21H22] Contoh nama syarikat Melayu

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Contoh nama syarikat Melayu ini adalah sebagai dorongan kepada manusia yang mahu memartabatkan Bahasa Melayu dalam nama syarikat mereka. Memandangkan ada yang mencampurkan perkataan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Tedi tetap menerimanya untuk dimasukkan dalam senarai ini sebagai panduan. A.P.S Manja Aliran Kristal Enterprise Antik Sempurna APS-Manja Ayambest Bagus Marketing Batu Kawan Berhad Berjaya Krispy Kreme Doughnuts Berjaya Steel Product Berjayapak Bestari Sales & Marketing Bidara Flour Biskut Foh San Bjak Buah-buahan Kah Lim Bukit China Soya Bean House Bukit Seribu Holdings Bumi Armada Berhad - Bumi Armada Bhd adalah penyedia antarabangsa bagi kemudahan dan perkhidmatan tenaga luar pesisir yang berpusat di Malaysia. Bumi Hijau Food Industries Bursa Malaysia Berhad CAB Cakaran Corporation Berhad Danisya Muslimah Sport Wear Dapur Ibu Foo...

Posisi imam makmum dalam solat jemaah

Imej
Posisi imam dan makmum dalam solat berjemaah memang memerlukan kajian mendalam. Selama Tedi melihat kaum muslimin menunaikan solat berjemaah, Tedi telah melihat pelbagai ragam yang selalunya berbeza kerana budaya. Namun perbezaan itu seharusnya diraikan dan jangan diperlekehkan. Oleh itu Tedi kumpulkan beberapa foto tentang pendapat mengenai saf solat jemaah disertai pendapat Tedi. Apa yang salah kita betulkan, dan apa yang kita rasa tak yakin, contohnya selepas melihat formasi solat yang agak janggal bagi kita, boleh kita terus kaji. Semoga foto-foto ini mendatangkan ilmu bermanfaat kepada kita bagaimana cara solat jemaah sebagai makmum.   Posisi imam dan makmum dalam shalat (sembahyang) berjemaah Sumber www.isuhangat.net melalui Bing.com Gambar di atas menunjukkan susunan saf solat berjemaah dalam beberapa keadaan iaitu apabila jemaah mengandungi bilangan jemaah seperti berikut Dua orang lelaki Seorang lelaki & seorang wanita Dua orang lelaki ...

[T21G29] Angin dalam Bahasa Melayu

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ "Angin" sudah tentu sinonim dengan orang Melayu juga kepada manusia di seantero dunia. Jadi tidak menghairankan jika angin banyak mempengaruhi percakapan dalam Bahasa Melayu.   Perkataan dan maksud Senarai perkataan, maksudnya dan contoh ayat.   Maksud Contoh Ayat ambil angin   berjalan-jalan menyedut udara bersih Saya keluar dari pejabat untuk ambil angin setelah 4 jam menekuni tugasan yang diberikan. angin   udara yang bergerak   Kertas-kertas yang bersusun di atas mejanya habis berterbangan ditiup angin. angin  udara yang dimampatkan (seperti yang diisi ke dalam tayar dan sebagainya)   Tayar kereta itu tidak cukup angin. angin  Gas yang terdapat dalam tubuh badan (biasanya dikeluarkan ketika kentut atau sendawa).    angin  Udara secara umum   angin-angin ...

[T13E22] Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang

Imej
Hari ini Tedi bengang. Bengang kerana Tedi telah terdengar 2 orang DJ radio popular di Malaysia mengatakan peribahasa " Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang " sudah tidak relevan lagi. Jika kawan-kawan tak tahu maksud kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang ialah: " Kalau terjadi sesuatu hal mesti ada sebab-sebabnya. "   Apa kes? Mereka berkata begitu atas skop "sesuatu berita itu boleh jadi daripada sumber palsu. Maka kita tidak boleh la percayakan sesuatu sebab kita dengar saja ". Kata mereka, boleh jadi pokok itu tidak bergoyang kerana angin, mungkin ada orang yang goyangkan . Betul kata mereka.  Tapi peribahasa "kalau tiada angin, masakan pohon bergoyang" tidak silap Kita tak boleh berfikiran sempit dalam menjelaskan sesuatu peribahasa. Orang zaman dahulu bukannya bodoh! Sekarang Tedi ingin menafikan dakwaan mereka itu dalam skop "berita" seperti apa yang mereka bincangkan.   "Angin" adalah k...

[T18E22] BALQIS Restaurant Ayer@8

Imej
Selepas sahaja kami membeli-belah barangan bayi untuk Nor Aina di Manjaku Baby Mall Putrajaya , kami ke Presint 8 untuk cari kedai makan atau restoran untuk berbuka puasa. Mommy cadangkan makan di Balqis Restaurant. Mommy kata di restoran tersebut ada nasi arab. Memang kami pun mahu mencuba makan nasi arab di restoran kedai nasi arab di sekitar Putrajaya Cyberjaya selain Saba yang selalu kami singgahi. Memandangkan kami tidak biasa di Presint 8, kami berpusing-pusing jugalah di sekitar Ayer@8  tu. Tujuan utama adalah nak cari surau. Mula-mula kami tanya security guard tapi hampas sungguh kerana mereka tak fasih Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Tak tahulah mereka upah syarikat mana untuk sediakan khidmat kawalan keselamatan di sana. Akhirnya dengan bantuan seorang pakcik di luar sebuah kedai, Master dapat juga mencari surau yang jika ikut panduan Pakcik tu berbunyi, dari Marrybrown nampak Omar Ali, dan di belakang Omar Ali tu ada tangga naik ke surau. Master pada mulanya t...

[T12I27] Koleksi kolaj seni Sundal

Imej
Kolaj adalah satu teknik menghasilkan karya seni terutamanya dalam seni visual, di mana hasil seni tersebut dihasilkan daripada susunan pelbagai bahan dan bentuk berlainan, menghasilkan satu karya baru. Secara ringkasnya kolaj bermaksud tampal dan gam, di mana teknik kolaj dipercayai mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun 1912. Pablo Ruiz Picasso (25 Oktober 1881 - 8 April 1973) adalah pelukis, pengukir, pembuat cetakan, ahli seramik dan pereka teater Sepanyol yang menghabiskan sebahagian besar masa dewasanya di Perancis. Dianggap sebagai salah satu seniman yang paling berpengaruh pada abad ke-20, dia terkenal sebagai pengasas bersama gerakan Cubist, penciptaan patung yang dibina, pengasas bersama seni kolaj, dan peneroka serta pengembang untuk pelbagai jenis gaya dalam seni. Kolaj dua ekor ayam jantan sedang bertenggek atas sesuatu. Kolaj merupakan hasil seni yang dihasilkan dari cebisan-cebisan kertas yang ditampal atas sesuatu. Tak semestinya kertas sahaja kerana p...

[T16F12] Syafakallah syafakillah syifaan ajilan

Imej
Pagi tadi selepas Subuh ada seorang penduduk taman kami dimasukkan ke wad kerana mengalami kesakitan di bahagian pinggang. Malangnya Master baru sahaja baca mesej Whatsapp yang jiran-jiran hantar sekitar jam 10 pagi dan petang ni Master minta Tedi carikan doa untuk orang sakit untuk dihantar kepada jiran Master itu. Ini adalah doa dalam Bahasa Arab yang Tedi jumpa: "Syafakallah/ syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman" Dan maksud doa itu dalam Bahasa Melayu adalah seperti berikut: semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.   Kalau ikut ilmu Bahasa Arab yang terhad pada diri Tedi ini, setiap kalimat itu bermaksud seperti ini. Syafakallah / syafakillah : Allah sembuhkan kamu Syifa : sihat La: tidak Ba'da: selepas, ba'dahu: selepasnya Saqaman: kesakitan? Pakcik itu mungkin ada penyakit buah pinggang tapi masih belum dipastikan lagi kerana perlukan pemeriksaan doktor. Sebenarnya ...

[T19A31] Muzium Laman Padi di Pulau Langkawi di Kedah di Malaysia

Imej
Singgah ke Muzium Laman Padi Langkawi merupakan satu lawatan yang tidak dirancang. Tiba-tiba sahaja terjumpa Muzium Laman Padi ni selepas kami bersarapan. Tetapi lawatan ke muzium ini merupakan satu persinggahan yang amat menarik. Di sinilah kita boleh belajar apa-apa tentang padi, dan suasana sawah padi tradisi di Malaysia. Muzium Laman Padi Langkawi ni walaupun menarik namun nampak macam kurang terjaga. Lumrah di Malaysia tempat percuma dan tidak menarik minat rakyat Malaysia, agak sukar untuk menjaganya. Deretan teksi yang sedang menunggu penumpang di hadapan Muzium Laman Padi Langkawi. Tempat letak kereta agak terhad dan kereta kami akhirnya dihalangi oleh gerai menjual char kuew tiaw ketika pulang kerana selalunya pelawat tidak meletak kereta dalam tempoh masa yang lama. Tapi kami melawat muzium kan? Mesti banyak benda untuk dibaca kan? Nasib baiklah peniaga itu peramah dan baru buka kedai, maka dia membantu kami untuk keluar dari sana. # Thursday, 31 January 2019, 11:15 # ...

[T17K19] Silat Legenda

Imej
Kebelakangan ini Tedi selalu didendangkan dengan lagu Silat Legenda. Master kata lagu Silat Legenda ni adalah original soundtrack (ost) kepada filem animasi Silat Legenda yang ditayangkan ketika Master masih bersekolah. Tedi suka lagu ni sebab ia ada unsur sejarah sambil menaikkan semangat pendengar. Selain itu ia ada beberapa peribahasa yang boleh dipelajari. Petikan imej daripada animasi Silat Lagenda. Lirik lagu SILAT LEGENDA Puisi: Zaman Kesultanan Melaka Zaman yang penuh gemilang Namun kegemilangan ini Juga membawa berbagai cabaran Pada suatu masa dahulu Melaka adalah sebuah empayar yang gemilang sebagai perlabuhan entreport. Ia menjadi tumpuan Timur Dan barat. Perdagangan utama kerajaan Kesultanan Melaka adalah rempah ratus yang pada mulanya dikuasai oleh pedagang Arab sebelum datang pedagang eropah. Akulah Panglima Melaka Kuasa sakti diwaris Tersirat di keris  Rahsia berkurun lama Senjata panglima Setapak kami langkah Pantang untuk menyerah Ras...

[T21H17] Cadangan Nama Syarikat Perniagaan Perkhidmatan Pembersihan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Kandungan:  Prakata  |  Idea nama syarikat perkhidmatan pembersihan yang menarik  |  Idea nama syarikat pembersihan yang unik  |  Idea nama syarikat pembersihan terbaik?  |  Nama syarikat yang sedia ada Prakata Master meminta Tedi mencadangkan nama syarikat pembersihan atau nama perniagaan perkhidmatan pembersihan. Mati kutu juga Tedi memikirkannya nasib baik tak mati katak. Mungkin selain idea atau contoh nama syarikat, Tedi terpaksa cari juga nama syarikat pembersihan sedia ada untuk memastikan kami tidak memilih nama perniagaan yang orang lain sudah gunakan. Panduan mencipta nama syarikat secara umum boleh disemak di  Contoh Nama Syarikat Unik .   Idea nama syarikat perkhidmatan pembersihan yang menarik Bersih Gemilap Bersih Impian Bersih Pro Bersih Solusi Cuci Dinamik Cuci Pro Cuci Semua Impian Bersih Kem...

Prev Next

Popular