Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2021

[t21g30] Fungsi Air Dry mesin basuh Panasonic

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Maksud "Air Dry" ,  Bagaimana kitaran Air Dry berfungsi ,  Beza fungsi "Air Dry" dan "Spin"? ,  Kelebihan Fungsi "Air Dry" ,  Rujukan Maksud "Air Dry" "Air Dry" adalah daripada Bahasa Inggeris. air = udara dry = kering Jika diterjemah mungkin maksudnya "Pengeringan Udara". Tedi percaya bahawa "pengeringan udara" itu bermaksud pengeringan cucian menggunakan udara. Bagi orang luar negara, "air dry" adalah di mana kita sidai pakaian di luar rumah untuk mengeringkan pakaian. <top> Bagaimana kitaran Air Dry berfungsi Kitaran "Air Dry" tidak menggunakan kaedah pengeringan yang sama dengan pengering biasa yang menggunakan pemanas. Sebaliknya fungsi air dry pada mesin cuci ini dicipta untuk menghilangkan sebahagian besar kelembapan yang tersisa di pakaian untuk memberikan kesan peng...

T16F19 Hidup Ini Pilihan

Imej
Selepas tamat latihan bola sepak, semua pelajar duduk melepaskan lelah di bawah sebatang pokok di tepi padang sambil menunggu guru pengajar membawa minuman. Lima minit kemudian, si guru tiba membawa air sirap yang dibelinya. Berebutlah pelajar-pelajar tadi mengambil air sirap yang dibungkus dalam plastik. Mereka yang dalam kehausan terus minum. Sang guru hanya memerhati kerenah anak muridnya meminum air sirap mereka dengan kerenah pelbagai ragam. Ada yang membuka ikatan mati bungkusan air tadi lalu memasukkan straw sebelum menyedut. Bagi pelajar yang gagal membuka ikatan mati bungkusan air pula, menebuk satu lubang kecil dan memasukkan straw melaluinya. Sesetengah pelajar yang tidak mendapat straw pula, menebuk lubang kecil di bahagian bawah dan minum air melaluinya. Melihat situasi itu, si guru meminta semua murid berhenti minum. Ada sesuatu yang mahu disampaikannya. Gambar seorang nenek tua yang memilih untuk bersusah-payah menjual penyapu lidi demi sesuap rezeki berbanding de...

T16K30 Tukar Thailand Baht di Malaysia atau Thailand?

Imej
Ketika kami berkira-kira untuk melancong ke negara Thailand yang juga dikenali dengan negara Gajah Putih itu, perkara pertama yang bermain di benak fikiran adalah di manakah harus kami tukarkan matawang Malaysia kepada duit Thailand Baht. Ringgit Malaysia semakin menjunam pada masa itu. Kami terfikir, adakah lebih bagus jika kami tukarkan matawang Ringgit Malaysia (MYR) kepada Thailand Baht (THB) di Malaysia, atau sebaliknya? Pengalaman kami ketika melancong ke Vietnam pada suatu masa dahulu mengajar kami adalah lebih baik untuk kami menukar matawang Ringgit Malaysia (MYR) kepada matawang Vietnam di negara Vietnam sahaja. Malahan peniaga Vietnam turut menerima matawang Ringgit Malaysia dalam urusan jual beli. Tapi kini, adakah formula yang sama terpakai untuk matawang Thailand? Lebih-lebih lagi pada saat matawang negara Malaysia jatuh merudum? Tedi mendapatkan beberapa pendapat, di antaranya: Lebih baik tukarkan Ringgit Malaysia kepada Thailand Baht di Malaysia kerana nilainya le...

T20H14 Kenapa Selalu Ada Ulser di Mulut?

Master selalu ada ulser dalam mulutnya. Master perasan jika dia rajin berjaga pada waktu malam ulser selalu datang.  Apa itu ulser mulut? Alah luka-luka kecil dalam mulut tu ada di pipi, ada yang di bawah lidah, malahan di gusi pun boleh ada ulser. Ada satu ulser dalam mulut pun dah mengganggu selera makan. Pedih bila makan makanan pedas, tak pedas pun pedih juga.   Maksud ulser mengikut kamus Ulser dalam tulisan jawi:  اولسر Tetapi untuk lebih mengetahui makna yang lebih tepat lebih baik kita rujuk kamus: Definisi :  (Ubat) kerosakan pada permukaan sesuatu organ atau tisu yang mengakibatkan luka yang lambat pulih.  (Kamus Dewan Edisi Keempat) Definisi :  ist kerosakan pada permukaan sesutu organ atau tisu yg mengakibatkan luka.  (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Istilah untuk ulser kecil dalam mulut akibat jangkitan kulat ialah "afta" .   Punca ulser dalam mulut Ulser terbaru yang menyerang Master ada 3 sekaligus dan besar pula tu. Tiba...

T19E06 Akses Residential Gateway Unifi

Imej
Tedi selalu juga masuk ke dalam Residential Gateway Unifi ni untuk setting wireless fidelity di rumah kami, terutamanya apabila Tedi merasakan bahawa TM unifi di kediaman kami ni tiba-tiba sahaja perlahan... Kami bukannya gunakan Unifi Mobile atau TM Net Unifi! Sebaliknya kami gunakan Unifi package 10-Mbps, sepatutnya laju berdesuplah kan? Kalau nak perlahan tu boleh sahaja dengan syarat bagi kami Unifi free, kalau setakat saluran siaran hyppTV free baik tak payah. Malam ni Tedi nak kena set WiFi semula supaya box IPTV HyppTV boleh akses internet. Selain itu Tedi sengaja nak putuskan talian internet dari Telekom Unifi kami ni manalah tahu ada makhluk bijak pandai yang menumpang capaian internet Unifi kami.   Ini adalah beberapa langkah kena buat yang perlu dilakukan untuk reset WiFi Unifi. Sambung ke rangkaian internet Unifi rumah anda Buka web browser dan masukkan link http://192.168.0.1 Masukkan nama pengguna dan kata laluan dan login. Bagi kes kami pengguna tahap adm...

T21G28 SourceTree error commit is a merge but no -m option was given

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan:  Masalah ,  Punca Masalah ,  Revert "merge commit" menggunakan GIT Bash . Tedi menggunakan GIT untuk urus versi kod-kod yang Tedi tulis. Tetapi Tedi tak fasih sangat arahan GIT ini maka Tedi gunakan satu perisian bernama SourceTree sebagai antara muka. Kelmarin (20210726) berlaku satu kemalangan di mana Tedi telah merge satu branch ke production kerana ada permintaan. Malangnya dalam permintaan itu tidak dinyatakan branch mana yang perlu Tedi merge, tetapi disebut nama pemilik branch tersebut. Maka Tedi pun merge branch yang pernah diminta Tedi merge ke staging. Tetapi bukan branch itu yang dimaksudkan malahan tiada branch pun yang perlu digabungkan kerana material yang nak diterbitkan itu tidak di-commit ke mana-mana branch. Itu cerita lain pula.   Masalah Kemudian Tedi pun cuba revert apa yang telah Tedi merge ke production, sekali tak lepa...

T15K03 Cari raket Voltric di Sports Direct Subang Jaya

Imej
Master telah berjaya mengumpulkan beberapa rakan untuk bermain badminton Semalam, 03 November 2015 - kami segera bergegas ke Sports Direct Subang Jaya untuk melengkapkan peralatan bermain badminton kepunyaan kami sekeluarga. Tujuan utama adalah untuk membeli 1 raket dan sepasang kasut buat Mommy. Sebabnya raket yang ada agak berat, dan mommy pun tak punya kasut badminton, kalau kasut jogging tu ada 3 pasang kalau tak silap. Malangnya main badminton tak boleh pakai kasut jogging, takut terseliuh kaki kerana kasut jogging punyai tapak tebal untuk serap tekanan semasa berlari, manakala kasut badminton punyai tapak rendah lebar untuk kestabilan. Persediaan kali ini adalah kerana Master dan beberapa rakan sepejabat telah merancang aktiviti bermain badminton bersama keluarga pada hujung minggu ini, di mana diharapkan aktiviti akan menjadi aktiviti pejabat mereka sama ada secara mingguan atau bulanan. Raket Yonex siri Voltric VS Nanospeed Sebelum pergi ke Sports Direct Subang Jaya, ...

T13A31 UAI tiada Twitter (Tedi pun tak punya Twitter jugak)

Imej
Gambar tangkap layar Twitter dan Facebook di mana Ustaz Azhar Idrus menafikan beliau memiliki akaun Twitter. Kawan Tedi beritahu Tedi yang Ustaz Azhar Idrus menafikan beliau mempunyai akaun Twitter setelah tersebar tweet kononnya daripada beliau yang memaklumkan McD di Malaysia tiada kena-mengena dengan Israel. Twitter adalah satu platform mikroblog di mana penulis berkongsi tulisan mereka dalam petikan ayat-ayat pendek tak macam blog. Ia tak perlukan tajuk untuk setiap ciapan (tweet) yang mana nak fikir tajuk pun dah jadi satu masalah. Para pembaca pula boleh membalas atau kongsi setiap ciapan sebagai retweet. Laman mikroblog lain mungkin Instagram. Pada zaman sekarang ini memang fitnah merata-rata terutamanya melalui media sosial. Kita baca tu boleh, nak percaya tu kena selidiklah terlebih dahulu. 20130131

MH#30 Sunken City

Imej
Akhirnya Tedi berjaya menjejakkan kaki ke Sunken City, memandangkan kawasan ini masih baru, banyak yang perlu dijelajahi.   Pra-keperluan Perolehi  Sunken Souvenir  dari  Muridae Market Cartographe r 228,000 keping emas 90 Molten Glass Pangkat Diperlukan  Count/Countess   Pengenalan Kawasan Semuanya bermula di Stesen Shuttle Selaman Laut. Sebelum menyelam kita kena kumpul Oxygen Canisters sebagai bekalan ketika menyelam ke dasar laut nanti.   Salah satu helah adalah dengan mengumpul seberapa banyak oksigen, sebelum menyelam ke dasar laut dan kumpul barangan untuk naik-traf perangkap hidro. Taktik ini sebaiknya dimulakan dengan 500 oksigen sekali selaman. Helah kedua adalah kumpul 110 oksigen, menyelam, timbul, kumpul 210 oksigen, kemudian 510 dan seterusnya 1010. Taktik ini mengambilkira pembelian Fishy Fromage yang membantu meningkatkan kadar pengumpulan oksigen. Selam kejap, kemudian beli Fishy Fromage - kata kunci di situ.  ...

T21G17 Wilson akan diberi nombor 9

Imej
Callum Wilson akan memakai jersi nombor 9 Newcastle United untuk musim Liga Perdana 2021/22 Callum Eddie Graham Wilson adalah pemain bola sepak profesional Inggeris yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United dan pasukan kebangsaan England. Joelinton yang memakai jersi nombor 9 itu akan beralih ke nombor 7, dengan nombor penuh skuad akan dimuktamadkan dan disahkan tidak lama lagi. Joelinton Cássio Apolinário de Lira adalah pemain bola sepak profesional Brazil yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United. Jersi nombor 9 ini terkenal kerana telah dipakai oleh beberapa penjaring gol terbanyak yang pernah ada di kelab bola sepak Newcastle United, seperti Jackie Milburn, Alan Shearer, Hughie Gallacher, Malcolm Macdonald dan ramai lagi yang menjadi legenda Magpies selama ini. Joelinton dan Callum Wilson bergambar dengan nombor jersi baru yang akan dipakai dalam perlawanan Liga Bola Sepak England pada musim 202...

T17I04 Mario bukan Tukang Paip

Imej
Secara rasminya watak Mario dari permainan video Mario Bros diisytiharkan bukanlah seorang tukang paip . Ia bukanlah satu kejutan kerana kelihatan watak Mario ini boleh melakukan apa sahaja. Profile terbaru Mario menyatakan bahawa Mario adalah atlet serba boleh yang boleh sertai apa sahaja jenis sukan. Gambar watak utama bernama Mario dalam permainan video Mario Bros. Asalnya watak Mario ini dicipta sebagai seorang tukang kayu dengan nama gelaran The Jumpman , satu watak dalam permainan video tahun 1981, Donkey Kong , yang berlatarbelakangkan kawasan pembinaan. Donkey Kong adalah francais permainan video, yang dibintangi oleh seekor gorila bernama Donkey Kong ciptaan Shigeru Miyamoto pada tahun 1981. Francais ini terdiri daripada dua genre permainan sebelum ditambah dengan pelbagai genre. Genre permainan pertama adalah jenis teka-teki aksi atas platform skrin tunggal, yang menampilkan Donkey Kong sebagai watak lawan dalam suasana industri pembinaan. Donkey Kong dan Mario dipe...

T16E18 Jepun miliki lebih banyak stesen caj elektrik berbanding stesen minyak

Imej
Satu soal-selidik di Jepun menunjukkan bahawa negara itu mempunyai lebih banyak stesen untuk caj tenaga elektrik pada kereta berbanding bilangan stesen minyak. Soal selidik tersebut dijalankan oleh syarikat pembuat kereta Jepun, Nissan. Bilangan stesen caj tenaga elektrik kereta di Jepun adalah 40000 berbanding 35000 buah stesen minyak. Keputusan kajian tersebut membolehkan para pegawai di syarikat pengeluar kereta tersebut menyimpulkan bahawa kereta elektrik mempunyai masa hadapan yang cerah di sana kerana banyaknya infrastruktur atau kemudahan yang membolehkan para peminat kereta untuk memiliki dan menggunakan kereta berkuasa elektrik. Selain itu penggunaan kereta elektrik dan hybrid di Jepun turut menerima sokongan daripada kerajaan Jepun yang memberikan subsidi untuk pemilikan kenderaan sedemikian. Bagaimana pula di Malaysia? Adakah kereta berkuasa elektrik mempunyai masa hadapan yang cerah? Mungkin apa yang akan dikatakan kepada kita hanya "Jangan jadi rakyat yang berme...

T16E26 Usah Negatif Wahai Master

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Berfikiran negatif adalah satu hal yang nyata membawa kesan dalam kehidupan kita. Master juga pernah negatif sebelum ini apabila mendapati bahawa bonus yang diperolehi adalah tidak seperti apa yang dijangkakan dan digembar-gemburkan. Master terlupa agaknya bahawa rezeki itu adalah ketentuan Allah subhanahu wa taala. Bukan manusia bergelar bos atau pengurus yang menentukan rezeki para pekerja. Bukan juga manusia yang memegang jawatan di jabatan sumber manusia yang menentukan rezeki manusia. Master terlupa agaknya bahawa bonus yang banyak itu adalah rezeki, dan bonus yang sedikit itu adalah rezeki juga. Mengimbau kembali pada permulaan kembara Master di atas bahtera pekerjaannya itu, dia mempunyai satu tujuan yang jitu, iaitu untuk membantu manusia di luar sana yang bernama pelanggan. Master pernah bercita-cita tidak mahu pelanggannya berdukacita atau menanggung kerugi...

T16F20 Peti Sejuk Magnetik Pertama Dunia Dilancarkan

Imej
Sebuah firma dari Perancis, Cooltech Application telah melancarkan peti sejuk yang mereka dakwa sebagai peti sejuk menggunakan sistem magnetik komersial yang pertama di dunia. Sistem penyejukannya menggunakan konsep pengaliran air coolant melalui bahan magnetocaloric dalam ulangan kitaran magnet-nyahmagnet. Sistem itu beroperasi tanpa menggunakan sebarang gas pendingin, menjadikan peti sejuk itu lebih mesra alam sekitar berbanding peti sejuk konvensional. 20160620

T13D30 Cikgu besar Pogy mengamuk!

Imej
Kringg.... "Telefon berbunyi, kring, kring" - gambar sekadar hiasan Telefon, telefon berbunyi. Ada haiwan dalam bahaya.

T21G19 Tersilap Pandang Rendah iLife V55 Pro

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan :  Setelah Setahun Bersama ,  iLife v55 Pro adalah sebuah robot ,  Direka untuk tidak terjun ,  Boleh lap lantai ,  Tidak terlalu bising ,  Muat masuk ke bawah katil dan almari ,  Ada saja habuk dikutip iLife v55 Pro ,  Musuh iLife v55 Pro , Jangan pasang berus pada sisi yang salah , Beli Alat Ganti iLife v55 Pro , dan Kesimpulan . Banyak versi pembersih hampagas ( vacuum cleaner ) yang telah Tedi gunakan. Ada yang jenis berwayar, ada tanpa wayar. Ada yang besar gedabak, ada yang halus. Ada yang bagus dan ada yang mengecewakan. Apabila Mummy kata dia beli pembersih hampagas robot iLife v55 Pro, Tedi hanya memandang sebelah mata. Sedangkan pembersih hampagas yang lebih besar pun kadangkala tak mampu membersihkan rumah kami dengan senang, apa yang pembersih hampagas bersaiz kecil dan leper ini mampu lakukan? Setelah Setahun Bers...

T13E29 Brand New KJ

Imej
Dalam ramai-ramai menteri, Master kebelakangan ni teruja dengan perubahan menteri Kementerian Belia dan Sukan yang baru ini. Master cop dia sebagai " brand new KJ " . KJ disebut adalah singkatan kepada nama Khairy Jamaluddin. Beliau adalah ahli politik dari Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang merupakan parti komponen kepada Barisan Nasional (BN). Kenapa? Master tak nak komen lak. Pandangan peribadi dia semata-mata.     Tetapi jika mengikut pandangan mata Tedi kelihatan KJ kini lebih mendekati golongan muda terutamanya melalui media sosial. Perubahan ini sama ada kerana beliau kini menteri mewakili golongan belia, atau mungkin kerana beliau kehilangan "kawan" dalam parti politik. Setahu Tedi politikus ni apabila tiada kawan dia akan kembali kepada rakyat untuk dijadikan bantal buat alas jika mereka jatuh nanti.    Bagi Tedi ini lebih bagus walaupun keikhlasan mereka boleh diragui tetapi benda dalam hati buat apa nak gali. Sekurang-kurangnya mereka akan m...

T20E01 Hentakan Elsa

Imej
Kandungan: Siapa Elsa?  |   Apakah itu Hentakan Elsa?  |  Jatuh cinta dengan Frozen? Hentakan Elsa. Entah bila Aina belajar koreografi tarian Elsa semasa dia menyanyikan lagu Let It Go ini? Kelihatan tepat dan betul-betul nak serupa. Ini adalah kali kedua Aina menonton Frozen. Sekuel Frozen iaitu Frozen 2 tidak pula digemarinya, tengok tak tengok je, tapi kalau filem Frozen memang dia akan menari keliling rumah. Kami memang gelak sakan terutama apabila tiba masa dia mengusutkan rambutnya meniru gaya Elsa menguraikan ikatan rambutnya. # Friday, 1 May 2020, 22:40 # 20200501 # VID20200501223943-ANIMATION.gif # Siapa Elsa? Rasanya mesti kalian kenal siapa Elsa tapi kalau tak kenal, Tedi selitkan sedikit info mengenai Elsa dalam Frozen: Elsa dari Arendelle adalah watak fiksyen yang muncul dalam filem animasi ke-53 Walt Disney Animation Studios bertajuk Frozen. Dia disuarakan oleh pelakon dan penyanyi Broadway, Idina Menzel (utama), Eva Bella (kanak-kanak) dan ...

Sarang Kelulut dibongkar beruang

Imej
Tak habis lagi rupanya cerita mengenai sarang kelulut ni Sebelum ini Tedi menampilkan gambar sarang kelulut yang comel itu, kali ini Tedi sertakan foto sarang kelulut yang telah dibongkar dek beruang. Gamaknya selagi kerja sekolah Tedi tak siap maka Tedi akan hanya merapu upload gambar semata. Sehari sekeping gambor pun cukuplah kan sebagai kenangan? Sementara itu kerja sekolah Tedi hari ini agak perlahan apabila selepas berjaya gunakan AJAX, tetiba sahaja dapat error kerana ada validation semasa post back... adus lah, kenapa complicated sangat? Gambar yang diambil ketika kami merentas hutan Taman Negara Kuala Tahan ini adalah gambar sebatang pokok yang ada kesan kopak pada batangnya. Pemandu pelancong yang memandu kami menjelajahi hutan tersebut menjelaskan bahawa batang pokok itu telah dikopak oleh beruang yang mahu mendapatkan madu dari sarang kelulut di dalamnya. Patutlah madu kelulut ini mahal harganya, selain sarangnya yang comel, manusia terpaksa bersaing dengan beruang ...

T13G25 Tedi tak terkata: Ego seorang lelaki.

Imej
Saja-saja cuba Bing.com tajuk kiriman sendiri Tetapi apa yang Tedi perolehi ialah blog orang lain. Ego seorang lelaki merupakan salah satu kiriman Tedi yang Tedi suka sebab itu pengalaman seseorang yang rapat dengan Tedi. Tadi saja-saja Tedi cuba lakukan carian yang berkaitan dengan tajuk itu. Seperti biasa, tiada hasil yang merujuk kepada interpretZZ. Tapi ada 1 hasil carian yang menarik perhatian bukan kerana tajuknya sama, tapi ayat yang digunakan itu sangat serupa dengan gaya penulisan Tedi! Bangga sekejap kerana ada orang yang "menghargai" hasil karya Tedi. Karyalah sangat, hehehe. Tapi apabila Tedi lawat blog itu ternyata dia copy-paste  buta-buta jer . Sumber pun tidak dinyatakan, itu yang buat Tedi sangat sakit hati. Bukan satu sahaja kiriman Tedi disalinnya, ada beberapa lagi seperti: Hati itu umpama gelas  - pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan peribadi cerminan hati. Petua halau nyamuk tanpa guna racun nyamuk  - Tedi mencari cara mengh...

T13F27 Usaha kurangkan pencemaran udara mungkin hasilkan lebih banyak taufan

Imej
Alamak! Berita terbaru ini membuatkan Tedi berada dalam dilema! Pencemaran Udara Bantu Membiaskan Cahaya Matahari daripada Mengenai Permukaan Lautan Atlantik Utara  Sebelum ini Tedi sangkakan fenomena taufan di dunia ini berkait rapat dengan pencemaran udara. Sangkaan Tedi itu betul, namun ia berkait rapat dalam arah yang berlawanan! Kajian mendapati bahawa pencemaran udara di Atlantik Utara membantu membiaskan cahaya matahari daripada permukaan lautan di sana. Ini bermakna usaha manusia untuk membersihkan udara yang telah tercemar selama 20 tahun di sana akan mengundang lebih banyak taufan. Ya Tuhan... macam mana ni? Serba salah dibuatnya untuk menggesa manusia bersihkan ruang udara di bumi ni. Ini adalah salah satu berita yang melaporkan tentang perhubungan tersebut. Kajian baru mengkaitkan peningkatan jumlah taufan dengan peningkatan kualiti udara Peningkatan jumlah taufan mungkin berpunca daripada usaha global untuk meningkatkan kualiti udara, menurut satu kajian bar...

T21G05 Pemeriksaan Speech Delay Aidan, dan Pohon Kebenaran Rentas Negeri

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pemeriksaan Kesihatan Aidan Pemeriksaan kesihatan Aidan. Ketika ini Aidan berumur 2 tahun 1 bulan dan 8 hari. Pemeriksaan kali ini jururawat nak tengok perkembangan Aidan sama ada dia termasuk dalam kategori speech delay. Aidan pergi ke Klinik Kesihatan Salak bersama mummy manakala Aina tinggal di rumah bersama Master. # Monday, 5 July 2021, 14:40 # 20210705 # IMG20210705144010_BURST000_COVER-ANIMATION # OPPO Reno2 # Sebelum ini semasa  Pemeriksaan Aidan 2 tahun  jururawat di Klinik Kesihatan Salak mahu memeriksa perkembangan Aidan sama ada dia termasuk dalam kategori speech delay. Speech delay ini jika diterjemahkan maksudnya dalam Bahasa Melayu ialah kelewatan pertuturan. Banyak tanda-tanda kelewatan pertuturan ini tetapi bagi kanak-kanak berumur 2 tahun seperti Aidan, tanda-tanda kelewatan pertuturan adalah: hanya dapat meniru ucapan atau tindakan dan tidak me...

Prev Next

Popular