Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2020

Mencari Buffet Sarapan RM 5 di Kota Bharu

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Mencari kedai makan buffet RM 5 untuk bersarapan pagi di Kelantan. Malangnya kedai tersebut tutup. Jika tidak silap nama kedai ialah Catering Hak Teguh. Di sini kita boleh makan macam-macam dengan harga cuma lima Ringgit Malaysia. Ketika ini kami berada di seberang jalan di hadapan kedai tersebut menanti kereta Tok Abah sampai.     Akhirnya kami membuat keputusan untuk patah balik menuju ke arah Kedai Makan Abe Mie. # Sunday, 22 December 2019, 09:38 # 20191222 # IMG_20191222_093743-PANO.jpg # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # Jalan Long Yunus, Kampung Paya Bemban, 15200 Kota Bharu, Kelantan # 4794+HG Kota Bharu, Kelantan # Peta: https://goo.gl/maps/3gW61n2afPYdZ88o6  # Gambar diambil Master semasa patah balik. Butik Kafe Minibaby Haus. Shell Out MiniBabyHaus & Caldo Kitchen KB. Kedai Kunci Choi Key Services & Trading. # Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan # Sunday, 22 December 2019, 09:48 # 20191222 # IM...

Singgah di Kompleks Jeruk Madu Pak Ali

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Ketika kereta kami berkonvoi keluar dari Pulau Pinang, tiba-tiba Tok Mak hantar mesej nak ke Jeruk Pak Ali. Ah pelik ni? Jeruk Madu Pak Ali bukankah dalam kawasan pulau? Sekarang kami sudah di lebuhraya menuju ke selatan Semenanjung Malaysia... Rupa-rupanya ada kilang memproses Jeruk Madu Pak Ali ni. Inilah kali pertama kami sekeluarga menjejakkan kaki ke sana. Biarlah gambar berbicara. Surau Hajjah Saaydah Selamat Datang ke Kompleks Jeruk Madu Pak Ali. Surau Hajjah Saaydah. Pak Ali TM (sejak 1985). # Sunday, 2 September 2018, 18:33 # 20180902 # DSC06750.JPG # SONY ILCE-5000 # Pak Ali. Peraturan Am di dalam Surau. Adab di dalam Surau. # Sunday, 2 September 2018, 18:27 # 20180902 # DSC06739.JPG # Kamera DSLR SONY ILCE-5000 # Aina 1 tahun 6 bulan 12 hari. Jeruk Madu Pak Ali. Sejak 1985. Penang Famous Pickles Manufacturer. Halal Malaysia nombor rujukan 1039-12/2010. Gula-gula RM 1.00. Set tester. Pewangi sebenar. # Sunday, 2 September 2...

Sungguh efisyien!

Imej
Apakah itu efisyien? Perkataan ini dicedok daripada Bahasa Inggeris, " efficient " yang bermaksud cekap atau tersusun. Tapi Tedi bukanlah nak cerita mengenai perkataan ini. Kisahnya Tedi seperti biasa tertonton Cerekarama di TV3 (sebab Mommy tonton).   Cerita kali ni tajuknya "Yeop Kaya Ke". Ada satu babak di mana si Yeop ni diberi peluang oleh bakal bapa mertuanya untuk bermesyuarat dengan pelanggan syarikat mereka. Si Yeop ni pun pergilah. Kemudian dah habis meeting , si Yeop ni balik ke pejabat. Dalam perjalanan si Yeop berbual-bual dengan pemandu beliau. Sampai di pejabat si Yeop disambut dengan ucapan, "Tahniah, pelanggan kita tu dah ikat kontrak 5 tahun dengan kita." Sungguh cekap pelanggan mereka itu, Yeop baru sampai pejabat, mereka dah tandatangan kontrak! Inilah pengajaran yang kita jarang nampak dalam cerita-cerita Melayu. Semoga kita akan ambil iktibar dan menjadikan pelanggan Yeop itu sebagai sumber motivasi. Sekian. 20131207

Dipanggil guru kelas!

Imej
Sedang asyik Tedi menelaah pelajaran, telefon Tedi berbunyi. 15 September 2014. "Tedi, sila ke bilik guru, Cikgu R nak jumpa" - lunak suara Miss D kedengaran melalui telefon. Ah sudah, Tedi dah tahu apa sebabnya ni. Tedi segera membetulkan tali leher supaya nampak segak. "Ye cikgu, cikgu nak jumpa saya?" "Okay Tedi. Sila duduk." "Ada apa ni cikgu?" - kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu... "Bulan lepas Tedi selalu datang lambat. Kenapa?" "Rumah Mommy cikgu, jauh..." "Kamu tinggal di mana?" "Sepang" Tinggal di Antartika pun takkan boleh menjadi alasan Tedi lewat sampai di sekolah. Tedi tengok muka Cikgu R, sebenarnya dia tak berminat pun nak tahu di mana Tedi tinggal. Kalau tinggal di Antartika pun, Tedi harus datang awal. "Jadi jalan sesak di mana?" "Di Lebuhraya Pantai Baru je cikgu, lebih sejam dan pernah sampai 2 jam...

Felda Bukit Rokan Utara dalam kenangan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Setiap kawasan Felda mempunyai zon komersial. Selalunya kawasan ini menempatkan deretan kedai. Ada juga peneroka yang memanggil kawasan komersial ini sebagai pekan. Suasana di Felda Bukit Rokan Utara. Perang poster pilihanraya Parti Islam se-Malaysia (PAS). # Sunday, 6 May 2018, 11:28 # 20180506 # IMG_20180506_112837 # XiaomiR Redmi Note 5A # Suasana di Felda Bukit Rokan Utara. Kedai Motosikal. Hi-Rev Minyak Pelincir. Kim Motor Workshop. MOS. Motor Oil Specialist. Keng Weng Motor Enterprise. # Sunday, 6 May 2018, 11:28. # 20180506 # IMG_20180506_112844 # XiaomiR Redmi Note 5A # https://goo.gl/maps/gH7Wh2uVGvsdxmdx7  # Gambar kedai runcit dan suasana di sekitar kawasan komersial Felda Bukit Rokan Utara. Kelihatan kereta Honda berwarna putih dengan nombor pendaftaran JCC 72. # Sunday, 6 May 2018, 11:28 # 20180506 # IMG_20180506_112855 # kamera telefon pintar XiaomiR Redmi Note 5A # Perasan tak dalam gambar di atas, perniagaan oleh ...

Rak Kasut Hemnes dan kami

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Hemnes Ke-2 Buat kali kedua Master berjaya menyiapkan projek memasang rak kasut siri Hemnes keluaran IKEA. Rak kasut IKEA Hemnes ni diletakkan di laluan di tingkat atas. Ia akan digunakan bukan sebagai rak kasut sebaliknya Mummy bercadang nak simpan tuala di dalam sana. Tedi menggemari rekaan rak kasut Hemnes ni cuma masalahnya ia hanya ada 2 kaki, dan ia perlu diikat ke dinding menggunakan skru, bermakna kita perlu menebuk lubang pada dinding. Ia bukanlah susah, tapi sayang  wallpaper yang dipasang pada dinding itu. Rak kasut siri Hemnes daripada IKEA sudah siap dilekatkan ke dinding menggunakan skru. Rak kasut ini hanya ada 2 kaki dan perlu diikat ke dinding. Tinggal pasang 3 lacinya sahaja lagi. Ini adalah rak Hemnes kedua di rumah kami. Yang pertama dipasang di tingkat bawah buat menyimpan barangan Aina dan Aidan # Friday, 29 May 2020, 18:56 # 20200529 # IMG_20200529_185616.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A # Jadi jika merancang untuk ...

Operasi Merumput Minor #MF01

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Operasi merumput minor dilaksanakan sebagai susulan kepada Operasi Merumput Mega Minggu lepas Tedi dah jalankan Operasi Merumput Mega di kawasan belakang. Prestasinya amat menggalakkan, namun hujan lebat menyebabkan masalah banjir lumpur pula. Merumput dalam bahasa Indonesia mungkin membawa maksud "bersukan di atas kawasan berumput" Sebagai alternatif, Tedi telah mengarahkan Master untuk menyungkup tanah yang terdedah menggunakan sampah-sarap hasil merumput minggu lepas. Dah cukup kering, boleh ditabur di mana yang perlu. Selain itu tanah di atas bukit yang Master tolong gemburkan sikit minggu lepas telah Tedi lawati. Petang nanti nak laksanakan Operasi Merumput Minor pulak. Cili tak bertunas, mungkin semai sawi pula. Nanti nak RnD cara-cara tanam sawi, hehehe. Tedi tak pasti apakah maksud perkataan merumput dalam Bahasa Indonesia, tetapi nampaknya macam aktiviti bersukan di kawasan berumput. 20130602

Aina melawat Aidan di wad Klinik Usains HUSM

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Alhamdulillah semalam Mummy telah selamat melahirkan Aidan di Hospital Universiti Sains Malaysia. Maka hari ini kami membawa kakak Aidan ke wad Klinik Eksekutif Usains HUSM untuk melawatnya buat kali pertama. Klinik Usains ni jika kawan-kawan tak tahu adalah cabang swasta kepada Hospital Universiti Sains Malaysia.   Aina menyusun bongkah kayu Sekejap sahaja Aina berada di dalam wad melawat Mummy dan Aidan, ini adalah kerana Aina ni tengah melasak dan dikhuatiri mencederakan Mummy yang baru menjalani pembedahan. Oleh itu Master membawa Aina keluar berjalan-jalan di sekitar kawasan Klinik Usains tersebut. Aina menyusun bongkah kayu di Klinik Usains HUSM. Ironinya ujian inilah yang Aina gagal semasa pemeriksaan kesihatan di Klinik Paedatrik Hospital Putrajaya. Master bawa Aina berjalan di sekitar wad. Ini kali pertama Aina dibawa ke sini untuk melihat adiknya Aidan yang selamat dilahirkan semalam.  # Wednesday, 29 May 2019, 13:03 # 2019052...

Gaji pemain Kedah tertunggak sebab peruntukan belum lulus

Sedih melihat bola sepak Malaysia ni, sudah tahap profesional tetapi masih bermasalah kewangan. Bagaimana mereka merancang dengan wang yang belum tentu ada? Seharusnya persatuan bola sepak di Malaysia sudah pandai uruskan kewangan, nama pun profesional, bukannya semi-pro. Kerja urus dan main bola sepak tu kerja sepenuh masa mereka, tetapi masalah macam kelab tanpa liga. ALOR SETAR: Kerajaan negeri terdahulu belum meluluskan bayaran RM1.5 juta kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi membayar tunggakan gaji pemain skuad Lang Merah. Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata kerajaan negeri terdahulu hanya membuat cadangan bayaran, namun sebarang kelulusan tidak pernah berlaku kerana ia terlalu hampir ketika peralihan kerajaan negeri. Jelasnya, beliau hanya dimaklumkan mengenai perkara itu pada mesyuarat EXCO hari ini, dan kerajaan negeri pimpinannya bersedia mempertimbang meluluskan bayaran itu. "Pengumuman kerajaan lama bahawa sebanyak RM1.5 juta diguna untuk membayar gaji ...

Tukang Urut

Wow. selama Tedi hidup ni Tedi belum pernah jumpa perkongsian mengenai urutan seperti rencana ini. Ia memang berbaloi untuk dibaca dan moga jadi teladan buat kita. Mummy ada pengalaman tragis dengan kisah mengurut ni. Sebelum sepupu Mummy meninggal dunia, arwah kemalangan dan mengalami kecederaan di kepala, dirawat sehingga boleh pulang ke rumah, dan kemudian dibawa mengurut di bahagian tersebut sehingga pendarahan berlaku semula. Ada orang kata itu hanya asbab, ajalnya memang macam tu, tapi kita perlulah elakkan sebarang perkara yang membahayakan diri kita tanpa keperluan. Apa-apa pun sila baca rencana menarik di bawah. Mengurut, massage, myotherapy RAMAI  juga pesakit saya bertanyakan berkenaan mengurut. Adakah boleh diamalkan atau tidak? Istilah english disebut massage, manakala bahasa perubatan disebut myotherapy. Bagi saya, tiada masalah besar pesakit mendapatkan khidmat tukang urut. Urutan urat luaran boleh melegakan badan, membantu hilangkan kesakitan ibarat seperti gosok. N...

Layout blog Tedi sudah hancur.

Imej
Tiba-tiba sahaja pagi ni terdapat laporan ada masalah dengan layout blog Tedi. Tedi cuba perbaiki tapi nampak gaya terus jahanam. Buat sementara ni Tedi biarkan dahulu. Nanti ada masa Tedi akan cuba baiki ke keadaan asal.... /(*-*)\ Dan masing-masing, telah Kami berikan kepadanya contoh tauladan yang mendatangkan iktibar dan masing-masing telah Kami hancurkan sehancur-hancurnya. (39) -- Al-Furqan 25:39 20130918

Baju perisai khas untuk Tikus Belanda sedang dilelong (tutup 21 Jun)

Imej
Kepada para pemilik Tikus Belanda (Guinea Pig) di luar sana, inilah masanya untuk menghadiahkan buah hati anda sesuatu yang istimewa. Baju perisai untuk Tikus Belanda? Betul ke ni Tedi? Siapa lagi tak percaya? Tengok je la semua gambar di bawah ni. Comel baju perisai ni. Jangan main-main. Sedia untuk berperang! Tikus Belanda ni sekadar hiasan. Beli sendiri... Comel kan? Cute  macam sang pemakainya. Itu bukan baju perisai la Tedi, itu baju rantai! Sedikit sejarah mengenai chain-mail suit Memang la direct-translation  nye baju rantai, tapi Tedi panggil baju perisai sebab tugasnya untuk lindungi badan. Ia direka sedemikian untuk mengurangkan berat berbanding baju perisai yang sepenuhnya besi. Selain ringan, ia tiada kesan trauma seperti versi full-armor  kerana apabila diserang, tiada kesan hentakan. Baju perisai jenis chain-mail  ni asalnya direka untuk tangkis serangan long-bow  Briton, tapi akhirnya ia terbukti efektif juga menangkis tikaman pedang Eropah yang b...

Pendekar PT-91M: Igauan kepada musuh negara

Imej
PEMBELIAN 48 buah kereta kebal utama (MBT) PT-91M berserta sembilan kenderaan sokongan lain dari Poland pada 2003 telah mengubah landskap pertahanan negara khususnya bagi tentera darat. Perolehan aset tersebut turut memberi penggandaan kuasa dan meningkatkan kuasa tembak yang belum pernah dirasai oleh Kor Armor Diraja sebelum ini. Kereta kebal itu seterusnya dinamakan Pendekar, sesuai dengan peranannya sebagai mata dan hujung tombak ketumbukan tentera darat sama ada ketika melakukan operasi ofensif mahu pun semasa bertahan. Penggandaan kuasa itu lahir kerana Pendekar mempunyai kemampuan mobiliti, kuasa tembak dan perlindungan armor yang sesuai dengan persekitaran muka bumi negara. Paling menggerunkan, kuasa tembak daripada meriam Smoothbore 2A46MS berkaliber 125 milimeter buatan Slovakia dengan peningkatan ketepatan tembakan sehingga 23 peratus berbanding meriam asal. Ia mampu memusnahkan semua jenis kereta kebal yang ada di dunia pada hari ini sehingga jarak lima kilometer. Kemam...

Aidan kini setahun

Imej
Selamat hari lahir ke-1, Aidan Hari ini Aidan menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama. Aidan meraikan ulangtahun kelahirannya yang pertama. Sambut di rumah sahaja dengan belon dipasang sendiri. Sambut kami sekeluarga berempat sahaja sempena Perintah Kawalan Berkurung sekarang ni.  # Thursday, 28 May 2020, 12:36 # 20200528 # IMG20200528123600.jpg # OPPO OPPO Reno2 # Ambil barang Mummy di pejabat beliau Setelah bergambar dan makan kek sedikit, kami bergegas ke pejabat Mummy di Menara TM, sebab Mummy nak ambil barang-barang beliau yang bersepah di pejabat. Khabarnya selepas Perintah Kawalan Pergerakan ni berakhir, Mummy tetap akan kerja dari rumah. Kami pergi menaiki kereta Proton Persona, kerana insurans dan cukai jalan kereta Subaru XV telah luput. Perjalanan ke pejabat Mummy agak tenang dan lancar dengan kurangnya kehadiran kenderaan di atas jalan. Hal ini menyebabkan Master hampir terlepas simpang kerana tidak cam simpang tu ketika tiada kereta. Selalunya sesak dengan kend...

Minyak Masak Jagung

Imej
Mummy minta Master belikan minyak jagung sebab Mummy nak buat kek lobak merah untuk Aidan. Minyak jagung adalah minyak masak jagung iaitu minyak masak yang diperbuat daripada jagung. Jagung adalah salah satu produk keluaran Amerika Syarikat, jadi kita dapat melihat Amerika Syarikat sibuk menghentam minyak sawit iaitu minyak masak yang diperbuat daripada kelapa sawit, dan mempromosi minyak jagung. Jadi rasanya boleh elakkan guna minyak jagung ni, hehe. Tak tahulah kalau guna minyak jagung, kek akan berperisa jagung, tapi takkanlah kan? Kalau bandingkan minyak sawit dan minyak jagung, tentunya harga minyak jagung lebih mahal, biasalah Amerika Syarikat, mana boleh murah, mesti nak untuk tahap dewa. apa-apa pun boleh abaikan komen Tedi ni. Disertakan rekod harga minyak masak jagung a.k.a minyak jagung untuk panduan masa depan. Minyak Masak Jagung Mazola 550 mL, Kedai runcit Asat Zain 3 Salak Perdana, 20200527 - RM 8.50 Harga minyak jagung Mazola 550mL di kedai runcit Asat zain 3 di S...

Latihan Badminton Siri Ke-2 di The Challenger

Imej
Latihan Badminton Bersama Nik Faiz Alhamdulillah, buat pertama kali Tedi sempat sertai latihan badminton anjuran TnG Racquet Club . Latihan diadakan di The Challenger Petaling Jaya. Jurulatihnya, Nik Ahmad Faiz Nik Abdullah adalah bekas pemain Malaysia yang kini mempunyai kedai sukan sendiri yang diberi nama Nikman Sports. Hari ini latihannya ada 2, yang pertama adalah bagaimana ambil bola belakang dan melangkah ke depan , dan yang kedua bagaimana cara sambut bola hadapan . Latihannya walaupun nampak ringkas tapi memang memenatkan macam baru lepas lari 100 meter. 20160416

Singgah di Az-Zahrah dan Yummie

Imej
Melawat uncle Jedi di Hospital Az-Zahrah Pagi ni kami ke Hospital Az-Zahrah, melawat kawan Master yang baru selesai pembedahan tulang belakang. Pembedahan itu adalah untuk buang cakera tulang belakang beliau yang telah pecah dan menekan saraf tulang belakangnya. Pada mulanya beliau memang ada sedikit masalah tulang belakang, jadi beliau solat tarawikh gunakan kerusi. Entah bagaimana pada suatu hari ada budak lelaki yang tarik kerusi tu semasa beliau sedang solat tarawikh sehingga jatuh terduduk beliau dibuatnya. Moga ibu bapa lebih mengawal anak-anak mereka di Masjid atau surau mana tahu kes sebegini terjadi lagi. Alhamdulillah, uncle tu nampak okay dan dah boleh berjalan. Rasa macam kagum pula sebab baru lepas bedah dah boleh jalan dalam sehari sedangkan sebelum ni begitu seksa beliau berjalan. Uncle tu turut memberi beberapa tips penjagaan tulang belakang kepada Master kerana Master turut mengalami lenguh tulang belakang dek pemanduan yang lama setiap hari. Singgah di Kedai Yu...

Makan-makan di Paramount Coffee House Bangi Sentral

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Tiba-tiba sahaja Mommy ajak Master pergi ke Bangi, jalan-jalan cari makan. Kami ada 2 pilihan ketika itu yang dipilih melalui review di Facebook, memandangkan kami tak arif kawasan jajahan Bangi. Yang kami tahu, Bangi ada menawarkan banyak kedai makan yang selalu dihurungi manusia. Dua pilihan itu adalah Zawara Coffee dan Paramount Coffee House Bangi yang secara kebetulan terletak di kawasan zon niaga yang sama iaitu Bangi Sentral . Punyalah banyak kereta di Bangi Sentral, jadi semasa berpusing mencari kawasan letak kereta, Zawara Coffee terkeluar dari zon rayauan kami, kerana kami letak kereta di zon niaga bersebelahan yang bertentangan dengan Paramount Coffee House Bangi.   Persekitaran yang okay di Paramount Coffee House Pemandangan di hadapan kedai makan Paramount Coffee House Paramount Coffee House adalah sebuah kafe dan Tedi tidak biasa lepak di kafe, jadi jika dibandingkan dengan Secret Recipe (yang agak biasa dilawati)...

Kenapa InterpretZZ perlahan?

Tiba-tiba sahaja seorang ejen memaklumkan kepada Tedi bahawa ada page yang perlahan sama ada pada paparan atas telefon pintar ataupun paparan atas meja (desktop). Perkara ini amat menggusarkan Tedi, apakah perubahan yang telah Tedi lakukan sehinggakan ada laporan interpretZZ kini perlahan? Ada? Tak ada! Ada tak? Tak ada! setelah puas menyoal diri sendiri akhirnya Tedi berpuas hati dengan jawapan yang Tedi berikan. Tiada perubahan yang Tedi lakukan! Mustahil akan berubah jika tiada tangan yang mengubahnya! Itulah pesan Master kerana sudah banyak kali dia melakukan kesilapan apabila dia menyangka dirinya tidak mengubah apa-apa sedangkan perubahan walau sekecil mana pun bisa memberikan impak yang besar kepada dunianya. Tedi pun mengkaji dan mengkaji. Sehinggakan Tedi  unfollow mana-mana bloglist yang sudah berhabuk tidak dikemaskini. Mungkin  bloglist  itu adalah punca? Tetapi Tedi tak rasa macam tu... Akhirnya Tedi menemui ada sesuatu berbau ikan. Ejen melapor...

Megi Tomyam sudah kembang

Imej
Check  tingkat bawah tadi, rupa-rupanya bunyi nak mula hujan. Hujan lebat. Berderu air turun macam air terjun. Guruh pun berdentum. Sempat Tedi baca Koleksi Workshop di tingkat bawah, edisi ke-7 kot? Bau tomyam lak! Siapa masak tomyam malam2? Tedi pergi periksa keadaan di dapur, rupa-rupanya ada Megi Tomyam atas meja. Megi nya sudah kembang! Ni mesti kerja Master ni, lupa nak makan. Apa lagi, Tedi bedal jer la. Resepi megi kembang, hehehe Megi sudah kembang Macam pernah dengar, tapi di mana ya? Keterangan Memang sengaja Tedi gunakan istilah Megi untuk mewakili mi segera dalam karangan ini. Tidak Tedi gunakan ejaan Maggi kerana itu adalah jenama salah satu mi segera di Malaysia. Mungkin Maggi telah menjadi de facto di Malaysia sehinggakan rakyat Malaysia memanggil mi segera dengan panggilan Megi. - 20130525 20130525

Raya Pertama Aidilfitri 2020

Imej
Beraya di perantauan? Tak tahulah jika benar kami beraya di perantauan sebab kami hanya tidak dibenarkan beraya di kampung halaman, tapi masih beraya di rumah kami sendiri. Tahun ni bukan sahaja tak boleh balik kampung beraya, solat sunat Aidilfitri pun hanya dilaksanakan di rumah. Bukan calang-calang amaran kerajaan tu, pihak Polis di-Raja Malaysia turut mengadakan sekatan jalan di jalan-jalan malahan di lebuhraya dan akan mengarahkan kenderaan melakukan pusingan-u jika cuba merentas negeri. Gaya dua beradik yang kecewa setelah diarahkan Polis di-Raja Malaysia supaya u-turn setelah gagal dalam percubaan mereka merentas negeri dengan menunggang motosikal. Nampak gayanya terpaksa beraya di perantauan pada tahun ini. Umat Islam di Malaysia tidak dibenarkan balik kampung sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dalam usaha kerajaan Malaysia membanteras virus Covid-19.  # Sunday, 24 May 2020, 17:13 # 20200524 # IMG20200524171319-ANIMATION.gif # Kamera telefon pintar OPPO Reno2...

Sanusi bersedia terajui Kedah FA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Sebenarnya Tedi tak berapa berkenan dengan bola sepak di Malaysia ini. Kenapa perlu ahli politik terajui kepimpinan persatuan bola sepak? Contohnya macam inilah, tukar menteri besar, presiden persatuan bola sepak pun bertukar. Siapa suruh menteri besar jadi presiden persatuan bola sepak? Bola dan politik tak boleh dipisahkan. Tidak profesional sungguh. Itulah Malaysia. Sepatutnya persatuan bola sepak diterajui oleh seseorang yang berminat nak memajukan persatuan bola sepak itu, dan dia dipilih kerana kebolehannya dan minatnya bukan kerana kedudukannya.   Sanusi bersedia terajui KFA MENTERI Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bersedia menyahut cabaran menerajui Persatuan Bolasepak Kedah (Kedah FA) sekiranya namanya dicalonkan sebagai Presiden Kedah FA. Beliau berkata, sesiapa sahaja yang dicalonkan menerajui Kedah FA kelak harus mampu membawa masuk penajaan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan persatuan itu. Menurutnya, faktor kewa...

Nampak pengaruh Naruto dalam Ejen Ali The Movie - Misi: Neo

Imej
Semalam Tedi sempat menonton filem Ejen Ali The Movie - Misi: Neo di TV3 sempena malam raya pertama. Sudah lama Tedi nantikan, tapi nak tonton di panggung wayang gambar (pawagam) memang susahlah. Tedi nantikan jika Unifi TV akan jual filem ni tapi hampa. Mungkin suatu masa nanti ia akan dijual di Unifi TV. Ada tempias Naruto? Tedi anggap filem ini memang bagus. Bukan sahaja dari segi aksi, malahan dari segi emosi. Sukar nak jumpa filem tempatan yang memberi kesan di hati. Selain itu Tedi nampak ada tempias Naruto dalam filem ini. Ada tempias atau tidak, ia masih filem yang diolah dengan baik. Naruto adalah satu anime dari Jepun yang penuh drama dan aksi. Jalan ceritanya agak sukar diduga. Seperti mana siri anime Dragon Ball yang menjadi panduan dan aspirasi kepada generasi mangaka, akhirnya Naruto pula menurut langkah Dragon Ball dan menjadi aspirasi kepada penerbit manga seterusnya. Naruto sebenarnya turut menerima inspirasi daripada Dragon Ball. Ejen Ali diinspirasikan daripad...

Aina 3 bulan 1 hari

Imej
Mesin Kopi di Meja Kawan Master Gambar sebuah mesin kopi di atas meja kawan sepejabat Master di tingkat 6 di sebuah bangunan di Bangsar South. Meja Master hanya kelihatan sebahagian sahaja. Pada dinding ditampal Kanban board. 2 bilik yang di depan tu akhirnya dipecahkan untuk dapatkan lebih ruang. Tahun 2017 adalah tahun terakhir Master di sini sebelum berpindah ke anak syarikat. # Sunday, 21 May 2017, 13:30 # IMG_20170521_133003.jpg # Dirakam dengan telefon pintar HUAWEI H30-U10 # 8, Avenue 5, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia # Suasana di Luar Rumah Gambar suasana di hadapan rumah kami ketika Aina berumur 3 bulan 1 hari. # Sunday, 21 May 2017, 17:53 # 20170521 # DSC_8645.JPG # Sony D2533 # Alat Perapian Diri untuk Bayi Alatan penjagaan bayi buat Aina seperti ketip kuku, gunting, pengasah kuku berjenama Flower Baby dan Pureen (harga RM 8.90). Katanya tahan lasak, tidak beracun, dan selamat untuk bayi. Umur Aina pada masa ini ial...

Prev Next

Popular