Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2020

Tejas sertai Tentera Udara India

Imej
Dua buah Pesawat Tempur Ringan Tejas  sertai Tentera Udara India mulai Jumaat lepas. Mereka adalah sebahagian daripada Squadron 45 "Flying Daggers" yang turut akan menerima 18 buah pesawat Tejas lagi termasuk 4 buah pesawat latihan pada 2018. Pesawat itu dinamakan Tejas daripada Bahasa Sanskrit yang bermaksud radiance oleh bekas Perdana Menteri India, Atal Bihari Vajpayee. Pesawat Tempur Ringan (LCA) milik India adalah pesawat terkecil dan paling ringan dalam kelas Pesawat Tempur Supersonik Pelbagai Fungsi. Pesawat pejuang Tejas adalah pesawat pejuang satu enjin, guna sayap kompaun delta, tiada ekor yang direka Tentera Udara India dan Tentera Laut India. Setiap skuadron pesawat tempur Tejas akan kandungi 20 buah pesawat, termasuk 4 buah pesawat simpanan. Barisan pesawat tempur ringan baru India dibina untuk menggantikan cabang pesawat ringan Tentera Udara India yang kebanyakannya dibarisi oleh MIG-21 dan Mirage 2000. Teknologi Tejas jauh lebih hebat berbanding MIG-21 y...

Susu Sejat Carnation

Imej
Pengenalan kepada Krimer Sejat Carnation ® Krimer Sejat Carnation ® adalah produk keluaran F&N Dairies Sdn Bhd. Ia adalah susu sejat cair yang kualitinya diyakini sejak 1899. Pada awalnya ia dikenali sebagai Krim Disteril Carnation (Carnation Sterilized Cream), sebelum ditukar kepada Susu Sejat Carnation (Carnation Evaporated Milk). Nestlé telah memiliki Carnation Company pada 1985 sekaligus memiliki jenama Carnation tersebut. Mereka kemudiannya melesenkan jenama Carnation kepada F&N yang telah disambung buat 22 tahun pada tahun 2015. Ini adalah kesinambungan dari tahun 2006, di mana Nestlé telah menjual perniagaan susu cecair di Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand, kepada F&N . Ini termasuklah jenama Carnation. Susu cair F&N Carnation ® diiklankan sebagai krimer minuman terbaik untuk menambah rasa krim dan aroma kepada minuman kita. Krimer Sejat Carnation ®  adalah topping terbaik untuk  Ais Kacang atau pencuci mulu...

Cuba webe di Salak Tinggi

Imej
Cuba kad sim webe di Salak Tinggi Tadi Mommy minta Tedi cuba satu kad sim yang pelik pada tablet ASUS Zenpad 7.0 milik Master. Kad sim tu adalah kad sim webe , satu produk telekomunikasi baru hasil penjenamaan semula P1 adalah perkhidmatan telekomunikasi mobil yang dahulu menggemparkan Malaysia dengan iklan “dah potong ke belum?” . Iklan double meaning tu selain bermaksud dah bersunatkah belum sebenarnya ditujukan kepada produk TM Berhad yang menawarkan internet berwayar iaitu Streamyx . Kononnya dengan gunakan P1 , rakyat Malaysia tak perlu dah internet berwayar. Malangnya perkhidmatan mereka mula merosot walaupun pada awalnya bagus, dan akhirnya P1 tidak mampu bersaing dalam dunia perkhidmatan telekomunikasi mobil. Ironinya P1 dibeli pula oleh TM Berhad yang ternyata produk internet berwayarnya tidak “dipotong” oleh rakyat Malaysia sama ada dengan gembira atau terpaksa. Dipendekkan cerita TM Berhad tukarlah nama P1 itu kepada webe , mungkin ma...

Kepala silinder enjin kereta Mommy retak!

Imej
Kisah mengenai kesan timing belt putus yang terpaksa kami tanggung pada kereta Proton SAGA BLM. Kandungan :  Tiada masalah? ,  Tukar bengkel. ,  Uji radiator ,  Semuanya ketentuan Illahi. Semalam seperti dirancang, Master membawa kereta Mommy ke bengkel. Sebelum itu kami ke kedai cuci kereta, sebab enjin kereta perlu dicuci untuk kenalpasti di mana kebocoran minyak enjin berlaku. Nasib baik di kawasan Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi ada kedai cuci kereta yang menyediakan perkhidmatan cuci enjin. Cuci luar kereta, dalam kereta dan enjin kereta cuma RM 15 . Walaupun Tedi agak tak setuju kerana mereka basuh enjin gunakan air, tapi nak buat macam mana lagi? Selepas siap, kami bergegas ke bengkel Keystone Motor Sport yang sebelum ini overhaul  kereta Mommy kerana timing belt  putus. Sampai sahaja di sana, Master mengadu mengenai kekeringan air radiator  dan juga kebocoran minyak, untuk kali kedua. Minggu lepas dah adu, mereka suruh cuci enjin du...

Lukisan Lembu

Imej
Lukisan seekor lembu dengan stroke ringkas. Sebenarnya ini adalah lakaran fasa akhir ketika melukis lukisan lembu . Maklumat lanjut tentang cara melukis lembu boleh didapati di laman web  https://drawcentral.com/2012/06/how-to-draw-cow.html . Lukisan Lembu Holstein Lembu Holstein merupakan lembu yang popular untuk dilukis. Ini adalah kerana lembu ini mempunyai tompok hitam putih menjadikannya lebih menarik untuk dilihat. Malangnya lembu ini bukan lembu tempatan Malaysia maka mungkin tidak sesuai untuk melukis lembu Holstein sebagai material pelajaran. Cara melukis lembu Holstein boleh diperiksa di laman web https://www.easy-drawings-and-sketches.com/draw-a-cow.html .

Tapak Sulaiman ancam terumbu karang terkenal di Filipina

Imej
Tapak Sulaiman Crown-of-thorns merupakan pemangsa rakus yang boleh menghapuskan kawasan besar terumbu karang. Seekor dia boleh hapuskan sehingga 6 meter persegi karang hidup setahun. Foto - Jon Hanson/Creative Commons Tapak Sulaiman Crown-of-Thorns telah mula menguasai satu selat di Filipina yang terkenal dengan kepelbagaian hidupan laut dunia. Verde Island Passage akan mengalami kemusnahan besar dengan kehadiran haiwan tersebut. Tapak Sulaiman tersebut memakan polyps pada karang-karangan sehingga hanya tinggal badan berwarna putih, sebelum beredar ke tempat lain.  Ia hanya tinggalkan terumbu karang itu apabila ia mati. Laluan sepanjang 100 kilometer & 20 kilometer lebar itu dikatakan sebagai raja kepada pusat kepelbagaian lautan dunia . Terletak di atas Coral Triangle, kawasan perairan yang meliputi Indonesia, Papua New Guinea & Timor Timur digelar sebagai Amazon Lautan kerana kaya dengan hidupan laut, tetapi telah lama diberi amaran oleh pencinta alam ba...

Alah... yang putih-putih tu!

Imej
Peristiwa ini berlaku pada suatu petang Ramadhan 2013. Apa yang putih-putih tu? Gaun pengantin? Kalau mahu sewa gaun pengantin putih silalah lawat laman ini " PAKEJ PENGANTIN UNTUK SEWA GAUN PENGANTIN PUTIH DAN KOT PUTIH MURAH. " Master sibuk menaip dan meneliti dokumen di atas meja. Tedi pula hanya duduk melahu di meja kopi berhampiran. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. "Master, cepatlah. Tadi kata nak balik awal?" "Ermm, memanglah. Cuba risik Mommy ada di mana sekarang?" Mommy naik tren berjenama LRT (Light Rail Transit) dari pejabatnya ke pejabat Master. Dari sini, kami akan berbondong-bondong menaiki kereta untuk pulang ke rumah. Ini adalah jadual khas sempena bulan Ramadhan yang mulia, memandangkan kawasan pejabat Mommy memang sesak sempena Ramadhan. Tedi mendail nombor Mommy. Memandangkan jari Tedi ni besar sangat untuk dail nombor, Master dah set dail guna suara. "Autobot! Transform!" , Tedi mengarahkan telefon itu...

Aksi Aina Shopping Bekal ke Rumah Pengasuh

Imej
Setiap pagi apabila tiba di rumah pengasuh Aina, dia akan shopping terlebih dahulu di kedai di lobi lif rumah pangsa tersebut. Inilah aksinya setelah dia membeli bekalannya. Umur Aina ketika ini ialah 2 tahun 7 bulan 27 hari. Pada usia ini dia gilakan watak Mickey Mouse dan Minnie Mouse, tengok sahajalah baju dan kasutnya itu. # Wednesday, 16 October 2019, 09:34 # DSC_9773-ANIMATION.gif # 20191016 # Sony G3226 #     (Iaitu) orang-orang yang tenggelam alam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan). (11) Mereka bertanya (secara mengejek): Bilakah datangnya hari pembalasan itu? (12) (Jawabnya: Hari itu ialah) hari mereka diseksa (dengan dibakar) atas api Neraka. (13) (Sambil dikatakan kepada mereka): Rasalah azab seksa yang disediakan untuk kamu; inilah dia yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya. (14) - [Al-Quran, Surah Surah Adh-Dhariyat, 51:11-14]

Pusat Rawatan Tradisional Pak Raja Tukang Urut Siber

Imej
Susah juga nak cari tukang urut wanita di sekitar Sepang ni... Tapi sebenarnya tak cari pun di sekitar Sepang ni, Mommy duk tanya Master manalah Master punyai pengetahuan. Master cadangkan Mommy bertanya dalam group WhatsApp wanita, Mommy tak tanya kot... Jadi Master tanyalah kepada kawan beliau yang tinggal di Bangi yang berurut dengan seorang pakcik ini kerana masalah tulang belakang. Semoga maklumat ini berguna buat Mommy. Maklumat niaga Pusat Rawatan Tradisional Pak Raja Nama Pusat Pusat Rawatan Tradisional Pak Raja Nama Pengamal Lelaki Raja Kamaruddin Raja Ahmad Nama Pengamal Wanita  Hajjah Animah Alamat  No 16 Jalan Megah 4, Taman Megah, Batu 10, Cheras, 43200 Kajang, Selagor. Nombor Telefon Bimbit  012 - 203 1937  019 - 269 1040  Laman web:   Utusan.com: Pak Raja Tukang Urut Siber  Waktu rawatan 9 pagi sehingga 9 malam Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Rawatan Tradisional Pak Raja Urut...

Petua senyum menawan tanpa jumpa doktor

Imej
Pergi berjumpa doktor gigi bukanlah sesuatu yang popular di kalangan kanak-kanak. Tapi kalau kita mahukan gigi kita sihat walafiat dan cantik berseri, tersusun rapi, haruslah kita pergi bertemujanji dengan doktor gigi, dinasihatkan setahun dua kali. Tapi benarkah kita harus bergantung kepada doktor gigi dalam dunia yang serba canggih ini? Tidak semestinya! Itulah yang dibuktikan oleh pakcik Titipan Pantu, seorang blogger dari Thailand. Petua dia mendapatkan senyuman menawan adalah dengan hanya menggunakan gunting dan juga makanan ringan Lays. Bagaimana dia melakukannya, lihat saja foto di bawah. 20160325

Barisan laman palsu Obamacare sedia untuk curi identiti.

Imej
Akta baru Amerika Syarikat berkenaan penjagaan kesihatan mampu milik mungkin dieksploitasi penjenayah siber. Pengguna sedang memasukkan maklumat kad kredit. Sumber: John Lamb / Getty Images Akta yang dikenali sebagai The Affordable Health Care Act  (Akta Penjagaan Kesihatan Mampu Milik) akan bermula pada 1 Oktober 2013. Dipercayai para penjenayah siber telah bersedia lebih awal untuk memanipulasi kelemahan yang ada pada sistemnya. Ini adalah kerana Health Insurance Exchange  (Bursa Insurans Kesihatan) tidak mempunyai satu laman rasmi untuk rakyat Amerika boleh lawat dan mendaftar. Bursa ini kini dikenali sebaga Health Insurance Marketplace , merupakan satu tempat di mana satu set insurans yang telah disahkan dan mengikut piawaian kerajaan boleh dibeli. Ia dikenali dengan singkatan HIX buat masa ini dan mungkin akan ditukar kepada HIEx . Ia sepatutnya dibina dan diurus oleh kerajaan negeri dan sepatutnya sedia pada 2014. Keadaan ini memungkinkan para penjenay...

Surau Besar vs Surau Kecil

Imej
Hampir 2 (dua) minggu surau sementara di taman perumahan kami dibuka. Seperti lazim mana-mana surau yang kecil dan baru dibuka, bilangan jemaahnya kurang. Terkadang lebih 5 (lima) orang, terkadang hanya seorang jemaah. Ketika inilah Master akan berbelah bahagi. Mudah pergi ke surau besar, bilangan jemaahnya ramai, tanggungjawabnya semakin kecil. Ke surau besar hanya perlu hadir dan menyertai jemaah sebagai makmum. Berbeza dengan di surau kecil, bilangan jemaah yang sedikit menjadikan tanggungjawab semakin besar. Terkadang terpaksa menjadi muazzin, terkadang terpaksa pula menjadi imam. Lebih haru apabila terpaksa menjadi muazzin dan imam. Bagi mereka yang penuh ilmu di dada, tentu tidak menjadi masalah, namun bagi mereka yang punyai ilmu suam-suam kuku, ia amat berat, seolah bulldozer  melanyak buah ciku. Tidak hairanlah jika ada makmum yang pada mulanya meramaikan surau kecil, kemudiannya menjadi takut dan bimbang ditolak menjadi imam, mem...

Laman download gratis

Imej
Bukan senang nak jumpa laman download yang bagus. Terutama sekarang ini pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sibuk melaksanakan aktiviti menghalang laman web yang tidak sesuai kerana ancaman virus. Tedi rasa langkah itu amat wajar, namun mereka perlu bersedia untuk diserang pihak lanun cetak rompak. Pengguna laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan perkongsian fail percuma yang dicantas pihak berkuasa pasti takkan berdiam diri. Mungkin ada di antara mereka yang akan menyerang kerajaan secara berterusan. Namun jika mereka bersedia dan menganggap ini adalah satu jihad, maka bravo buat mereka. Semoga kecekalan dan kegagahan mereka ini disertai dengan niat murni dan bukan kerana bersekongkol dengan kehendak mana-mana pihak sahaja. 20130202

Selamat Hari Guru... cikgu Pogy!

Imej
Tedi ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat guru Tedi iaitu Cikgu Pogy . Tiada hadiah boleh Tedi berikan sebab takut dituduh cuba menyemai bibit-bibit rasuah. Semoga Cikgu Pogy tak marah-marah Tedi lagi walaupun Tedi tak buat kerja rumah selepas ini. Juga buat kaum manusia di Malaysia. " Selamat Hari Guru! " Ini bukan Tedi yang sebenar, sebab tu tak comel, kan? Nak beli? sila ke  http://www.justpaperroses.com/Teachers-Day-Teddy-Bear Apa? Kawan-kawan tak tahu apa itu sambutan Hari Guru?  Sila baca di sini: Wikipedia: Hari Guru di Malaysia. Tak tahu apa itu "guru"? Sila baca: Wikipedia: Guru (Bahasa Inggeris) Wikipedia: Guru (Bahasa Malaysia) 20130516

Orang Malaysia bodoh sombong, taknak fahami kami!

Imej
Apa nak jadi dengan kaum manusia di Malaysia ni? Duk anggap bumi Malaysia ni harta benda diorang  sehingga mengabaikan kemaslahatan kaum haiwan. Tidakkah mereka sedar mereka berkongsi bumi ini dengan haiwan2 yang telah lama mendudukinya? Bulan ini sahaja, Tetot memaklumkan Tedi mengenai amukan Sang Gajah di seluruh Malaysia. Berita mengenai Sang Gajah ini juga boleh dibaca di akhbar melalui tajuk2 seperti: Kuantan: Dua jam pindah gajah liar Kota Tinggi: Gajah ceroboh kebun penduduk. Kuantan: Perhilitan tunggu masa sesuai tangkap gajah Apabila baca berita itu, sungguh menyakitkan hati. Rata2 manusia salahkan Sang Gajah kerana "ceroboh" kawasan manusia. Tolong sikit... Manusia yang menceroboh tempat kami! Telah lama kami hidup aman damai di bumi Malaysia ini, tiada masalah apa pun. Tapi kaum manusia pendatang ini datang ke bumi ini & kini claim  Malaysia ini mereka yang punya? Kami beri amaran kepada manusia. Bertolak-ansur dengan kami atau terima padahnya! ...

Peribahasa Buat Baik Dibalas Baik

Imej
Lecehlah cikgu ni, minta Tedi buat karangan peribahasa pasal berbuat baik dibalas baik. Mana Tedi nak cari ilham? Selalunya ungkapan yang Tedi dengar ialah, "buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat" , tetapi pada pendapat peribadi Tedi ia tidak seperti sejenis peribahasa sebab terlalu direct . Nampak macam pantun pun ada. Setelah melakukan beberapa penyelidikan untuk menyiapkan karangan  peribahasa tersebut, Tedi yakin yang Tedi telah menemui 3 peribahasa yang amat bersesuaian, malahan ada peribahasa dalam Bahasa Inggeris lagi. Berkenaan karangan yang perlu dibuat pula, Tedi rasa Tedi dah ada jalan ceritanya, yang mungkin berkaitan dengan hukum karma , malahan pernah Tedi ceritakan dalam kiriman Tedi sebelum ini. Peribahasa #1: Tepuk berbalas, alang berjawab Maksud peribahasa: Jahat dibalas dengan jahat, baik dibalas dengan baik . Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita Maksud bagi perkataan "alang...

Komuter Bandar Baru Salak Tinggi

Imej
Kepada kawan-kawan yang mahu ke  Bandar Baru Salak Tinggi menggunakan kemudahan transit Komuter yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), anda tidak boleh turun di daerah Sepang di mana terletaknya Bandar Baru Salak Tinggi. Ini adalah kerana Sepang tiada stesen Komuter, yang ada hanyalah Stesen ERL Salak Tinggi. Memandangkan tiket ERL adalah mahal iaitu lebih RM 15, jadi orang ramai yang mahu ke Salak Tinggi mungkin mahu mengelakkan menggunakan keretapi laju ERL tersebut. Berita baik bagi pengguna Komuter kerana mereka punyai pilihan untuk menaiki Komuter untuk ke Salak Tinggi.   Bagaimana ke Bandar Baru Salak Tinggi dengan Komuter? Tapi jangan ralat kerana anda masih boleh ke Bandar Baru Salak Tinggi dengan menaiki Komuter. Pilihan yang anda ada ialah untuk turun sama ada di  Stesen KTMB Komuter Batang Benar dalam daerah Mantin atau Stesen KTMB Komuter Nilai di pekan lama Nilai. Kedua-dua stesen komuter ini terletak dalam Negeri Sembilan. Selain...

Kajian: Misha Omar mendahului ...

Imej
Kuat juga pengaruh Misha Omar ni. Ni ke Misha Omar? Tedi letak yang tutup aurat je la ek. Comel tak Misha Omar pakai spek? Gadis bercermin mata... Cuma sebagai hiasan. Cantiknya Misha Omar Bertudung Tedi mencari "Omar", tapi keputusan yang Tedi dapat ialah: Misha Omar angin syurga misha omar mp3 lagu misha omar angin syurga mp3 lagu baru angin surga lirik Fizo Omar Omar Borkan Ungku Omar Politeknik Ungku Omar Noh Omar Wahid Omar Dalam ramai tu Tedi pernah dengar Misha Omar, Politeknik Ungku Omar dan Noh Omar. Omar Borkan Siapa pula Omar Borkan?  Rupa2nya dia model/pelakon Arab Saudi yang kena tendang keluar dari Arab Saudi sebab terlalu "seksi" ? Kalau betul la berita ni, Tedi tak memahami orang Arab Saudi. Nabi Yusoff alaihissalam pun tampan juga sampai difitnah. Tapi tampan itu bukan satu dosa, kan? Tapi tak tau la kalau mereka ambil kira kerja Omar Borkan ni sebagai model? Erm, Tedi tak kenal dia, so tak nak komen la. Wahid O...

Kasut Sukan Pertama Aina

Imej
Model: PUMA Carson 2 V Inf. Harga: RM 79 daripada RM 169. Dibeli di: Butik PUMA di Mitsui Outlet Park, Sepang, Malaysia. Kasut sukan pertama Aina, dibeli pada 20200321 di Mitsui Outlet Park. Kononnya harga asalnya ialah MYR 169.00 (satu ratus enam puluh sembilan Ringgit Malaysia) dan dijual kepada kami pada harga MYR 79.00 (tujuh puluh sembilan Ringgit Malaysia). Ini bermakna kami dapat diskaun 53% untuk kasut ini. Carson 2 V Inf. Magenta Haze-Fig-Puma White. 19074 13. EAN-13. Made in China. Kids UK 4 EUR 20 US 5C CM 13. Softfoam+ comfort. # Saturday, 22 February 2020, 19:02 # IMG_20200222_190204 # Xiaomi Redmi Note 5A #   Nampak smart pula kasut ni dipakai Aina. Belum sempat tangkap gambar kasut ni si Aina dah pakai dulu maka terpaksalah tangkap dengan gambar kaki dia sebagai model... Ketika ini Aina berusia 3 tahun 2 hari. Nama kasut ini ialah Carson 2 V Inf oleh PUMA, buatan negara China, semoga bukan tiruan lah ya. # Saturday, 22 February 2020, 19:10 # IMG_20200222_191033 ...

Baki Kuota Semasa Reset SAM

Imej
Alhamdulillah, hari ini berjaya siapkan laporan pertama menggunakan itext dan juga web services. Web services yang digunakan adalah framework WCF, Windows Communication Framework. Juga buat pertama kalinya Tedi gunakan stored procedure untuk dapatkan data daripada pangkalan data. Best juga guna stored procedure dengan Windows Communication Framework tu sebabnya dia terus jana complex type , jadi Tedi tidak perlu membina model untuknya secara manual. Tapi masalahnya pula untuk kontrak data, kena juga buat manual. Tadi ada jumpa juga manusia yang buat data contract tu secara automatik dengan menukar beberapa konfigurasi, tapi ada pendapat yang kata lebih bagus untuk pisahkan entity dengan data contract kerana mereka adalah dua perkara yang berbeza. Jadi laporan permo "Baki Kuota semasa reset SAM" sudah beres, sebenarnya belum selesai pun sebab masih ada beberapa field yang gunakan value hexadecimal yang sepatutnya ditukar dahulu kepada ASCII. alamak, Tedi dah men...

Perpecahan interpretZZ

Imej
Akhirnya waktu yang telah lama dijangkakan akhirnya tiba jua. Master telah melarang Tedi daripada menggunakan akaun beliau untuk membuat coretan dalam interpretZZ ini. InterpretZZ asalnya adalah akaun blog milik Master yang digunakan beliau untuk memuatnaik gambar-gambar yang agak biasa namun punyai nilai sejarah, di mana itulah sebabnya Master memilih nama interpretZZ sebagai mewakili perbezaan terjemahan minda manusia dalam meneliti sesuatu yang dilihat mata. Kemudian Master mengalami kesibukan dan akhirnya interpretZZ terbiar berdebu sebegitu sahaja. Sehinggalah Tedi menjejakkan kaki ke sini di mana Master meminjamkan profil blogger beliau untuk Tedi sadurkan dalam semua coretan di sini. Namun seketika tadi Master mengumumkan bahawa Tedi perlu gunakan akaun Tedi sendiri dan Master akan memadam akaun beliau daripada halaman interpretZZ. Ini adalah kerana Master mendapati bahawa Google telah menyatukan profil pengguna Google sehingga mungkin akan membuatkan orang salah sangka b...

NESTLÉ CORN FLAKES pupus di pasaraya

Imej
Semalam selepas kami bergerak pulang dari kedai bakery Yummie di Bangi , kami segera menuju ke TESCO Hypermarket Bandar Baru Nilai . Tujuan kami ke sana adalah untuk membeli emping jagung ( NESTLÉ CORN FLAKES ) yang bakal menjadi ramuan penting dalam resepi Cornflakes Madu yang Mommy ingin buat sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Malangnya hajat kami ke sana tidak tercapai kerana NESTLÉ CORN FLAKES yang diingini sudah kehabisan stok. Maka kami merayau pula ke beberapa buah pasaraya yang agak terkenal di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi, namun hasilnya masih hampa kerana NESTLÉ CORN FLAKES yang diingini tetap juga belum ditemui. Akhirnya kami berjaya mendapatkannya di sebuah kedai runcit yang terletak di hadapan Empress Hotel dengan harga yang agak mahal iaitu MYR 12.90 (dua belas Ringgit Malaysia dan sembilan puluh sen sahaja), selalunya kami beli dalam lingkungan harga MYR 8 (lapan Ringgit Malaysia sahaja) ke bawah. Hebat sungguh teknik pema...

Spotify kecam Apple kerana sekat versi baru aplikasinya

Imej
App Store telah menyekat kemaskini terbaru aplikasi Spotify untuk iOS atas alasan Spotify melanggar peraturan model perniagaan. Mengikut peraturan tersebut, Spotify perlu menggunakan sistem bil Apple jika ia mahu mengenakan langganan dalam aplikasi mereka, tetapi Spotify tidak mahu gunakannya sebaliknya menggalakkan pelanggan mereka melanggan melalui web. Ini adalah kerana Apple mengenakan cukai 30% ke atas setiap langganan sehingga menyebablan harga langganan aplikasi Spotify lebih mahal USD$ 3 berbanding langganan Apple Music (USD$ 10) jika gunakan sistem bil Apple. Hal ini menyebabkan Spotify tuduh Apple cuba membunuh persaingan dengan menggunakan Apple Store, dan peguam Spotify telah menghantar surat rasmi kepada pihak Apple. Apple pula menuduh Spotify manja dan mahukan Apple mengutamakan mereka, dan mereka tidak membunuh persaingan kerana semua pembangun aplikasi iOS yang lain tertakluk kepada peraturan yang sama. Pada Tedi ini adalah satu bentuk monopoli, namun mungkin kera...

Formasi untuk kalahkan formasi 4-1-2-2-1

Imej
Terima kasih kepada yang bertanya, dan ini jawapannya setelah sekian lama tertangguh. Anda bakal menemui satu pasukan dengan formasi 4-1-2-2-1. Formasi itu selalunya digunakan begini. GK DL - DC - DC - DR DMC MC - MC AMC - AMC FC Oleh kerana ada 5 pemain tengah (DMC MC MC AMC AMC), maka Tedi selalu gelar formasi ini sebagai 4-5-1, jika 2 AMC digantikan dengan AML dan AMR, Tedi gelar ia formasi 4-5-1 Winger. GK DL - DC - DC - DR DMC MC - MC AML - - AMR FC Pada zaman dulukala Tedi gemari kedinamikan kedua-dua formasi ini, jadi Tedi selalu beli pemain sayap yang boleh bermain di bahagian tengah. Formasi ini mungkin lebih sesuai untuk menyerang, jika pertahanan kental di tengah, tukar kepada serangan melalui sayap. Tapi formasi ini ada kelemahan jangka panjang iaitu pemain sayap (AML AMR) atau pemain tengah menyerang (AMC) akan cepat kehabisan tenaga, jadi pemain simpanan yang betul perlu ada. Ini adalah k...

Bagaimana Amerika Syarikat siapkan kapal perang dalam masa sehari pada Perang Dunia Ke-2

Imej
Tiada siapa yang boleh membina sebuah  kapal dalam tempoh satu hari. Itu adalah salah faham yang disebabkan oleh cara kenyataan itu diungkapkan. Kapal A mungkin mengambil masa dua bulan untuk dibina, tetapi apabila barisan  pengeluaran bersedia dan berjalan, mereka menghasilkan kapal pada kadar satu hari. Jika anda masih tidak faham, kita cuba  contoh ini: Katakan mereka sedang membina 60 buah kapal dan mereka mengambil masa 60 hari untuk menyiapkan sebuah kapal. Mereka akan mula membina kapal pertama pada hari pertama dan yang kedua pada hari kedua dan seterusnya. Pada akhir enam puluh hari mereka telah membina kapal pertama mereka dan keesokan harinya yang kedua selesai dan pada hari ketiga yang ketiga selesai. Jadi kapal-kapal yang dibina sedia pada kadar satu hari, tetapi mereka tidak dibina dalam sehari. Jawapan oleh Craig Weeler. 20160722

Popular