Barisan laman palsu Obamacare sedia untuk curi identiti.
Akta baru Amerika Syarikat berkenaan penjagaan kesihatan mampu milik mungkin dieksploitasi penjenayah siber.
![]() |
| Pengguna sedang memasukkan maklumat kad kredit. Sumber: John Lamb / Getty Images |
- Akta yang dikenali sebagai The Affordable Health Care Act (Akta Penjagaan Kesihatan Mampu Milik) akan bermula pada 1 Oktober 2013.
- Dipercayai para penjenayah siber telah bersedia lebih awal untuk memanipulasi kelemahan yang ada pada sistemnya.
- Ini adalah kerana Health Insurance Exchange (Bursa Insurans Kesihatan) tidak mempunyai satu laman rasmi untuk rakyat Amerika boleh lawat dan mendaftar.
- Bursa ini kini dikenali sebaga Health Insurance Marketplace, merupakan satu tempat di mana satu set insurans yang telah disahkan dan mengikut piawaian kerajaan boleh dibeli.
- Ia dikenali dengan singkatan HIX buat masa ini dan mungkin akan ditukar kepada HIEx.
- Ia sepatutnya dibina dan diurus oleh kerajaan negeri dan sepatutnya sedia pada 2014.
- Keadaan ini memungkinkan para penjenayah siber mencuri identiti menggunakan laman-laman palsu.
- "Cara terbaik untuk mengelak ditipu adalah dengan pergi ke laman yang sedia diketahui dan dipercayai" - Christopher Budd, pengurus ancaman untuk Trend Micro.
- Budd turut menegaskan bahawa, "Obamacare mungkin menjadi sumber baru kepada phishing dan kecurian identiti dan memberi peluang kepada penipu penjagaan kesihatan satu lubuk baru untuk mencari mangsa".
Apakah itu phishing?
![]() |
| Phishing seperti juga memancing (fishing) memerlukan umpan untuk mengelabui mata mangsa. Umpan yang diberi mungkin laman web palsu yang memerlukan mangsa memasukkan kata laluan, nama pengguna dan juga maklumat-maklumat sensitif. Gambar dicuri dari "gakuu.com: Facebook Phishing" |
- Disebut fishing tetapi dieja phishing.
- Secara ringkasnya Tedi memahami phising sebagai "menyamar sebagai sesuatu entiti / badan / makhluk yang boleh dipercayai untuk mencuri maklumat dalam dunia maya".
- Sebagai contoh, Tedi membangunkan satu laman web palsu yang serupa macam laman web Maybank2U.com.
- pengguna yang tertipu (selalunya melalui link daripada email) akan memasukkan username dan password mereka ke dalam laman web palsu ini.
- maklumat itu akan disimpan ke dalam pangkalan data dan boleh digunakan untuk kegiatan jenayah.
- Contoh lain mungkin laman web palsu yang meminta maklumat kad kredit pengguna.
- Ini adalah contoh bodoh-bodoh je tatkala penjenayah siber telah berkembang maju.
- Boleh baca maklumat lanjut melalui rujukan Tedi di bawah.
Rujukan Tedi untuk coretan diari ini:
20130929


Ulasan