Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2019

2 spesis buaya prasejarah ditemui di Venezuela

Imej
Sekurang2nya 7 spesis buaya hidup di daerah Urumaco, Venezuela, pada penghujung zaman Miocene (University of Zurich) Sekumpulan paleontologist  (Tedi gelar sebagai "pengkaji fosil") antarabangsa melaporkan penemuan 2 spesis baru buaya (mungkin kurang tepat gelaran ni) zaman prasejarah di daerah Urumaco, Venezuela. Mereka kata ada 14 spesis yang wujud di Amerika Selatan pada 9 hingga 5 juta tahun dahulu & minimum 7 spesis yang hidup bersama di Urumaco pada 1 masa yang sama. Urumaco adalah sungai di Teluk Venezuela yang dah tak wujud pada zaman sekarang. Buaya Jejulong Ni bukan buaya Venezuela, tapi buaya Malaysia. Ada 3 keluarga buaya: Buaya ( Crocodylidae ) Alligator ( Alligatoridae ) - yang ni orang Amerika Syarikat bela untuk dimakan. Hehe. Diorang  kata rasanya macam daging ayam. Tedi pernah tonton di History Channel. Gharial ( Gavialidae ) - di Malaysia dipanggil buaya gak . Buaya Jejulong (Malayan gharial) nama dia, tapi muncung dia halus & p...

DIY: Tedi ubahsuai rak baju

Imej
Siang tadi Tedi berjaya ubahsuai rak baju Tedi. Ini semua gara2 Master beli rak yang tinggi, tak muat nak masuk dalam almari baju Tedi. Jadi Tedi pun mula la mencari idea bernas sebab Tedi tak nak beli rak lain dah. Mula2 Tedi plan  apa nak buat. Setelah berdiskusi dengan Cikgu Pogy akhirnya Tedi membulatkan tekad untuk merendahkan rak baju tu.

Lactogen vs Lactogen Comfortis

Nestlé LACTOGEN 1 adalah susu formula bayi semburan kering untuk bayi sejak lahir apabila mereka tidak disusui dengan susu badan. Bayi yang menerima pemakanan yang betul dalam dua tahun pertama kehidupan mereka lebih berkemungkinan mendapat manfaat daripada kesihatan yang baik melalui zaman kanak-kanak dan dewasa. Pengenalan kepada Lactogen 1: Susu formula ini telah lama menerima pujian sebagai minuman yang sesuai untuk bayi baru lahir. Ia mengandungi asas dominan whey. Whey adalah cecair yang tinggal setelah susu menjadi keju, mungkin dipanggil air dadih. Nisbah zat keju dan air dadih dalam Nestle Lactogen adalah 60:40 menjadikannya hampir menyerupai keadaan susu ibu. Lactogen Comfortis: Lactogen baru-baru ini telah dipertingkatkan untuk menyokong keselesaan pencernaan anak anda. Ia mengandungi L. reuteri, probiotik yang penting, yang membantu dalam menyokong sistem pencernaan anak anda. Ia dirumus dengan kemudahan dan kebersihan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, te...

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak TJ

Imej
Gambar bangunan di sekitar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak di mana Master mempunyai urusan kerja pada tahun 2010. 08 Mac 2010 13:48 Isnin Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak semasa Master ada projek pembangunan sistem di sana. Sony Ericsson K550i 201003081348 08 Mac 2010, 13:49, Isnin Azman Hashim Complex (Kompleks Azman Hashim) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak, menempatkan dewan, bank, mesin ATM, dan medan makan. Sony Ericsson K550i 201003081349 08 Mac 2010, 13:49, Isnin Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di UIAM Gombak. Ia terletak di tengah-tengah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak di mana kakitangan dan pelajar UIAM datang menunaikan solat berjemaah apabila masuk waktunya. Suasana yang agak mendamaikan kerana ramai bangsa dan ragam di sana di mana kita belajar kenali budaya masing-masing. Sony Ericsson K550i 201003081349

Tapak Sulaiman Boleh Dimakan?

Imej
Secara logiknya Tapak Sulaiman adalah ikan kerana namanya dalam Bahasa Inggeris ialah  starfish . Ikan boleh dimakan tetapi tidak semua ikan boleh dimakan. Tambahan pula kita takut kena sengat dengan Tapak Sulaiman, macam mana pula boleh kita memakannya? Inilah kajian Tedi tentang makan Tapak Sulaiman: Adakah Tapak Sulaiman boleh dimakan? Ya, secara teknikalnya Tapak Sulaiman boleh dimakan. Seagull boleh makan keseluruhan Tapak Sulaiman, akibatnya najisnya penuh dengan pasir berwarna ungu. Saudara kepada Tapak Sulaiman iaitu sea urchin boleh dimakan dan menjadi pilihan di restoran sushi. Isinya lebih mudah dikaut berbanding Tapak Sulaiman. Ada manusia makan Tapak Sulaiman yang digoreng sebagai satay di Beijing. Gambar Tapak Sulaiman yang digoreng garing untuk dijadikan makanan manusia. Sumber:  https://www.pinterest.com/pin/193303008979378707   Bagaimana rasa Tapak Sulaiman? Rasa Tapak Sulaiman adalah seperti rasa otak ketam sungai. Tak pernah makan otak ketam su...

AirAsia AK 5154 terhempas cetus suasana panik.

Imej
Khabar angin yang tersebar melalui media sosial itu dinafikan kebenarannya oleh pengurusan AirAsia. Suasana panik tercetus apabila "berita" insiden pesawat AirAsia penerbangan AK5154 atau AK5145 terhempas melalui Facebook dan Twitter. Mesej itu memaklumkan pesawat penerbangan itu terhempas di Lapangan Terbang Kuching atau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. AirAsia segera meminta orang ramai agar tidak menghiraukan berita tersebut. Laporan polis kononnya telah dibuat untuk menghentikan "khabar angin" tersebut. Bagi Tedi, mustahil untuk sembunyikan berita kapal terbang terhempas kerana ia akan melibatkan kawasan yang luas yang tentunya boleh dilihat oleh orang ramai. Tapi kalau kapal terbang terbabas semasa mendarat, itu mungkin terjadi. Sumber rujukan Tedi : Plane crash rumours in Malaysia trigger panic. *** 18 Mac 2011 ***

Foto Tedi: Mudik sungai di Sedili, Kota Tinggi, Johor, Malaysia

Imej
Sedili merupakan kawasan yang aktif dengan kegiatan perikanan, sesuai dengan kedudukannya yang dikelilingi laut dan sungai. Tedi dan keluarga bernasib baik mendapat peluang untuk menaiki bot pakcik Master mudik sungai Sedili. Banyak pemandangan menarik di sekitar sungai. Tedi lampirkannya sebahagian di sini. Tanjung Sedili dikatakan sebagai kawasan paling selatan Malaysia. pihak interpretzz merujuk Kuala Sedili sebagai Sedili di kawasan kuala Sungai Sedili Besar . Tanjung Sedili lebih sinonim dengan kawasan ini. Bangsal nelayan Kampung Semayung dikatakan dilengkapi dengan sistem penyejukbekuan untuk menyimpan hasil perikanan Ikan segar Kuala Sedili Pengangkutan awam - bas Johore Motor. Gambar bas Johore Motor di Sedili Kechil .. Polis Marin Kuala Sedili - mengawal perairan negara. Surau di jeti Kuala Sedili Plak perasmian Kompleks Perikanan LKIM Sedili. Dirasmikan oleh YB Datuk Seri Hj. Sanusi bin Junid, Menteri Pertanian Malaysia. Pada hari ...

Zaquan wira Kedah di Alor Setar

Keputusan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2019. Johor Darul Ta'zim 2 : 1 Selangor LARKIN:  Beraksi di hadapan penyokong sendiri, Juara Piala Malaysia 2017, Johor Darul Ta'zim (JDT) berdepan tentangan sengit sebelum berjaya mengatasi Selangor 2-1 pada aksi pertama separuh akhir saingan Piala Malaysia 2019, malam ini. Kemenangan itu bukan satu bekalan selesa buat anak buah Ketua Jurulatih Benjamin Mora untuk di bawa ke Stadium Shah Alam bagi aksi kedua Sabtu depan, apabila Selangor sebelum ini bangkit menewaskan juara bertahan, Perak 3-2 pada aksi suku akhir, bulan lepas. Namun, pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin itu, JDT yang mencipta rekod tersendiri merangkul gelaran juara Liga Super buat kali keenam berturut-turut menampilkan persembahan berkualiti dengan kekemasan permainan dan disiplin bertahan yang tinggi. Skuad Harimau Selatan membuka tirai jaringan seawal minit ke-14 menerusi penyerang sensasi negara, Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-14 yang b...

Gerai Pantai Dalam akan diroboh

Imej
Gerai haram di sepanjang jalan Pantai Dalam akan diroboh. Keratan akhbar Utusan Malaysia bertajuk gerai Pantai Dalam akan diroboh. Tedi tak mahu komen banyak. Tedi setuju sebab: Sesak teruk di sana. Jalan tu sepatutnya jadi jalan utama ke NPE. Tedi agak berbelah-bahagi kerana: Sana kawasan orang tak berapa nak senang. Tiada kawasan sesuai untuk meniaga. Kawasan meniaga ada, parking pula tiada. Harapnya penyelesaian menang-menang akan diperolehi. Kandungan berita: UTUSAN MALAYSIA MUKA 27 RABU, 24 FEBRUARI 2010 Gerai Pantai Dalam akan diroboh  .  -; KUALA LUMPUR, 23 Feb. - Deretan gerai baram sepanjang Jalan Pantai Dalam akan dirobohkan sebelum akhir tahun ini tetapi hanya selepas pembinaan pusat penjaja bagi menempatkan penjaja yang terlibat disiapkan. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, langkah itu dijangka mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di...

Nasi Arab Bil-Hanaa Catering Kelantan

Imej
Ambil nasi arab daripada kawan Mummy. Mereka hantar ke kawasan tempat letak kereta Masjid al-Ismaili di Pasir Pekan. Catering Bil-Hanaa ni sebenarnya berpusat di Kota Bharu dan sediakan penghantaran nasi arab ke kawasan sekitar, cuma kami bernasib baik pada masa kejadian ni Bil-Hanaa Catering ni ada buat penghantaran hidangan nasi arab ke kawasan Pasir Mas, maka bolehlah Mummy selit tempahan nasi arab ke kawasan Pasir Pekan ni.   Tukang masak Bil-Hanaa Catering ni sebenarnya adalah tukang masak yang selalu diupah Tabung Haji untuk memasak pada musim haji. Selain musim haji inilah perkhidmatan yang diceburi beliau.    Hidangan nasi arab Bil-Hanaa Catering ni adalah dalam set dulang yang sesuai untuk 4-5 orang Malaysia makan. Berkenaan tempahan boleh tanya sendiri apa terma dan syaratnya, kalau nak makan sendiri satu talam pun memadai tapi tidak pastilah disertai penghantaran atau tidak. Nasi Arab Bil-Hanaa Catering yang selalu kami tempah adalah berlaukkan ayam dan kambin...

Badminton Terbuka Malaysia - Choong Hann ketuai cabaran

PEMAIN nombor tiga dunia Wong Choong Hann akan mengetuai cabaran tempatan pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia bernilai RM 456,000 (empat ratus lima puluh enam ribu Ringgit Malaysia sahaja) di Kompleks Sukpa, Bandar Indera Mahkota, Kuantan dari 29 Jun hingga 4 Julai. Pemain berusia 27 tahun, anak kelahiran Kuala Lumpur, yang memperolehi rekod terbaik pada perlawanan empat-bintang untuk gelaran naib johan di Shah Alam lima tahun lepas dikalahkan oleh Luo Yigang dari China pada perlawanan akhir. Skuad Malaysia seramai 38 orang Choong Hann, yang juga muncul sebagai naib johan Kejohanan Dunia di Birmingham tahun lepas, tewas pada separuh akhir pada 2000 dan tahun lepas di Kota Kinabalu apabila kalah di tangan pemain China Chen Hong. Choong Hann yang kidal dijangka diletakkan sebagai pemain pilihan ketiga selepas pemain nombor satu dunia dari China Lin Dan dan Chen Hong yang telah mengesahkan untuk mengambil bahagian kerana inilah satu-satunya perlawanan antarabangsa yang belum dia...

Lelabah Happy-Face

Imej
Nama saintifik:  Theridion Grallator Populasi: Hutan hujan Hawaii. Ciri unik: Mempunyai corak seperti "orang senyum" pada abdomen. Corak ini berbeza mengikut genetik dan juga pemakanan. Gambar labah-labah unik dengan telur labah-labah. Corak orang senyum pada labah-labah tersebut. Gambar oleh National Geographic. Beberapa corak yang telah ditemui Sumber:  dailymail.co.uk

Gambar dari langit

Imej
Air Terjun Niagara Gambar ini diambil pada 2 Ogos 2004, menunjukkan bahagian Air Terjun Horseshoe di Air Terjun Niagara. Setiap 1 saat, lebih 2 juta liter air melalui Air Terjun Horseshoe, menjadikannya air terjun terbesar di dunia. Proses ini menghakis sebanyak 2 meter batu-batan setiap tahun.  

Cukai Jalan Kereta Proton Persona Duel Blitz Eterna

Imej
2019 Setelah asyik lupa sahaja maklumat umum berkenaan cukai jalan kereta Proton Persona 2007 kami, Master mengarahkan Tedi memasukkan satu kiriman berkenaan pembaharuan cukai jalan kereta Proton Persona tersebut. NCD: 25%, Roadtax: RM 90, Caj Cukai Jalan: RM 15.60, Jumlah Pembayaran (Insurans sahaja): RM 509.60, Sumbangan Asas: RM 578.25 Jadi jumlah duit keluar untuk perbaharui cukai jalan kereta Proton Persona 2007 pada tahun 2019 ini lebih kurang RM 605.20 jika Tedi tak silap congak. Master turut mengambil perlindungan insurans cermin hadapan (windscreen) dengan jumlah perlindungan sebanyak RM 600 dan bayaran dikenakan ialah RM 90. tarikh tamat perlindungan insurans kenderaan ini ialah pada 29 September 2020. Takaful Ikhlas dah bagi plastik untuk kita lekatkan cukai jalan sebelum ditampal pada cermin kereta. Tidaklah kita terus tampal roadtax tu pada cermin kereta tanpa alas. Tidak perlu pula kita bersusah-payah cari plastik lain seperti sebelum ini.  Master suka gunakan ...

Belanda tutup penjara kerana kekurangan banduan.

Imej
Suatu masalah yang menggembirakan? Bangunan penjara seperti ini hanya akan tinggal sejarah kerana para banduan sudah tidak sudi untuk menginap di dalamnya.     Mungkin la kot?   Belanda "terpaksa" menutup 8 penjara di mana 1200 manusia kehilangan kerja kerana penurunan kadar jenayah menyaksikan negara itu kekurangan banduan!   Ini adalah kontra kepada situasi pada tahun 90-an apabila penjara-penjara di negara itu penuh sesak.   Warden Penjara Arlon di Belgium sedang menutup pintu pagar utama. Pada masa ini Belanda mempunyai tempat untuk 14000 banduan di mana hanya 12000 banduan yang ada, Kementerian kehakiman Belanda menjangkakan kadar itu akan terus menurun, jadi Belanda sedang berusaha untuk mengimport 500 banduan Belgium ke penjara di  Tilburg .   Netherlands to close prisons for lack of criminals Belgium to rent Dutch jail cells 19 Mei 2009

Bukit gondol, sungai keruh

Imej
Harian Metro, halaman 22, Khamis, 3 September 2009 Setempat Kerja korek Bukit Batu Putih membimbangkan penduduk >>Oleh Noor Hastikah Hassan NIBONG TEBAL: Lebih 150 keluarga di Taman Relau Indah, Sungai Bakap, berdepan risiko kejadian tanah runtuh berikutan kerja mengorek dan menarah Bukit Batu Putih berhampiran kawasan perumahan mereka yang dimulakan sejak dua bulan lalu. Lebih membimbangkan, keadaan bukit itu yang terdedah luas dikhuatiri akan mengundang bahaya, terutama ketika musim hujan selain turut menyebabkan pencemaran alam sekitar di kawasan berhampiran. Penduduk, Ekhlass Ibrahim, 43, berkata kerja mengorek dan menarah bukit itu menvebabkan sungai berhampiran yang dulunya bersih dan jernih kini mcniadi keruh. Katanya, sebelum ini penduduk taman itu menggunakan air sungai berkenaan untuk mandi dan minum jika bekalan air terputus akibat tekanan air rcndah. "Tekanan air di kawasan taman ini rendah mungkin kerana enjin pam di Loji Air Serdang rosak menyeba...

Prev Next

Popular