Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

Newcastle United cuba sambung kontrak Benitez

Imej
Menurut satu laporan oleh Newcastle Chronicle, Newcastle United sedang mencuba untuk menyambung kontrak pengurus Rafa Benitez sebelum kontrak Rafa Benitez tamat pada penghujung bulan Jun nanti. Newcastle United menolak sebarang hubungan daripada pihak-pihak yang berminat untuk menggantikan Rafa Benitez sebagai satu tanda hormat kepada pengurus tersebut. Laporan itu menyatakan bahawa hubungan terbaru adalah daripada bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan Amerika Syarikat, Jurgen Klinsmann, tetapi Newcastle United kononnya telah menolak kerana mahukan Rafael Benitez menyambung kontrak beliau. Laporan Newcastle Chronicle itu hadir setelah France Football melaporkan hal yang sama. Pengarah sukan Newcastle United, Lee Charnley dikhabarkan telah mencuba mendapatkan tandatangan Rafa Benitez sejak dua tahun lalu namun pengurus asal Sepanyol itu dilaporkan telah menolak sehingga ke hari ini. Walaubagaimanapun perbincangan mengenai sambungan kontrak Rafa Benitez itu telah dimulakan semula s...

Siam Di Tella 1500

Imej
Siam Di Tella adalah sebuah syarikat pengilang Argentina. Nama "Siam" merupakan singkatan akronim kepada Sección Industrial Amasadoras Mecánicas. Siam Di Tella bukanlah syarikat fokus kepada pengeluaran kereta tetapi telah menghasilkan 5 model kereta iaitu  Di Tella 1500 (Sedan) (1959–66) sebanyak 45,785 buah. Di Tella Traveller (Station wagon) (1963–66) sebanyak 1,915 buah. Di Tella Argenta First series (Pickup) (1961–63) dan Di Tella Argenta Second series (Pickup) (1963–66) sebanyak 11,113 buah. Siam Magnette 1622 (1964–66) sebanyak 2,664 buah.   Siam Di Tella 1500

Motosikal Hijau Cool ...

Imej
Jarang Tedi terjumpa motosikal yang diubahsuai sebegini di Malaysia. Gambar sebuah motosikal diubahsuai berwarna hijau tentera ala Harley Davidson di tempat letak motosikal di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak. # 03 Aug 2011 09:37 # 20110803 #    Jadi bila Tedi terserempak dengan motosikal ni, apa lagi, snap  je la apa yang patut. Tapi sekali je la, lebih-lebih nanti mau kena serbu dengan pemilik motosikal ini ataupun pakcik pengawal keselamatan. Tambahan pula di UIAM Gombak ni sering berlaku kecurian topi keledar, terutamanya pada hari Jumaat. Nak buat macam mana ya tak, kompleks pengajian tinggi ni luas nak mengawalnya agak sukar, takkan nak amalkan polisi pintu pagar tertutup pula kan? Pandai-pandailah jaga harta benda sendiri. Motosikal ni ada beberapa ciri yang tak sesuai pada pandangan mata bulat Tedi ni: Tiada penangkis lumpur ( mud guard ) di bahagian hadapan, sedangkan Malaysia ni meriah dengan hujan dan lopak di tengah jalan. Mud guard...

Janji PM untuk rakyat Kelantan (untuk Tedi takde ker?)

Imej
Hari ini Master mengarut, entah apa yang dikarutkannya (karut, bukan carut), Tedi pun tak tau. Rupa-rupanya pasal 7 janji PM kepada rakyat Kelantan. Master dengki la tu sebab bila pilihanraya jer, rakyat Kelantan ditaburkan macam-macam, daripada mentol lampu motor percuma sehinggalah masjid terbesar. Jambatan yang belum siap tu takde lak kedengaran bila nak disiapkan sedangkan nyata terang-lagi-bersuluh itu projek Kerajaan Persekutuan. Tarikh siap pun dah berapa kali ubah, Tedi pun tak tau. Master pun satu la, memangla takde janji tapi diorang bagi jugak kan macam-macam? Apa? Takde? Yang nampak cuma jalan yang dibaiki lepas tu tak sampai sebulan dah jahanam? Silap master jugak sebab mintak jalan takde tol, cuba ada tol, mesti ok punya. Dah lah master, itu rezeki orang Kelantan. Orang negeri lain boleh pakat tengok je lah. Kalau nak macam rakyat Kelantan, Selangor, Kedah, Penang silalah undi parti pembangkang, melainkan kalau master duduk di Sabah dan Sarawak. 26 Januari 2...

How to think, not what to think!

Imej
Children need to be taught how to think, not what to think! Kanak-kanak sepatutnya diajar BAGAIMANA untuk berfikir, bukan APA untuk difikirkan! Mendidik anak bukannya mudah terutama yang masih kanak-kanak dan sibuk meligat. Kita mungkin selalu lupa bahawa kanak-kanak itu baru nak memahami dunia. Mendidik anak untuk tahu bagaimana untuk berfikirr mungkin lebih mencabar dengan memberi mereja ujian berbanding hanya menyuap apa yang kita mahu mereka tahu, 5 jun 2012

Aina Panjat Rak TESCO Putra Nilai

Imej
Mula-mula elok je budak kenit ni duduk atas bangku kanak-kanak berwarna pink tu, sopan macam anak dara. Aina duduk atas kerusi (bangku) kanak-kanak berwarna pink di TESCO Nilai. # Sunday, 25 November 2018, 11:37 # 201811251137 # 20181125 # IMG_20181125_113756 # XiaomiR Redmi Note 5A # Tesco Putra Nilai # RQ8Q+4W Nilai, Negeri Sembilan # Tengok perangai budak perempuan seorang ni. Kita suruh dia cuba duduk atas bangku kanak-kanak berwarna pink (merah jambu) di TEsco Putra Nilai, dia sibuk pula memanjat rak barang di TESCO tu, kalah budak-budak lelaki ni. Kerja sambilan di TESCO agaknya? Aina duk memanjat rak di pusat membeli-belah TESCO. Umur Aina pada masa ini 1 tahun 9 bulan 5 hari. # Sunday, 25 November 2018, 11:38 # 20181125 # IMG_20181125_113854 # XiaomiR Redmi Note 5A # Tesco Putra Nilai # Persiaran Utama Bbn, Putra Point, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan # RQ8Q+4W Nilai, Negeri Sembilan # baju oren #

Kedah benam TFC 3-0

Imej
KEDAH  kembali memberi cabaran kepada kelompok atasan Liga Super 2019 kekal di tangga ketiga apabila membenam Terengganu FC (TFC) 3-0 pada perlawanan kesembilan di Stadium Darul Aman sebentar tadi. Gol pertama Kedah muncul pada minit ke-24 menerusi Jobathan Bauman selepas Farhan Roslan dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pertahanan TFC, Nasrullah Haniff Johan di dalam kotak penalti. Lang Merah menambah koleksi gol kedua pada perlawanan malam ini menerusi Zaquan Adha Abd Razak yang bijak menewaskan penjaga gol lawan, Mohd Suffian Ab Rahman hasil kesilapan pertahanan mereka pada minit ke-32 untuk kedudukan semasa Kedah di hadapan 2-0. Bagaimanapun TFC cuba bangkit menerusi pemain importnya, Sanjar Shaakhmedov yang cuba melakukan percubaan dari jauh namun tepat ke dakapan penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim pada minit ke-33. Separuh masa kedua bermula, TFC meningkatkan serangan ke kubu tuan rumah untuk merapatkan jurang jaringan namun pertahanan Lang Merah berjaya me...

Apa ada dengan Iron Man?

Imej
Kawan2 Tedi di sekolah sibuk dengan filem Iron Man 3. Kononnya filem  itu adalah sequel Iron Man terhebat di maya pada ini. Apalah nak dihairankan sangat dengan Iron Man tu? Tiap-tiap pagi Tedi tengok Iron Man. Sebab tiap-tiap pagi Master  kena iron  baju kerja dia. Jadi, masih kagum dengan Iron Man? Hentikan la. Kalau Master adalah Iron Man, maka Tedi lak Iron Tedi. http://blogdebrinquedo.com.br/2012/05/01/ursinhos-de-pelucia-dos-vingadores/ Kiriman ini pertama kali dikirim pada 5 Ogos 2013.  

Aina 1 bulan 14 hari

Imej
Tup-tup dah 2 tahun umur si Aina. Masa bayi dulu dia ni kecil je sebab lahir tak cukup bulan (bayi pramatang). Nak beli pampers Aina masa dia bayi pun memang susah sebab saiznya yang kecil itu. Hal ini pernah dibicarakan dalam kiriman bertajuk " Akhirnya Jumpa Juga Lampin Bayi Tak Cukup Bulan (20170410) ". Master nak pegang dia pun tak berani. Ini gambar semasa Aina merupakan seorang bayi perempuan berusia 1 bulan 14 hari . Memang tak pernah upload gambar dia semasa bayi, maklumlah kami sekeluarga sibuk melayan kerenah dia, bayi pertama dalam keluarga kecil kami. Gambar ini dikomen Tok Mak sebagai sayu dan apalah yang direnung si bayi kecil ini? Sekali lagi interpretZZ mengubah caption gambar, masih tercari-cari standard sesuai untuk dibaca pada masa depan, agak renyah dan ambil masa lama (tunggulah nanti mesti Mummy complaint asyik menghadap komputer je kerja Tedi) tapi puas hati apabila baca kerana unsur sejarahnya yang boleh diimbau dan dihubungkan dengan memorabili...

Aliya Nasi Kerabu Pohon Celagi Kampung Binjai Pasir Mas

Imej
Jarang kami makan di luar sebenarnya jika balik ke Kelantan. Tetapi kebelakangan ini Tok Abah rajin membawa kami ke kedai-kedai makan di sekitar. Kali ini di Pasir Mas pula iaitu di Alya Nasi Kerabu Pohon Celagi di Kampung Binjai. Kalau ikutkan pengetahuan Tedi kedai makan ni di Pasir Mas, tapi Google kata Kota Bharu. Adakah Pasir Mas ni dalam Kota Bharu? Jika cari dalam Google, terjumpa kedai nasi kerabu ni ada cawangan kedua di bandar Kota Bharu. Alya Nasi Kerabu Pohon Celagi. Tel: 013-7118145 Menu: Kambing bakar, daging bakar, ayam bakar, nasi berlauk, nasi sup, A.B.C, cendol. # Thursday, 1 February 2018, 10:30 # DSC_0932.JPG  # Telefon pintar Sony G3226 # Al'ya,nasi Kerabu Kambing Bakar, Jalan Kedai Mulong - Pendek, Kampung Binjai, 16010 Kota Bharu, Kelantan Komen interpretZZ mengenai nasi kerabu di sini? memang terbaik. Datang sendirilah cuba makan, Tedi nak puji pun malas. Selain nasi kerabu ada juga kuih-muih tradisional. Gambar nasi kerabu ayam bakar dengan solok lada,...

Pusat Penjaja Bukit Unggul sebuah R&R

Imej
Semenjak laluan susur masuk Southville ke Lebuhraya Utara Selatan dibuka, kami banyak menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk ke Kuala Lumpur pada setiap pagi. Tambahan pula Persimpangan Dengkil sedang melalui pembinaan persimpangan bertingkat. Hal ini menyebabkan kami terpaksa menggunakan laluan B18 dari arah Dengkil ke Bangi untuk menggunakan susur masuk Southville. Adakalanya pada waktu pagi, kami mencari kedai yang boleh disinggahi untuk beli sarapan. Salah sebuah lokasi yang terbaru kami singgahi adalah Pusat Penjaja Bukit Unggul, selain Warung Jenderam Impian . Pusat Penjaja Bukit Unggul terletak di tepi Sungai Buah dan berhadapan pintu masuk Bukit Unggul Country Club . Ia menyediakan kemudahan seperti tandas dan surau. Pusat Penjaja Bukit Unggul mempunyai deretan kedai, namun setakat ini kami hanya nampak 2 buah kedai sahaja yang buka (berniaga), manakala yang lain macam sudah tidak bernyawa. Melihatkan logo pada papan tanda, nampaknya Pusat Penjaja Bukit Unggul ni terlet...

Prev Next

Popular