Wajah Malaysia Harmoni di Hospital
Tedi sukakan suasana di hospital, terutamanya hospital kerajaan. Mengapa Tedi sukakan suasana di hospital? Padahal di hospital kita melihat orang kesakitan, kesusahan, dan dalam kesedihan. Ini adalah kerana di sebalik kesakitan, kesusahan, dan kesedihan itu menjelmakan satu sisi masyarakat majmuk Malaysia. Ketika warga politikus sibuk mencanang politik sempit perkauman, hospital kerajaan menyerlahkan wajah keharmonian masyarakat pelbagai kaum. Kenapa pula lebih kepada hospital kerajaan? Bagaimana pula dengan hospital swasta? Kita sedia maklum di hospital kerajaanlah warga Malaysia yang tidak berduit mengadu nasib. Lebih mudah kita boleh kata di hospital kerajaan ni orang-orang susah berkumpul. Berbeza dengan di hospital swasta di mana keselesaan diberikan sesuai dengan bayaran yang dikenakan. Pesakit berkongsi bilik di hospital kerajaan, manakala di hospital swasta mungkin sahaja duduk bilik sendiri-sendiri. Ketika berkongsi wad di hospital kerajaan para pesakit saling bertany...