NEW YORK (Thomson Reuters Foundation) - Bilangan kanak-kanak tidak berpelajaran meningkat, perkahwinan kanak-kanak takkan turun selama berdekad-dekad, dan jutaan kanak-kanak akan mati kebanyakannya disebabkan oleh penyakit yang boleh dicegah menjelang 2030 jika kemiskinan global tidak dibanteras - lapor UNICEF.

Gambar kanak-kanak miskin dunia

Laporan tahunan UNICEF itu menyatakan bahawa bilangan kanak-kanak miskin akan mati pada umur sebelum 5 tahun adalah 2 kali ganda berbanding kanak-kanak kaya, dan bilangan gadis miskin yang menjadi pengantin muda akan meningkat dua kali ganda, sebagai tanda masalah ketidaksetaraan dalam masyarakat.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa usaha mengurangkan kematian kanak-kanak bawah 5 tahun sejak 1990 dan juga usaha mengimbangkan bilangan kanak-kanak lelaki dan perempuan ke sekolah rendah di 129 buah negara tidak menunjukkan perkembangan yang bagus.

Masalah pelarian dan tebusan dikaitkan dengan ketidakseimbangan dalam masyarakat dan juga masalah kemiskinan. Pengurangan jarak perbezaan dalam masyarakat dunia bukan sahaja bagus untuk kanak-kanak tersebut tetapi ia membantu mengelakkan krisis pada masa hadapan.

Laporan itu turut menggesa lebih usaha diperlukan untuk memberikan pendidikan kepada kanak-kanak dunia, mengingatkan bahawa setiap tahun pendidikan yang diterima akan membantu meningkatkan tahap ekonomi mereka sebanyak 10%, manakala tahap kemiskinan sesebuah negara akan turun 9% untuk setiap tahun tamatnya pendidikan seorang dewasa.

Kira-kira 124 juta kanak-kanak tidak bersekolah rendah atau menengah rendah, peningkatan sebanyak 2 juta sejak 2011. Kanak-kanak yang dijaga oleh ibu yang berpendidikan mempunyai 3 kali lebih peluang untuk hidup, pergi ke sekolah, lewat berkahwin dan lewat mempunyai anak - lapor laporan bertajuk "Keadaan Kanak-kanak Dunia".

Kadar perkahwinan di kalangan kanak-kanak termiskin tidak berubah sejak 1990 dan 15 juta gadis muda berkahwin setiap tahun.

Manakala jika tiada tindakan diambil, 69 juta kanak-kanak akan mati sebelum mereka mencapai umur 5 tahun, kebanyakannya akibat penyakit yang boleh dicegah, dan hampir separuh daripada mereka ialah kanak-kanak dari Sub-Sahara Afrika.

9 daripada 10 kanak-kanak di rantau itu akan hidup dalam kemiskinan tegar yang bermakna mereka hanya memperolehi USD$1.90 atau MYR$ 7.71 sehari.

UN mengaitkan masalah kemiskinan sebagai punca kegiatan pengganas.

(Dilaporkan oleh Sebastien Malo, disunting oleh Ellen Wulfhorst. Kerdit kepada Thomson Reuters Foundation, bahagian khidmat masyarakat Thomson Reuters yang mengkhusus kepada berita kemanusiaan, hak wanita, pemerdagangan manusia dan perubahan iklim. Sila lawat news.trust.org)

20160629