Pada suatu masa dahulu, terdapat seekor Kuda Belang yang diselubungi nafsu.

Ia memanjat pagar kandangnya di sebuah kawasan perlindungan haiwan di Florence, Itali. Tujuannya adalah untuk "berkahwin" dengan seekor Keldai betina yang hampir kepupusan di kandang berjiranan.


Kini (22 Julai 2013) mereka mempunyai seekor anak bernama Ippo, seekor kacukan Kuda Belang - Keldai yang amat jarang berlaku, mungkin boleh dipanggil Zonkey (Zebra + Donkey).

"Ippo hanyalah satu sepertinya di Itali" - Serena Aglietti.

Kawasan perlindungan itu yang dijaga oleh keluarga Aglietti, menempatkan haiwan-haiwan yang dirampas pihak polis daripada mana-mana zoo peribadi.

Selamat lahir ke dunia, Ippo.

Kiriman interpretzz ini adalah berdasarkan berita di"Rare zebra-donkey mix born in Florence animal reserve"
20130726