Pagi tadi cikgu besar Pogy memaklumkan kepada kelas Tedi bahawa satu pemilihan ketua kelas akan diadakan.

Mematuhi konsep demokrasi, cikgu besar Pogy meminta para calon tampil ke hadapan.

2 ekor classmate Tedi tampil ke hadapan (nama dirahsiakan untuk menjamin kemaslahatan umat).

Mereka dikehendaki membentangkan manifesto masing-masing.

Gambar pelantikan ketua darjah di SK Mohd Khir Johari pada tahun 2011

Sang A tampil dan mengemukakan hujah2nya seperti mengadakan jamuan sebulan sekali dengan bantuan chef terkenal di Malaysia, mengadakan tabung untuk membantu kawan-kawan yang susah, meminta cikgu besar Pogy memasang air-con, menghias kelas dengan bantuan pereka dalaman terkemuka dan berbagai-bagai hujah lain yang kadangkala nampak macam susah untuk dilaksanakan tapi bolehlah diterima oleh akal jika difikir beberapa kali.

Hadir giliran Sang B, dia tidak mengemukakan apa-apa cadangan untuk dilaksanakan bagi memajukan kelas kami, sebaliknya dia sibuk menghentam Sang A seperti tidak menepati janji, tak pernah belanja makan, tidak mempunyai banyak duit tapi sibuk nak buat itu ini begitu begini, tak berapa kacak dan macam-macam lagi kritikan sehinggakan beberapa ekor kawan Tedi muntah biru mendengarnya.

Siapa yang patut Tedi pilih? Kawan-kawan akan pilih yang mana?

Tak kisahlah kawan-kawan nak pilih yang mana, Tedi takkan pilih Sang B sebab dia tidak membentangkan apa-apa idea mengenai apa yang Tedi bakal dapat jika dia jadi ketua kelas. Cukuplah itu jadi sebabnya.

Kepada kawan-kawan yang nak jadi atau bakal dilantik sebagai ketua darjah, ingatlah dan fahamilah bahawa apa yang kami mahukan adalah idea bernas untuk memajukan kelas kami agar setanding dengan kelas-kelas bertaraf antarabangsa di seluruh alam, jadi kami perlukan ketua kelas yang berfikiran luas bukan asyik kutuk pesaing mereka.

Kalau sekarang dia kutuk pesaingnya, mungkin lain kali dia kutuk kami pula kan? Almaklumlah kami pun bukannya orang berada, tidak kacak, tidak proaktif dan macam-macam tidak lagilah seperti yang dikatakan oleh Sang B.

Selamat tinggal dan renungkanlah, "biar rumah sempit, jangan pemikiran sempit!"


Diterbitkan pada 20130501, bacaan pada 20200408 ialah 55.